Posts

Showing posts from October, 2009

Dimana ada kemahuan, pasti ada jalannya..

Image
Semalam aku telah berjaya menghabiskan Kursus Cyber Save & Search Engine.Apokobondo eh tuh, biar aku je la yg tahu. mlas nak komen la pasal kursus ni. sekadar menghadirkan diri untuk memenuhkan syarat Buku Log Latihan 7 hari berkursus setahun. (ala-ala terpaksa kan) baki kursus aku tinggal 1/2 jam lagi. so, lepas ni kene pi dgr ceramah/tazkirah lagi sekali, kira penuh la syarat 7 hari tuh. Dtg je terus pi cari port sesuai dengan ita. nasib baik kat Auditorium JPM tu ade plug kat tempat duduk hujung, bahagian belakang skali. so, sambil2 dengar ceramah, sambil2 mengepam. ikut time ler, pkl 10.30 pagi, 1.45 ptg dengan pkl 4 ptg. wah2..berdisiplin sungguh mengepam. nak pegi ke surau, kene pi blok sebelah, tak de surau kat Audi tuh. lagipun, senang nak keluar masuk pi tandas ke, pi lunch ke, betul2 dekat dengan pintu keluar dewan. apepun, bagi ibu2 yg BF yang penting di mana ade kemahuan di situ ade jalan. tak kisah la orang nak cakap ape pun, hakikatnya diri sendiri yang lebih mengeta

dah OK

Image
Aku telah pulih sepenuhnya dari rasa tak sihat. Minggu ni rasa fresh je nak pegi keje. tapi bangun pagi still liat lagi la, kunci jam pkl 5.45 pagi, postpone sampai pkl 6.30 pagi. nasib sempat je siap2. pkl 7 hantar fina ke rumah kaklong. 7.15 pagi pegi keje. tu la rutin harian. Esok ade kursus 'cyber save' kat JPM. sebenarnya nak cukupkan 7 hari kursus tu. biasela hujung2 tahun. mengangkut ler beg pam tu esk. kalau kat ofis lama, senang la sikit nak beroperasi. selamba je aku pam kat surau tu. ni kat Auditorium JPM.ntah mana la port pam aku esk. sejak kebelakangan ni, stok frozen EBM makin mengurang. mana taknye, hari2 ambik frozen EBM untuk top up bekalan fina 5 botol sehari. kalau dapat buat stok pun, bila pam sabtu ahad. faham2 la bila time cuti, memang penyakit 'M---S' menyerang. bila stok dah kurang, baru tau risau. sebenarnya hati aku ni berbelah bagi nak teruskan BF fina sampai umur 2 tahun ataupun nak stop sampai umur dia setahun. memang la seelok-eloknya BF se

Cepatlah time rehat..

Rasa tak sihat hari ini..Kenapa ek..Malam tadi bgn pkl 2 lebih. itupun sebab fina terjaga dan main2. pkl 3 lbh baru fina tidur. biase la, bila anak tak tidur, mama pun sama la. tak blh nak tidur nyenyak. tekak terasa haus, tapi nak bgn tinggalkan fina, takut dia terjatuh katil lak. nak dukung dia pi dapur, alahai, tak terlarat rasanya. terasa sejuk sangat2 1 badan. aku selimut berlapis2 mlm tadi. selimut tebal pun aku guna. bgn pagi baru rasa bdn berpeluh sikit. tapi satu badan sakit2 pulak. nak tak nak, kuatkan hati dan semangat pegi keje. lagipun last day dah. esok dah cuti. so, drive slow dan sampai ofis. kesejukan tu memang terasa lagi. pakai la stokin dgn baju sejuk duk dlm ofis nih..ala2 org dalam pantang pulak. target hari ini, nak tidur time rehat kang..hopefully, badan rasa ok sikit.. demam apekah ini..deman berjauhan dengan abg kot..ha2..tak biase la katakan. abg ke langkawi 3 hari..macam la lama sgt. ade orang berjauhan berbulan2, ok jer..tapi itu orang lain, aku pulak meman

Jamuan Kelab Kitty

Image
Dari kiri, naimi, az, ita, k.nori, kak noor, ecah, en.norazmi, khalil, hadi, bukhari (duk mkn satey) duduk dari kiri - az, ita, k.nori, en. norazmi, khalil, hadi, lings berdiri - pojie, naimi, rizan, bukhari Orang yg sama tapi Bukhari tak de (kene tangkap gambar) Zaity, az, ita, k.nori Minggu lepas 16/10/09, Kelab Bahagian menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya, Sambut Besday combine dengan Majlis Perpisahan Pegawai yg berpindah. Start tengahari. Sebagai S/U Kelab, ini adalah tugas terakhir aku sebab AJK lama dah dibubarkan. Lagipun pengerusi Kelab pun dah berpindah (senang hati tak duduk HQ lagi yo). Ok gak, bolehlah lantik muka2 baru untuk jadi AJK. Menu kali ini - Sate, Soto, Rojak Mamak, Lemang, Rendang, Kuih tepung pelita, kuih cara berlauk, buah-buahan, kek besday Secret Recipies. Kenyang sampai ke malam perut ni..banyak tak banyak aku makan..ha2..Jamuan Raya ni fully katering. Senang gak, tak yah susah2 nak kemas.lagipun tak leh nak buat kat Bahagian sendiri. kene guna Bilik Ja

Fina lagi dan lagi..

Image
Fina dah semakin rajin merangkak. Memang tak reti duduk diam. Ade je benda dia nak buat. Kira aktif ler walaupun badan 'montel'. Sejak seminggu lebih ni, fina tengah blajar nak berdiri pula. Siap lepas sebelah tangan tu. Macam dah terror sangat. Dan orang yang paling sibuk duk jaga fina dari jatuh, baba fina ler. nak makan pun tak senang, fina duk panjat kerusi meja makan tu pulak. tak pe la baba, fina tu tengah nak blajar. jatuh sikit2 tu biasa la, biar dia berdikari sikit. asyik cakap anak tu kecik lagi..dah nak masuk 10 bln fina tu tau, bukannya 10 hari. anak kesayangan la katakan. Bekal susu fina sekarang sehari 5 botol, 4 fresh EBM dan 1 stok frozen EBM. Purata 4-3 oz 1 botol. Malam pula, fina direct BF 3-4 kali 1 malam. Pagi last direct BF sebelum aku pegi keje, dekat2 pkl 7 pagi. Memang dah jadi rutin harian aku sejak hbs pantang sampailah sekarang, pagi2 sebelum keje bagi perut fina kenyang2 dulu baru hantar ke rumah kaklong. Dari segi makan, fina ni tak suka makan mak

Jumaat muncul kembali..

Masuk tahun 2009, rasa cepat je masa berlalu. hari ke hari, bulan bertukar bulan.masuk keje hari isnin, kejap je dah sampai jumaat. Hari JUMAAT la hari paling ditunggu2.kelebihan hari Jumaat dari segi pandangan aku : Last day sebelum cuti sabtu ahad. Waktu rehat yang lama 12.15 tgh - 2.45 ptg. Boleh pi jalan2 ke alamanda ke, pasar tani ke, atau tidur di sofa ofis.. Malam tak yah penat2 nak iron baju. sabtu dah cuti. Balik keje tak yah cepat2 nak masak. blh masak lepas maghrib jer. so, planning untuk DEEPARAYA esk ialah pi open house rumah Ema & Naimi. bukan nak sambut deepavali tau tapi nak hbskan acara makan2 sana sini sebelum tiba 30 Syawal. petang la kot. pagi, tugas utama ialah acara mengemas rumah .(fina & baba sila beri sepenuh kerjasama ye..) sebelum terlupa, pagi tadi ade Ceramah Integriti Dalam Perkhidmatan Awam. Penceramah dari IIM. tak boring ceramah dia. tak sempat la nak tidur2 gitu..Antara ilmu untuk dikongsi bersama : Ape yg paling hampir dengan kita ? MATI Ape y

Ok sudah

Image
Fina dengan rambut kerinting nye.. Syukur, fina tak jadi demam..semalam tak sempat kaklong a.k.a. pengasuh fina bagi ubat, fina dah pulih sepenuhnya. so, malam tadi mama & baba dapat tidur dengan lenanya, termasuklah tuan punye badan yg dah sihat tuh. fina, pkl 8 mlm dah beradu mata. lena sampai ke pagi tanpa gangguan. time dia lapar, gerak badan sikit, terus isi perut sampai kenyang. mana tak 'bulat', time tidur pun nak isi perut tuh..rasa2 badan fina tiba2 panas mlm sebelumnya tu disebabkan 'kejutan motor' kot..ha2..mana tak nye, dah lama tak bawa fina round2 naik motor. petang sebelumnya, kitaorg pi round2 dekat taman. tersengih2 fina suka sgt dia dpt naik motor..alik2, malam terus demam. Hari ni aku bekerja dengan senang hati.. hilang terus kerisauan yg menyerabutkan fikiran semalam. tengah duk2 menghitung hari nak cuti weekend pulak. dialog dengan fina pagi2 time siap2 nak pegi keje : "hari ni hari khamis dah adik, esk dah jumaat, sabtu mama dah cuti, nant

Tak sihat

Image
Malam tadi badan fina panas. bila nyusu fina tak berpeluh macam biasa. sure demam. fina kalau sihat, memang kuat berpeluh. time tidur pun basah dengan peluh.abg letakkan tuala basah kat kepala dia. bagi kurang sikit panas.aku rasa, last fina demam masa dia kene campak dengan c/pox bulan 6 haritu. kalau selsema pun, dia tak pulak kene demam. baby yang BF memang kurang demam. kira ade antibodi untuk lawan penyakit. harap2 hari ni kebah la demam fina tu. macamni la rasa kalau anak demam, rasa risau jer, nak pegi keje pun tak sampai hati, asyik teringat anak yg tak sihat kat rumah tu.ni baru kene demam biasa, kalau ade ibu2 yg anaknya ade penyakit bahaya, ntah macamana la perasaan diaorang kan. apepun, cepat sembuh ye fina sayang.. tak kan ler fina demam sebab 'kejekan' komputer baba ptg smlm kot..

Cuti hujung minggu Part II

11/10/09 (Ahad) PAGI Sarapan : buat cucur ikan bilis, teh 'o' untuk abg. Abang ade kelas hari ni. Layan fina. TENGAHARI Pi rumah kaklong. Paklong & family datang. Menu kaklong : Nasi impit, kuah kacang, lontong Menu aku (ready made) : Sate(Abg beli), biskut raya, keropok ikan, tembikai susu Duk sana sampai diaorang balik. PETANG Pegi open house rumah Abg Sabri kat Bandar Sri Permaisuri. Menu : Biskut Raya, Laksa Sarawak Lepas Maghrib, pegi rumah Kak Wa kat Presint 9. Menu : Bihun Sup, Kek Coklat MALAM Sampai rumah pkl 9.30 mlm. Salinkan baju fina dan tidurkan fina dalam buai. Aku : Gosok baju, lipat baju, tidur. Abang : Kepenatan dari siang tak rehat .. Dah habis cuti hari Ahad. Kene start keje seperti biasa apabila munculnya hari Isnin..

Cuti hujung minggu Part 1

Jadual Sabtu 8/10/09 PAGI Bersarapan di Restoran Asam Pedas, Bangi Menu : abang - teh tarik, nasi dagang aku : milo, roti canai sardin fina : menu yg sama tapi dengan kuantiti kecil (mama&baba suap la) Tengok2 Proton Exora kat Kedai Proton sebelah Restoran Asam Pedas. Terus ke Kajang beli pampers & minyak Yu Yee Fina kat Manjaku. Gunting rambut kat Kedai Nyonya area Klinik Lawrence yg jadi klinik p anel daklong. TENGAHARI Berehat2 kat rumah sampai pkl 2.30 ptg. Time Fina tidur dalam buai. PETANG Gerak ke rumah Kak Aya. Kak Aya buat kenduri sempena nak pegi Haji hujung bulan nih Menu : Nasi minyak, rendang daging, ayam masak merah, kuih2.. (puding cendol tu sedap betul la) Lepas tu, pegi rumah Kak Nori. makan2 sempena besday anak bongsu dia & combine skali dengan open house Raya. Menu : Lontong, Spageti, Nasi Goreng Cina, Kek Coklat Secret Recipies. Gerak ke rumah Miza lak..jalan2 raya Menu : Bubur Kacang & Puding tak ckup color.. MALAM Ade 1 lagi jemputan Open House...r

Open house

Image
Sekejap je kita dah berada di pertengahan Syawal. Esok hari cuti masak aku. Sabtu dan Ahad ni, dipenuhi dengan jemputan open house dari kawan2. Jadual esk, rumah kak aya, kak nori & miza. Ahad lak rumah abang sabri, kak wa & rumah aju. Minggu depan, sure ade jemputan lain. Asyik pegi rumah orang jer, bila lak open house Rumah aku???? Tahun ni, tak de open house pun. Kalau ade kawan2 nak datang, aku 'open' kan la rumah..tapi kalau nak buat open house, agak2 nak tunggu besday fina yg pertama kot. Awal bulan haritu, Jamuan Raya Jabatan. Hari Jumaat ade Majlis Jamuan Raya Bahagian pulak. Kita ni puasa sebulan, raya pun sebulan jugak kan.. ita, kak nori, az, naimi, wahida, anoi Jamuan Hari Raya JPN 2/10/2009

Perkembangan Fina 9 bulan..

Image
Sangat suka duduk kat rumah, boleh main sorang2 sesuka hati.. Merangkak setapak dua jer, lesen L lagi la fina nih.. Duduk ikut suka posisi kaki..kdg2 melunjur, bersimpuh..nak bersila tak boleh kot.. ni, possing ala2 pengantin la pulak.. tersengih dan tersenyum bila nak ambik gambar dia. Tertangkap di bahagian dapur..nak tolong mama masak ke fina.. ni muka ala2 tak cukup tidur..mata dah kuyu jer.. Tengah tengok kartun tu tau..jgn nak kacau.. dah boleh buat toncet rambut dah..tapi rambut depan jer la..yg belakang tak panjang2 lagi.. Sekejap jer fina dah 9 bulan. Alhamdulillah, fina masih menikmati susu ibu untuk membesar. Nikmatnya hanya bagi orang yg mengetahui kelebihan dan keistimewaan susu ibu. Aku masih meneruskan perjuangan untuk mencapai target seterusnya untuk BF fina hingga usianya 1 tahun pada 1 Januari 2010. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya. Sejak fina 9 bulan ni, fina masih belum pass2 lagi merangkak. Kalau kat rumah tu, duk menyusur macam askar kecil. tapi laju la, kejap