27 July 2010

SGM 6 Tasik Cempaka Bangi

Akhirnya saya berjaya untuk menghadirkan diri ke Support Group Meeting (SGM) kali ke-6 yang diadakan pada Ahad lalu. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan saya diketuai oleh Hayati dan Hanidah.


Topik yang dibincangkan berkisar tentang persediaan BF ketika berpuasa. Maklumlah, lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut Ramadhan. Bertukar-tukar pengalaman masing-masing, tak kira bekerja atau suri rumah tangga sepenuh masa, pasti ada sedikit kegusaran dalam hati untuk meneruskan penyusuan di samping menunaikan tanggungjawab melaksanakan ibadah puasa.

Foto dari blog Yatie.

Antara ilmu yang saya peroleh dari perbincangan kumpulan kami ialah
  • Sahur makan kurma 7 biji atau blend dengan susu.
  • Makan makanan yang berkhasiat. Kata Fid, kalau kita teringin makan sesuatu, maknanya badan kira kekurangan zat dari bahan tuh.
  • Pastikan mengambil air yang mencukupi.
  • Berbuka puasa boleh mengambil lauk-lauk yang berair seperti sup.
  • Kekalkan jadual pam setiap hari sekiranya bekerja untuk mantainkan pengeluaran susu. Lagi baik tambahkan sesi pam pada waktu malam. (time malam Fina je yg jadi manual pam saya)
  • Apa yang paling PENTING ialah MIND SET. Pastikan kita berfikiran positif dan yakin yang susu kita mencukupi untuk anak kita.
  • Akhir sekali, selalu berdoa dan bersyukur dengan rezeki susu yang Allah berikan pada anak kita.

Saya tak sempat tunggu hingga pembentangan ketiga-tiga kumpulan. Sebabnya Fina dah kepenatan dan haus nak nen. Baba Fina pula dah tak larat nak jaga Fina. Saya ingatkan SGM hanya 1 jam sahaja, rupa-rupanya dekat jam 12 tgh masih belum selesai perbincangan. Sorry ye abang. Seronok sungguh Fina bermain kat playground kat situ. Sampai rambut pun dah jadi kembang semacam.

Lepas Fina dah hilang haus, terus kami pulang ke rumah untuk menghadiri jemputan kenduri jiran sebelah rumah di PS. Petangnya pula kami ke Sri Kembangan pula. Keletihan sangat bila banyak tempat nak pergi dalam hari yang sama. Malamnya saya rasa tak sihat. Muntah-muntah sampai senak perut. (Takkan Fina baru nak tumbuh gigi, mama nak bagi Fina adik kan.lol..)

26 July 2010

Berita terkini

Berita terkini dari kaklong aka pengasuh Fina. Di usia Fina 1 tahun 6 bulan 3 minggu dan 4 hari Fina dah tumbuh gigi pertama. Tak sabar balik kerja nak tengok gigi Fina (macam tak percaya jer).


Ni gambar semalam kat Playground Bangi, masih tak de gigi. Hari ini dalam sejarah dah kuar dah gigi Fina.

Lepas ni senanglah sikit Fina nak makan kan.

23 July 2010

Diari Mama Julai 2010

24 Julai 2010 (Sabtu)

~ Tiada perancangan khusus lagi. Nak kemas rumah, nak basuh bilik air, nak cuci dapur, nak lipat baju, kemas almari, pendek kata Sabtu aktiviti untuk housekeeping. Dah settle, petang baru boleh plan nak pegi mana-mana. Dalam hati, macam nak pegi Nilai 3 jer.Nak cari frame dan jam untuk lekat kat dinding rumah.


25 Julai 2010 (Ahad)

~ Pagi nak join SGM di Tasik Cempaka Bangi. First time nak join SGM nih. Nak berkongsi ilmu dengan ibu-ibu lain tentang persediaan BF sempena nak menyambut ramadhan bulan depan. Tengahari pula, ada jemputan kenduri doa selamat jiran sebelah rumah. Selepas tu, nak ke Sri Kembangan pula untuk sambutan besday anak officer kat ofis - Wildan- besday yang pertama. Happy Besday :)



Fina dah sihat, badan dah tak panas lagi. Malam tadi memang kami bertiga tidur nyenyak. Cuma ulser Fina masih belum hilang sepenuhnya. Ubat antibiotik doktor minta beri cukup 5 hari. Berkejar juga 1 rumah nak bagi Fina makan ubat.
Kalau ada kesempatan, nak melawat sahabat karib saya, kak wa di Hospital Putrajaya. Harap-harap lepas operation hari ni, kak wa dikurniakan Allah zuriat sebagai penyeri keluarga. Saya sentiasa mendoakan moga impian kak wa dimakbulkan oleh-Nya. Mungkin ada hikmah atas sesuatu yang berlaku kan kak.

22 July 2010

Fina Demam

Semalam saya EL. Fina tiba-tiba demam panas malam sebelumnya. Sampai ke pagi tak kebah panasnya. Saya dan abang bawa ke Klinik Dinamik kat depan Taman PS pagi-pagi. Doktor check suhu badan, nafas dan bila check kat dalam mulut, ada banyak ulser dekat tekak Fina. Doktor periksa juga kat tangan dan mulut, takut kena jangkitan sakit kaki/tangan & mulut. Alhamdulillah, tak da. Bagi ubat demam, antibiotik dan ubat sapu untuk ulser dalam mulut Fina.

Fina, seperti biasalah. TAK NAK jer bila suh makan ubat. Paksa makan. Bila malam, merengek jer. Tunjuk kat saya yang mulut dia sakit. Malam tadi tak nak menyusu. Nak tidur dalam buai. Bagi air kosong pun tak nak. Dah kempis perut Fina saya tengok. Saya tau dia lapar, cuma rasa sakit bila nak BF. Menangis lagi, mana tak tambah sakit tekak.

Lebih kurang pukul 2 pagi terkebil-kebil Fina dalam buai. Saya tanya, nak nen tak, dia pun keluarkan kaki dari buai dan angkat tangan suh ambil dia. Lepas tu, BF sampai tertidur. Lapar sangat agaknya. Pagi tadi start masuk kereta menangis. Air liur meleleh, mulut ternganga, tak nak tutup. Badan tak panas lagi, cuma ulser yang belum surut. Bab air liur meleleh tu, entah-entah gigi Fina nak tumbuh kot. Mama Fina ni, pantang la kalau Fina demam. Asyik berharap Fina tumbuh gigi jer :) Fina, cepat sembuh ye. Fina demam nak besar kan.

19 July 2010

Update Fina

Senyuman Fina masih manis di mata saya walaupun Fina semakin membesar. Dalam hati setiap ibu, mesti rasakan anak kita yang paling comel dari anak orang lain. Hakikat kan. Biarlah tidak comel di mata orang lain, tapi teramat comel dan cantik di mata kita. Biarlah bau masam yang terhidu dek hidung orang lain, tetapi menjadi bau yang wangi dihidung kita. Begitulah naluri seorang ibu. Menyanyangi anak sepenuh hati.

N3 kali ini nak update tentang perkembangan Fina. Fina dah 1 tahun 6 bulan dan 2 minggu sekarang.

  • Saya potong rambut depan Fina sikit. Dah panjang sampai tertutup mata.
  • Pandai tolong saya kemas rumah. Bila saya menyapu, Fina pegang bulu ayam sapu habuk kat kabinet tv. Tolong bagi pengaut sampah bila saya minta.
  • Dah pandai buka pintu pagar kat depan rumah. Ni kena perhati selalu, kalau tak, kejap je hilang pi main-main kat jalan depan rumah.
  • Ajak saya bawa dia naik motor bila keluar petang.
  • 2 hari ni, bila nak nenen, suh saya baring kat atas toto depan tv . "ma, bobom ma"
  • Bila popoo, tunjuk pampers ajak pegi bilik air.
  • Makan macam biasa lah. Suka sangat makan nasi. Kalau bagi makanan lain susah betul dia nak makan.
  • Pagi-pagi menyerah diri bila hantar ke rumah kaklong aka pengasuh Fina. Tapi bila petang nak balik, tak sabar-sabar suh saya ambil.

16 July 2010

Tahniah

Julai ini dipenuhi berita baik dari kawan-kawan karib saya :)
  • Hanim ~ Tahniah kerana selamat melahirkan puteri yang ke-3.
  • Suzie ~ Tahniah kerana telah mengandung anak yang ke-2.
  • Nazrah ~ Tahniah kerana bakal menjadi pengantin baru pada 31 Julai 2010.

Saya sayangkan kawan-kawan saya. Mereka antara sahabat karib saya di zaman persekolahan hingga kini. Moga persahabatan kami berkekalan.

Bila saya memilih jalan ini

Apabila saya memilih untuk menyusukan Fina sehingga genap 2 tahun, seharusnya juga saya bersedia dari semua segi. Bukan dari luarannya sahaja tetapi dari aspek dalaman dan psikologi. Sebab itu, saya amat mengkagumi semangat ibu-ibu yang bekerja dan berjaya meneruskan penyusuan susu ibu. Bagi orang yang tidak menyokong BF dan tidak berada di tempat saya, saya tau mereka akan memperlekehkan usaha dan menjadikan saya bahan perlian, umpatan dan cakap-cakap belakang. Kata-kata yang bila kita dengar, akan mematahkan semangat kita dalam BF. Sebab itulah, dorongan dan sokongan keluarga terutama suami amat penting. Ibu yang menyusukan anak juga seorang insan biasa. Tetap tersentuh hati bila mendengar kata-kata yang tidak sepatutnya. Tapi saya cuba berfikiran positif dan tidak ambil peduli. Malahan saya bangga kerana saya telah sampai ke tahap ini.
Bagi ibu yang tidak berpeluang memberi susu ibu kepada anak, dan memilih susu formula sebagai pilihan, itu juga merupakan hak dan keputusan mereka. Saya yakin mereka akan lakukan yang terbaik untuk anak mereka. Cuma apa yang saya harapkan, cubalah tidak memperlekehkan ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu dengan apa cara sekalipun. Belajarlah menghormati pilihan ibu tersebut. Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka, begitulah juga kami yang bekerja tetapi ingin mengenyangkan anak dengan susu sendiri. Yang menggalas beban dan tanggungjawab adalah diri kami. Jadi, orang lain tak perlu susah-susah untuk sengaja mengata dan melemahkan semangat kami.

15 July 2010

Hari Susu Ibu 2010

HARI SUSU IBU

Tarikh:
1 Ogos 2010 (Ahad)
Masa :
10 pagi- 1 petang
Tempat:
FIESTA KAJANG 2010, DATARAN PRIMA SAUJANA, KAJANG


Pada setiap tahun, Susuibu.com akan menganjurkan sambutan Hari Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang berlangsung pada 1 - 7 Ogos.
Tema Hari Susu Ibu pada tahun ini ialah :
BREASTFEEDING JUST 10 STEPS! THE BABY-FRIENDLY WAY
PENYUSUAN IBU HANYA 10 LANGKAH! MENURUT CARA MESRA BAYI
Pada tahun ini, Hari Susu Ibu akan diadakan di FIESTA KAJANG 2010 dengan kerjasama MPKJ.Antara aktiviti menarik pada Hari Susu Ibu tersebut ialah :-
  • Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
  • Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
  • Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
  • Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers
Semua dijemput hadir pada Hari Susu Ibu nanti di FIESTA KAJANG 2010!!!
Sumber : HARI SUSU IBU DI FACEBOOK

Diari Mama ~ Julai 2010


Tarikh seterusnya yang saya masukkan ke Diari Mama ialah ke Pesta Floria 2010 di Putrajaya. Tahun sebelumnya saya sekeluarga bersama ayah dan umi berpeluang ke Pesta Floria 2009, Seronok tengok bunga-bunga, pokok-pokok yang ada kat sana. Manalah tau, ada ada pokok bunga yang saya boleh beli untuk tanam depan rumah. Tak 'berlanskap' lagi depan rumah saya tuh. Baru tanam rumput karpet. Kat belakang rumah pula dah tanam sayur-sayur, serai dan daun pandan. Abanglah yang tanam, rajin siram hari-hari.

Floria di Putrajaya telah bermula pada 10 Julai hingga 18 Julai 2010. Minggu ni minggu terakhir untuk berkunjung ke Floria. Dah masuk Diari Mama maknanya AKAN PERGI Sabtu atau Ahad nanti.

Diari Mama - Ogos 2010


6th Parenthood Expo 2010
Tempat : Dewan 1 & 2, Tingkat 3, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC),Kuala Lumpur.
Tarikh : 20- 22 Ogos 2010
Masa : 10:30pagi - 9:00malam
Masuk adalah PERCUMA


Sejak abang dah habis exam ni, saya dah plan jadual cuti hujung minggu kami sekeluarga di dalam Diari Mama. Motifnya, nak tanda kelendar awal-awal. Takut terlupa tarikh. Bila ada perancangan, senanglah nak pergi jalan mana-mana. Ni, asyik-asyik pi TESCO. Tiap-tiap minggu ke Tesco. Mentang-mentanglah Tesco kat area jalan depan rumah je. Macam tak da tempat lain nak pergi. Kata orang jauh perjalanan, luas pengalaman. Walaupun tak berkesempatan nak melancong ke tempat-tempat yang jauh, bagi saya kalau dapat menghabiskan masa bersama keluarga ke ekspo seperti ini pun dah kira meluaskan pengalaman.
**Baba : Sila masukkan dalam diari baba juga ye :)

14 July 2010

10 steps

BF FOR 10 STEPS
MAKLUMAT LANJUT
DI

13 July 2010

Sajian baru


Sajikan sajian masakan terbaru untuk keluarga tersayang. Tambahkan skill memasak dengan resepi-resepi terbaru dari SAJI ONLINE. Tapi kita-kita ni, memang rajin cari dan kumpul resepi. Bila masak, alik2 sama je menunya (aciklah tuh). Sebenarnya, saya berangan-angan dan teringin sangat nak buat biskut/kek raya sendiri tahun ini. Tak taulah menjadi kenyataan ke tidak. Nak cuba buat resepi yang simple2 sahaja. Kalau tak menjadi, resepi tunjuk2 je lah kat kedai jawabnya.

09 July 2010

Saya dan botol susu

Jangan ingat ibu yang BF tak perlu susah-susah cuci botol ye. Kalau direct BF, memanglah tak payah guna botol. Bagi yang bekerja/outstation, banyak botol yang perlu dicuci. Haritu mak mertua saya datang ke rumah. Pelik dia tengok botol susu Fina banyak. Sebakul. Saya bagitau, botol susu banyak ni senang nak isi susu yang dipam. Manakala untuk simpan stok pula, saya lebih suka gunakan plastik liner seperti di n3 ini.

Balik je dari kerja, saya akan keluarkan susu dari cooler beg dan simpan ke peti sejuk.Susu yang lebih, saya akan jadikan stok frozen EBM. Kemudian, saya rendam semua bekas susu yang telah digunakan. Susu ibu mempunyai lemak+air dan lain-lain zat. Kira ada putih-putih pada botol (sama dengan bekas isi susu tepung gak). Jadinya, untuk hilangkan lemak-lemak tu, saya rendam dengan cecair pencuci yang khas untuk botol/puting selamat digunakan untuk bayi. Saya beli pencuci Sleek ni di Tesco. Kalau dulu saya gunakan pencuci Pureen. Saja nak try Sleek. Tunggu habis sebotol ni, saya nak guna Pureen semula. Lagi best guna Pureen.


Rendam botol susu beberapa lama yang suka. Nak senang, saya rendam dalam sinki dapur. Tapi jangan terlalu lama. Macam baju juga, bila dah lama sangat berendam, ada bau lain pula. Lepastu cuci dengan berus botol dan cuci dengan air sehingga bersih.

Kemudian, saya tuskan botol-botol susu yang telah dicuci dan letakkan dalam tapis. Letak di tempat terbuka sehingga botol tersebut kering. Esoknya, saya ambil 4 botol dan isi ke dalam cooler beg untuk dibawa ke ofis.



Begitulah rutin harian saya dan botol susu.

Cara Mama Fina

Mama Hidayatul ada bertanya mengenai petua untuk menambah/maintain susu yang saya amalkan. Sebenarnya saya tidak ada petua khusus. Semuanya saya makan tanpa pantang. Nasib baik perut Fina tu tahan. Ada sesetengah baby, tak boleh kita salah makan sikit. Kadang-kadang baby kena sakit perut. Saya kongsikan di n3 ini sedikit sebanyak amalan yang saya buat untuk maintainkan susu berdasarkan pengalaman sendiri. Setiap individu berlainan hasilnya, ada orang susunya akan bertambah bila makan sesuatu, begitu juga sebaliknya. So, tak salah kita try apa yang serasi dengan badan kita, itulah yang kita amalkan.
  • Saya pastikan saya mengambil air kosong secukupnya. Kurangkan minum ais, minuman yang berkafein (kopi/teh/nescafe) dan air gas.
  • Saya amalkan bangun pagi ambil sesudu kecil madu dan makan sebiji kurma sebelum mengambil apa-apa sarapan.
  • Sarapan pula minum secawan milo+oat+nestum.

Itu sahajalah amalan yang saya lakukan untuk maintainkan pengeluaran susu. Selebihnya, makan sahaja apa yang boleh makan dan mengambil makanan seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayuran. Lagi satu, saya pastikan Fina menyusu waktu tidur malam dan pam susu mengikut jadual yang tetap sekiranya bekerja.

Tengok, memang tiada petua yang khusus kan. Semuanya rutin yang biasa-biasa sahaja. Cuma bila kita ni dah ada niat ikhlas untuk menyusukan anak, Insyaallah dipermudahkan jalan untuk kita mencapainya.

Happy breastfeeding mama Hidayatul:)

Muaahaha..

Sayang mama, nak kiss mama lah!!!

Ummuaaaahh :)

Update stok


Stok frozen EBM Fina tinggal 22pcs bagi bulan Jun 2010 dan Julai 2010 pula ada 6pcs stok lagi. Tinggal 6 bulan lagi nak capai target fully BF Fina 2 tahun. Nasib saya agak baik kerana tidak pernah kekurangan stok frozen EBM. Walaupun tak semeriah waktu dulu-dulu, tapi saya boleh menarik nafas lega kerana stok saya masih cukup.

Fina sekarang kurang menyusu waktu siang. Nak habiskan sebotol 3-4oz pun susah. Tapi bila saya balik kerja, cepat-cepat minta BF. Lagi satu, pantang tengok saya baring. Mesti duk mengemping je kat sebelah sambil tengok tv. Kadang-kadang Fina tau sendiri nak tukar B belah mana. Bila dah lama BF kat B kanan, terus dia pi kat B belah kiri pula.

Gaya BF ikut gaya bebaslah. Suka hati dia nak buat macamana pun. Siap naik meniarap atas badan saya pun ada. Apa yang saya suka, satu perasaan indah dalam hati saya bila saya tatap dan tenung matanya tatkala Fina sedang menyusu. Hubungan kasih sayang yang terjalin antara kami makin erat. Rasanya bagai Fina baru berusia sehari tatkala dia menyusu.
Jadual pam saya masih tidak berubah. 2x di pejabat. Waktu rehat 1-2 petang dan sebelum balik jam 5 petang. Balik ke rumah, direct BF dan juga waktu cuti.

01 July 2010

1 tahun 6 bulan

Hari ini Fina genap 1 tahun 6 bulan.

Belum tumbuh gigi lagi. Pandai cakap sikit-sikit. Sangat manja, kalau terjatuh sikit pun mengadu sakit. Kadang-kadang saja merangkak nak jadi baby. Suka sangat bila dia buat sesuatu, lepas tu kita puji. Suka menconteng buku termasuk tangan & kaki. Takut dengar bunyi-bunyi pelik. Suka tengok budak-budak pergi sekolah. Menangis nak ikut baba naik motor Sabtu/Ahad, time baba nak pegi kelas. Time baba balik pula, berkejar kat pintu sambil angkat tangan (yeay2, baba dah balik-mama cakapkanlah). Masih fully BF sehingga kini.

MBFPC :(


Mood sedih dari minggu lepas sehingga ke hari ini. Kalau mengikut perancangan, saya nak jadi salah seorang peserta di program latihan MBFPC yang diadakan di Melaka. Memang saya berhajat sangat nak pergi. Semua borang dan yuran permohonan telah saya hantar awal-awal. Tapi tak da rezeki, atas sebab-sebab tertentu saya tidak berpeluang menyertainya. Menurut pihak MBFPC, program kali ini adalah kali terakhir untuk Semenanjung Malaysia tahun 2010. Program latihan seterusnya akan diadakan di Sabah. Untuk tahun depan, pihak penganjur tidak pasti lagi samaada program latihan ini akan diteruskan atau tidak.


Saya :( redha je lah..Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang kita hajati tapi tak dapat ditunaikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails