Posts

Showing posts from March, 2010

Testimoni

Testimoni setelah menggunakan SHAKLEE selama seminggu :- Yang baiknya, Penghasilan susu yang agak pekat dari biasa. Purata sehari jumlah susu yang dipam ketika di ofis adalah 13-16 oz sehari. Selalunya hari Isnin saya akan dapat lebih 2-3oz dari biasa. Hari Selasa-Jumaat, jumlah lebih kurang sama sebelum mengambil Shaklee. Fina kuat menyusu semasa di rumah, kejap2 'ma nen ma..nen-nen ma'. Macamtulah intonasi yang keluar dari mulut Fina. Mungkin rasa sedap kot susu saya tu. ha2.. Mengurangkan rasa keletihan dan kelesuan badan. Yang 'kurang' pada saya, Rasa 'terpaksa' menelan pil-pil yang saiznya besar. Rasa seksa juga bila kena makan 4 biji pil sebelum tidur. Maklumlah, saya ni bukan jenis yang suka makan ubat. Menghadapi masalah pembuangan air besar. Ooh, perkara yang menakutkan saya - "najis keras". Fobia betul bab nih. Warna air kencing pekat dari biasa. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan supplement SHAKLEE. Tapi saya masih belum menyes

EBM Isnin-Jumaat

Bagaimana saya menguruskan bekalan EBM Fina Isnin hingga Jumaat. Kalau dulu rumah saya dengan rumah kaklong aka pengasuh Fina, selang beberapa pintu sahaja. Pagi-pagi saya akan bekalkan Fina 3 botol susu fresh dan 1 frozen. Bawa dari rumah sahaja. Sejak dah berpindah ke PS ni, kalau hari Isnin saya akan bawa 4 stok susu (2 yg dipam pada hari Jumaat dan 2 stok frozen). Seperti n3 sebelum ini, sejak Fina berusia setahun saya tidak mengepam lagi ketika cuti. Saya gunakan stok yang dipam pada hari Jumaat ketika di ofis sahaja. Itu untuk permulaan minggu, hari Isnin. Bila habis keja Isnin, petang ketika mengambil Fina saya akan tinggalkan 3 botol susu fresh yg saya pam ketika di ofis dan letakkan dalam peti ais rumah kaklong. Lagi 1 bekalan frozen, akan saya bawa pada hari berikutnya. Begitulah rutin harian pengurusan EBM saya sejak berpindah ke PS. Bila pula masanya saya membuat stok frozen EBM? Stok frozen EBM Fina setakat ini masih mencukupi sebagai bekalan harian Fina ketika saya beker

Dah dapat ~ YHAB

Image
Liner YHAB yang saya beli dari kedai nurmia telah selamat sampai semalam. Mula-mula buka bungkusan, tengok ada botol susu. Dalam hati dah terlintas, ini salah hantar order ke apa. Bila pula saya order botol susu ni. Tengok resit yang disertakan, rupanya saya dapat 2 botol Bumble Bee sebagai free gift. Seronoknya dapat menambah koleksi botol susu Fina. Terima kasih juga kepada Pn Wan Hasma. Moga sukses dalam bisnes on9 ye!

Ganjaran

Mendengar khabar kawan-kawan di FB, ramai yang telah menambah 'anak'. Tahniah juga pada yang dah selamat bersalin. Kebanyakannya anak kedua. Rasanya juara setakat ini adalah sahabat karib saya. Hanim, dah nak masuk 3 anak ko nim!! Memang berbaloi ko berhenti kerja. Pada yang tengah mengandung (Hanim, Fid, Shela, Ija, Mai) Selamat menjalani 40 minggu yang indah. Melahirkan seorang mujahid kecil ke dunia bukanlah suatu perkara yang mudah. Jangan sesekali mengeluh kerana 'kesakitan dan kesusahan' yang dihadapi semasa proses ini dijanjikan dengan ganjaran setimpal oleh-Nya. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun so

YHAB Sale!

Rehat tadi google kat mudahcari.com, terjumpa liner YHAB dengan harga yang menarik RM25.00 sahaja. Sejak liner YHAB saya dah habis, saya tercari-cari kot-kot ada sale dari mana-mana blog yang menjual barang tersebut. Kebanyakannya harga tetap, RM29.90. Mujurlah saya temui blog nurmia . Sambil2 bershopping di blog nurmia, saya pun beli spare part tutup di botol MLO saya. Ada 3 tutup yang hilang. Tak tahulah cicir kat mana. Selalunya, part ni lah yang selalu hilang. Harganya RM6.00 untuk 5 pcs. Mudah kan bila shopping secara on9. Cuma rasa saling percaya perlu wujud antara satu sama lain. Pembeli harus membuat pilihan bijak manakala penjual pula harus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Bila ada permintaan, maka majulah bisnes on9 mereka. Cara bayaran, jangan risau, semuanya di hujung jari sahaja. Akhir-akhir ini, banyak perniagaan on9 yang tumbuh bagai cendawan. Moga persaingan sihat ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna/pembeli. ** dah tak payah g

Anak gajah

Image
Fina dah baik dari demam. Malam tadi dapat naik anak gajah kat Tesco. RM2 jer sekali naik. Tapi Fina tak pandai lagi naik sendiri, kena baba & mama pegang bila anak gajah tu bergerak. Letih pula mengejar anak gajah tu. Kalau saya dapat duduk belakang, best juga naik kan. Eh2, ada hati nak naik tu.. Turun dari anak gajah, ada tempat jual mainan dekat-dekat situ. Fina sengih2 sambil tayang perut tengok mainan tu. Sebab dah dapat naik anak gajah, Fina tak minta mainan pun. Kalau tak, riuh mulut nak minta mainan. Syukur Fina dah pulih seperti biasa. Cuma 2 hari ni, bila tersedar tengah malam Fina menangis kuat. Tak taulah kenapa, mengigau agaknya. Kena masuk dalam buai baru Fina tidur balik.

Update

Jumlah susu bagi 3 kali sesi pumping di ofis harini : Pagi (n3 sebelum ini) - 11 oz Waktu rehat tengahari - 6 oz Petang sebelum balik - 2 oz Total hari ini : 11 oz + 6 oz + 2 oz = 19 oz Alhamdulillah, lebih daripada biasa rezeki Fina harini. Nanti saya akan cuba updatekan perkembangan setelah mencuba trial pack SHAKLEE selama seminggu. Di hari pertama mencuba Shaklee, hasilnya amat mengembirakan saya.

Berganda-ganda

Image
Pumping @ 11 pagi 2 botol penuh 5.5oz per botol. Total sesi pagi = 11 oz Saya baru makan trial pack Shaklee malam tadi. Masih terlalu awal untuk ceritakan testimoni selepas 1 hari mencuba Shaklee. Tiada perubahan yang saya rasakan, cuma rasa haus yang agak ketara. Tapi memang saya kuat minum air kosong. Pesan hasmah minta saya minum air paling kurang 3liter sehari. Banyak sangat pula rasanya. Saya akan minum ikut keperluan badan. Pagi ini sesi pertama pumping saya dapat 2 botol penuh. Kebiasaannya, sejak BF Fina dah setahun, sesi pagi saya dapat 6oz sahaja. Berganda-ganda hasilnya kan. Mungkin kesan dari pengambilan Shaklee atau disebabkan Fina kurang BF malam tadi. Saya kurang pasti. Nanti saya update sesi berikutnya. Sebelum mencuba Shaklee - Jumlah susu = 12-14 oz sehari Selepas mencuba Shaklee - Jumlah susu = ????

Demam malam

Semalam, sepatutnya kami pulang ke Kampung di Melaka untuk meraikan Majlis Perkahwinan sepupu saya. Tapi terpaksa kami batalkan kerana malam Ahad Fina demam panas. Sejak Jumaat badan Fina sekejap panas, sekejap ok. Saya dah bagi ubat demam, tapi kebah kejap-kejap je demamnya. Bila malam mula suhu badan Fina naik. Ahad pagi bawa Fina ke Klinik Dinamik di Taman Pelangi Semenyih. Doktor bagi ubat demam sahaja. Suhu dan paru-paru doktor cakap normal. Fina, bila jumpa doktor terus elok pula. Bila kat rumah bukan main demamnya. Petang semalam saya nampak ada ulser pula ditepi bibir bawah Fina. Mungkin panas dalam agaknya. Patutlah kurang BF. Kalau tak, pantang saya baring mesti minta nen. Malam tadi Fina terjaga menangis. Tidur dalam buai semalaman. Kalau demam, Fina tak nak tidur bawah. Mesti nak berbuai. Saya letakkan tuala basah dan cool fever kat kepala Fina. Harap-harap harini Fina ok sikit.

Belajar melalui pengalaman

Kali ini saya ingin mengimbas pengalaman semasa mula-mula BF. Semasa mengandung, saya tidak pernah menghadiri kelas Penyusuan Susu Ibu mahupun rajin membaca artikel berkaitan kepentingan BF. Semuanya saya pelajari selepas melahirkan Fina. Alhamdulillah, saya tidak terlambat untuk belajar ketika itu. Masih saya teringat 3-4 hari selepas bersalin, saya rasa susu saya tiada. Ye lah, tak rasa pun B penuh. Rasa risau Fina tak kenyang sebab susu saya keluar sikit. Nasib baik tak beli susu formula. Kalau tidak, mesti timbul kekesalan dihati hingga kini. Selepas saya belajar ilmu BF barulah saya tau bahawa susu awal ibu yang dihasilkan ialah melalui kolostrum. Susu awal ini dipenuhi dengan zat dan khasiat kepada bayi. Jangan risau bila rasa susu tiada pada awal-awal kelahiran. Titisan kolostrum yang diberi kepada bayi adalah bersesuaian dengan kapasiti perut bayi yang kecil. Yang paling penting setkan minda bahawa SUSU ANDA MENCUKUPI UNTUK BAYI ANDA. Hari kelima saya telah mula diurut oleh

Shaklee Trial Pack

Image
Minggu ini genap 3 minggu saya duduk di PS. Isnin hingga Jumaat, balik dari pejabat saya rasa keletihan dan mengantuk sangat. Kadang-kadang tertidur dalam kereta sebelum singgah ambil Fina. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab masa perjalanan yang bertambah dan perlu membuat beberapa kerja rumah yang masih belum selesai sampai ke hari ini. Rumah baru saya masih belum siap dikemas sepenuhnya. Macam tak cukup masa nak mengemas. Bila sampai rumah, dah lewat petang. Dekat-dekat Magrib baru sampai, mana nak masak lagi, nak kemas lagi, nak layan Fina lagi. Atas sebab keletihan yang agak ketara ini, dan niat dihati ingin mencuba supplement saya mengambil keputusan membeli TRIAL PACK SHAKLEE set B untuk ibu yang menyusu. Saya order dari Hasmah . Mungkin ramai ibu-ibu yang telah mencuba produk Shaklee ini. Saya, baru pertama kali ingin mencuba supplement setelah BF Fina setahun. Mana tau, kalau-kalau serasi dengan badan saya. Di samping ingin mantainkan susu, saya juga berharap supplement Shaklee

3x sehari

Image
Sejak seminggu dua ini, bila sampai di rumah lepas waktu kerja, Fina akan terus ke bilik air. Diketuk-ketuk pintu bilik air tu nak masuk. Saya pun, setiap petang terpaksa mandi bersama Fina. Bukannya apa, takut Fina jatuh bila main air sorang2 dalam bilik air tu. Bila dah lepas mandi, baru Fina tak bising lagi. Kalau tak, selagi tak bagi dia masuk bilik air, selagi tu lah mulut Fina bising. Kadang-kadang bangun pagi pun nak pi bilik air juga. Bersemangat nak mandi. Tak kose saya nak layan Fina mandi pagi-pagi. Sejuk. Seingat saya, sejak lahir hingga sekarang Fina tak pernah menangis bila mandi. Dari mandi besen kecil, sehinggalah bertukar ke besen besar. Main air memang hobi Fina. Lebih dari 3x sehari mandi pun tak pe.

Shopping dengan mama

Image
Ahad lepas kali pertama saya dan Fina keluar bershopping berdua. Selalunya, baba Fina akan teman kami tapi hari tu baba Fina ada kelas. Memandangkan Tesco Semenyih dekat je dari rumah kami di PS, saya pun 'berani' bawa Fina keluar. Masa dalam kereta pun Fina duduk diam je. Sampai ke Tesco, saya masukkan Fina dalam troli. Tak larat acik nak dukung. Bagi pelanggan2 Tesco yang shopping hari SABTU, diingatkan untuk membawa plastik beg sendiri apabila bershopping. Kalau tak, jenuh ler nak letak barang-barang yang dibeli nanti. Hari SABTU bagi rakyat negeri SELANGOR tidak dibekalkan dengan plastik beg bila bershopping. Kempen tentang alam sekitar rasanya. Sekarang ni, saya plan shopping hari Ahad. Bukan apa, takut terlupa nak bawa beg plastik spare bila shopping hari Sabtu. Fina elok je duduk dalam troli. Fina memberikan kerjasama sepenuhnya kepada saya sepanjang tempoh 2 jam kami bershopping. Yang tak tahannya tu, bila minat sesuatu benda, siap tunjuk dengan jari minta bagi dia. Pal

Pumping & Fina @ ofis

Image
Hasil mengepam pukul 11 pagi tadi lebih banyak dari biasa. Selalunya, sesi pagi saya dapat 6 oz sahaja, tetapi hari ini saya dapat lebih kurang 9 oz. Mungkin susu banyak sedikit sebab semalam saya makan nasi berulamkan jantung pisang rebus. Jantung pisang salah satu makanan yang boleh menambahkan susu badan. Pagi tadi pula saya sarapan milo+oat+nestum madu. Lagilah meriah hasilnya hari ini. Alhamdulillah. Rezeki Fina. Dah lama tak dapat hasil begini. Semalam waktu rehat, saya dan abang uruskan penyerahan kunci rumah di Kajang. Dah ada orang sewa rumah tu. Harap-harap kami dapat penyewa yang ok. Alang-alang dah ke Kajang, saya bawa Fina datang ofis. Lagipun bos saya bercuti. Fina macambiasalah, kadang-kadang OK, kadang-kadang KO. Rasanya Fina mengantuk sangat, tu yang ikut suka dia nak mengamuk. Punyalah kuat menangis. Memang tak sesuai bawa Fina ke ofis. Kalau jalan-jalan ke pasaraya tu, mungkin Fina dah biasa dan tak buat hal. Saya minta abang datang jemput cepat-cepat lepas pukul 5

Tak tumbuh lagi

Image
Pada usia 1 tahun 2 bulan dan 15 hari, gusi Fina masih sama seperti Fina baru lahir dulu. Gusi atas dan bawah tiada tanda yang menunjukkan gigi Fina nak tumbuh. Cuma saya rasa Fina jenis gusi keras. Bila gigit jari saya, sakit juga rasanya. Nasib baik bila BF Fina tak pernah lagi gigit B saya. Walaupun tiada gigi, Fina makan macam kanak-kanak yang dah ada gigi. Makan nasi, tak mau bubur. Epal, keropok, biskut, kentang goreng dan pendek kata, apa yang boleh dikunyah, Fina akan makan jer. Orang kata kalau anak tumbuh gigi lambat, tanam uri tu dalam sangat. Tak tahu la saya betul ke tidak. Itu kena tanya baba Fina. Yang saya tahu, uri Fina ditanam di Penjara Kajang. Nanti kalau gigi PERTAMA Fina tumbuh, saya akan ceritakan di dalam blog. Bila la agak-agaknya tu ?

Simpan EBM

Image
Liner Youhaveababy saya dah habis. Ti nggal sekeping je lagi. Kira-kira dah 100 keping liner yang saya gunakan selama ini. Banyak juga susu saya ye. 100 pcs X 3/4 oz = 300-400 oz stok EBM. Teringat masa mula-mula belajar menyimpan frozen EBM saya gunakan bekas plastik yang isi dadih tu je. 100 pcs baru RM13.90. Tapi memang guna banyak ruang. Kalau guna liner jimat ruang peti ais. Liner Youhaveababy dulu saya beli secara online di sini . Dapat less 10% masa tu. Sekarang dah jual harga tetap. RM29.90 satu kotak. Ada 2 botol stok susu yang belum saya frozenkan. Kalau tak sempat beli, saya gunakan dulu stok bekas dadih. Ada banyak lagi baki bekas tu yang belum diguna. Asalkan masih boleh simpan stok EBM, guna je bekas lain yang bersesuaian. **Gambar di atas bukan susu saya. Saya google dari ENJOYBREASTFEED .

Ijabkabul

Image
Pada 10 Mac 2007, tarikh saya diijabkabulkan. Dengan 2x lafaz, saya sah menjadi isteri kepada insan bernama Azhar. Titisan air mata kegembiraan membasahi pipi saya. Teringat kepada arwah mak yang tidak dapat meraikan hari bersejarah saya. Timbul juga kesedihan bila terkenangkan pada hari tersebut telah berakhirnya tanggungjawab ayah menjaga saya sehingga besar. Saya melangkah ke alam baru iaitu alam rumah tangga. Sungguh saya bersyukur diberi peluang menjadi seorang isteri. Saya masih belajar dan berusaha menjadi seorang isteri & ibu yang sempurna. Terima kasih abang kerana sudi menjadi sebahagiaan dari hidup saya. Hidup saya cukup bermakna dengan kehadiran abang dan Fina sebagai tanda cinta kita. Maaf dipinta andai sepanjang tempoh 3 tahun usia perkahwinan kita, saya telah mengguriskan hati abang. Halalkan juga segala yang abang telah berikan kepada saya. Moga kebahagiaan akan terus menjadi milik kita. ********************************** YA ALLAH, SEANDAINYA TELAH ENGKAU CATATKAN

Kerja bukan alasan

Pengalaman saya mengepam di tempat kerja, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah DISIPLIN DIRI. Pastikan diri agar mengikut jadual mengepam yang konsisten pada waktu yang ditetapkan. Sebaiknya, tidak lebih dari 1-2 jam dari jadual sebenar. Sebagai contoh, kalau pagi mengepam pukul 10 pagi, esoknya janganlah pula pam pukul 12.00 tghri pula. Rutin jadual yang konsisten akan memberi signal kepada otak untuk mengeluarkan susu pada waktu-waktu tertentu. Jangan ponteng atau malas mengepam. TENANG dan SABAR semasa mengepam susu. Pastikan suasana persekitaran adalah sesuai untuk mengepam. Apa yang saya hadapi, susu akan berkurangan bila saya mengepam dalam keadaan persekitaran yang terganggu dan dalam keadaan cemas. Kena tenangkan hati dan sabar semasa mengepam. Bayangkan wajah anak ketika mengepam juga membantu untuk melancarkan pengeluaran susu. BERSYUKURlah dengan hasil susu yang didapati bagi setiap proses mengepam. Banyak atau sikit bukan menjadi ukuran untuk berjaya dalam BF.

Sungai ke Tasik

Image
Sabtu lepas, kami sekeluarga ke Taman Sungai Besi Indah. Ada jemputan kahwin adik Kak Wa. Lewat juga dari PS, agak-agak pukul 3.00 petang baru bertolak. Perut pun memang tengah lapar, berselera je saya makan. Lauk ikan masin kurau masak lemak cili api tu sedap lah!! Kuih karas (betul ntah nama kuih), tu pun saya suka. Terima kasih kepada Kak Wa & keluarga. Juga Selamat Pengantin Baru kepada INA & SUAMI. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Balik dari rumah Kak Wa, kami singgah pula ke Tasik Cempaka Bangi. Ada pameran Hari Landskap Negara. Bagi saya, taklah seronok sangat pergi ke sana. Kalau yang minat tanam2 pokok bunga, pokok buah, orkid dan macam2 tumbuhan yang sesuai dijadikan landskap, ok lah datang. Harga yang dijual pun berpatutan. Saya? Rasa2 last sekali tanam bunga masa zaman sekolah kot. Sejak dah pindah ke PS nih, ada juga terniat di hati nak tanam pokok serai kat belakang rumah. Bila tu, tak tau lah. Ntah2, saya 'tanam' serai kat pasar jer. Sabtu @ Tasik

Keje Fina

Image
Fina dah pandai buat banyak keje sekarang. Antaranya : Tolong saya mengemas baju. Saya ajar Fina keluarkan baju-baju dari dalam beg tuh. Tengok2, dia pula masuk dalam beg baju tu. lorr fina nih.. Mentang-mentang beg mama zai tu besar. Selamba je dia masuk . Mama pos balik kg baru tau!!! Keje terbaru, duk sibuk memanjat tangga rumah. Rabu lepas, saya di dapur memasak, abang pula kat belakang rumah duk betul paip mesin basuh. Saya bukakan tv suh Fina tengok. Tengah-tengah memasak, saya rasa semacam jer. Senyap je dalam rumah. Saya ke ruang tamu, cari Fina tak de. Berderau darah. Mana pula hilang anak saya nih. Abang suh tengok kat tangga, saya panggil Fina, terus dia menangis. Terkejut saya panggil dia agaknya. Tengok2 dah selamat sampai kat tingkat atas. Larat juga Fina naik semua tangga tu. Nasib baik tak terjatuh. Patutnya saya tempah sekali grill untuk buat penghadang tangga masa sebelum pindah haritu. Sekarang ni, duk mencari penghadang tangga susah pula nak jumpa. Buat sementara, a

Rutin baru

Rutin harian saya telah berubah sejak duduk di PS. Saya masih sesuaikan diri dengan jadual baru. Mulai minggu ini saya dan abang berulang alik dari Semenyih ke Putrajaya (rasa2 sampai ke pencen nih). Jadual harian saya - Isnin hingga Jumaat [waktu bekerja] : 6 pagi - Bangun siap2 pergi kerja. 6.35-6.40 pagi - Bertolak dari rumah ke Kajang Utama untuk hantar Fina ke rumah kaklong. Time ni Fina akan BF dulu dalam kereta. Kadang-kadang Fina tidur, kadang-kadang dah bangun masa dalam kereta. Mendaki tangga ke tingkat 3 dengan membawa Fina yang seberat 10kg hari2, dah macam senaman harian saya sekarang. 7.40 atau sebelum pkl 8 pg - Sampai ofis. 8 pagi - 5 petang - Ofis hour. 5.20 petang - Habis keje, tunggu abang jemput. Singgah ke rumah kaklong ambil Fina. 6.55 petang atau 7 lebih - Sampai rumah. Malam, lepas Magrib baru start masak untuk diner. Rehat-rehat kejap, pukul 10 lebih, masuk tidur. Perubahan dari rutin lama ialah saya kene keluar rumah awal 20 minit dari waktu biasa. Kalau lewat

Ahad di PS

Image
Hari Ahad pula, pagi-pagi kami ke PS semula untuk mengemas barang-barang. Setelah bersarapan, saya buat kerja apa yang patut. Mula-mula kemas dapur dan ruang tamu. Sebelah petang baru kemas bilik atas. Elektrik tidak dapat diperbaiki lagi. Wireman datang pada pagi tu, masih tidak dapat cari punca sebenar kenapa aliran elektrik di rumah kami terputus. Janji petang nak datang bawak barang-barang kelengkapan yang lain. Nasib baik tak panas sangat rumah, cuma saya kesiankan Fina yang kuat berpeluh. Bila nak tidur, saya letakkan buaian dekat dengan pintu masuk rumah. Biar kena angin sikit. Dah ngantuk sangat, tidur je la. Petang wireman datang ke rumah semula. Test macam2, masih belum boleh selesaikan masalah. Katanya mungkin power box problem, kene petir. Habis plug pun tak boleh guna. Saya malas nak balik ke rumah lama di Kajang. Lagipun barang semua dah dibawa ke rumah baru. Tidur PS je la malam tuh. Lepas Maghrib, kami keluar ke Tesco untuk cari lilin. Ingatkan nak makan malam di kedai,

Pindah ke PS

Image
Tak tahu nak mula dari mana. 3-4 hari ini adalah hari-hari yang sangat meletihkan saya. Kepenatan mengemas barang-barang untuk berpindah ke PS. Start Jumaat, packing barang di rumah lama sampai ke malam. Hari Sabtu pagi, hantar barang-barang ke PS. Sabtu hingga Isnin duk mengemas rumah di PS. Sampai hari ini masih ada beberapa barang yang saya simpan di bilik belakang masih belum berusik lagi. Dah tak larat nak buat sorang2. Kalau ada masa, boleh lah kemas sikit2. Lagipun barang-barang yang penting dah saya selesaikan masa cuti lepas. Barang-barang yang agak tidak digunakan, saya simpan je dulu dalam bilik belakang. Tunggulah cuti Sabtu Ahad ni, sambung kemas balik sikit2. Sebahagian gambar barang semasa pindah. Ade x sape2 yg kenal orang atas lori tuh. (Tgh buat iklan JGN PDG BLKG) Saya mulakan dengan cite packing barang di rumah lama. Memang saya tidak plan untuk kemas sikit2. Rasa susah pula nak guna barang bila dah pack siap2. Semuanya saya buat pada hari Jumaat. Itupun dah 2 beg

1 tahun 2 bulan

Image
Bila cakap "Tatik" @ cantik ~ Fina akan buat aksi ini. Bulan ini umur Fina genap 1 tahun 2 bulan. Semalam saya ke Klinik Kesihatan Kajang untuk hadir temujanji pemeriksaan kesihatan Fina. Kalau dah pergi tu, memang kene tunggu 2-3 jam baru boleh selesai. Nasib baik saya dan abang bercuti. Fina sekarang beratnya 10kg . Naik 200 gram dari last check up. Ingatkan ada kurang sikit berat, rupanya tetap maintain macam dulu. Eloklah, kalau turun banyak, risau pula saya. Takut tak cukup zat. Bila nurse tanya minum susu apa, saya jawab susu ibu. Tak bekerja ke? Kerja. Syukur Alhamdulillah, saya boleh meneruskan perjalanan BF ke bulan seterusnya dengan begitu lancar sekali. Moga dipermudahkan perjalanan berikutnya. Saya tanya nurse, anak saya belum tumbuh gigi lagi. Normal ke tak? Bila nurse tanya doktor di bilik bersebelahan, disuruhnya refer ke Doktor gigi. Tak dapat nak jawab kot. Katanya, belum ada lagi dia jumpa baby 1 tahun lebih tak tumbuh gigi lagi. Ish2, ye ke. Tapi saya rasa