Posts

Showing posts from April, 2010

Home stay @ ganu

Kalu tuang gi pata timor Jangan lupa maghi sokmo Negeri terengganu memang sohor Tempat molek, tanah subor Tempak Molek, tanah suhor Na na na na na Terengganu kita Saya akan bercuti selama seminggu untuk pulang ke rumah mertua di Setiu. Macam cuti kawin pula rasanya. Dalam setahun, adalah 2x saya akan bercuti lama untuk balik ke sana. Mudah-mudahan kami akan sampai ke kampung dengan selamat.

6 tahun lalu

Image
29 April 2010, genap 6 tahun saya bekerja di Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara. Tu tarikh lapor diri. Tapi masuk ke Bahagian Penasihat lebih kurang seminggu selepas transit di Bahagian Sumber Manusia. Kalau 6 tahun lalu : Sayalah antara staff termuda di ofis (time tu baru 22 tahun) tapi kini dah ada staf lagi muda dari saya. Masih bujang (trang tang tang) dan baru habis belajar kat Poli (fresh lagi la eh). First day, sejuk-sejuk tangan bila bersalam untuk perkenalan dengan pegawai dan staff kat Bahagian Penasihat. 6 tahun di Bahagian ini, saya telah menjaga 4 orang Ketua Unit. Bos pertama saya ialah En. Raja Ahmad Faridz. Bos kedua Puan Tay Le Ly, jaga 2 bulan jer. Bos ketiga Puan Azian dan dari tahun 2008 sehingga sekarang saya menjadi PA En. Iskandar Ali Dewa. Semuanya baik-baik belaka dan saya tidak ada masalah bekerja bersama mereka. Apa yang penting saya rasa seronok bekerja dan rasa bertuah mengenali mereka semua sepanjang saya bekerja sebagai seorang PA. Dari kiri- Kak

Pantai Puteri

Image
Perjalanan diteruskan selepas singgah ke Masjid Al-Azim. Round ke Bandar Hilir. Tapi tak larat nak turun, lagipun dah beberapa kali naik ke bukit A'Famosa tuh. Tengok-tengok pemandangan di sekitar Bandar Hilir dari dalam kereta aje. Ingatkan nak naik Eye On Malaysia yang telah dibeli oleh Kerajaan Melaka, tapi menurut cakap Maksu Fina, EOM tu telah disita. Dah dekat setahun tak berfungsi. Rugi-rugi. Penat je bawa dari Tasik Titiwangsa dulu kan. Kalau dapat naik pun, saya mesti fikir 2-3 kali. Saya jadi gayat & takut bila di tempat tinggi. Seterusnya, kami menuju ke Pantai Puteri yang dulunya dikenali sebagai Tanjung Keling. Fina mula-mula takut dengan ombak pantai yang kena kakinya, tapi bila dah lama-lama baru Fina berani. Maklumlah, hantu air. Pantang jumpa air, suka sangat dia. Umi kalau ke Pantai Puteri mesti makan Yong Tau Fu. Memang banyak pilihan yang ada. Saya pun mencuba semangkuk. Memang sedap. Ayah jer tak minat makan Yong Tau Fu. Ayah makan mee bandung. Sebelum bali

Zoo Melaka

Image
Saya tak ingat kali terakhir saya pergi ke Zoo Melaka. Tapi agak bertahun-tahun juga tak sampai ke sini. Minggu lepas ayah dan umi ajak kami berjalan-jalan ke Melaka. Tempat utama yang dituju ialah Zoo Melaka. Musim hujan, ayah tak pergi 'mengajar', sesekali nak berjalan dengan anak dan cucunya. Kami bergerak dari rumah di Gemencheh selepas sarapan pagi. Kat kedai cenderamata depan pintu masuk Zoo, tengah test topi nak belikan utk Fina. Yang tersengih tu ialah maksu Fina - YANA. Fina takut bila dekatkan dia kat kuda. Tak mesra haiwan lah Fina ni. Keletihan juga kami semua, berjalan berpeluh-peluh macam pi jungle tracking/rentas desa nak tengok haiwan. Tapi saya rasa macam tak banyak haiwan kat Zoo Melaka ni. Paling banyak ialah rusa. 3-4 tempat ada rusa. Haiwan lain seperti seladang, gajah, harimau, burung kakak tua, singa, badak dan ada juga yang saya tak ingat namanya. Pada saya Zoo Melaka tetap sama seperti waktu dulu-dulu saya pergi. Cuma diupgrade kawasa

MBFPC

Image
Pertemuan saya dengan MBFPC membuatkan saya jatuh hati untuk turut serta dan menyertai bengkel yang dianjurkan. Saya telah terlepas peluang untuk menyertai MBFPC di Klang (Kawasan Tengah) tempoh hari, namun saya telah menghantar permohonan untuk menyertai MBFPC di Kawasan Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) pada 2-4 Julai 2010 yang berkemungkinan besar akan diadakan di Melaka. Harap-harap saya berjaya dipilih sebagai peserta. Pada yang berminat untuk menyertai program ini masih belum terlewat untuk berbuat demikian. Sila kemukakan maklumat diri kepada email ini : admin@malaysianbfpc.org Ini adalah Jadual Bengkel yang telah diadakan dan bakal berlangsung: Nationwide Training Program Schedule 2010: Region Dates Status North --> 5th, 6th & 7th March -- Completed (Penang) West --> 2nd, 3rd & 4th April -- Completed (Klang) East --> 30th, 1st & 2nd May (Kuantan) Sabah & Sarawak --> 5th, 6th & 7th June South --> 2nd, 3rd & 4th July (Melaka)

Atas nama Persahabatan

Membaca n3 Kenangan itu indah di blog kawan baik saya ikien, membuatkan perasaan saya bercambur baur. Gembira dan terharu kerana saya masih mempunyai seorang sahabat yang sama-sama turut melalui kehidupan sewaktu zaman remaja kami dahulu. Sesekali mengimbas kenangan tatkala masing-masing mempunyai kehidupan sendiri adalah sesuatu perkara yang amat bernilai pada diri saya. Kadang-kadang tergelak bila mengenang kisah lama. Khas untuk ikien, mesti ko ingat lagi memori ini..Meh imbas sikit..ala-ala filem hitam putih : ~ Kita naik bas dari Bahau ke Seremban minta kerja kat Ocean jadi cashier. Time tu, perkara utama tempat kerja tu kena ada hostel dan duduklah kita kat rumah teres setingkat area Taman Murugesu (betul ke nama nih) depan ocean. Kita sebilik dengan Kak ina panjang time tu kan. Dia ni memang suka beli barang make up kan. Branded lak tuh..Maybelinne, Loreal, lipstik warna pucat2.. ~ Kita pi kelas belajar komputer kat bandar Seremban. Time tu ingat nak dapat Sijil Komputer. Ba

Si montel

Image
Sejak minggu lepas saya dapat rasakan Fina makin tembam pula. Tak taulah naik berat badan ke tak, cuma pipi tu buat saya nak cium kuat-kuat, geram! Haritu rasa Fina dah kurus sikit, sekarang ni dah makin montel. Kalau terberry tu, 2-3x sehari. Selalunya, time pagi-pagi nak pegi keje mulalah Fina terberry. Nak kata banyak makan, rasa Fina makan biasa je. Kaklong aka pengasuh Fina rajin bagi Fina bubur nasi. Bagi sekali 3 orang, kak Ya, Fina & Dania. Kak Ya dan Dania sepupu Fina. Terima kasih kaklong, menjaga & mengenyangkan perut bulat Fina tuh..Gaji tak de tunggakan kan..ha2... Ni gambar time tengah tidur siang. Fina kalau time saya cuti Sabtu Ahad, jarang nak tidur dalam buai. Selalunya BF sampai saya pun tertidur sekali. Bila tengok gambar ni, dah macam amoi pula. mata ternaik ke atas. ha2..Apa yang tetap sama dari lahir hingga sekarang ialah Fina akan menyusu 3-4x semalam. Walaupun dah setahun 3 bulan, Fina masih meneruskan rutin malam yang sama. Mana tak montel, malam-malam

Cara menggunakan liner

Image
Kali ini saya kongsikan cara saya menggunakan liner YHAB untuk menyimpan stok frozen EBM: (1) Saya tuliskan tarikh susu dipam menggunakan marker kekal. Kalau awal-awal dulu, saya letak juga masanya, tetapi pada pandangan saya kalau letak masa hanya praktikal ketika berpantang. Terutamanya pam susu untuk simpanan fresh EBM dan pada suhu bilik. Kalau untuk stok frozen, memadai letakkan tarikh sahaja. Sebagai makluman, frozen EBM tahan sehingga 3 bulan jika disimpan dalam peti ais 2 pintu di bahagian beku. Elakkan letak susu di tepi pintu ais kerana menjejaskan suhunya apabila kita sering buka dan tutup pintu ais tersebut ketika mengambil bahan-bahan beku yang lain. (2) Seterusnya keluarkan stok susu yang ingin disimpan. Jika diperhatikan susu ibu mempunyai 2 lapisan yang terpisah. Lemak dan air. Selalunya saya terbalikkan dahulu botol susu ini agar susu tersebut bersatu kembali. (3) Masukkan liner di bahagian atas botol susu dan terbalikkan botol susu tersebut. (4) Kemudian ikat menggun

Dah ganti 1 hari

Sangat keletihan berpuasa semalam. Hingga ke petang, badan berpeluh-peluh. Rasa kaki bergoyang. Nak buka, dah pukul 4.30ptg. Tahan jer. Alhamdulillah, selamat juga 1 hari saya ganti puasa. Rasanya sebab dah lama tak puasa kot. Tu start hari pertama, jadi lemah semacam. Balik dari kerja, terus tidur dalam kereta. Pukul 7mlm gagahkan diri untuk masak siakap halia. Bila dah azan, minum je air terus rasa kenyang. Makan pun tak berselera. Tengah kunyah nasi, rasa pedih je kat tepi tekak. Kiri dan kanan pula tu. Kene ulser lah saya. Rimasnya. Malam makan buah mangga dan buah oren. Rasa tekak nak yang masam-masam jer. Fina, tidur pukul 8.30malam. Pagi tadi bangun pukul 4pg main sorang-sorang. Masuk je kereta, tidur terus sampai rumah kaklong aka pengasuh fina. Rasa-rasa Khamis ni nak puasa 1 hari lagi. Kali ni saya nak sahur dan minum air lebih. Biar mampu bertahan hingga ke Maghrib.

Puasa

Image
Congak-congak, lebih kurang 4 bulan lagi munculnya Ramadhan. Cukuplah saya buat puasa ganti 2 hari sebulan untuk bayar 8 hari yang kena ganti. Asyik tertangguh je nak puasa. Bila dah dekat-dekat Ramadhan, baru nak ganti. Rasa menyesal pula tak buat puasa nam masa lepas Raya hari tu. Hari ini start hari pertama ganti puasa. Target, hari Khamis ni pun nak puasa gak. Pastu sambung bulan depan. Setakat pagi ni, masih mampu bertahan. Cuma tekak rasa kering sikit. Maklumlah dah biasa minum air banyak. Pam susu macam biasa. Pagi tadi dapat 5oz sesi pagi. Petang nanti pam lagi sekali. Harap-harap saya boleh bertahan hingga ke Maghrib. Rasa sekarang ni, Maghrib macam lewat je masuk. Jenuh nak tunggu. Bila dah puasa, mulalah tekak teringin nak makan macam-macam. Balik ni saya dah fikirkan 1 menu yang cepat dan mudah dimasak. Google resepi, saya jumpa resepi SIAKAP STIM SEMPOI. Memandangkan kukus tak de, masak dalam kuali je lah.Sempatlah saya masak pukul 7 mlm. Lepas tu, time Maghrib jer ngam-ng

Mak Aji

Image
Mak Aji Fina dah pandai : Tiru cara saya solat terutama ketika sujud. Salam dan tata bila disuruh. Senyum bila dipuji. Main masak-masak, habis periuk nasi dikacau-kacau dengan senduk. Faham arahan ringkas. Pantang pagar di tangga rumah terbuka, mesti cepat-cepat naik tangga. Pantang juga bila buka peti ais, mulalah nak minta itu ini. Bila ambil lepas keja, pegang baju saya cakap "ma!nen-nen-ma" Boleh dah panggil BABA, MAMA. Suka bila diusap belakang badan bila nak tidur. Lepas makan malam, pukul 9.30mlm dah baring tak nak main lagi. Time Fina tidur. Start minggu ni Fina batuk, pagi tadi dah kene selesema pula (balik makan ubat ye!)

Gembira membantu

Image
Terasa gembira di hati apabila dapat membantu menjawab pertanyaan dari kawan-kawan yang berminat untuk BF anak mereka. Mungkin pada orang lain, soalan itu kadang-kadang merupakan suatu soalan yang remeh. Tetapi tidak bagi saya. Selagi saya mampu untuk memberi pandangan, selagi itulah saya akan menyuarakan pendapat dan menghulurkan pertolongan. Itupun berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya dapati sepanjang perjalanan saya BF Fina. Belajar melalui pengalaman. Terutamanya, anak sulung. Memang semuanya serba baru dan terasa kekok. Senyuman Fina inspirasi saya. Moga saya berjaya BF hingga Fina 2 tahun. Saya masih ingat semasa saya dalam pantang, saya mesej rakan-rakan yang pernah BF anak mereka. Tanya bagaimana mereka 'pumping' ketika di ofis, jadual, cara simpan, pam apa yang digunakan dan macam-macam soalan lagi. Saya pernah tanyakan Mai, bagaimana jadual mengepam beliau semasa di ofis, berapa outputnya. Yang saya ingat Mai cakap, dia dapat pump 2-3 botol sehari 4-5oz penuh.

Hilang

Sehari dua ini saya mencari-cari kad pengenalan saya. Rasanya tak ada pula saya keluarkan dari dalam dompet duit. Kalau ada pun, yang paling rajin menggodek dompet saya ialah Fina. Habis dikeluarkannya semua kad dan duit yang ada. Bila suh kemas, diberinya satu-satu kad dan duit yang ada. Tengok ke website Jabatan Pendaftaran . Kalau hilang kad pengenalan siap kene kompaun RM100++. Manalah tau, kalau betul hilang terpaksalah ganti kad pengenalan baru. Cari lagi di ofis, kot-kot jumpa. Saya periksa semula ke dompet, mana tau kalau-kalau terselit kat celah-celah dompet. Akhirnya jumpa juga kad pengenalan saya. Rupanya terselit kat belakang kad kawin. Fuh, lega. Tak yah nak pi Jabatan Pendaftaran buat kad baru. Fina, lepas ni tak yah main dompet mama lagi ye!

Award

Image
Dapat award dari Hasmah tokey SHAKLEE dan merangkap kawan sama sekolah menengah saya dulu. Tq mah! Baru harini sempat terima. Maklumlah,sibuk nar minggu nih. 7 perkara tentang diri saya :~ Anak ketiga dari empat adik beradik. (bongsu tak jadi sebab dapat adik masa umur 12tahun) Kahwin dengan orang Terengganu yang bernama AZHAR dan mempunyai seorang anak bernama NUR AZWA SAFRINA. Menyusukan anak secara eksklusif walaupun bekerja dan telah berjaya menyusukan anak selama setahun dan masih meneruskan penyusuan susu ibu sehingga mencapai target 2 tahun. Bekerja sebagai Setiausaha di pejabat gomen.(dah 6 tahun) Suka bershopping (tiap-tiap minggu ke TESCO, ha2) Suka mengemas rumah. Suka baca blog-blog berkaitan penyusuan susu ibu. Dah cerita 7 perkara tentang diri saya, seterusnya saya dengan besar hatinya memberi AWARD ini kepada : Mai Naimi Hayatie Ikien Nieza Cukuplah tu 5 orang. Harap-harap mereka sudi menerima award ini.

Update bekalan susu

Bekalan Fina ke rumah Kaklong aka Pengasuh Fina sekarang ialah sebanyak 3 botol susu sahaja. Kalau dulu Fina minum 4 botol sehari, sekarang telah kurang 1 botol. Pada pemerhatian saya yang telah setahun BF Fina, kalau masa Fina berusia 1-6 bulan dahulu bekalan susu lebih banyak kerana Fina belum start makan solid dan masih bergantung sepenuhnya kepada susu sahaja. Bila dah start makan, secara semulajadi susu yang diambil akan berkurangan sedikit demi sedikit mengikut pertambahan usianya. Jadi jangan risau bila bayi anda tidak menyusu berbotol-botol seperti bayi yang minum susu formula. Susu ibu mempunyai pelbagai khasiat yang mencukupi bagi bayi. Apa yang penting, 6 bulan pertama bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa perlu memberi sebarang makanan tambahan ataupun air kosong.

Majlis Kesyukuran PS

Image
Tertunai hajat kami suami isteri untuk mengadakan Majlis Kesyukuran sempena berpindah ke rumah baru. Mulanya rancang nak buat pertengahan bulan 3 tapi disebabkan beberapa perkara terpaksa ditangguhkan ke 4 April 2010. Terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak membantu. Majlis dimulakan dengan Solat Hajat dari ahli Surau di Taman PS. Lebih kurang 20 orang menyempurnakan Solat Hajat dan bacaan doa. Mulanya saya ingin buat bacaan doa selamat dan tahlil, tapi abang nak buat cara orang pantai timur. Buat Solat Hajat. Selepas habis bacaan doa, semua ahli surau dijemput makan tengahari. Solat Hajat Menu pada hari tersebut: Nasi Kari Kambing (ayah sponsor, tq ayah!) Ayam goreng Pisang muda masak lemak putih Acar nenas Sambal belacan Ikan masin Ulam raja & timun Bihun Singapore Agar-agar Cendol (kaklong 'menanam', tq!) Kek gula hangus (dari kak nori, tq!) Sandwich sardin & telur (dari kak wa, tq!) Buah tembikai Air anggur Terima kasih juga kepada saudara mara dan rakan-

Besday wish

Image
6 APRIL 2010 SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KEPADA SUAMI TERSAYANG, ~AZHAR~ MOGA DIBERI KESIHATAN DAN DIPANJANGKAN UMUR. MOGA IKATAN KASIH SAYANG KITA BERKEKALAN SELAMANYA DAN TERIMA KASIH KERANA MENJAGA SAYA DAN FINA SELAMA INI.

1 tahun 3 bulan

Image
Perkembangan Fina 1 tahun 3 bulan :~ Masih belum tumbuh gigi lagi. Pandai naik basikal. Pandai salam orang. Gelak besar - HA..HA..HA..(intonasi buka mulut luas2) Dah faham arahan ringkas, macam bila suh mandi, Fina akan pergi ke pintu bilik air. Tengok apa orang lain buat, dia pun tiru lah. Kalau saya solat, Fina pun buat sujud juga. Diciumnya sejadah tu. Kalau tengok saya pakai gincu, lepas tu dia pun letak gincu tu dekat tepi mulut dia. Petang sampai rumah, kalau tengok ada anak-anak jiran saya duk main kat luar, Fina pun ajak keluar. Tak nak masuk rumah. Nak main kat luar. Panggil BABA, kalau saya tanya mana baba, diapun cari la abang sambil mulut tu panggil BA..BABA.. Rajin buat sepah, habis laci almari baju dikemasnya. Suka main pinggan mangkuk bila saya kat dapur. Macam main masak-masak pula. Buat muncung-muncung mulut sebut "huu..hoo..huo.." Kenal kartun Upin Ipin tuh. Bila ada iklan kat tv, suka Fina tengok Upin Ipin. Kenal je dia.

Langkah seterusnya

Hari ini Fina genap 1 tahun 3 bulan. Dengan bertambahnya usia Fina, bertambah jualah perjalanan BF saya. Tak sangka saya berjaya sampai ke tahap ini. Masih memberi Fina susu ibu tanpa setitis pun susu formula yang mengisi perutnya. Walaupun bekerja, saya mampu mengenyangkan anak saya. Memang banyak pengorbanan, tapi sekurang-kurangnya saya berpuas hati dengan usaha saya. Syukur, itu sahaja ucapan yang mampu saya katakan. Moga terus diberikan kekuatan untuk langkah seterusnya.