Posts

Showing posts from February, 2010

Makan oren

Image
Setiap petang lepas ambil Fina dari rumah kaklong, Fina akan tepuk2 baju saya suh saya BF kan dia. Time ni, saya akan tumpukan perhatian lebih kurang 10-15 minit untuk Fina. Lepas tu baru buat kerja lain, mandi, masak, basuh pinggan mangkuk dll. Bila Fina dah kenyang BF, saya akan bagi Fina makan buah pula. Selalunya saya bagi buah oren atau epal. Fina makan sikit je, yang selebihnya buat main-main jelah. Walaupun tak tumbuh gigi lagi, kalau Fina gigit epal tu, putus gak. (Bilalah nak tumbuh gigi ni Fina.) Jom layan gambar Fina makan oren :) Lepas makan buah, waktu makan seterusnya ialah pada pukul 8 malam. Time ni saya bagi Fina makan nasi + lauk atau kuah yang tidak pedas. Saya dan abang, memang ajar Fina agar suka makan buah & minum air kosong dari cawan sejak Fina dah cerdik nih. Kalau boleh, saya tak nak ajar atau sogok Fina dengan makanan ringan, gula-gula, air gas atau makanan yang kurang berkhasiat. Jika sesekali nak merasa setakat sikit2 tu, boleh lah.

Lala

Image
Saya dapat panggilan dari abang petang tadi. Abang : Mmmm, pandai masak lala tak? Saya : Masak ape, slalu kalau mama masak, buat sambal atau masak lemak cili api la. Abang : Pandai tak masak lala goreng tiram ? lala goreng tiram Saya : Ape? lala campur dengan tiram ke? Abang : Bukan campur tiram, Abang tengok blog dari dapur MAKLANG . Ada resepi lala goreng tiram. Nampak macam sedap je lala tuh. Saya : Ye lah, nanti mama tengok. Susah2 mama buat lala rebus je lah..ha2.. (mentang2 saya ni dipanggil maklang, siap cari resepi dari blog maklang) Lepas dapat panggilan, saya singgah ke blog DARI DAPUR MAKLANG . Banyak juga resepi yang simple dan mudah untuk disediakan. Terima kasih kepada abang yang 'menyedarkan' saya untuk mencuba resepi2 baru. Mungkin sudah jemu dengan masakan saya. Nak senang, goreng sayur, goreng ikan/ayam hari2. Maklumlah, dah balik kerja penat nak masak, nak melayan Fina lagi, nak mengemas rumah lagi (macam byk sangat lah). Nasib baik saya dapat suami yang tak

Imbasan lalu

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama memang sukar untuk dilupakan. Kehadiran yang ditunggu-tunggu akhirnya tertunai jua setelah genap setahun kami diijab kabul. Masih terpahat diingatan saya ketika membuat prenancy test. Harapan tinggi menggunung agar 2 garisan merah yang akan kelihatan. Alhamdulillah, rezeki kami suami isteri untuk menimang cahaya mata yang pertama termakbul. Saya mengandung pada hujung Mac 2008. Saya tidak mengalami sebarang alahan teruk semasa awal mengandung. Cuma selera bertambah dan saya menjadi seorang yang kuat mengantuk dan suka tidur. Kalau dulu saya suka minum air soya, sejak mengandung saya jadi tidak suka air soya. Kedai mamak yang dulu menjadi pilihan saya untuk makan roti canai & roti nan, terus tidak saya kunjungi sejak mengandung hingga kini. Sepanjang mengandung, pernah 3 kali kaki saya kejang kaki di malam hari akibat cuaca yang terlalu sejuk. Abanglah yang menjadi penjaga setia saya, mengurut minyak panas, meletakkan halia. Kalau d

Mudah saja

Kali ini saya nak kongsikan tips dan panduan mengepam di tempat kerja mengikut pengalaman sendiri saya. 1. Bawa peralatan khas untuk mengepam di waktu kerja. Antara 3 perkara penting ialah pam susu, botol susu dan cooler beg. Pam susu ~ saya memilih untuk menggunakan pam elektrik SPECTRA 3, double pumping. Botol susu ~ saya gunakan botol susu MOM LITTLE ONES (MLO). Setiap hari saya akan bawa 6 botol MLO untuk digunakan bagi 3x sesi mengepam. Setakat ini saya ada lebih kurang 20 botol MLO. Ibu2 yang mengepam, memang suka kalau tengok dan kumpul stok botol susu banyak2. Macam jadi salah satu sumber semangat. Cooler beg ~ juga dari MLO, hadiah dari pegawai2 kat ofis masa saya habis pantang. Terdapat 3 ice pack bagi 'menyejukkan' susu sehingga selamat saya bawa pulang ke rumah. Lepas sampai rumah, letakkan susu ke dalam peti ais dan bekukan semula ice pack tersebut untuk dibawa pada keesokkan harinya. 2. Pastikan kawasan persekitaran untuk mengepam adalah selesa, sesuai dan bersi

Nasi Lemak

Image
Tiap kali cuti hujung minggu, baba akan belikan nasi lemak kosong untuk Fina. Fina pun macam tau-tau je bila baba pulang, siap duk tunggu nak makan nasi lemak sambil cakap 'mam, mam, mam'. Makan nak suap sendiri, dengan fesyen rambut 'kembang' baru bangun tidur dah tak sabar-sabar nak makan sarapan. Kalau dulu nasi lemak beli untuk 2 orang, tapi sekarang dah bertambah 3 bungkus termasuk untuk Fina. Lepas makan nasi lemak, baru Fina mandi dan selalunya pagi2 juga Fina akan menjalankan operasi proses penghadaman dengan output yang begitu lumayan sekali. Bau masam tak hingat!!!

Aktiviti Ahad

Image
Pagi2 Ahad, setelah bersarapan roti canai kami ke PS untuk cuci rumah. Ingatkan nak minta tolong Kaklong aka Pengasuh Fina untuk jaga Fina pagi tu. Time nak hantar, Fina punyalah meraung gajah bila nak tinggalkan dia. Tau je time mamanya cuti, tak nak dia kene tinggal. So, bawa je la Fina ke PS. Tapi Fina ok dan baik je masa kat PS. Cuma kesian kat abang kene cuci sorang2 sebab saya kena dukung & jaga Fina. Takut pula kalau2 Fina terjatuh sebab lantai basah & licin. Pagi tu, abang & kawannya settlekan pasang rail langsir di bilik tidur utama dan belah tingkat bawah. Yang selebihnya dah dipasang pada hari Sabtu. Start cuci rumah lebih kurang 12 tgh. Itupun bilik air dan dapur, cuci kemudian. Dah tak larat nak mencuci lagi . Basuh, jangan tak basuh abang!! Sibuk gak nak tolong baba cuci lantai. Kalau bab main air, memang no. 1. Keletihan sampai tertidur, tu lah nak ikut sangat. Lebih kurang pukul 2 petang kami pulang ke rumah. Siap mandi2, pergi ke rumah Kaklong untuk Majlis

Hargai Setiap Detik

Image
Saya mengemas laci di ofis dan terjumpa artikel yang saya print dan simpan ketika mula-mula belajar ilmu mengenai BF. Saya suka bait-bait ayatnya. Bagai menyentuh hati dan sanubari saya. " Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru. Saya sentiasa merindui detik masa ini setahun yang lalu. Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya. "

Percubaan pertama

Image
Sejak berpindah di bangunan ofis baru di Presint 4 saya menjalankan 'projek pumping' di bilik kosong pegawai di sebelah tempat saya. Agak sukar bila pejabat tidak menyediakan bilik khas untuk ibu-ibu yang BF anak mereka. Mungkin pendedahan tentang kepentingan bilik khas ini masih tidak dititikberatkan lagi. Jadi, nak tak nak kenalah mencari altenatif sendiri untuk pumping di mana-mana tempat yang bersesuaian. Jika dahulu di ofis lama di C3, saya pumping di sebuah bilik yang dijadikan surau kecil di Bahagian tersebut. Masa awal berpindah di sini, saya tumpang bilik pegawai bersebelahan tempat saya. Tapi bila ada seorang pegawai berpindah, dan bilik tersebut kosong, saya gunakan bilik tersebut untuk kemudahan pumping dan bersolat. Saya guna bilik tersebut lebih kurang 7 bulan dan kini saya kene cari 'port' lain kerana bilik tersebut akan diisi dengan pegawai lain. Agak sukar bagi saya untuk mencari tempat yang bersesuaian. Jika menumpang bilik orang lain, takut menggangu

Kongsi Raya telah berakhir

Image
Sekejap sahaja masa berlalu. Dah habis percutian kami selama 4 hari 3 malam di kampung. Berkumpul adik beradik bersama ayah & umi tersayang memang menyeronokkan saya. Bolehlah berehat-rehat di kampung di samping menikmati masakan kampung yang menyelerakan. Rasa meriah rumah ayah dengan suara cucu-cucunya seramai 8 orang. Macam-macam aksi, macam-macam ragam. Terpancar wajah ceria ayah & umi tatkala melayan kerenah cucu mereka. Naik motor bersama ATUK round kampung. Abang Kudip pegang Fina kuat2 takut Fina jatuh, sampai tersepit Fina kat tgh2 tu..hi2. Fina, suka sangat dapat main2 bersama sepupu-sepupunya. Tidur pun bila dah ngantuk sangat baru nak tidur. Saya memang tidak merancang untuk ke mana-mana semasa bercuti, cuma pada hari Isnin kami ke Bahau untuk join REUNION member-member SEK MEN TEKNIK JUASSEH 1998/1999. Nanti saya update perjumpaan tersebut di lain n3. Kami bertolak balik ke Kajang lebih kurang pukul 3.30 petang Ahad. Abang bercadang singgah ke rumah kawannya di

Kongsi Raya

Image
atuk & Fina (masa fina 5 bulan) lawak je rambut Fina time nih!! Sempena Tahun Baru Cina minggu ni, kami akan pulang ke kampung saya di Gemencheh. Tak sabar rasanya nak pulang ke kampung. Dah lama rasanya tidak pulang, last kami pulang ke kampung kalau tak silap saya pada penghujung bulan 11. Ingatkan nak pulang pada hujung Januari lepas, tapi memandangkan cuti Tahun Baru Cina agak lama, kami tukar plan untuk balik pertengahan Februari. Rasanya bukan saya sahaja yang planning nak balik kampung cuti ni, rata2 member ofis pun sama gak. Orang kita kan, pantang ada cuti panjang sikit, sure balik kampung. Tak kisah la raya ape pun. Memang dah jadi satu kebiasaan. Gambar di atas adalah gambar ayah saya. Tahun ni genap umur ayah saya 60 tahun. Sejak dah berusia ni, saya rasa makin nampak tua ayah saya. Pagar pun banyak yang dah tercabut. hi2..Tapi orang keje kampung kan, nampak kuat lagi walaupun usia dah semakin meningkat. Apakah motif n3 saya ini! Saya tidak sabar nak balik ke kampung un

Grill PS

Image
Semalam lepas kerja saya dan abang ke PS untuk berjumpa Mr. Ah Choy. Grill rumah kami telah siap sepenuhnya. Kami tempah gril bercorak untuk pintu utama dan tingkap ruang tamu, manakala untuk bahagian belakang rumah dan tingkap bilik, kami pilih gril biasa sahaja. Grill pintu utama - corak bunga ros Grill tingkap ruang tamu - sama corak. Tingkap bilik. Bahagian belakang rumah - tempat dapur kering. (grill 2 pintu) Komen : Saya & abang berpuas hati dengan kemasan pemasangan grill tersebut. Tingkap ruang tamu dan bilik tidur utama, terdapat bahagian tingkap grill yang boleh dibuka sekiranya ada kecemasan. Grill bahagian belakang pula, boleh buka 2 pintu bagi memudahkan kami untuk memindah barangan. Cuma warna bahagian bawah grill belakang membuatkan saya merasa tidak puas hati sedikit. Sepatutnya saya minta Mr. Ah Choy buat 1 warna sahaja pada bahagian tersebut. Masa tempah dahulu, kami minta warna grill semuanya sama 1 rumah. Tu yang dibuatnya pintu bawah warna 'celoreng' j

Cuti No-Pumping

Image
Sejak Fina masuk umur setahun, saya tidak lagi mengepam susu pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau dulu, hari Jumaat mesti bawa balik beg pam. Tapi sekarang, stok susu yang saya pam pada hari Jumaat, akan saya jadikan bekalan Fina untuk hari Isnin. Kenapa saya tidak mengepam pada hari cuti? Sebab saya akan direct BF Fina sebanyak mana yang Fina suka pada waktu cuti. Mmm, dan salah satu sebab utama ialah saya 'malas' mengepam kerana output susu saya sekitar 1-2 oz sahaja setiap 1 sesi mengepam. Ibu-ibu yang fully BF, jangan amalkan cara saya ini. Seeloknya, pump semasa cuti dan buat stok untuk bekalan pada hari Isnin. Selain daripada itu, boleh juga buat stok untuk frozen EBM. Sebenarnya, konsep 'demand & supply' amat penting. Sekiranya tiada permintaan dalam tempoh tertentu, otak akan terima signal bahawa susu tidak perlu dikeluarkan. Akibatnya, susu akan berkurangan (info yg saya pelajari dari ibu2 blogger, TQ!!) . Sebab itulah, saya tidak risau apabila saya tidak mengep

KC

Image
Seperti yang dijanjikan oleh Mr. Ah Choy (kontraktor bagi KC & gril rumah kami) Kabinet dapur yang ditempah telah siap sepenuhnya pada hari Sabtu lepas. Selesai satu plan kami sebelum berpindah ke PS. Setakat ini saya amat berpuas hati dengan servis yang telah diberikan. Bahagian dapur yang asal. Meja konkrit yang disiapkan minggu lepas. KC yang telah siap sepenuhnya. Pakej KC ni termasuk ~ Konkrit top table, 2 sinki, dapur (termasuk pemasangan hood & hub), rak pinggan(atas) dan rak2 kabinet asas yang lain.

Riangnya bila dia gembira...

Image
Sejak Fina dah semakin sihat nih, Fina dah ceria & ketawa seperti selalu.. Dah boleh baca buku.. Dah boleh main masak-masak.. Dah boleh minum sendiri... Dah boleh main2 di rumah.. (Fina happy betul dapat belon minney mouse nih.) Alhamdulillah, Fina dah semakin sihat. Cuma batuk masih ada sikit2 lagi. Tidur malam pun dah ok, tak merengek lagi. Yang penting, Fina dah boleh BF & makan seperti biasa. Menjaga Fina sepenuh masa di waktu cuti hujung minggu membolehkan saya melihat perkembangan Fina. Fina dah faham arahan ringkas, kalau saya suruh ambil buku ABC, Fina akan cari buku ABC tu, dah beri kepada saya. Fina dah pandai minta mainan. Semalam kami ke pasar malam Kajang Utama, bila lalu tempat jual mainan, Fina tunjuk2 mainan tuh, siap buat muka kesian je. Baba Fina yang memang selalu 'kasihankan Fina', beli la belon Minney Mouse utk Fina. Bila saya tanya 'baba mana?', Fina ketuk2 kat pintu bilik dan panggil baba. Suka ambil 'cekak rambut' saya dan pakai s

FOC

Saya terjumpa Puan H di lif minggu lepas. Sebenarnya saya dan Puan H saing2 mengandung tahun 2008. Anak Puan H muda sebulan dari Fina. Dipendekkan cerita perbualan kami : PUAN H : Anak U dah setahun kan az. SAYA : A'ah puan. Anak puan dah pandai ape dah? PUAN H : Baru belajar berdiri duduk. Lepas tu gigi pun tak tumbuh lagi tau. Saya ingat nak hantar jumpa doktor la Az (sambil gelak2). Tapi hubby tak bagi, dia ckp normal la tu, lambat sikit. nanti tumbuh ler gigi tu. SAYA : Ye ke puan, Fina pun belum tumbuh gigi lagi. PUAN H : Eh, sama la. Tapi anak nak masuk setahun ni kurang sikit belanja beli susu kan. Mahal la susu sekarang Az. Sebulan dah berapa blanja. SAYA : Mmm, tak tau la puan harga susu tapi saya ada cara yang tak perlu puan keluarkan 1sen duit pun. Boleh dapat susu FREE!!! PUAN H : Eh Az, betul ke????? Macamana U buat..ajar la saya.. SAYA : Puan bagi SUSU IBU. PUAN H : Ha??? -TAMAT- Moral of d story : FIKIR2 KAN SENDIRI & SELAMAT BE

Hari ke-3 Demam

Hari ni merupakan hari ketiga Fina tidak sihat. Demam Fina dah kebah, suhu badan pun dah ok cuma nafas berbunyi dan macam ada kahak di tekak. Nak batuk pun tak lepas, macam perit rasanya. Malam tadi, Fina tidur lebih lena dari malam sebelumnya. Bangun 3 kali untuk BF. Cuma masa nak tidur rasa dia tak selesa. Nak bernafas susah. Terpusing2 satu tilam, cari posisi yang sesuai, baru boleh tidur. Bila terjaga, merengek2 terus saya masukkan dalam buaian. Bangun pagi tadi, mula2 Fina ok je, bila tengok saya bersiap2 nak pergi kerja, terus tak nak duduk bawah. Nak berdukung pula, BF pun tak nak. Kalau malam nanti nafas Fina masih berbunyi, esok kami akan bawa Fina ke klinik pakar kanak-kanak. Risau juga, kalau2 Fina hadapi masalah penafasan ataupun masalah lain. Sekurang-kurangnya bila dah pi check-up dengan doktor, lega sikit hati saya. Fina, semoga cepat sembuh ye sayang..

Demam panas

Image
Fina tidur - tengah demam. Saya ambil EL semalam. Pada malam sebelumnya, Fina terjaga dari tidur menangis tengah malam, merengek je, tidur sekejap2 itupun nak tidur dalam buai, 1 badan panas, letak kat tilam pun tak nak, BF pun sikit2 je. Pendek kata merajuk sungguh Fina malam tu, semuanya tak nak. Dah tak makan pujuk. Sampai tersedu2 menangis. Mungkin tak sedap badan. Baby kan, manalah tau nak cakap macamana sakitnya. Abang tuam dan basahkan badan Fina dengan tuala basah. Pagi2, terus bawa Fina ke Klinik An Nisa Bangi. Doktor check suhu badan dan bacaan 38 darjah. Memang suhu tinggi la, doktor masukkan ubat kat punggung untuk turunkan panas badan. Itupun tak dapat check banyak sebab Fina duk menangis kuat dalam bilik doktor tu. Balik, bagi ubat dan Fina tidur. Turun sikit suhu badan. Merengek2 juga, nakkan perhatian saya sepenuhnya. Kejap2 nak berdukung. Saya buatkan sup ikan merah, nasib baik Fina nak makan nasi. Petang dah boleh main2 dan aktif macam biasa. Mungkin dah rasa kebah si

Toplamp

Image
Kedai Top Lamp Puchong Pencarian kami diteruskan ke Kedai Lampu di Puchong Ahad lepas. Abang memang tak biasa dengan area Puchong nih. Saya pula, kalau masa bujang2 dulu, tempat yang pernah saya pergi ialah di IOI Mall Puchong. Tujuan utama dulu2 kalau pi Puchong, nak pi shoping kat JUSCO dalam IOI Mall tersebut. Jalan di Puchong memang sibuk. Dapat kalau hari Sabtu atau Ahad. Lorong jalan pula agak mengelirukan. Mula2 berhajat nak pergi Achiver Lighting (gara2 tengok iklan dalam paper, SALE!!) di sebelah IOI Mall tuh. Tapi dah terlepas jalan, bila u-turn, jalan masuk kedai tu sebelum u-turn. So, cancel ke Achiever Lighting kami menuju ke Top Lamp di Taman Intan Puchong. Nampak kedai kat sebelah jalan je, tapi tersesat juga masuk jalan lain. Dekat2 pukul 6.30 baru kami selamat sampai ke Top Lamp. Sebenarnya, saya pernah survey di internet dan ramai yang mengatakan kedai Top Lamp adalah salah satu kedai yang menjual lampu hiasan dengan harga berpatutan. Sesuailah dengan bajet kami dan

Langsir NAGOYA

Setelah menyelesaikan 3 perkara utama sebelum berpindah, ada 2 lagi list yang telah kami selesaikan hujung minggu lepas. Tempah langsir Cari lampu hiasan siling & dinding Hari Sabtu lepas, pagi2 saya & abang ke Pelangi Semenyih untuk mengambil ukuran tingkap untuk tempahan langsir. Mula2 saya ingat nak tempah di TEWAH, Mines. Tapi bila fikir2, tempah kat NAGOYA je la. Lagipun dekat dengan rumah kami di Kajang. Kami terus ke Tesco Kajang. Rasanya itu je cawangan NAGOYA kat Kajang nih. Harga upah sekeping langsir bergantung kepada saiz langsir dan design yang ditempah. Kalau saiz tingkap biasa, upahnya RM7 sekeping sahaja. Kira berpatutan juga la harganya. Tempoh untuk siapkan langsir tersebut hanya 2 minggu sahaja dari tarikh tempahan dibuat. Nak dijadikan cerita, setelah lebih kurang 2 jam memilih langsir (dinasihatkan untuk membawa sape2 yang boleh memberi pendapat bernas, kalau tak, memang rambang mata) dan menunggu lakaran tempahan siap, bila time nak bayar harga langsir,

Nak besar

Image
Fina macam nak demam sejak semalam. Suhu badan, kadang2 panas, kadang2 ok. Petang semalam dah beri ubat demam. Malam tadi panas kejap2. Lebih kurang pukul 5 pagi Fina bangun merengek. Lepas menyusu, masukkan dalam buai tidur sampai pukul 7 pagi. Harap2 hari ni kebah demam Fina. Demam nak besar kan !

Pelangi Semenyih Part I

2 minggu ni saya dan abang sibuk menguruskan beberapa perkara sebelum berpindah ke Pelangi Semenyih. Itupun diuruskan ketika cuti hujung minggu Sabtu & Ahad. Perancangan utama ialah : Memasang gril. Memasang kabinet dapur. Wiring lampu dan kipas. Itu antara perkara asas yang perlu diselesaikan sebelum memasuki rumah. Yang selebihnya bergantung kepada bajet dan perancangan selepas berpindah kelak. Kalau ikutkan hati, memang nak buat semua, tapi kenalah ikut kemampuan sendiri. Utamakan mana yang penting dahulu. 3 perkara di atas, telah kami selesaikan. Semuanya dalam proses, kabinet dapur sudah siap 30%. Gril sudah diambil ukuran, dalam minggu depan mungkin akan dipasang. Wiring pula, nak dibuat selepas siap kabinet dapur dan gril rumah. Kabinet dapur&gril kami order dari kontraktor yang sama. Jika difikirkan, nak masuk rumah baru, memang guna belanja yang agak besar. Tapi semuanya itu sekali sahaja, semasa permulaan. Kenalah bersusah-susah dahulu, dan senangnya kemudian.

1 Tahun 1 bulan 2010

Image
Perjalanan BF diteruskan ke bulan berikutnya. Sekarang saya telah berjaya menyusukan Fina selama 1 tahun 1 bulan. (Tahniah untuk diri saya!! ). Rutin harian yang masih sama. Pam sebanyak 3 x di tempat kerja dan direct BF pada waktu malam dan waktu cuti. Stok EBM pun alhamdulillah, masih mencukupi untuk bekalan harian fina. Stok Frozen EBM - 30-35 liners Fina pula, sekarang sudah mula aktif berjalan. Siap belajar pusing 360 darjah. Jatuh terduduk tu memang perkara biasa. Baru dapat lesen L la katakan. Perkataan yang paling selalu disebut ialah "mamam". Pantang tengok orang makan, dia pun nak tumpang sekaki. Setiap hujung minggu, baba Fina akan beli sarapan nasi lemak kosong 1 untuk Fina. Berselera Fina makan. Fina memang suka makan nasi. Sama dengan babanya. Kalau bagi nasi kosong pun, Fina makan. Kadang-kadang nak suap sendiri. Teringat semasa mengandung dulu. Saya suka sangat makan westen food/fast food. Sampai baba Fina yang tak minat makanan2 gitu pun terpaksa layan. Makl