31 May 2010

JJCM ~jalan2 cari makan

Jap ye, Fina tengah fikir nak makan ape nih.

Nak order Yee Mee Kontonis satu. Buat sebijik macam dalam gambar ni eh.

Eh2, tak jadilah, bagi saya Bubur nasi je lah..Lupa pulak, gigi saya belum tumbuh lagi laa..
Yee Mee Kontonis tu, bagi mama saya makan. Dia suka.
Baba pula, saya nak order Nasi Goreng USA. Saya dengan baba sama selera dari dulu2, kene makan nasi baru kenyang.

Sedih

Ambik n3 yang berderet2 hari ini. Macam tak de keje nak buat kan. Saja nak lepaskan tension hari Isnin. Mana taknya, pagi-pagi bangun sahur buka peti ais untuk panaskan rendang puyuh bawa dari kampung semalam. Tengok, ada air kat bawah peti ais. Peti ais pun rasa tak sejuk. Sudah, terus tengok EBM Fina yang saya pam hari Khamis. Ingatkan nak jadikan bekal Fina hari ini. (Fresh EBM tahan hingga 1-5 hari dalam peti ais bahagian atas, bukan frozen) Jadinya, kalau dah dari malam tadi pintu peti ais tak tutup rapat, confirm EBM tu rosak. Apa lagi, dengan mulut muncung, saya pun buang 2 botol EBM ke sinki. Sakit hati tau, bila tengok susu yang penat2 saya pam kene buang macamtu aje. Nak buat apa, bukan rezeki Fina susu tu. Macamnilah jadi ibu yang BF dan pam susu. Setiap titisan amatlah berharga. Kalah nilainya dengan harga emas 916 tau.
Moral of d story, lain kali tutup pintu ais betul2. Nasib baik bukan pintu yang bahagian frozen tu. Kalau kena kat stok frozen EBM, mau meraung gajah saya pagi2 buta.

SGM

Hingga ke hari ini saya masih tidak dapat menghadiri SGM (Support Group Meeting) yang dianjurkan oleh SUSU.IBU.COM. Selalu ada halangan bila saya nak pergi. Padahal bukannya jauh pun nak ke Tasik Cempaka Bangi dari PS. Tak taulah kenapa, tak pernah free time tuh. Bila saya terjah ke blog Fid dan melihat topik yang bakal dibincangkan iaitu Coping with BF during Ramadhan, saya bertekad untuk hadirkan diri. Harap-harap saya berjaya join SGM nanti. Risau juga untuk hadapi bulan puasa yang akan datang. Sekurang-kurangnya saya boleh menimba ilmu dan pengalaman dari ibu-ibu lain semasa SGM nanti.
Cerita bab puasa, saya puasa ganti hari ini. Tinggal 6 hari yang kena ganti. Ingatkan nak direct hingga Khamis nih dan sambung terus Isnin dan Selasa depan. Dah tak boleh tangguh. Lagipun lagi beberapa bulan nak sambut Ramadhan. Saya sahur pagi tadi dengan kurma, susu stawberry, nasi dan air kosong segelas. First sesi pumping tadi, dapat 7 oz macam biasa. Harap boleh bertahan hingga ke petang. Jangan jadi macam hari pertama ganti puasa 2 bulan lepas. Tak larat sampai terketar2 badan kurang air.

Jatuh hati



Motif gambar:
Fina dengan legging barunya.Mama borong 4 helai dari
Makngah
3 helai Fina dah pakai. Tinggal sehelai lagi yang belum dirasmikan.Nasib baik 3 hari je cuti, kalau 4 hari cuti, confirm 4 helai mama bagi Fina pakai semua.

Tidur pun pakai legging.

(kemaruk nar mama ni dengan legging agaknya kan! jatuh hati bila mama tengok peha padat fina tuh, ha2.)

CAK!!!

Mama, mama..tengok nih..

1-2-3

CAK!!!! Suprise mama!!!

27 May 2010

Bos pindah

Bulan Mei kali ini dipenuhi dengan majlis makan-makan di ofis saya. Boleh dikatakan tiap minggu ada sahaja majlis yang diadakan sempena perpindahan pegawai dan kakitangan. Saya pula, tengah-tengah bulan sibuk mengemas barang bos saya. Bukannya hari-hari tak mengemas bilik bos, tapi kali ini kemas barang-barangnya untuk dibawa berpindah ke pejabat baru. Untuk sekian kalinya, saya akan bertukar bos lagi atau ayat yang paling sesuai, bos saya dapat naik pangkat. Tahniah En. Iskandar. (Ayu, harap maklum berita ini ye). Macamnilah jadi PA. Bos datang dan pergi adalah suatu perkara biasa.

13/5 (Khamis) tengahari kami satu Unit lunch di Saba Restaurant Cyberjaya. First time datang sini. Menu utama ialah Nasi Arab. Sedap, cuma bukan macam nasi beriani biasa. Tak de kuah kari atau dhal. Disertakan sekali sambal cicah dan sayur timun yang dipotong kecil.



Inilah Nasi Arab - Roaster Chicken.

Jumaatnya pula, petang kami makan-makan lagi di bilik En Nawawi. Menu kali ini Domino Pizza. Sedikit ucapan dari bos dan pemberian cendera hati sebagai tanda kenang-kenangan. Bos saya berpindah ke KPKT, KL sebagai Penasihat Undang-Undang.

Acara wajib, bergambar 1 unit.



Cik Shu En, Cik Ira, Kak Elly, En. Nawawi, Pn EJ, Cik Azirul, Bos & saya.
Tiada dalam gambar - Cik Ima, cuti bersalin.




Bos tengah bagi ucapan. Kat belakang tu, ex-pegawai Unit ni dulu, En. Bukhari.




Bos & PA

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA KEPADA BOS SAYA YANG KEEMPAT:)
EN. ISKANDAR ALI DEWA
2008-2010

Saya seronok bekerja dan menjadi PA nya. Antara bos yang paling best pernah saya jaga di Unit ini. Boleh dijadikan kawan, suka bergosip sama, kadang-kadang suka melompat(kelam kabut), susah nak marah orang dan seorang yang baik hati.

25 May 2010

Update stok EBM Mei 2010

Stok EBM Fina (MEI 2010)
Cuti minggu lepas saya telah menyusun semula stok frozen EBM Fina. Setakat ini tinggal 25pcs liner yang mana setiap liner mengandungi 4-5oz susu. Stok tersebut dari bulan April dan Mei 2010. Saya masih membekalkan Fina 2 botol fresh EBM dan 1 stok frozen EBM sebagai bekalan harian. Maknanya, tiada stok yang expired kerana saya recycle setiap hari penggunaan EBM tersebut.

20 May 2010

Jadual harian Pumping/BF

Sesi pumping mulai Mei 2010:

Jumlah sesi : 2x sehari (masa di pejabat)
Waktu : Antara 11.30-12tgh (sesi pagi) dan 4.45-5.00 ptg (sesi petang)
Output susu : 11-12 oz sehari = 4 botol kecil


Sesi direct BF di rumah (lepas ofis, malam dan waktu cuti) :

Jumlah sesi : Mengikut permintaan Fina (lebih 10x sehari)
Waktu : Tak kira masa (24 jam)
Output susu : Berapa oz sahaja yang boleh mengenyangkan perut fina.

Check up Fina

Semalam kami ke Klinik Kesihatan Kajang untuk hadir temujanji pemeriksaan Fina. Seperti biasa menunggu 1 jam lebih untuk dipanggil nama oleh jururawat bertugas. Kadang-kadang kesian pula tengok nurse2 kat Klinik tuh. Macam tak de rehat langsung bekerja hari-hari, dari pagi hingga ke lewat petang ramai je orang yang menunggu giliran.
Fina pula, semalam punyalah lasak. Tak duduk diam. Marah pula tu bila nak pegang & dukung dia. Habis satu klinik diterjahnya. Kali ini, cuma pemeriksaan kesihatan yang biasa. Temujanji bulan 7 nanti baru kena ambil suntikan untuk 1 tahun 6 bulan. Sekarang berat badan Fina 10.6 kg. Naik setengah kg dari last check up. Selainnya, Fina sihat dan ceria walaupun tak de gigi lagi. Antara perkembangan lain :)
  • Suka sangatlah tengok sekolah/budak sekolah/van sekolah (semua yang pasal sekolahlah), bila saya tanya "adik nak sekolah tak?" terus dia angguk2 kepala.
  • Haritu balik Terengganu adalah beberapa kali pergi tepi pantai, sekarang bila tengok laut kat dalam tv, terus tunjuk. Maknanya, daya ingatan kanak-kanak memang kuat. Mereka akan ingat apa yang pernah mereka alami dan lihat.
  • Makan nasi sikit jer. Kadang-kadang, makan 3-4 sudu pastu main2. Fina ni, mantainence makan memang murah. Roti atau biskut pun dia tak suka sangat. Tak taulah kenapa.
  • Dah boleh tolong saya kat rumah. Kalau suruh tutup pintu ke, ambil barang yang senang2, naik tingkat atas, pergi mandi, dia akan buat semua tu.

19 May 2010

Ratu hatiku

18 Mei genapnya pemergian ibu saya yang ke 17 tahun. Apabila telah menjadi seorang ibu, baru saya tau begitu besarnya pengorbanan arwah ibu saya sewaktu melahirkan dan membesarkan saya. Jika arwah masih hidup, saya ingin menyayangi dan berbakti untuk membalas segala jasa dan pengorbanannya terhadap saya. Begitulah sebagai insan, kita akan lebih menghargai seseorang itu apabila mereka tiada di sisi kita lagi. Tiada apa yang lebih berharga apabila diberi peluang untuk mengabdikan diri terhadap seorang insan yang bergelar IBU. Saya telah kehilangan peluang itu, tapi saya bersyukur kerana saya masih mempunyai seorang AYAH yang amat saya kasihi. Walaupun ketika arwah mak meninggalkan kami sekeluarga tatkala usia saya baru 12 tahun, namun saya masih mengingati segala kenangan manis bersamanya. Mak tetap ratu hati saya sehingga kini dan hingga akhir hayat saya. Terima kasih atas segala-galanya mak. Moga mak berbahagia di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah untuk ARWAH CHECK YAM BT. HUSIN.

17 May 2010

Senyum kenyang

Sabtu dan Ahad, saya duk mengunyah jer kat rumah. Lapar perut nih. Abang pun pelik, apehal la saya asyik makan. Rasanya baru je sudah makan, bila tengok, tengah makan lagi. Mana taknya, Fina selang 15 minit nenen. Kejap2, cakap 'ma, ne nen ma'. Sampai tidur siang pun tak nak masuk buai. Geleng-geleng kepala tak nak tidur dalam buai. Dia nak tidur dengan saya je kat depan tv. Dah kenyang perut tu baru tersenyum simpul bila saya ambil gambar. Eh salah, bukan senyum simpul la, itu senyum KENYANG.

16 May 2010

KB-Pasir Mas-Pengkalan Kubor-Pondok

Selepas seharian di Dungun, hari berikutnya kami ke Kota Bharu pula. Hajatnya ingin menziarahi keluarga abang ipar sulung saya di sana. Lagipun saya belum pernah berjumpa dengan anak bongsu mereka Aishah yang lahir pada bulan 12 tahun 2008. Dah setahun lebih pun Aishah. Kecil je Aishah jika dibandingkan dengan Fina. Aishah lahir sebagai kanak-kanak 'istimewa'. Tersentuh hati bila melihat Aishah. Tapi Aishah seorang yang cerdik, pandai senyum bila saya panggil namanya.

Dah sesekali bertandang ke rumah abang long, kami dijamu makan tengahari di sana. Lebih kurang 2 petang kami bergerak ke Pasir Mas. Kali ini ke rumah mertua adik ipar saya. Makan nasi lagi. Dah macam berhari raya pula.

Seterusnya, selepas Asar kami ke Pengkalan Kubor. Saya ingatkan nama tempat tu Pengkalan Kubu seperti yang terdapat dalam n3 Khamis di Setiu. Rupa-rupanya Pengkalan Kubor. Saya ni memang selalu salah tulis nama tempat. Dah tengok signboard baru tau nama sebenar tempat tu. Ini kali pertama saya sampai ke sini. Seronok dapat bershopping, tapi rasa tak puas sebab kami sampai sana dah lewat petang. Banyak kedai dah nak tutup. Dalam tak sempat bershopping tu, saya berjaya juga membeli kukus 30cm cap buaya dengan harga rm53.00. Rata-rata kedai yang saya pergi, memang harga lebih kurang sama je. Rasanya mereka dah pakat untuk letak harga yang sama. Tak banyak perbezaan harga dari satu kedai dengan kedai yang lain. Cuma kena pandai tawar harga agar dapat lebih murah. Kalau berkesempatan, cuti balik ke kampung, saya nak jalan ke Pengkalan Kubor pagi-pagi lagi. Baru rasa puas hati. Abang, sila layan ye..hi2.
Kat Pengkalan Kubor juga, banyak barangan ala-ala Vantage yang dijual. Harga memanglah jauh berbeza dari Vantage tuh. Tapi kalau berminat untuk menambah koleksi, bolehlah cuci mata di sini. Saya, tak minat sangat dengan barangan Inggeris style. Lain kali, kalau dapat peluang ke sana, saya nak rembat kuali, periuk, barang-barang rumah. Baru-baru nak mula hidup, bolehlah kumpul sikit2. Senang sikit bila kenduri. Saya rasa dulu-dulu harga periuk/pinggan mangkuk lebih murah jika dibandingkan dengan harga sekarang. Mak mertua saya cakap, dulu memang harga murah, tapi orang susah nak beli sebab duit susah nak dapat. Yelah, nilai duit masa tu besar. Sekarang ni nilai duit makin kecil. Barang pun senang nak dapat dan harga tinggi. Kalau sebelum kawin, jangan haraplah nak shopping barang-barang rumah. Tak de dalam senarai pun. Bila dah kawin, baru nak beli itu ini.

Belum habis lagi cerita di Klate nih, lepas pi shopping, kami ke 'pondok' adik ipar saya ita pula di Pasir Mas. Kalau tadi kami ke rumah mertuanya, kali ini kami ke rumah ita. Ini pun antara pengalaman baru saya. Saya tak pernah menjejakkan kaki ke 'pondok'. Saya tak ingat nama 'pondok' ni. Madrasah ape ntah. Apa yang saya faham, pondok ialah tempat tinggal orang/pelajar yang berminat untuk mendalami agama Islam. Pelajar di sini tidak mengira usia. Ada yang muda, ada yang tua. Semuanya ingin mempelajari agama. Sebuah rumah kecil yang sederhana, tiada tv dan radio (pendek kata hiburan). Cuma yang ada kelengkapan asas seperti makanan, air, elektrik, tempat tidur. Jika dibandingkan dengan kehidupan kita di bandar, memang jauh bezanya. Apepun, ini merupakan sebuah pengalaman berharga bagi saya. Kalau dulu,saya pernah melihat di kaca tv mengenai kehidupan di pondok. Pada hari tersebut, saya lihat dengan mata saya sendiri.

12 May 2010

Poli Dungun

Tahniah Anas!!
Kali ini saya sambung semula cerita percutian seminggu di kampung. Tak sempat nak update n3 yang bersusun menunggu giliran. 5 Mei 2010 kami ke Politeknik Dungun untuk Konvokesyen adik ipar saya Anas. Kalau dari Setiu ke Dungun, mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami bertolak dari rumah jam 5 pagi. Fina tidur sepanjang perjalanan. Ingatkan nak mandikan Fina semasa berhenti solat subuh, tapi kesian pula tengok Fina sedap je tidur. Terpaksa lah mandikan Fina kat Poli. Kami duduk kat luar dewan jer sebab hanya seorang penjaga yang boleh memasuki dewan untuk melihat penyerahan sijil/diploma. Mak mertua sayalah yang duk kat dewan tuh.Lebih kurang jam 1 petang selesai majlis.

Bergambar bersama mak mertua.

11 May 2010

Perjalanan ke Setiu

Fina tidur nyenyak sepanjang perjalanan ke Setiu. Kalau balik ke kampung, memang kami sediakan toto dan bantal kat tempat duduk belakang kereta. Biar Fina tidur lena. Tak larat kalau balik siang, dengan panas lagi dan confirm Fina duk main dan jadi boring dalam kereta lama-lama. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Kami bertolak dari Semenyih pukul 9 malam. Itupun sebab banyak berhenti dan abang tidur bila rasa mengantuk sangat. Takpelah, biar lewat asal selamat. Lagipun tak da apa yang nak dikejarkan.


Fina tidur nyenyak dalam kereta. Siap ada tempat beradu.


Selepas berhenti Solat Subuh di Rantau Abang kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar ke pantai Kelulut, Merchang. Fina suka betul tengok laut. Pagi-pagi dapat menghirup udara segar di tepi pantai memang sungguh menyamankan. Rasa tenang dan damai berbeza dengan suasana kesibukan di bandar.

Mama & Fina, gambar gelap sebab masa tu masih awal pagi. Matahari pun tak terbit lagi.
Bila balik ke Terengganu, semestinya akan bersarapan Nasi Dagang. Kami berhenti makan di gerai kawasan Marang. Sepinggan nasi RM2.50 sahaja. Setelah kenyang, teruskan semula perjalanan menuju ke kampung. Lebih kurang pukul 9 pagi kami selamat sampai. Tiba di rumah, ahli keluarga gembira menyambut kepulangan kami.

Ni pula Fina yang baru bangun minta 'nenen'. BF dimana sahaja~tak kira masa.

10 May 2010

1 tahun 4 bulan


Fina di usia 1 tahun 4 bulan.

  • Belum ada gigi lagi.
  • Cakap sikit2 dan faham bila orang cakap.
  • Kadang-kadang mengamuk ikut suka.
  • Kalau jumpa tempat permainan/game, kalut nak main semua mainan kat situ. Bila ajak balik, menangis tak nak.
  • Jumpa kunci, pegi kat pintu nak buka pintu guna kunci tu.
  • Kalau tak nak, geleng kepala, kalau nak angguk kepala.
  • Suka tengok budak-budak pegi sekolah.
  • Sangat suka main air - mandi banyak kali pun tak pe. Ini memang mantain dari dulu lah.
  • Menari bila tengok iklan DIGI - (kesini sana jom bergembira, pasti segala mudah saja..lala..la...)
  • Fina menari - goyang2 badan sambil bengkokkan kaki.

  • Pandai buat lawak.
  • Muka lawak Fina.(keciknya hidung!!)

  • Apa yang sama seperti dulu, Fina masih fully BF. Ada 8 bulan lagi untuk saya mencapai target seterusnya.

06 May 2010

Khamis di Setiu

Sampai ke hari ini baru saya ada masa untuk mengupdate blog. Tak cukup masa rasanya bila bercuti. Baru je nak on laptop, Fina merengek ler, pastu duk memanjat tangga dan macam-macam lagi. lagipun line Maxis BB kat dalam kampung tak ok. Kenelah saya duduk kat serambi baru ada line. Cuaca di kampung panas sangat. Dah macam mandi sauna pula. Berpeluh satu badan. Tapi bila malam, sejuk hingga ke tulang. Dah lebih kurang 5 hari ni kampung, banyak nak diceritakan, perlahan-lahan lah update.

Hari ini kami bercadang untuk ke Kota Bharu, ke rumah abang sulung suami saya dan ke rumah adik ipar. Rasa-rasa nak pi berjalan ke Pengkalan Kubu, tapi tengok keadaan dulu. Cuci-cuci mata je bolehlah, nak shopping apa pun tak tau lagi. Kot ada yang berkenan, rembatlah apa yang patut. Tapi dalam kepala ni, macam teringin jer beli kukus. Tengoklah harganya macamana.

Minggu ni juga Fina dah genap 1 tahun 4 bulan. Semakin cerdik dan bermacam ragam. Gambar terbaru, saya belum sempat nak transfer dari handfon. Nantilah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails