Posts

Showing posts from December, 2009

Almari Adel - NEW YEAR GIVEAWAY

Image
Mesti join : Untuk maklumat lanjut DI SINI Closing date : 20.1.2010

Takziah dari Mama Fina & family

Masih ingat lagi tak n3 untuk IKIEN yang saya tujukan khas padanya atas minat beliau yang mendalam untuk fully BF babynya yang kedua. Alhamdulillah, ikien telah selamat melahirkan anaknya yang kedua pukul 4 pagi tadi. Lebih bermakna lagi kehadiran seorang 'puteri' yang amat dinanti2 setelah sekian lama mendapat seorang 'putera' ~ haziq pada awal perkahwinannya. Semalam tergerak di hati saya untuk sms bertanya perkembangan beliau. Rasanya due ikien dah lepas tengah Disember nih, dan sms saya dibalas dengan beliau telah overdue 10 hari,kalau belum ada tanda2 bersalin lagi, doktor akan induce hari ini. Beliau minta saya doakan agar semuanya selamat. Namun, pagi ini berita yang saya terima, ikien telah kehilangan puterinya yang tercinta atas sebab arwah mempunyai masalah pundi kencing. Kalau tak salah saya, doktor dapat trace masa kandungan ikien 6 bulan. Allah lebih menyanyangi arwah. Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Yang penting dialah ahli Syurga yang menunggu ibu d

Cahaya mata

Image
Apabila dia tersenyum dan ketawa, membuatkan hati saya turut terasa riang..kepenatan saya seharian bekerja, akan terus hilang dengan hanya melihat senyuman di wajahnya itu.. namun... apabila dia 'mengamuk' dan 'melalak' (sampai nampak anak tekak) itu membuatkan tahap kesabaran saya teruji dan terus diuji.. Sungguh, menjadi seorang insan bergelar 'MAMA' memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Namun begitu, saya sangat2 bersyukur dan amat menyanyangi-nya sepenuh hati. Dialah yang saya kandungkan 9 bulan 2 hari dan saya lahirkan dengan sepenuh kekuatan kudrat yang saya ada. Saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpanya di sisi dan dialah CAHAYA MATA saya dan suami dunia akhirat.

COMING SOON ~ 1st Besday

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum menempuh Tahun Baru 2010 dan juga pembukaan awal Tahun Baru dengan Sambutan Hari Lahir Fina yang pertama. Sedar2 dah nak masuk setahun anak saya (nak tukar aku kepada saya mulai hari ini). Sungguh saya teramat 'teruja' untuk membuat pelbagai persediaan untuk sambutan Besday fina yang pertama ini. Harap2 semuanya berjalan lancar. Fina sayang, get ready 4 ur 1st BESDAY Party !!!!! 1 JAN 2010

AKUARIA KLCC - 19 Dis 2009

Image
Tercapai hajat di hati nak pegi Akuaria KLCC seperti perancangan hujung tahun family. Jom layan gambar2 kami di sana. Gambar ikan2 & hidupan laut di Akuaria (sotong tak de eh ). Paling best masuk terowong akuarium terpanjang yang dipenuhi pelbagai jenis ikan. Ala2 pemandangan di dasar lautan (sungguh menakjubkan). Mama & Baba Fina (ikut turn dukung fina, time fina tak nak duk dlm stroller) Seterusnya ^ ^ ^ Gambar fina yang ceria dapat pi KLCC. TQVM kepada Baba Fina yang menunaikan hajat mama & fina (adik nak pegi dari dlm perut mama lagi tau, ha2)

MaxisBroadband

Image
Pakej Maxis Wireless Broadband menjadi pilihan aku & baba setelah beberapa kali kami survey servis2 internet yg banyak ditawarkan pada masa sekarang. Semalam kami ke PKNS, Bangi, ada promosi untuk org Gomen dengan bayaran RM100 untuk pendaftaran dan bayaran sebanyak RM48 bagi bil 3 bulan berikutnya ditolak rm30 dari bayaran pendaftaran. Kiranya, kami hanya membayar RM10 sahaja untuk pendaftaran Maxis Broadband ni. Cukup2 berbaloi. So, isi borang dan beri fotostat IC & lesen, dah boleh surf internet selepas 2 jam pendaftaran. Cuma masukkan USB drive dan download maxis broadband. Coverage pula, bergantung kepada line telefon Maxis, maksudnya kalau line fon ok, tak de masalah coverage internet di mana2 kawasan. Mudah bukan, sekurang2 nya ada juga aktiviti aku di rumah selain menjalankan keje2 rumah, boleh juga melayari internet bila free. (macam tak cukup2 surf kat ofis). Sesi percubaan selama 7 hari, kalau pelanggan tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan, pelanggan bole

Contest Ceria Si Ayah Bersama Anak

Image
NEXT CONTEST MAMA FINA NAK JOIN :) YANG DIANJURKAN OLEH FASHA KALAU NAK TAU LEBIH LANJUT MENGENAI CONTEST NI DAN SYARAT2 NYA, SILA TERJAH BLOG BEAUTIFUL GIRL * * * * NI LA GAMBAR BABA & FINA YG DIPERTARUHKAN * * * NAMA BABA:AZHAR & NAMA BABY:FINA TARIKH TUTUP CONTEST : 30 DIS 2009

Fina 11 bulan 11 hari

Image
Masih belajar untuk berdiri sendiri. Masih belum tumbuh gigi. Suka 'lawan mata' sekarang ~ susah betul nak tidurkan fina dalam buai. Kalau nak tidur malam, main2 dulu sampai penat, baru boleh tidur. Habis satu tilam tu dia golek2 dan panjat sana sini. Dah pandai memanjat dan turun sendiri (setakat meja study baba tu, anytime ler) Suka makan benda keras2 macam keropok, biskut, buah. (macam ade gigi ajer) Susah nak pakaikan/tukarkan baju. Dah pandai selak baju mama bila nak BF. Suka la bila mama melentang jer, layan dia. (macam tak de keje rumah nak buat kan) Suka main benda2 yg bukan permainan - periuk nasi, iron, hanger, tudung saji, lesung batu, selipar, baldi, besen, botol minyak masak. Becok mulut tuh, pandai sebut 'ma-ma-ma-ma' sekarang...bestnya mama rasa. slalu sebut 'ba-ba' jer. Dah pandai lambai tangan bila sebut bye2 (style genggam lepas). Yang paling ketara perubahan fina 11 bulan nih: mama rasa fina dah kurang 'montel' sekarang,sedih pula ten

Cerita dari Terengganu Part II

Image
Sambungan dari N3 sebelum ini. Seperti yang dirancangkan kami memulakan perjalanan balik selepas Isyak. Sejak Raya Ketiga, hujan turun 24 jam tanpa henti, kalau reda pun kejap2 jer. Terdetik juga kegusaran di hati kalau2 hujan gini, tak kene banjir ke Terengganu. Tapi tawakal je la. Harap2 perjalanan kami selamat sampai ke destinasi. Perjalanan dari Setiu akan melalui beberapa Daerah di Terengganu. Bermula dari Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, barulah akan memasuki Negeri Pahang. Setelah beberapa jam meredah hujan, dan beberapa kali aku&fina tidur-bangun, tiba2 rasa berat je kereta. Rupa-rupanya kami terpaksa meredah banjir di DUNGUN. Berdebar2 gak dalam hati, mula la terfikir bukan2. Enjin kereta abg pun dah bunyi semacam je. Kalaulah tiba2 enjin kereta mati, alamatnya, tak sampai la kami ke Kajang. Cepat2 suh abg matikan air-corn, biar ringan sikit kereta. Time tu rasa macam naik ferry pun ada. Terus hilang rasa mengantuk. Alhamdulillah, kereta biru kesayangan abg t

Serius Baby 2009 Giveaway

Image
SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY ANJURAN IBU RIFQI SEMPENA BESDAYNYA YG KE-29 NAK TAU SYARAT2 PENYERTAAN ? SILA TERJAH KE BLOG IBU RIFQI ^ ^ ^ ^ ^ ^ Gambar FINA in SERIUS mood NAMA BABY : NUR AZWA SAFRINA BT. AZHAR TARIKH LAHIR : 1.1.2009 UMUR SEKARANG : 11 BULAN

Giveaway by Sweet Wannur & Comel Bergaya

Image
Mama fina nak join giveaway : Salam semua... alhamdulillah, wannur dengan berbesar hati mengadakan giveaway utk kali ke-2 bersempena dengan 3rd anniversary perkahwinan wannur & suami (30 Nov), dan juga bersempena pembukaan kedai baru wannur iaitu COMEL BERGAYA!! KATEGORI PENYERTAAN: Kategori A --> sesiapa yang ada blog (bloggers); 1. jadi follower SWEETWANNURSHOPPE dan COMEL BERGAYA!! 2. link kan kedua-dua blog ini di blog list anda 3. buat entry ttg giveaway ini 4. tinggalkan comment di sini beserta link anda HADIAHNYA: ~ terdiri drpd barangan dr sweetwannurshoppe beserta hadiah misteri sumbangan comel bergaya!! CLOSE DATE: 20 DECEMBER 2009 (at 12.00 noon)

Selamat Pengantin Baru F&F

Image
Mengikut agenda planning cuti hujung tahun , 6 Dis 2009 hajat di hati nak pi kenduri kawin Fid & Putih @ Alor Gajah. Tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, kami tukar plan untuk hadir pada hari Sabtu, 5 Dis 2009. Hari Sabtu, lepas Asar ada Majlis Akad Nikah, malam lepas Isyak ada Majlis Berinai. Sempat la tengok fid sanding malam2 tu dengan Jambul Pengantinnya. Hi2. Siap ada bunga api lagi. Apepun ribuan TERIMA KASIH atas layanan baik keluarga Fid. Memang sedap makanan2 yang dihidangkan malam tu. Semua lauk2 kampung yang menyelerakan. Siap dibekal dengan buah tangan lagi time kami nak balik ke Kajang. (Fid, wajik durian tu sedap betul la, hbs akak sorang pulun) Kepada pengantin F&F ***Selamat menempuhi alam baru hidup berumah tangga***

Cerita dari Terengganu

Image
Dah lama rasanya aku tak update blog mama fina nih.Penyakit 'M' menyerang gara2 dah lama sangat bercuti. Alhamdulillah, kami sekeluarga telah selamat pulang ke kampung meraikan Aildiladha bersama keluarga di Setiu Terengganu. Perjalanan balik kg mengambil masa lebih kurang 12 jam. Lama kan, itu kira sekali la time abg berhenti minum, tidur, isi minyak, pi tandas, berhenti sarapan pagi. Fina, tak meragam sepanjang perjalanan. Bila lapar bangun BF, pastu tidur je atas toto yang memang disediakan kat sit belakang kereta. Tak larat la mama fina nak pangku fina semalaman. Mau lenguh badan2 nih.Bila dah pkl 7 lebih, baru fina bangun main2. Kami berhenti sarapan pagi di area Kemaman sebelum meneruskan perjalanan. Hajat di hati nak berhenti menikmati keindahan pantai, tapi permintaan tak dilayan. (almaklum ler, hati abg tu dah berbunga2 nak sampai ke rumah cepat.). Kami tiba di rumah lebih kurang pkl 9 lebih. Gambar fina dalam kereta-pagi2 baru sampai kg. Row tengah : Gambar kami sekel