Posts

Showing posts from August, 2009

Jom tengok fina..

Image
Dah lama tak upload gambar2 terbaru fina..fina sekarang dah meniarap berpusing2 sampai lantai, dah angkat punggung sikit2 belajar merangkak ke belakang & depan. pandai dah duk 'mengemas' rak buku depan tv. nak makan benda2 yg dipegang seperti majalah, buku, remote, mainan, besi buai..menangis bila tak de orang teman dia.duk menyembur2 bila makan bubur.. lagi 1, dah pandai menjeling sekarang..tgk tuh..

Ramadhan kali ini..

Ramadhan kali ini tambah berseri dengan kehadiran FINA dalam keluarga kami. 3 hari berpuasa, fina pun turut bangun sahur. tau2 je mama dia tak de sebelah. First day puasa, aku rasa goyang gak. Direct BF fina mcm biasa. bila dah petang rasa haus semacam jer. Aku minta abg tlg bagi fina frozen EBM, tapi fina tak nak. rasa membazir je pulak susu tu. kalau time cuti, memang fina tak nak botol langsung. kira botol tu untuk isnin hingga jumaat je. time mama dia keje. sabtu & ahad, sorry ler dia nak minum susu dari botol tuh.sabar je la. Second day pulak, aku rasa ok sikit. bertenaga sampai petang. kurang letih. sepanjang awal ramadhan ni, aku memang amalkan makanan yg boleh maintainkan susu. harapan aku agar pengeluaran susu aku mencukupi untuk mengenyangkan perut fina. tak ape lah walau tak semeriah dulu pun, yang penting pengeluaran susu aku tetap maintain dan moga2 aku dapat melalui Ramadhan dengan ketenangan. Tapi jangan hanya mengharap jer, kene gak berusaha. Masuk 3 hari berpuasa n

Persediaan BF ketika Ramadhan.

Ramadhan bakal menjelang. aku duk sibuk search article2 mengenai penyusuan susu ibu ketika berpuasa. (Kuih raya tolak tepi dulu). Kira2 sebagai persediaan BF semasa bulan Ramadhan. Risau juga, sebab tahun ni first time berpuasa BF fina. bulan poser last year aku tgh mengandungkan fina 7 bln. Kejap aje masa berlalu rupanya. Antara tips2 yang dapat aku pelajari dan berguna untuk digunakan sepanjang Ramadhan ini ialah : Perkara paling utama - setkan minda bahawa susu ibu tetap mencukupi walau ibu berpuasa. Fahami konsep demand&supply. Jangan berhentikan BF walaupun ketika berpuasa. Bersahur dan berbuka dengan makanan seimbang (ikut zat2 makanan). Elakkan dari tertinggal sahur. Banyakkan makan kurma. Banyakkan minum air kosong, jus, soya, buah-buahan dan sayuran. Elakkan kopi, nescafe, teh, minuman sejuk (ais) dan soft drinks. Makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu badan seperti lobak putih, jantung pisang, sawi putih, ikan tenggiri, sardin, tauhu, daun kucai, oat, nestum dan la

Results.. BPC09

Image
Lepas rehat tadi tergerak hati nak tengok result Breastfeeding Photo Contest (BPC09) yg dianjurkan oleh Puan Nurul Dhia. ( sebenarnya dari pagi aku tunggu result, tapi tak kuar lagi pagi tadi) cepat2 tengok blog utk lihat gambar2 pemenang kat situ..tiba2 terpandang gambar org berbaju biru..alamak, memang gambar aku dgn fina la..aku jadi salah seorang pemenang pilihan juri profesional..gembira sangat2. senyum sampai ke telinga la pulak..rasa nak melompat pun ade.apepun, terima kasih kepada Puan Nurul yg menganjurkan BFC09 dan juri2 yg telah memilih aku (aik, ade ucapan la pulak). terharu sangat aku ni bila dipilih sebagai salah seorang pemenang. tahniah kepada semua kawan2 yang seangkatan aku yang turut menyertai BPC09. menang atau tidak itu adalah adat pertandingan,apa yg penting niat murni kita mesti diteruskan demi menjanjikan yg terbaik untuk anak2 sendiri iaitu dengan memberi SUSU IBU. RESULTS DI SINI http://sereniety.blogspot.com/2009/08/keputusan-breastfeeding-photo-contest.htm

Aktiviti Fina..

Image
Fina sejak dah masuk 7 bulan setengah ni, kuat masuk benda dalam mulut. yg peliknya, time aku bagi dia bubur nasi, susah pulak nak makan. benda yg tak boleh makan tu, laju je dia nak makan. sampai besi buai pun nak dimasuk dalam mulut dia tuh( tak caya, tgk gambar di bawah ). tikar buluh tu pun nak dijilatnya. sekarang ni fina baru angkat buntut sikit2. meniarap reverse dulu. pastu berpusing2 satu tilam toto tuh. ade satu malam bulan lepas, aku bangun pi tandas. tiba2 dengar baba fina jerit. rupa2nya fina dah terselit tepi katil. baba fina dengar suara fina, ingatkan fina kat ruang tamu, cari2 tak de, rupa2nya terselit tepi katil..nasib baik ade bantal kecil kat tepi katil tu. tak la fina terjatuh ke bawah terus.sejak hari tersebut, sebelum tidur, menjadi rutin baba fina ler letak bantal kat tepi2 katil sebagai 'kubu' elakkan kejadian tersebut berulang lagi. biase la baba fina, memang manjakan fina sangat2. tak boleh la fina tu terjatuh sikit..hi2.. Sekarang ni kalau bawak fina

Model CD (lantik sendiri)

Image
buat pertama kalinya..diperkenalkan model CD -FiNa- (ala2 baby sumo, tayang body ) Sebenarnya dah lama aku nak buat n3 mengenai CD fina. aku telah menggunakan CD sejak diperkenalkan oleh kakngah. memang menjimatkan. kira ibu2 sekarang telah kembali kepada zaman dulu2. ye la susu anak, bagi susu ibu, lampin pulak, dah boleh guna CD. sekarang ni bawak anak pun guna 'kain kendong' tu. ape ke nama saintifik nye. lupa dah. tapi memang seronok, bukan sahaja jimatkan kos malahan menyumbang kepada penjagaan alam sekitar. ingat dulu time kecik2, kalau ade baby kat rumah confirm ampai penuh dgn kain lampin. siap dgn seluar getah warna pink atau biru. sekarang fina guna CD tak secara penuh lagi. hari biasa aku minta pengasuh fina pakaikan fina CD petang je. so kira malam je la fina guna CD. tapi weekend atau time aku cuti, fina guna fully CD. fina baru ade 9 CD. CD ni mudah untuk dikendalikan, yang penting ibu bapa kene rajin la nak mencuci CD tuh. kalau rasa2 malas, masuk je dalam mesin

Hari APC

Image
tak de artis2 jemputan, koir jabatan je buat show..perbelanjaan berkhemah, apepun, memang best!!! 6 Ogos 2009, hari APC bagi JPN. aku dapat anugerah APC bagi thn 2008. 2 thn lepas aku dapat APC utk tahun 2006. time tu majlis diadakan di Dewan Puspanitapuri, presint 8. kali ini, APC diadakan di Dewan bangunan JPN sendiri. alhamdulillah, rezeki fina. dulu rezeki lepas kawin, skrg ni rezeki anak pulak.tq kepada bos aku EN. ISKANDAR ALI DEWA yg telah beri markah byk tahun lepas. apepun, bos aku dapat gak APC yg ke-6 tahun nih..tahniah bos!!!! possing ala2 lepas konvo la pulak..

Fina dah 7 bulan

Image
Alhamdulillah..syukur..pejam celik, dah genap 7 bulan aku BF fina. tak pernah sekali pun fina meneguk susu formula. dan selama itu la kasih sayang aku terhadap fina semakin bertambah. apabila fina bf, sebenarnya aku telah menjalankan kewajipan aku sebagai seorang ibu. memberi susu ibu seperti mana yg disyariatkan dalam al-quran. sungguh indah ciptaan Tuhan. Antara perkembangan fina sejak beralih bulan ni ialah : Meniarap dan berpusing2 satu tilam. Angkat buntut sikit2 bila meniarap (baru belajar nak merangkak). Suka tersengih/ketawa bila diagah. Sebut 'atheeee...akaaah..adahhh..abaahh..' Suka sangat mandi (ini memang sejak lahir). Suka hisap jari, kadang2 duk hisap la tangan, lengan, bahu mama/baba apabila dipegang. Suka ditimang. Baru belajar nak makan..masih tak habis lagi makan bubur satu pinggan. Suka makan buah (terkulat2 mulut tuh). Menyembur air liur. Tak boleh tinggalkan dia seorang, confirm menangis suh teman. Suka main kertas (senang la baba, tak yah beli mainan ek) D

Pesta Floral bersama family..

Image
Sabtu lepas kami sekeluarga telah berpeluang untuk menyaksikan sendiri keindahan pesta FLORAL 2009 . Hajat nak bawa ayah & umi berjalan2..ye la, sesekali datang jumpa anak&cucu.Pagi hujan renyai2 dan cuaca mendung. sejuk sikit berjalan.fina, tak nak duk dlm stroller. nak berdukung jer. mungkin fina pun nak tengok keindahan bunga2 yg berwarna warni tuh. tapi memang best & berbaloi datang sini. semua bunga dan tumbuhan yg dipamerkan adalah tumbuhan sebenar. tak de bunga2 plastik/tiruan. rasa fresh jer..ala2 mcm kat kebun bunga la..sekeliling dipenuhi pelbagai bunga. memang seronok.lebih kurang 2 jam lebih kami kat sini.

Floral 2009 @ Putrajaya

Image