Sejak dah dapat kunci ni, banyak perkara yang perlu diuruskan.
29 January 2010
Cuti
Isteri Solehah
SOALAN:
JAWAPAN:
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya. Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud:
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
- Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan- Nya dengan sesuatupun.
- Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
- Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
- Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
- Mentaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
- Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
- Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
- Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya.
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)
- Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
- Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
- Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
- Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
- Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
- Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud:
Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)
26 January 2010
Awan Fina
Seterusnya,
Fina tengah belajar nak 'fly' ala2- Awan Dania d Series..
Tayang body
Gambar tayang body, Fina di usia setahun 3 minggu.
Fina dah semakin berjaya menguasai kemahiran berjalan sekarang. Kali ini saya nak 'abadikan' gambar Fina ketika masih 'montel' dalam blog ini (eh, bkn gambar fina berjalan ke). Mungkin apabila Fina dah dapat berjalan nanti, badan fina akan semakin susut dan menjadi 'slim' ataupun tetap 'mantain'. Saya tak tahu. Apa yang saya tahu, pastinya saya akan merindui saat-saat 'ketembaman' Fina di usia kecilnya apabila fina dah besar kelak.
21 January 2010
Tatih & Baca
***Fina 2-3 malam ni, bila terjaga time tidur, terus hentak2 kaki kat tilam bila lambat nen dia. Alahai, tak boleh la lapar sikit perut 'bulat' tuh..
19 January 2010
Pelangi Semenyih
2 tahun lalu ianya hanyalah merupakan sebuah impian & harapan saya dan suami,
Syukur Alhamdulillah, di awal tahun 2010 impian yang kami bina telah menjadi satu kenyataan. Mungkin benar perkataan 'rezeki anak' memberi maksud yang tersendiri dalam sesebuah keluarga. Secara jujurnya kehidupan kami sekeluarga bertambah baik dengan kehadiran Fina. Moga kesenangan yang dipinjam oleh-Nya membuatkan kami insan yang pandai menghargai sesuatu dalam menjalani kehidupan di masa akan datang.
Pesanan penaja - Terima kasih kepada abang yang merealisasikan impian saya.
18 January 2010
Adiella Collection Give Away
Next contest:-
ADIELLA COLLECTION GIVEAWAY
Hadiahnya ialah:
Sempena pembukaan blog azie seraca rasmi nye, adiellacollection menganjurkan giveaway kepada blogger2. Dua pemenang b'tuah akan ditentukan melalui random.org.
Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut:
- Step 1: Jadi follower adiellacollection (done)
- Step 2: Buat satu entry ttg giveaway ini b'serta gambar hadiah giveaway diatas b'tajuk "adiella collection giveaway". (done)
- Step 3: Sila link kan blog ini di blog list anda. (done)
- Step 4: Sila tinggalkan comment b'serta link anda atau email. (done)
Give Away Barang Deco English Style
14 January 2010
Perjalanan BF untill Jan 2010
- Target pertama - BF fina tanpa solid food atau air kosong selama 6 bulan. (done)
- Target kedua - BF fina sehingga berusia setahun dan diberi makanan tambahan. (done)
- Target ketiga - BF fina sehingga berusia setahun setengah.
- Target keempat - BF diteruskan sehingga fina berusia genap dua tahun.
Syukur, perjalanan BF dapat saya teruskan sehingga saya telah berada di fasa TARGET KETIGA sekarang. Saya akui bukan mudah untuk saya lalui semua halangan sehingga saya berjaya sampai ke tahap ini. Hanya ibu-ibu yang melalui pengalaman sendiri tahu dan memahami betapa kuatnya semangat diri untuk hadapi rintangan dah halangan tersebut. Saya selalu menimba pengalaman dan ilmu berkaitan BF daripada blog-blog yang dikongsi oleh para ibu yang berada di laluan yang sama. Sekurang-kurangnya pengalaman ibu-ibu yang lain dapat membakar semangat dan kesungguhan saya untuk meneruskan target keempat. Terima kasih kalian. Walau kita tidak mengenali secara rapat satu sama lain, tapi saya tau, bagai ada satu 'hubungan erat' antara kami semua di alam maya.
Tahun 2010 diteruskan dengan rutin jadual pam (Spectra 3) saya yang sama iaitu sebanyak 3x sehari (waktu bekerja), lebih kurang 10-15 minit 1 sesi pumping (double pumping).
- Waktu pagi -antara jam 10 lebih -11 pagi
- Tengahari - time rehat antara jam 1.30 - 2 ptg.
- Petang - jam 4.30 ke atas.
Purata susu yang saya pam sekarang ialah 12-14 oz sehari. Bekalan untuk fina sehari 4 botol, 3 fresh dan 1 stok frozen. Balik keje & malam, direct BF, begitu juga time cuti. Time malam fina akan BF 2-3x semalam dan rutin wajib waktu pagi sebelum pergi kerja, saya akan BF fina hingga kenyang. Setakat hari ini stok frozen yang tinggal lebih kurang 30pcs liner purata 3-4 oz setiap liner bagi bulan Okt, Nov, Dis. Bagi stok frozen Jan 2010 saya akan buat stok frozen 1 liner setiap hari baki dari 1 botol yang saya top up dengan frozen EBM pada hari berikutnya.
Alhamdulillah, sehingga hari ini saya tidak pernah lagi mengalami pengalaman 'kering' atau 'kurang' susu pada waktu-waktu tertentu, contohnya time period, seperti ibu-ibu lain yang hadapi masalah tersebut. Saya juga tidak pernah mengambil suplement tambahan untuk maintainkan pengeluaran susu. (tapi ibu-ibu lain yang berminat, sangat-sangat digalakkan). Cuma apa yang saya amalkan sehingga hari ini ialah pemakanan seimbang, minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari, minum milo+oat+nestum, lebihkan makan buah & sayuran, makan kurma di waktu pagi, elakkan minuman kafein, air gas dan ais juga beberapa amalan lain seperti N3 saya sebelum ini.
Mudah-mudahan dikuatkan semangat dan diberi kekuatan untuk saya meneruskan perjalanan BF tahun 2010 sehingga berjaya mencapai target keempat dan seterusnya menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu seperti yang disuruh dalam agama sendiri. Amin.
" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
12 January 2010
Internet-block
Bermula dari minggu ini, saya tidak boleh lagi melayari laman Social Networking spt, Facebook, Friendster, ber'chatting' atau ke blog2 tertentu time office hour kerana bila saya klik akan keluar :
^
^
^
You are about to access the Internet from the XXX Network
INTERNET USAGE IS MONITORED AND LOGGED.
Your IP address: ########
YOU HAVE BEEN DENIED ACCESS TO THIS SITE.
For any comments, please contact the network administrator at
ext #### or email to system.admin@**********
^
^
^
11 January 2010
Dah pandai ape?
Aktiviti terbaru Fina - main stereng keta& cucuk lipstik
*** Semakin murah rezeki kami sekeluarga dengan kehadiran fina dalam hidup kami suami isteri. Syukur, alhamdulillah.
07 January 2010
Contest MY LITTLE HELPER
05 January 2010
Check up @ Klinik Kajang
- Fina dalam keadaan sihat, aktif dan cergas. Still BF on demand.
- Nurse nasihatkan beri baby pemakanan seimbang, nasi, buah-buahan, sayur, ikan, ayam (ikut piramid makanan)
- Berat fina sekarang 9.8kg. (maintain dengan berat last check-up haritu, tak kurang, tak lebih, so, draf mendatar je la)
- Masa timbang tu, duk menangis sekuat hati. 1 klinik dengar suara dia. alahai, macam kene ape fina nih..marah sgt bukak baju dia kat situ.
- Masa ambik suntikan pula, tak menangis pun, selamba je muka dia. Tak rasa sakit kot, almaklumler peha banyak isi.
- Next check-up 4 MAC 2010.
fina tgh 'mengamuk' tunggu lama sangat.
03 January 2010
Majlis Besday Fina 1/1/10
02 January 2010
Fina @ 1 tahun 1 hari 2010
Dah makan nasi biasa.
Tak suka makan biskut.
Susah nak pakai baju lepas mandi.
Tengah batuk dan selsema.
Tak suka makan ubat.
Kadang-kadang suka mengada2.
Sangat rapat dengan mama no.1 nye a.k.a. pengasuh fina.
Pandai nak ikut kalau saya dah siap2 pakai tudung.
Belum tumbuh gigi lagi.
Suka tengok iklan.
Cakap 'maamaa, abbbaaa, thaatha, attheeh, atthaaah' dan macam2 lagi bahasa Peranchis.
Suka tunjuk2 ' guna jari telunjuk'.
Pandai nak cakap guna telefon, habis smuanya(mainan, bedak, sikat) dijadikan telefon.
Sangat pandai 'mengemas' rumah.
Tengah lasak dan aktif, tak duduk diam.
Tak boleh tinggal sorang, kadang2 nak pi bilik air pun fina duk menangis duk depan bilik air.
Suka ler gigit2 selipar.
Perangai time bf :
Bila nak bf, tarik2 baju mama cakap 'neenn, neeenn,,,'
Bila ramai orang, tak nak bf. Nak duduk dalam bilik berdua2 dengan mama.
Macam2 style bf, menonggeng, tertonggeng, meniarap, naik atas mama, berdiri, duduk.
Perangai paling pelik : tarik baju mama, cungkil pusat mama dengan jari, pastu masuk mulut..(ish2, tak senonoh kan, ntah rasa ape la agaknya tuh, hi2)
Oh ye, di usia fina 1 tahun 1 hari ini, mama nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri, kerana berjaya menyusukan fina selama tempoh 1 tahun. Inilah hadiah paling berharga dari mama untuk fina sejak hari pertama fina dilahirkan ke dunia ini. Insyaallah, mama akan teruskan bf fina selama mana yang mama termampu.

**Bagai baru semalam rasanya saya menimang seorang cahaya mata, rupa2 nya sudah setahun peristiwa itu berlalu...
Kek Fina
by
LOVELIANA CAKES
Happy 1st Besday FINA
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
NUR AZWA SAFRINA
YANG PERTAMA
1 JANUARI 2010
MUDAH-MUDAHAN MENJADI SEORANG ANAK YANG BAIK DAN BERGUNA PADA MASA HADAPAN.
AMIN