15 June 2009

Monyok jer...





Selain aktiviti mengisi perut dengan susu, fina suka tidur..yang aku perasan, time tidur siang, dia tidur kejap2 jer..tapi kalau tidur malam dgn aku, nyenyak betul..bangun la jugak 2-3 jam sekali untuk menyusu. tak pulak nangis time bangun malam. kalau siang, bangun tidur jer, menangis dulu..ni gambar2 baru bangun tidur ler..enjin belum panas lagi..monyok semacam..

Aksi2 mengetap bibir..

Fina baru blajar seminggu mengetap2 bibir nih, kira bertambah la aksi2 yg dibuat kat mulut dia tu, selain daripada menyembur, senyum, ketawa, menangis, menjerit, bla2.... dah penat ketap bibir, dimuncung nye pulak..ha2..








Sesi check stok EBM fina

Setelah ku hitung2 stok EBM fina, ku kemas2 kan susunan EBM dalam peti ais tuh, risau aku, nak habiskan stok EBM yang semakin bertambah..(orang risau stok EBM habis, aku risau bila stok berlebih2) masalahnya peti ais ku tak muat dah..dalam peti ais tu ada 90 bekas EBM fina yg ku letak dlm bekas dadih..so, kene rombak balik cara ku gunakan stok2 EBM yang ada.nasib baik smua belum expired lagi..slalu time keje, aku pam dapat la 20-22 auns, so, 3 botol buat stok fina untuk keesokkan harinya. dan yang selebihnya ku buat stok EBM. dan untuk mengatasi masalah tak cukup ruang, aku telah membeli liner YOU HAVE A BABY dari kedai online www.enjoybreastfeed.com ..tapi still tak dapat menyelesaikan masalah ruang dalam peti ais ku itu. nak letak rumah kaklong, kat peti ais dia pun dah ade 20 bekas EBM ku. naik pening kepala.dah la nak cuti sminggu hujung bulan ni..fina, kalau cuti2 tak penah ku ajar guna botol..mintak2 sempat la 2 minggu ni fina minum EBM yang stok awal bulan 4. kalau expired, rasa sayang sangat2 bila ku terpaksa buang stok EBM ku itu...bukan senang nak pam tauuu....

stok EBM bagi bulan April 09














stok EBM bagi bulan Mei 09














liner baru beli..














stok EBM yang telah dikemaskini..















11 June 2009

Gali lah ilmu..

Dah lama tak citer pasal BF..sebenarnya, aku mengambil keputusan untuk BF fina secara ekslusif setelah hbs tempoh berpantang.time tu guna pureen bateri aje..beli kat billion bangi berharga RM73.90. masa dalam tempoh pantang lak, guna pureen manual..memang tak selesa..sakit nipple. tapi maklum ler, kurang ilmu tentang pemilihan pam yang baik..so, setelah sebulan start bekerja, aku memilih untuk membeli set spectra 3..alhamdullillah, pam ini sangat2 berguna dan bersesuaian bagi aku yang keje ofis hour 8 pagi-5 ptg.

mengikut pengalaman aku dalam pantang, rasa menyesal gak sebab dari awal tak belajar ilmu2 BF ni..cara menyusukan anak, cara menyimpan EBM, cara menggunakan pam, dan lain2..tu la, kalau aku bersembang dengan ibu2 yang tengah pregnant dan berminat untuk BF baby, slalu aku nasihatkan untuk belajar, atau attend kelas2 BF nih..tambahkan ilmu, aku tak nak diaorang jadi macam aku, terkial2 lepas pantang nak timba ilmu. itupun melalui blog2 dan web susu ibu yang ku jadikan sebagai panduan. nasib baik belum terlambat untuk aku fully BF fina..

aku sangat2 bersyukur, atas pengetahuan yang dapat dari blog2 tersebut, aku gunakan sebagai panduan sehingga kini.tapi kadang2 aku rasa sedih, apabila aku nasihatkan ibu2 yang tengah pregnant, jawapan2 ni la yang slalu aku terima." alah, mak2 kita dulu tak payah blajar pun cara menyusukan anak", " cukup ke susu nanti nak bagi anak", "buat ape susah2 nak pam2 susu"..ya Allah, betapa ceteknya pengetahuan ibu2..apepun sapelah kita untuk menafikan hak seorang anak..ye, susu ibu adalah hak anak..kalau la bakal2 ibu tu tahu kepentingan dan kebaikan BF, pasti mereka menyesal dan amat sedih jika tidak berjaya menyusukan anak mereka..

apepun, bagi bakal2 ibu, gali lah ilmu mengenai BF..aku pun masih belajar dan terus belajar demi anak tercinta. walaupun tidak sepandai pakar laktasi, tapi sekurang-kurangnya ilmu ku cukup untuk meneruskan perjuangan menyusukan Fina..bukan mudah rupanya, tapi itulah pilihan ku demi fina..sekurang2nya fina BF secara direct semasa malam & bercuti. kalau dibandingkan dengan ibu2 yg FULLY PUMPING, memang aku tabik..aku tau bukan mudah jadi pengepam tegar..aku yang satu hari 3x pam kat ofis ni pun kadang2 rasa terbeban, inikan pula ibu2 yang mengepam dari pagi sampai ke malam..

Bagi wanita yang bergelar IBU, tanamkan cita2 murni menyusukan anak..sedangkan haiwan pun pandai menyusukan anaknya sendiri, inikan pula kita seorang insan yang bergelar ibu yang diberi akal fikiran..

Good Luck Abang..


Abang..
Mudah-mudahan dapat menjawab exam dengan jayanya..ingat tak last exam, masa tu fina baru je lahir..kesian abang kene uruskan sana sini. baca buku pun ngantuk2..sekarang ni, fina pun dah besar, boleh temankan abg baca buku..ape2 pun, semoga abg berjaya dan lulus dengan cemerlang...

Fina @ home..

Semalam aku bercuti..kene ambil EL sebab kaklong AKA pengasuh fina ditahan wad. jantung baby dia laju. tapi petang dah ok..so, boleh kuar wad..sepanjang 1 hari menjaga fina semalam, macam2 perkembangan terbaru fina..
  • merengek2 bila ditinggal keseorangan, nak diteman. tak boleh la aku nak pi dapur ke, bilik air ke, yang dia nak, duk je teman dia..
  • malas betul nak blajar meniarap, kot mengiring tu, time nak nen ler, kot tak, melentang saje...
  • suka tengok tv, especially citer karton la..tapi kejap2 jer, baby kan tak boleh tumpukan perhatian lama.
  • ade batuk sikit2..bagi ubat batuk, umangaih, susah betul..siap diketap nye mulut tuh..
  • kalau mandi lak, memang dia paling suka..sejak lahir, tak penah lagi menangis time mandi.berendam lama pun tak pe..tersengih2..besen mandi tu pun dah tak muat menampung fina..
  • tidur petang nak tidur dgn sebelah aku..tak nak tidur buai dah..nak berkepit je dgn mama dia..semalam fina dah sedar dari tidur, dia buka mata sikit2, nak check aku ade ke tak kat sebelah..bila tegur dia, baru la dia bukak mata..hi2..
  • kuat betul berpeluh..sampai basah2 rambut tu..
  • dah pandai buat suara menjerit halus tuh.ala2 suara baby gembira dalam iklan..kadang2 menyembur air liur..

itu je la antara perangai2 fina sepanjang aku jaga dia semalam..yang penting, kasih sayang antara kami semakin erat dan utuh dari hari ke hari..terutama tiap kali fina BF, bagai ade satu perasaan yang lahir dari hati ke hati yang hanya dpt dimengertikan oleh kami berdua..

08 June 2009

Wedding day @ Alor Gajah

Pada hari sabtu 6 Jun 2009, aku sekeluarga telah meraikan majlis perkahwinan nisa&pasangannya sabri di alor gajah..tak sempat nak tangkap byk gambar sebab kamera h/fon ade problem sikit.anyway tahniah untuk pasangan pengantin..moga jodoh berpanjangan..

fina lak, tak banyak kerenah&ragam..sengih2 je layan saudara mara..tapi seronok, sesekali jumpa mak2 saudara, sepupu..bukan slalu boleh berkumpul..time mcmni aje la, selain dari berkumpul time raya..nasib baik ade buaian & kipas kat rumah sebelah tuh..boleh la fina tidur dengan lenanya..






Fina meniarap..




selepas berita terkini fina dah pandai meniarap hari jumaat lepas, aku tunggu la malam tu kot2 fina tu tunjukkan skill nya, tapi tak buat ape2 pun, melentang saja..dan semalam buat pertama kalinya fina meniarap sambil menghisap jari... hu2..terharu mama..tapi sekali tu aje la..tak pe la, asalkan ade kemajuan ye fina..

05 June 2009

Well Done Fina...


Panggilan diterima dari kaklong AKA pengasuh fina, 5 Jun 2009, 2.30 ptg @ surau pejabat..berita terkini tentang anak kesayangan ku..akhirnya, fina dah pandai meniarap ...yahuuu...suka betul mama..tak sabar nak tengok fina berusaha gigih untuk meniarapkan dirinya yg montel tuh..anyway, well done fina..keep up d good job..mama beli hadiah untuk fina tau..tengok nih..hi2..




sebenarnya ofis aku ade jualan, so shopping ler tghari jumaat tadi..betul la org ckp, bila dah ada anak, nak beli something je untuk anak kan..untuk diri sendiri dah jadi no.2 pulak..

04 June 2009

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..

tengah tunggu giliran (tgk tu muat2 je duk dlm stroller)

ni, kat rumah lagi..

sempat possing dulu sebelum pi klinik.. (thanks baba tlg ambik gmbr)


Semalam aku bercuti sebab bawa fina ke klinik kesihatan Semenyih. Regular checkup dan cucuk 5 bulan. slalu kalau fina kene cucuk, memang aku ambik cuti.nak jaga dia. alhamdulillah, cucuk sekarang ni, bayi kurang mendapat risiko demam. mungkin disebabkan vaksin yang digunakan bersesuaian dengan tahap keupayaan dan ketahanan badan bayi. tapi sebagai langkah berjaga-jaga,aku minta juga pakar beri ubat fina (baba fina ler) untuk beri fina ubat demam.pencegahan kan lebih baik..

semalam timbang berat fina dan berat sekarang 8.5 kg...hu..hu..lagi sikit nak naik ke graf OBESITI. tapi walaupun berat nak mencapai garisan, fina kategori normal lagi..lagipun fina kan HANYA MINUM SUSU IBU.nurse kat klinik tu pun geram tengok kemontelan fina. tak pe la fina, biar la 'semangat' pun, mama sanggup dukung, asalkan anak mama sihat dan ceria..itu yang lebih penting..

time cucuk pulak, menangis la sikit..tapi under control la. tak de la nangis yang meroyan tuh..lagipun fina dah ngantuk time tuh..time dia tidur. nurse yg tolong cucuk fina pun geram gak. siap mintak izin nak dukung fina..ha2..so, fina layan aje la kan..bukan slalu jumpa nurse..

sebab ubat demam dah ade stok kat rumah, lebih kurang pukul 9.30 pagi, semula settle..paling cepat la dalam sejarah pegi klinik semenyih..fina terlena dalam pelukan mama nya masa dalam kereta..suka baba tengok..manja betul anak mama ni..dan berita paling gembira, aku dah turun berat badan ke 48 kg..lagi 1kg ke berat badan asal sebelum kawin...bestnya..dan teori 'menyusukan bayi dapat mengembalikan berat badan ibu lebih cepat' amatlah aku setuju...itu la antara kebaikan BF ni..memberi faedah kepada ibu dan anak..

next month appointment untuk cucuk untuk 6 bulan pulak...so fina, get ready dear...




01 June 2009

Fina, kelambu & kucing maksu..

Balik kampung haritu, letakkan fina tidur bawah kelambu..almaklum ler, masa tu dah petang. so nak lindungi fina dari nyamuk2 kat rumah atuk nya. last guna kelambu ni masa pantang kat kampung.nyenyak betul fina tidur....ni kelambu hadiah dari makngah fina..besar sungguh saiz nya tau..dan semestinya masih lagi boleh memuatkan fina yang 'sedia besar' nih..hi2..








dan pada sesi tidur fina yang selanjutnya pula...fina ditemani oleh kucing maksu nya yang diberi nama 'GEMUK'..baru seminggu dibela selepas pemergian kucingnya yang terdahulu yang mati akibat 'dipijak' oleh abah kami...hu..hu..banjir la juga KAMPUNG PONDOK KEMPAS time tu..tapi yang pergi hilang berganti..semoga 'GEMUK' akan teruskan perjuangan kehidupan dengan kasih sayang yg diberi oleh maksu fina...




Wedding Day @ BUKIT ROKAN UTARA





Selamat Pengantin Baru buat Lela dan suami..
Moga bahagia & berkekalan ke akhir hayat..amin..
30 Mac 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails