29 June 2010

Buku

Saya tak ingat kali terakhir saya membeli buku berunsurkan ilmiah. Majalah Pa&Ma, memang saya beli setiap bulan. Kalau masa bujang dulu, saya suka membeli buku Dr. Tuah. Saya ada beberapa koleksi buku beliau.Tabiat segelintir daripada kita (termasuk saya), kurang belanjakan duit untuk membeli buku. Walhal banyak ilmu yang boleh kita dapat dari sebuah buku. Kalau beli banyak pun, masa-masa study dulu. Bila dah bekerja, kurang sangat membaca. Saya kagum dengan suami saya. Sejak berumah tangga, saya lihat abang tak lokek keluarkan duit untuk membeli buku. Memang abang jenis yang berjimat cermat orangnya. Tak kisahlah dari segi apa, cuma bila membeli sesuatu yang berkaitan dengan ilmu, abang tidak berkira berapa harganya. Saya suka sikap ini dan belajar mencontohinya.


Memandangkan ada pameran buku sempena Seminar Menangani Gejala Sosial di JPN hari ini, saya telah membeli 2 buah buku. Sejak bergelar ibu, saya berminat untuk mempelajari ilmu keibubapaan. Mudah-mudahan saya berjaya mendidik anak saya menjadi seorang yang berguna. Tak kisahlah kerja gaji besar atau tidak, cuma doa saya agar anak saya pandai menghormati saya dan menjadi seorang yang berguna kelak. Semua ibu bapa mempunyai matlamat yang sama. Mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Tak sempat baca lagi buku-buku ini. Cuma beberapa perenggan yang menarik untuk saya kongsikan di sini.

WAHAI IBU, BIMBINGLAH TANGAN ANAKMU KE SYURGA

"Susukanlah anakmu dengan susumu sendiri. Air susu ciptaan Allah SWT adalah zat suci dan murni, ia mampu mencegah derita dan kesedihan anakmu. Sejak anakmu dilahirkan segala keperluan hidupnya dipenuhi dengan air susu ibu. Bahkan merupakan awal daripada kehidupannya yang penuh kesucian. Tiada seorang pun yang dapat memelihara dan mengasihi seorang anak sebagaimana seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan air susunya..."

Pengarang buku : Ibnu Muhammad El-Fandahani

PETUA MEMBANTU ANAK BERJAYA


"Setiap sesuatu bermula dengan niat. Sekiranya niat dan hasrat kita mahu membantu anak-anak, kita pasti berjaya. Anak dilahirkan untuk berjaya, bukan gagal. Sejak dalam kandungan lagi anak sudah mempunyai potensi untuk berjaya.

Anak-anak tertarik mengikut dan membuat apa yang kita sarankan hanya bila mendapat hidayah dari Tuhan. Hidayah boleh diperoleh apabila ada ketaatan. Tanpa taat pada perintah Allah, kita tidak boleh berjaya mendidik anak-anak..."

Pengarang : Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Jalan kat Semenyih


Ahad lepas, saya 2 beranak ke THE STORE SEMENYIH. Baba Fina dah start exam untuk Sem 4. Asyik ke TESCO je tiap minggu, jadinya kami bertukar angin ke The Store pula. Sejak dah duduk di Semenyih, ini kali pertama saya ke sana. Baru tau hari Ahad ada pasar tani kat area pekan Semenyih. Lain kali bolehlah pergi. Fina, semakin biasa keluar berdua bersama saya. Duduk je kat sit depan tu. Kadang-kadang mengamuk juga. Tapi under control lah. Kena layan cakap dengan dia. Tak pun, umpan dengan air kotak/vitagen. Senyaplah dia. Kalau ada rezeki untuk baby kedua, saya nak train baby duduk dalam car seat. Biar senang nak bergerak ke mana-mana. Fina ni, tak penah duduk dalam car seat. Sejak Fina dah setahun lebih baru saya berani bawa Fina keluar berdua. Sebelum ni, kalau keluar mesti baba ikut sekali.

Bila dah berperangai baik time ikut mama, kenalah bagi upah. Bagi Fina naik anak zirafah ni sebelum balik ke rumah. Tersengih-sengih dapat naik anak zirafah . 2 minggu ni, saya teramatlah suka window shopping. Kalau boleh, lepas kerja nak singgah mana-mana cuci mata. Bukan nak membeli sangat pun. Saja jalan-jalan. Start bulan depan, saya nak beli baju raya Fina sikit-sikit. Malas nak shopping sekali gus time pose nanti.

28 June 2010

Comot

GIVE ME FIVE MAMA!!!

EH, TUKARLAH, GIVE ME NINE MAMA!!!
~ Budak comot tengah makan nasi ~

25 June 2010

Fina lah nih..

Minggu ni kalau Fina dengar orang mengaji atau azan di tv, Fina angkat tangan macam berdoa, lepas tu goyangkan badan sikit-sikit. Fina tak sihat sangat minggu ni. Haritu demam sikit, lepas makan ubat, kebah sikit. Sekarang ni kena batuk & selsema. Malam masa tidur pun, terbatuk-batuk. Tapi nenen sama je. Pantang saya baring, kejap-kejap minta nen. Bila siang, Fina makin kurang nak menyusu kat rumah kaklong. Selalu tak habis susu yang saya bekalkan.

Saya masih mengepam 2x semasa di pejabat.

Waktu rehat - jam 1 petang dan waktu sebelum balik jam 5 petang.

Setakat ini, purata EBM saya masih kekal 11-12oz sehari.

Stok EBM frozen pun masih cukup untuk bekalan harian Fina.

ALHAMDULILLAH.

Siti Usaha


Kerusi kosong bos lama saya akan diisi minggu depan. (Sebulan setengah acik duduk sajo)
Selama 6 tahun bekerja, ini kali ke-5 saya dapat bos baru.
Kali ini bos WANITA. Perbezaan bos wanita dengan bos lelaki, tetap ada.
Cuma yang penting, sebagai seorang Setiausaha, perlu mengikut rentak bos.


dan

berita baik untuk kami yang menjaga bos nih, bulan Jun Setiausaha kat JPN dah dapat gaji baru. Kalau dulu skim PA Gred N17 ~ Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) telah ditukar skim ke jawatan Setiausaha Pejabat Gred N27 mulai Januari 2010 lalu. Penyelarasan gaji, ikut Jabatan. Ada yang cepat proses, ada yang belum. Tapi kot-kot lewat pun, sebelum raya clear lah gaji baru tuh. Jadi, rajin-rajinlah buat kerja. Tak kira apapun jawatan kita sebenarnya, tinggi atau rendah pangkat kita, apa yang penting komitmen dan tanggungjawab terhadap kerja dilaksanakan sepenuhnya.
Sekian,
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Sayalah Setiausaha Pejabat yang akan pencen lebih kurang 30 tahun lagi. (kalau dipanjangkan umur)
Agak-agak berapa orang bos yang saya akan jaga sampai pencen ?????
** Tajuk n3 SITI USAHA ~ gelaran yang dipanggil oleh anak buah saya ERIN. Citernya masa dia kecik2, tanya dah besar nak jadi apa. Dia jawab nak jadi SITI USAHA. Apa benda keje SITI USAHA tu. SITI USAHA tu ialah keje maklang dia lah SETIAUSAHA.
Bagaimana saya mula menceburkan diri dalam bidang SETIAUSAHA? Bila senang saya tulis di dalam blog.

23 June 2010

Virus

Gejala-gejala demam selsema :

Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.

Hidung berair - hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.

Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung).

Bersin - merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.

Batuk - mungkin kering atau mengeluarkan kahak.

Suara parau - suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.

SUMBER : GOOGLE

Malam tadi

Saya dah dapat rasai gejala yang pertama.

Fina, Sabtu dah dapat demam selsema.

Baba Fina, dapat 2 hari MC mulai semalam.

Kaklong, kak ya & dania pun kena selsema juga.

PUNCA UTAMA

yang telah dikenal pasti,

virus dari MAKSU

Jauh virus ni datang, dari Selandar ke Semenyih & Kajang.

Hobi

Sejak melahirkan Fina, saya punyai hobi baru selain belajar tentang BF. Tiap bulan kalau saya jumpa keluaran terbaru PA&MA, saya akan terus beli. Semalam saya dah dapatkan Keluaran Terbaru bagi bulan Julai 2010.

Banyak info berguna yang dapat dijadikan panduan. Sangat berguna bagi ibu-ibu yang sedang mengandung dan mempunyai anak berusia 1-3 tahun. Kalau tak berkesempatan untuk membeli, boleh juga ke laman web PA&MA

DISINI

Hangat&Hangit

Minggu ni rasanya setiap hari hujan. Hari ini pun sama. Dengan jalan yang penuh sesak, naik semput nafas nak kejar punch kad pagi-pagi. Sekarang ni teruk betul jam di Semenyih. Perjalanan dari Semenyih ke rumah kaklong yang sepatutnya hanya 15 minit, minggu ini memakan masa 30 minit. Semalam, nak sampai ke Putrajaya memakan masa 2 jam. Dah macam balik kampung masanya. Hari hujan ditambah pula dengan accident kat highway ke Putrajaya, lagilah sesak jalan. Tapi pagi saya yang begitu dingin hari ini tiba-tiba dihangatkan dengan sesuatu yang betul-betul hangat dan hangit.



Keje sape lagi kalau bukan..



FINA!!! Awatlah kencing kat atas pangku mama..Nasib baik mama pakai kain skirt hitam hari ini. Patutlah panas semacam je kat peha mama. Kembang-kembang hidung Fina kencing eh. Lepas tu muka selamba je macam tak da apa-apa berlaku. Tidur lasak sangat, sampai pampers tu jadi senget. Tu yang lantas kencing. Ayolahai..Jenuh mama nak basuh skirt kat ofis..Ni pun ada lagi bau-bau hangit kencing Fina tau.

18 June 2010

Award dari Hanim

Trimo kasih banyak-banyak lah kek HANIM yang sudi bagi award ni kek akak.
Sobonar eh, akak bukan sorang yang kreatif nar dalam tulis blog ni. Main ikut suko jo nak tulih apo. Kadang-kadang sampai tak do idea nak tulih cerito baru. Cumo matlamat eh, nak simpan sejarah hidup Fina dari kocik hingga bosar. Yolah, anak-anak ni copek membosar. Apopun selamat melahirkan anak yang ke-3 buek HANIM. Tak kisahlah girl lagi, yang penting kita HAPPY:)
Maleh akak nak bagi award ni kek orang lain. Tapi kalau ado sesiapo yang singgah kek blog MAMA FINA ni, sudilah ambik yo. Tak kisahlah kita ni kreatif atau tidak dalam menulis blog. Blog kita, sukahati kitalah nak tulis apa. Cuma yang baik jadikan panduan, dan yang tidak itu dijadikan sempadan. Selamat berblogging..

17 June 2010

Mamam

Mamam = Makan
Fina memang suka mamam.


Sebutan lain yang Fina selalu sebut :)
~ mama
~ atha
~ baba
~ atoo
~ thatha
~ atata
ada lagi, tapi dalam bahasa Perancis.

16 June 2010

Playground

Setiap kali ke Tesco Semenyih, Fina akan bermain di playground yang terdapat di situ. Suka sangatlah kalau dapat naik semua permainan kat sana. Tapi saya tak perlu susah-susah tukar token sebab Fina bukannya nak tunggu sampai habis permainan tuh. Kejap turun, kejap naik, bila ajak balik menggeleng-geleng tak nak. Tunggulah dia main puas-puas, kalau nak cepat balik, angkat je dia terus bawa lari.

11 June 2010

Cepatnya masa berlalu

Gambar ni ketika Fina berusia 1 bulan setengah. Time ni kami ke Klinik Liew di Seremban kerana Fina selsema dan nafasnya berbunyi. Kena sedut hidungnya sebab banyak kahak berkumpul di paru-paru.

dan inilah Fina sekarang. Bila selsema selamba je. Sekejap dah elok. Apa yang sama bila selsema hidung Fina pasti 'bersarang'. Dah semakin besar anak mama. Rasa cepat sungguh masa berlalu pergi.

Di usia Fina 1 tahun 5 bulan Fina dah pandai :
Tolong saya untuk ambik barang. Kalau suh ambik benda-benda yang dia tahu, cepat je dia pi ambil. Boleh harap dah anak dara mama nih.
Lepas makan nak angkat pinggan bawa ke dapur dan basuh tangan.
Tau jadual hariannya bila saya pergi keja. Pagi-pagi hantar ke rumah kaklong aka pengasuh Fina, lepas tu time balik masuk je kereta terus minta nen.
Kalau dah sudah BF, Fina akan tutup/tarik semula baju saya.
Sekarang time saya masak kat dapur, dia akan buka kabinet dapur ambil mangkuk/jag air/pinggan/bekas blander dan main masak-masak.
Malam sebelum tidur, akan suruh baba gosok belakang badan dia sampailah dia tertidur.

Deco PS




Wajah baru ruang tamu saya. Masih kosong di area dinding atas tv. Tengah cari frame gambar yang sesuai untuk digantungkan kat atas dinding tuh. Saya pilih warna sofa coklat terang sikit dari langsir. Untuk tidak nampak gelap sangat, saya letakkan tikar buluh warna merah hati+cream. Meja kopi, belum beli lagi. Tunggu bentang bajet bulan depan pula.

Jemputan MBFPC

Saya telah menerima jemputan ke Program Latihan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC) Kawasan Selatan bertempat di Kak Long Chalet Resort, Melaka pada awal Julai 2010.Hari ini saya melengkapkan dan menghantar borang-borang permohonan dan sedikit soal selidik yang telah diberikan melalui email. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Latihan MBFPC ini masih belum telewat untuk berbuat demikian. Sila dapatkan maklumat lanjut di blog YATIE yang merupakan salah seorang admin team.

Saya amat berminat dengan penyusuan susu ibu sejak saya BF Fina. Dengan menyertai program latihan MBFPC ini, saya ingin menambahkan pengetahuan dan ilmu saya dengan lebih mendalam tentang penyusuan susu ibu daripada mereka yang terlatih dan profesional. Mungkin dengan cara ini saya dapat membantu rakan-rakan saya yang berminat untuk meneruskan penyusuan susu ibu sama ada bekerja ataupun tidak.

Fina pula, akan dijaga sepenuhnya oleh babanya sementara saya menjadi peserta (pagi hingga petang). Kira saya satu keluarga ke Melaka. Tak taulah macamana nanti. Memang ada disediakan kemudahan pengasuh di sana cumanya, takut Fina mengamuk tak biasa. Jadinya, baba Fina lah yang akan melayan Fina. Harap-harap Fina ok. Susah-susah, bawa Fina kampung je. Biar nenek-nenek kat area Melaka tu jaga Fina. (Nekyang ada, nektam ada, neklong pun ada).

Kawan-kawan yang bakal menyertai latihan MBFPC di Melaka, selamat berkenalan di sana.

07 June 2010

Eoe again

Sekali lagi saya mengguna khidmat e-print foto dari EOE

Promosi cuci gambar 4R rm0.30 sahaja untuk sekeping.
(cepat betul servisnya, saya order Khamis lepas, Isnin dah dapat)

4 album semuanya.


Saya paling suka kalau gunakan perkhidmatan secara on9 diberikan hadiah misteri secara percuma.
Sebiji stawberry yang cute sangat.

Bila buka stawberry tu, inilah isinya :)
Beg serbaguna supaya senang saya nak shopping di TESCO hari Sabtu.

dan inilah gerangan orangnya yang memenuhi gambar di setiap album tersebut. Tengok tu, selamba je nganga besar2 makan kertas.
Saya suka tengok gambar-gambar Fina membesar. Bukan tak boleh simpan dalam PC, cuma bila dicuci dan disimpan dalam album, rasa lagi ada nilai sentimental. Lagipun berbaloi betul cuci on9, kalau 100 keping gambar baru RM30.00. Cuci RM35.00 ke atas, penghantaran percuma. Tak payah susah-susah ke kedai gambar lagi.

Award dari mrsnano family

Dah lama dapat award ni. Tapi tak sempat nak buat n3.
TQVM mai atas award yang diberikan.

Pada blogger yang singgah ke blog MAMA FINA, silalah ambil award ini ye.

Rehatkan perut

Hari ini puasa ganti hari yang 4. Minggu lepas sempat ganti 1 hari aje. Kononnya nak direct, tapi tak terbuat pula. Jadi minggu ni nak try direct hingga ke Khamis dan sambung semula pada hari Isnin. Lepas tu, boleh tunggu kedatangan Ramadhan pada bulan 8 dengan aman. Tu lah, lepas raya nak nak ganti terus. Kan jenuh nak mengganti.

01 June 2010

1 tahun 5 bulan



Fina semakin faham arahan dan percakapan orang. Semalam saya minta dia ambilkan botol air, terus dia bangun ambil dan beri pada saya.
Suka bila dipuji. Bila Fina buat sesuatu, saya akan puji cakap dia pandai. Lepas tu, dia senyum sambil tepuk tangan.
Tak boleh la jatuh atau terlanggar apa-apa. Mesti duk mengadu macam sakit. Sekarang ni, Fina tepuk lantai pastu tunjuk tangan dia kat saya. Kononnya sakitlah tangan dia tu. Padahal dia yang buat sendiri.
Suka menulis/menconteng buku. Hobi terkini duk conteng tangan dan kaki.
Kalau saya masak kat dapur, Fina pun main masak-masak sekali. Pinggan/mangkuk/sudu/senduk- complete set. Tapi yg plastik lah. Kalau kaca, mau pecah.
Kalau jumpa tisu/kertas ke, dia koyak kecik2, pastu dia masuk dalam mulut. Nak makan pula kertas tuh. Siap buka mulut suh tengok kertas yang dalam mulut dia tuh.


Kalau dulu sebelum Fina setahun, saya duk hitung bulan-bulan mendatang untuk cukupkan target BF Fina hingga 2 tahun. Bila dah capai target genap 1 tahun, saya lebih tenang dan biarkan sahaja masa berlalu dengan rasa yakin bahawa susu saya mencukupi untuk Fina.

Sehingga kini, saya rasa puas hati dengan usaha dan tekad saya untuk BF Fina. Biarlah bulan berganti bulan dan Fina semakin membesar. Apa yang saya tau, perasaan menjadi seorang ibu yang menyusukan anak merupakan saat terindah dalam hidup saya. Tanda kenangan yang tidak boleh ditukar ganti.
dan
ini adalah salah seorang bayi yang hanya minum SUSU IBU sepenuhnya :)


Lahir dengan berat tiga kilogram. Namun bayi dari Tehran, Iran ini ketika berusia 7 bulan sudah seberat 20 kilogram. Bayi ini minum susu ibunya setiap jam. Namanya Redza.
(sumber : email dari kawan saya) SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails