25 August 2010

Duit raya

Berita baik untuk kakitangan awam !
Tahun ini dapat DUIT RAYA.
Muktahir dari BERITA HARIAN ONLINE
15:42:26 PM
KUALA LUMPUR:
Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.
[Alhamdulillah, duit raya sama macam tahun lepas. Cara bayaran, tak tau lagi. 2x kot. Tunggu pengumuman dalam berita malam ini.]

Shopping

Hari ini masuk 15 Ramadhan. Rasa kejap je dah berada di pertengahan Ramadhan. Lagu raya pun dah kuar kat HotFM pagi tadi. Hari ni juga, orang Gomen gaji. Tahun ini gaji ikut jadual. Selalunya, kalau nak raya mesti gaji sebulan 2x. Masuk bulan kedua lepas Raya, belanja pun cukup-cukup nafas je. Dah guna banyak duit time raya. Sebab dah pertengahan Ramadhan, so bolehlah cerita persediaan Raya. Saya dah beli sikit-sikit baju raya Fina sebelum bulan puasa lagi. Dah ada anak ni, kalau pergi shopping mesti nak tengok baju anak. Kita punya, beli last minit pun tak pa. Asalkan berganti baju baru.
Tema raya saya tahun ini, macam nak pakai warna pink. Tapi dah pakai pink masa pregnantkan Fina dulu. Rasa-rasa kena pilih warna baju saya dulu, baru beli baju abang&Fina untuk dipadankan warnanya. Saya sekarang memang malas nak tempah baju, beli yang dah siap je. Abang pun sama. Lagipun harga tempah dengan beli yang siap lebih kurang sama. Silap haribulan, baju yang ditempah lagi mahal.
Sebab dah dapat gaji, hati ni berbunga-bunga nak pergi presint 2. Manalah tau kalau-kalau ada yang menarik untuk dibeli. Ada jualan JOM BELI BARANG RAYA. Orang perempuan, memang suka shopping. Kadang-kadang, tak ada barang yang berkenan untuk dibeli, dapat cuci mata pun jadilah.

23 August 2010

Makan lagi

Tak habis cerita makan di bulan puasa. Patutnya bulan puasa ~ rehatkan perut, tapi bulan puasalah teringin nak makan pelbagai juadah. Sabtu lepas seperti yang dirancang, kami ke Setapak. Berbuka puasa di rumah akak ipar saya. Antara menu utama berbuka puasa ialah sup tulang, ikan percik dan ayam percik. Sedap! Terima kasih atas jemputan. Suka Fina dapat main-main dengan abang Haziq.

Dah hari Sabtu cuti masak, Ahad pula dapur berasap semulalah. Menu semalam:

Rendang ayam+ketupat mini, peria+sotong, sagu gula Melaka.

Pisang dan tembikai kuning sebagai pencuci mulut.

Kek

Cuti minggu lalu saya buat Kek Coklat

Resepi dari KAKNGAH

Lepas bancuh semua adunan.

Kukus hingga masak.

Dah siap.

^

^

^

Fina nak tolong buat kek juga mama..


19 August 2010

EBM-puasa-berbuka

Perjalanan BF setelah masuk hari ke-10 berpuasa. Biasa-biasa sahaja. Cuma ada sehari yang saya kesiangan tidak bersahur menyebabkan badan saya lemah tidak bermaya. Selainnya, semua ok. Saya masih mengepam 2x di pejabat, tengahari dan petang. Hasilnya - Alhamdulillah
- cukup untuk bekalan Fina seharian.

2 sesi 2.00 petang & 5.00 petang
9-10 oz

Cuma penyakit sampingan saya di bulan puasa ialah mudah- MENGANTUK -. Mata ni, kalau dapat baring, confirm tidur lena. Petang balik kerja sebelum jemput Fina saya tidur dalam kereta, pagi pun begitu. Dapat tidur kejap pun jadilah. Malam pula, jam 10 malam dah belayar. Tidur orang berpuasa adalah ibadat. Tapi kalau dah asyik mengantuk jer, macamanalah lah dikirakan sebagai ibadat.

Balik je semalam dari ofis, terus masak Gulai Sardin + kentang dan sawi goreng. Potong buah tembikai. Untuk Fina, saya gorengkan burger ayam. Habis sekeping Fina makan. Simple je menu. Mana yang sempatlah.

Esok kami akan berbuka puasa di Setapak. Akak ipar jemput ke rumah berbuka puasa. Insyaallah, hujung bulan kami akan pulang ke kampung saya. Nak berbuka puasa bersama keluarga di kampung pula. Tahun ini turn raya di Terengganu. Jadi sambut puasa patutnya di N9. Tapi saya tunggu hujung bulan untuk pulang ke kampung. Dapat cuti lama sikit.

Masak memasak

Hari memasak di bulan puasa bagaikan memasuki pertandingan memasak rasanya. Masak ikut time. 20-25 minit kena siap juadahnya. Semalam saya masak Bihun Singapore. Bihun dah saya rendam sebelum pergi kerja. Cuma bahan-bahan lain kena sediakan seperti biasa. Fuh, berpeluh acik bertungkus lumus memasak ontime. Hi2..

Bihun Singapore - saya nak tukarkan namanya ke Bihun Pelangi Semenyih :)

Bahan-bahan:

Bihun-bawang putih-serbuk lada hitam-sedikit sos tiram-garam-udang-fish ball-carrot-sawi-cendawan butang

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk-masukkan udang- sedikit sos tiram-fish ball-garam-selepas 2 minit masukkan pula sayur (carrot, sawi&cendawan)-masukkan bihun dan gaul hingga bihun masak-siap-

Berbuka juga dengan Kuih buah Melaka dari kaklong. (terima kasih daun keladi, lain kali boleh bagi lagi !)

Selepas berbuka puasa, saya masak nasi dan lauk untuk makan malam dan sahur. Simple jer, kacang goreng + hati ayam, ikan goreng dan ikan masin. Lepas tu baru boleh berehat-rehat dengan Fina sambil tengok cerita Ular Emas (bulan puasa pun layan cerita gini). Petang ni tak tahu lagi menu apa.Rasa-rasa nak masak gulai sardin+kentang.

17 August 2010

Rutin di bulan puasa

Perjalanan balik ke rumah setiap petang waktu bekerja -tersangkut dalam jam-. Bermula dari exit Putrajaya ke Hospital Serdang hinggalah ke Bangi, lepas tu sebelum Tol Sungai Ramal. Banyak kereta kerana ada bazar Ramadhan di sebelah kiri jalan. Lepas je dari laluan-laluan 'panas' ini, baru laluan kami lancar. Sehinggalah ke rumah kaklong di Kajang Utama. Selepas Putrajaya-Bangi-Kajang, kami teruskan pula perjalanan ke Semenyih. Area yang jam kat jalan sebelum Taman Sunway Semenyih. Selepas tu, baru ok.
Begitulah rutin harian time balik dari pejabat. Kadang-kadang timbul idea kitaorang nak naik motor pi kerja. Dari rumah kaklonglah. Lepas hantar Fina, naik motor ke Putrajaya. Tapi bila fikir balik, buatnya hujan lebat, langsung tak dapat berbuka puasa di rumah. Lagi letih! Apa yang saya perasan, time bulan puasa semua orang nak balik awal. Kereta punya luar biasa banyaknya jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Tahun depan bulan puasa acik nak masuk WP1, pukul 7.30 pagi dah masuk ofis, balik jam 4.30 petang. (menyesal tak tukar tahun ni). La ape kes, belum habis puasa tahun ni, dah fikir puasa tahun depan.

Laluan harian kami Putrajaya-Bangi-Kajang-Semenyih
Time pergi kerja, ok sikit jalan sebab jalan yang selalu jam tu dah dibuka kepada 2 laluan.

Dalam keletihan mengharungi laluan-laluan sukar ke rumah, semalam saya sempat masak untuk berbuka puasa. Sampai rumah lebih kurang jam 6.50 petang. Terus ke dapur, masak nasi dulu, lepas tu goreng popiah (saya buat stok frozen masa Ahad lepas). Menu juadah berbuka puasa kami semalam - tom yam campur, telur dadar~ style Shela Rosli letak mayonis (terpengaruh dengan iklan), popiah goreng, tauhu sumbat (kaklong bagi), tembikai kuning, kurma, air sirap+selasih untuk saya dan teh panas untuk abang. Jadinya, juadah berbuka puasa saya semalam 100% homemade juga.

Fina makan makorani hari Ahad lepas, abang pula tersenyum 'kagum' dengan masakan saya.(perasan) Biarlah saya letih pun, asalkan dapat mengembirakan hati keluarga dengan masakan saya.

Ada jalan mudah kalau tak nak penat. Beli je di bazar Ramadhan. Tapi tahun ini, saya punya pendekatan yang lain. Bukan tak pernah membeli, cuma makanan yang dijual di bazar/gerai tu kadang-kadang tidak memenuhi selera saya. Lagipun kita tak tahu kebersihan dan cara pembuatannya. Nampak sedap, bila rasa berkerut-kerut muka nak habiskan. Lepas tu kita buang je sebab tak sedap. Dah membazir pula. Mood acik tengah rajin nak masak. Kalau tiba mood malas, banyak betul alasan untuk tidak memasak.

16 August 2010

Sejak dua menjak ni, saya ada hobi baru ~ suka cari resepi-resepi, dan bila ke kedai buku, beli majalah/buku resepi. Bila masuk bulan Ramadhan ni, lagi bersemangat nak cuba resepi-resepi baru. Kalau masa zaman saya kecil-kecil dulu kami sekeluarga akan makan kuih muih atau masakan berasaskan mee/bihun/kuetiaw dan malamnya selepas Tarawih baru makan nasi. Makan untuk alas perut dulu, baru makan yang berat. Abang pula, jenis yang tak kisah. Semua masakan saya abang makan, cuma bila beri komen tu kenalah komen yang membina (mood nak selamat, abang jawab no komen). Maklumlah, saya ni tak dapat terima kritikan ikhlas. Kalau cakap tak sedap, confirm saya tak nak masak lagi. Tak patut kan saya. 3 buku baru resepi yang menjadi koleksi saya setakat hari ini.



Saya sedang berusaha gigih untuk mencuba resepi-resepi terbaru. Sebenarnya, bila kita masak ikut resepi ni, memang gerenti jadinya dan PASTI SEDAP. Cuma kejap-kejap nak belek dan baca buku resepi, kejap-kejap nak refer resepi tu. Baca banyak-banyak kali pun tak ingat dalam kepala. Mula-mula nak cuba, macam gitulah. Bila dah 3-4 kali memasak, pasti kita rasa diri sehebat chef la pula.

Juadah Mama&Baba

Ini juadah berbuka puasa hasil air tangan Baba Fina masa saya tidak larat berpuasa Sabtu lalu.

Ayam bakar (sepatutnya, menu ayam percik Kelantan, tapi saya tak sempat buat kuah), sawi goreng + udang, ikan bakar (kepala dah bagi kat Cinda ~ kucing baba kat luar rumah)
Seterusnya,
Menu juadah berbuka puasa semalam. Seperti yang dirancangkan. Saya telah berjaya menyediakan kesemua juadah (banggo acik), cuma menu sayur campur tukar ke bendi goreng. Macam teringin nak makan bendi lak.


Makorani goreng, Ikan bawal masam manis, bendi goreng, popiah goreng dan bubur tepung pulut (campur biji sagu sikit)

DAN

ini pula budak yang puasa nyang nyuk..pagi-pagi buka periuk..

Menu untuk Fina makan tengahari ~ Mee bayam masak sup (ciptaan mama)

Fina sahur dulu ye mama...

15 August 2010

Juadah 4 Ramadhan

Hari ini saya bersemangat nak memasak. Bangun je tidur, siap-siap kemas rumah, mandikan Fina, lepas tu buatkan Fina nasi goreng untuk sarapan. Sementara Fina makan, saya bersiap untuk ke tempat bershopping tiap minggu. Mana lagi kalau tidak ke Tesco Semenyih. Saya berdua je dengan Fina, abang pi hantar kereta saya servis. Lepas tu baru jemput kami. Menu hari ini yang dalam perancangan :

Nasi putih
Ikan bawal masam manis
Sayur campur
Macorani goreng
Popiah goreng
Bubur tepung pulut warna warni (tapi ada pewarna merah je kat rumah)
Air soya
Teh o untuk abang

Sebab beria nak masak petang ni (semalam harapan hancus), sampai saya tak merasa ngantuk pun. Kejap lagi nak buat inti popiah. Pastu masak juadah yang lain. Kabel kamera tak bawa balik. Esok nak masuk gambar dalam n3. Abang pun pelik, larat ke saya nak masak tuh..Hari ini saya nak semua juadah adalah homemade. Tak bagi abang beli satu pun. Bila lagi nak masak sedap-sedap. Time cuti hujung minggu ni jelah peluang saya ada. Selamat memasak untuk semua para ibu.

Note: Ke Tesco tadi saya beli buku Chef Hanieliza. Senang je masakan yang ada dalam buku resepi tuh. Siap ada cop MENU GERENTI JADI. Google2, jumpa blog fotopages chef ni. Kalau nak cuba resepi-resepi yang menarik, sila ke site HANIELIZA.FOTOPAGES.COM

Sahur

Semalam saya tidak bersahur. Bukannya sengaja tak bangun, cuma kunci jam, tidur semula, tengok-tengok dah jam 6 pagi. Alahai..Dah la malam tadi saya terjaga tak minum air kosong. Ini kali pertama saya puasa dan tidak bersahur (sejak mula mengandung dan BF Fina). Mula-mula waktu pagi saya maintain lagi. Sapu dan kemas rumah. Buat apa yang patut. Siap dah perap ayam untuk buat ayam percik Kelantan.

Lepas je pukul 3 petang, kepala jadi pening, badan berpeluh-peluh, sekejap ok, sekejap tak ok. Dalam hati saya baca surah Al-Khautsar banyak kali doa agar saya bertahan puasa hari ini. Saya tidur dan baring je. Tak larat nak bangun. Sampai solat Asar pun saya solat sambil duduk. Nak berbuka puasa, sayang pula dah separuh hari. Bertahanlah dan tak boleh buat apa-apa kerja lain. Fina pula macam biasalah, time dia teragak nan BF, dia minta je. Saya minta abang berikan air dan makan banyak-banyak sikit agar dia tak terasa lapar.

Separuh hari tu, abang yang uruskan Fina dan sediakan makanan. Abanglah yang masakkan nasi dan sediakan juadah berbuka puasa kami. Ayam percik, abang yang bakarkan. Kuah saya tak larat nak masak. Dah plan nak buat bubur warna warni sebagai manisan berbuka puasa nanti. Itupun saya tak sempat nak buat. Saya terbaring jer hingga ke waktu berbuka. Alhamdulillah, saya selamat menjalankan ibadat puasa pada hari tersebut. Buka puasa, saya minum air kosong dan makan 3 biji kurma dahulu. Mula-mula rasa lembik lagi, lepas 20 minit barulah saya rasa badan saya segar semula.

Juadah berbuka puasa hari ini hasil dari 'air tangan' abang.

~ Nasi putih
~ Ayam/ikan bakar (tak sempat jadi ayam percik sebab saya tak buat kuahnya)
~ Sayur sawi + udang

Beli juga tau fu fa dan kuih koci.

Terima kasih abang. Lain kali saya 'jeran' dah tak bangun sahur.

13 August 2010

Teringin

Menu (teringin nak makan) untuk berbuka puasa Sabtu dan Ahad ini.

Rendang ayam pencen + nasi impit
Ayam/ikan percik
Popiah goreng
Sagu gula Melaka
Lompat tikam
Tepung pelita (ini tak reti buat, beli aje lah)

Time cutilah nak masak sedap-sedap sikit, kalau hari kerja, tak sempat nak masak. Lagipun sebenarnya masak di rumah dengan 'air tangan' sendiri, lagi sedap dari membeli masakan di luar yang kita tak tau cara masakannya. Kalaulah boleh, saya ingin menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa pada bulan puasa sahaja. Bulan lain kerjalah, nanti tak dapat gaji pula.
Patutlah kita suka dan rindu masakan mak-mak kita kan. Rasa sedap semacam jer dan berselera bila makan. Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan 'air tangan ibu'. Sebelum terlupa, cerita pasal masakan ibunda, umi saya memang rajin memasak time kami pulang ke kampung. Siap menu khas (lauk tak pedas) untuk cucu-cucunya. Disebabkan air tangan umi jugalah, perut ayah saya makin bertambah saiznya dari bulan ke bulan.. Ibarat gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
Semalam adalah Hari Jadi umi saya. Walaupun umi - ibu tiri saya, tapi saya sayangkan umi bagaikan ibu sendiri. Selamat Hari Jadi Umi. Moga diberi kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat. Terima kasih menjadi sebahagian dari keluarga kami.


Umi-Fina-Ayah

Saya sangat sayangkan mereka:)

EBM hari puasa

Hari pertama puasa
2 kali pam di pejabat
- jam 2.00 petang ~ 6 oz
- jam 5.00 petang ~ 4 oz
Jumlah ~ 10 oz
Balik Fina direct BF petang, malam dan pagi sebelum pergi kerja.

Hari kedua puasa
1 kali pam di pejabat
- jam 2.00 petang ~ 6 oz
petang ngelat pam sebab ada kerja urgent kena buat.

Saya memang tidak pam di waktu malam. Sangat malas nak bangun malam-malam mengepam. Lagipun Fina akan BF 2-3x malam. Pernah dulu saya pam waktu malam, sikit jer hasilnya. Lepas tu, saya tak buat lagi dah.
Setakat hari ini, berpuasa tidak menjejaskan pengeluaran susu saya. Jika diizinkan, bulan ini saya dapat puasa penuh 30 Ramadhan. hi2..apakah?

Sabar berpuasa

Hari ini masuk hari ketiga kita berpuasa. Sejak hari pertama, saya hanya sempat sampai ke rumah jam 7.15 malam. Jalan punya sesak dari susur keluar Putrajaya depan Hospital Serdang hinggalah ke Bangi. Sangkut lagi jam di Semenyih. Memang menguji tahap kesabaran. Petang-petang orang nak balik rumah cepat-cepat. Kami masih lagi dalam kereta. Singgah pula ke rumah kaklong ambil Fina. Jawabnya, memang tak sempat masak kat rumah. Pilihan lain, beli di bazar Ramadhan area rumah kaklong tuh. Abang yang beli, saya rasa letih nak berjalan. Tunggu dalam kereta dengan Fina. Balik rumah, selepas berbuka dengan kurma dan kuih, saya masak nasi dan lauk untuk dibuat sahur keesokkan harinya. Kena masak juga kan. Memang agak letih sejak hari pertama berpuasa hingga kadang-kadang rasa tergugat tahap kesabaran. Puasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, juga mengajar kita erti kesabaran. Jadi, cubalah belajar bersabar. Pesanan untuk diri sendiri.

12 August 2010

Ceramah Ustaz

Sedikit ilmu yang saya perolehi dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Fauzi (Perunding Motivasi Bebas/duta produk Jus Tok Guru) pada Isnin lalu bertempat di pejabat saya.
  • Allah membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka di bulan yang mulia ini. Kebaikan yang dibuat akan digandakan pada bulan Ramadhan. Allah Maha Pengasih, jika hamba-Nya membuat kebaikan, ganjarannya akan digandakan, manakala jika membuat dosa, Allah tidak gandakan dosanya itu.
  • Dugaan dan rintangan berpuasa bagi umat zaman sekarang adalah tidak sehebat zaman Rasulullah dahulu. Sewaktu Peperangan Badar (17 Ramadhan), para pejuang berperang untuk meninggikan syariat Islam dan menentang golongan kuffar. Cabarannya tidak sehebat kita yang berkerja tanpa mengeluarkan peluh, duduk dalam pejabat yang berhawa dingin dan menjalankan kerja-kerja yang tidak terlalu berat.
  • Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kita menjadi seorang yang malas bekerja. Kerja merupakan satu ibadah dan tanggungjawab. Pastikan mendapat keberkatan dalam setiap gaji yang kita perolehi. Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang - usia muda dimana kita habiskan, rezeki kita dari mana sumbernya dan paling penting ialah keberkatan. Mencari setiap keberkatan dalam pekerjaan yang kita lakukan.
  • Bulan Ramadhan bukannya pesta makanan. Mengapa pada bulan Ramadhan terdapatnya BAZAR RAMADHAN tetapi tidak terdapat bazar untuk bulan Islam yang lain seperti Bazar Rejab ke, Bazar Syaaban ke. Padahal Ramadhan hanyalah satu bulan dari bulan-bulan yang lain (boleh makan). Seharusnya kita makan mengikut keperluan dan tidak mengikut nafsu.
  • Syaitan dirantai pada bulan Ramadhan. Sebenarnya yang merantai godaan syaitan itu adalah terletak dalam diri kita sendiri iaitu dengan cara mengawal nafsu. Tidak melakukan pembaziran dan melakukan perkara-perkara yang menjurus kepada kebaikan. Saya juga tertarik dengan topik yang ustaz Fauzi sentuh mengenai kusyuk dalam solat, sekiranya kita tidak kusyuk dalam solat, misalnya solat Zuhor 4 rakaat, 2 rakaat sahaja kita kusyuk, lagi 2 tidak, maka Allah hanya menerima 2 rakaat yang kusyuk sahaja manakala selebihnya lagi 2 rakaat Allah akan minta malaikat 'top up' dengan solat-solat sunat yang kita lakukan. Bayangkan jika kita tidak melakukan solat-solat sunat, nak 'top up' dengan amalan yang lain? Banyakkah amalan sunat yang kita amalkan?

Yang baik jadikan pengajaran dan juga peringatan terhadap diri saya sendiri. Berpuasa bukanlah satu alasan untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Ustaz juga beritahu, ada orang yang hanya berpuasa, tetapi tidak solat walhal solat merupakan amalan penting yang akan dihitung di Akhirat kelak. Seharusnya kita berpegang teguh pada rukun Islam yang 5. Mudahan puasa kita pada tahun ini merupakan ibadah yang diberi rahmat dan keberkatan oleh Allah. Kita tidak tahu jika umur kita panjang atau tidak untuk menerima kedatangan Ramadhan akan datang.

"Sesungguhnya solat ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku kerana Allah SWT."

11 August 2010

Pemakanan

Sumber Majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2010.

Para ibu yang sedang menyusukan sangat digalakkan menjaga pemakanan semasa bulan puasa. Walau bagaimanapun, ibu tetap perlu KERAP menyusukan bayi agar penghasilan susu lancar (konsep demand & supply). Saranan makanan tersebut mungkin dapat membantu menambah susu ibu:
  • Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang/dal
  • Kurma
  • Jambu batu dan betik
  • Lobak putih dan peria
  • Sawi, kacang panjang, kacang buncis dan jagung muda
  • Oat
  • Madu
  • Air longan
  • Halba
  • Pucuk manis
  • Pucuk pegaga
  • Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  • Susu dan produk tenusu
  • Teh hijau Jepun
  • Barli
  • Habbatus sauda atau jintan hitam
  • Chorella
  • Klorofil

Ruangan S&J Sihat Segar

Pada pendapat saya, makanan yang diambil di atas adalah bergantung pada kesesuaian dan keserasian diri sendiri. Kena cuba dahulu baru tau yang mana sesuai dan boleh mengekalkan pengeluaran susu kita. Kalau dulu, saya bukanlah seorang penggemar kurma. Tapi sejak bersalin, saya jadikan pengambilan kurma sebagai amalan seharian. Pagi-pagi sebelum makan sesuatu, saya akan makan sebiji kurma. Amalan itu nampaknya menjadikan susu saya maintain. Ibu-ibu yang menyusu, cubalah makanan yang serasi dengan badan sendiri. Ambil makanan yang mencukupi ketika sahur dan berbuka puasa.

Pagi tadi saya bersahur dengan 2 biji kurma, secawan milo panas+oat+nestum, 2 cawan air kosong, nasi, lauk sooh un+kentang, sambal gesek, salad, timun.

Sebelum masuk waktu imsak, saya minum air dan baca surat Al-Khautsar serta niatkan dalam hati agar saya tidak berasa haus ketika berpuasa.

10 August 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan,
Syukur atas nikmat dan peluang yang diberi oleh-Nya kerana saya masih berkesempatan untuk berjumpa Ramadhan kali ini. Ramadhan adalah bulan mulia. Semua umat Islam mengambil peluang untuk menggandakan ibadah seharian. Bukan sahaja ibadah yang dikejar, malahan ganjaran yang diberi juga berganda-ganda. Saya teringat dalam satu rancangan Tanyalah Ustaz minggu lepas. Kata ustaz tersebut, jika dihitung usia kita, dah setelah beberapa Ramadhan yang kita lalui, adakah sudah cukup segala amalan yang kita lakukan ketika diberi peluang itu?Manakah antara semua Ramadhan yang kita lalui itu merupakan Ramadhan yang terbaik bagi diri kita. Peringatan untuk diri saya sendiri. Moga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang penuh pengertian dan keberkatan buat saya sekeluarga.
Ahlan Wa Sahlan Ya-Ramadhan.

09 August 2010

EBM Stok


Ini stok-stok EBM saya yang tinggal sebagai bekalan untuk menghadapi puasa akan datang. Setakat ini, tinggal 22pcs stok EBM dari bulan Jun hingga Ogos 2010.

Ahad lepas saya susun semula stok EBM yang sedia ada. Asingkan ikut bulan seperti biasa.

Yang dalam plastik tu stok untuk bulan 7, bahagian tepi pula EBM bulan 8. Bulan 6 punya, tinggal 2 pcs jer. Jadinya bawa ke rumah kaklong untuk bekal Fina.
Manalah tau kalau-kalau susu 'berkurangan' masa bulan puasa nanti, harap-harap stok-stok EBM ini dapat membantu saya. Moga saya dapat melaksanakan ibadah puasa tahun ini dengan sempurna disamping meneruskan niat saya bagi menyempurnakan penyusuan selama 2 tahun untuk Fina.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

06 August 2010

Click2..



Gambar-gambar time balik kampung minggu lepas (Nazrah wedding).

Mama & Fina

Ni pula



Maksu & Fina.
Asyik ler possing buat peace. Tapi Fina punye peace guna 1 jari jer. 1 M'sia.

Info

Sedikit info yang saya google (tak ingat dari blog mana) dan simpan pada tahun lepas sebagai persediaan BF ketika berpuasa :
Antara makanan yang patut kita elakkan ketika berpuasa adalah:
Caffeine,
Chocolate
Citrus fruits (limau, anggur),
Carbonate drinks
Makanan pedas
Kurangkan makan daging sebab daging mempunyai banyak lemak.
Elakkan kobis and telur sebab makanan ni menghasilkan gas.

Semasa puasa and time sahur banyakkan makanan2 yang memberi khasiat. Antaranya:
Banyakkan minum susu.
Amik alternatif lain, banyakkan makanan2 yang berkalsium seperti kacang, brokoli, sayur2 hijau, Yogurt, ikan, soya, tofuu, cheese dan lain2.
Makan makanan yang boleh tambah darah macam bayam.
Kurma.
Jus Buah-buahan
Nasi/mee/kuey teow
Air yang mencukupi.
Sebelum tidur malam tu, kita boleh makan makanan berfiber. Untuk membekalkan tenaga.. :)
Selain tu, kita teruskan makan-makanan yang membantu menggalakkan susu. Senang citer makan makanan yang berkhasiat setiap hari dan JANGAN TINGGALKAN SAHUR.
Amalkan Surah al-Baqarah ayat 60 dan Surah Hujurat. Baca lepas tu sapukan kat B kita. Selain tu, masa dah nak imsak, kita baca Surah Al-Kauthar, minum seteguk air. Sambil berdoa minta kurangkan dahaga dan bertenaga untuk meneruskan puasa.

05 August 2010

Penyusuan Ketika Berpuasa

Ramadhan kali ini merupakan tahun kedua saya BF dan berpuasa. Tiada persediaan khusus. Semuanya biasa-biasa sahaja. Amalan seharian yang saya akan teruskan :-
Setkan minda dan niat yang positif.
Jangan tinggalkan sahur.
Minum air yang mencukupi waktu sahur & malam.
Makan kurma.
Makan makanan seimbang.
Minum milo/horlicks/oat/nestum.
Mengikut jadual pam 2x ketika di ofis time kerja.

02 August 2010

Fina 1 tahun 7 bulan




Diam tak diam, buah hati saya ni dah pun genap 1 tahun 7 bulan.
  • Last checkup di Klinik Kajang bulan 7, berat Fina 10.4 kg. Dah tak naik berat Fina.
  • Tak nangis pun masa nurse cucuk. Nasib baik Fina tak demam lepas kena cucuk tuh. Vaksin kali ini nurse cakap untuk elakkan lumpuh, kancing gigi dan ada beberapa penyakit. Saya tak ingat.
  • Gigi Fina baru tumbuh sebatang (tumbuh senget) di gusi bawah.
  • Dah pandai cakap sikit-sikit (style Fina) - mama, baba, atuk, enek(nenek), atuh(jatuh), bobom(baring), mamam(makan), ashi(nasi), andi(mandi), nana (taknak), abash(bas), otor(motor), aba(abang), aya(kak ya), anya(dania), lah(sekolah).
  • Boleh harap dah, suka tolong saya kemas rumah.
  • Sekarang kalau saya solat, saya bentangkan sejadah kat sebelah biar Fina solat sama. Kejap je dia ikut apa saya buat. Pastu duk main ler. Time rukuk tu, kepala sampai ke bawah. Lepastu mulut terkumit-kumit macam baca doa.
  • Kalau suruh sayang, muncung-muncung mulut tu nak cium.
  • Manja sangat. Ini dari dulu perangai gini. Tak bolehlah jatuh sikit, kak ya&dania usik, mesti mengadu kat mama.

Saya pula ada 5 bulan lagi untuk meneruskan misi BF Fina. Fully BF tanpa tambahan susu formula. Saya YAKIN BOLEH :)

Selamat Pengantin Baru




Jumaat lepas, saya menghadiri Majlis Pernikahan sahabat baik saya Nazrah di Jempol, Negeri Sembilan. Majlis bermula selepas Isyak. Nazrah ni dulu, kawan saya masa di Sekolah Men. Teknik Juasseh tahun 1998. Dah 10 tahun kami berkawan. Dulu kami satu kelas PKA dan satu meja prep kat asrama. Masa zaman sekolah, Nazrah ni memang ramai peminat. Mana taknya, Nazrah ni lawa orangnya. Tapi dalam geng-geng kami, dialah antara member yang lewat kawin. Bukan tak de pakwe, cuma tunggu masa yang sesuai agaknya.

Sempat juga saya berjumpa dengan kawan-kawan sekolah dulu. Suzi, Ain, Suzi (palong) dan Zamri.

Tema Nazrah, putih pink.

Bergambar sebelum Majlis Akad Nikah.


Gambar Nazrah dan suaminya. Orang Pahang.




Selamat Pengantin Baru untuk Nazrah dan suami. Moga bahagia berkekalan hidup berumah tangga.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails