Posts

Showing posts from September, 2010

Ros

Image
Sebelum raya saya beli 2 pokok bunga ros untuk tanam depan rumah. Warna merah hati dengan warna peach. Ada 2 pasu lagi dah tanam pokok lavender dan keladi. Semuanya abang yang tanam. Bahagian bercucuk tanam ni, tugasan rasmi abang kat rumah. Dia takut kalau saya tanam bunga tu mati. Tangan panas ke..Kalau dekat belakang rumah pula, dah ditanam dengan sayur kangkung, bayam, halia, daun pandan dan pokok mengkudu. Serai tak menjadi pula. Gambar-gambar ros tu masa sebelum raya. Bila dah cuti raya seminggu kat Terengganu, habis bunga-bunga tu layu semua. Abang dah cantas dan sekarang dah tumbuh tunas bunga baru. Rajin pula pokok ros ni berbunga. Ros ni jenis yang tak kembang sangat. Bila tengok landskap rumah jiran-jiran, berkenan nak buat gak. Cantik tengok pokok-pokok bunga ni. Saya bab bunga-bunga ni minat sikit-sikit jer. Tapi bab mengemas rumah, memang saya suka. Kalau boleh nak rumah sentiasa bersih dan tersusun. Sedap mata memandang. Lagi satu bila balik kerja kalau tengok rumah be

Word

Perkataan yang Fina pandai sebut : Abash ~ bas Lahh ~ sekolah Nyenye ~ nak air Acie ~ nasi Mamam ~ makan Otoo ~ motor Aebe ~ baby Aban ~ abang Akak ~ kakak Atook ~ atuk Enek ~ nenek Bukk ~ habuk Otoor ~ kotor Cheah ~ terima kasih Chut ~ kasut Di ~ mandi Daa ~ kucing (sempena nama kucing baba Fina - cinda ) Nya ~ Dania (sepupu Fina) Aya ~ Kak Ya (sepupu Fina) Nassh ~ petronas ataupun semua stesen minyak yang Fina nampak, disebut nassh juga. Perkataan ini dah betul sebutannya : Mama Baba Papa

Reject EBM

Sebelum cuti raya haritu Fina tak nak minum susu waktu saya bekerja. Ingatkan time tu je dia reject. Rupanya lepas raya pun sama juga. Fina tak menyusu langsung waktu siang. Tak tahulah kenapa. Mula-mula saya tukar puting susu. Puting yang lama dah kembang sangat sebab dah lama guna. Sejak tu Fina dah tak nak menyusu lagi. Mungkin disebabkan puting susu tu keras kot. Tapi sebelum-sebelum ini, ok je bila tukar puting lain. Kalau minggu ni Fina tak menyusu seminggu, start minggu depan saya nak belikan ribena/jus oren. Lagipun air kosong Fina tak nak sangat. Minum sikit jer. Kalau air manis tu, laju jer dia. Bila saya balik petang, dia terus minta nenen. Tak ada masalah bila direct BF. Waktu malam Fina BF macam biasa juga. 3-4x bangun waktu tidur malam. Cuma masalahnya Fina reject EBM waktu siang. Saya taklah risau sangat. Mungkin Fina nak berhenti menyusu waktu siang. Selagi dia nak makan dan minum, itu boleh menampung tenaga dia. Lagipun lagi 3 bulan Fina masuk 2 tahun. Kalau sekarang

Open ofis & open house

Image
Sabtu lepas kami berjalan raya dari pagi hingga ke malam. Mula-mula ke ofis JPN 10.30 pagi. Ini pertama kali ofis buat Jamuan Raya hari cuti. Selalunya buat hari kerja. Ramai juga yang hadir, tapi bila nak makan taklah sesak kena berebut. Kira senang nak ambil makanan. Ada pertandingan Bintang AGC. Nyanyi-nyanyi lah. Meriah juga. Fina pun happy je. Bila orang tepuk tangan, dia pun sama. Lepas makan-makan, pergi rumah kak Wa pula di presint 9. Kak Wa jamu kami dengan nasi ayam. Balik ke rumah, rehat kejap, pukul 3 lebih kami ke open house jiran dekat rumah. Ada 2 buah rumah. Tak habis lagi beraya, petang pula terus ke Setapak, KL rumah akak ipar. Buat open house juga. Dari Putrajaya ke Semenyih lepas tu ke KL. Balik dari Setapak, singgah ke Alpha Angle di Wangsa Maju. Shopping barang rumah kat Jusco. Lebih kurang pukul 12.00 malam baru sampai rumah. Jom layan gambar Fina berhari raya di ofis mama. Mama & Fina. Depan ofis mama. Sedapnya Fina mamam.. la..la..la..Fina sukalah datang

Diari jalan-jalan raya

Sabtu~25 Sept 2010 Esok, jam 10.30 pagi hingga 2 petang ada Jamuan Hari Raya di ofis JPN. Insyaallah kami sekeluarga akan pergi. Lepas tu nak pegi raya rumah Kak Wa di Presint 9. Ahad ~ 26 Sept 2010 Ada jemputan open house dan Majlis Hari Lahir rumah En. Zawawi di Kota Warisan. Area Sepang. Kalau tak ada apa-apa hal, kami akan datang ke sana juga. Lagipun tak pernah lagi sampai kat area perumahan di sana. Lepas-lepas raya ni memang banyak open house sana sini. Bolehlah isi masa lapang cuti Sabtu & Ahad pegi makan free sambil berjalan raya.

BFF

Image
Tahniah Auntie Nazrah sebab nak bagi Fina adik. Mama kata Auntie Nazrah dah 6 minggu mengandung. Raya tahun depan, bolehlah Fina beraya dengan 2 orang adik baru. Baby Auntie Suzi & Auntie Nazrah. Mereka ni, BFF (best friend forever) mama. Mama tumpang gembira sebab kawan-kawan mama nak dapat baby. Happy sangat mama dapat berita terbaru dari Auntie Nazrah tadi. Mama bila lagi..Sian Fina main sorang-sorang je kat rumah tau..

Raya lagi

Image
Tak habis lagi cerita raya. Saya baru baik dari demam. Dapat mc 2 hari. Rasa pening, tekak tawar, tak ada selera makan dan sakit-sakit badan. Dah tak tahan sangat, pergi ke Klinik. Berehat 2 hari di rumah. Hari ini baru start kerja semula. Bekerja di hari Jumaat. Memang seronok, sebab esok dah cuti hujung minggu. Raya pertama, Fina saya masih demam. Tak banyak gambar kami sekeluarga. Bila Fina tidur, saya tangkap gambar dengan mak mertua, Fida dan Haziq. Possing depan rumah. Raya pertama, cuaca tak panas sangat. Mendung je hari tu. Mak sebelum Subuh dah bangun masak nasi dagang. Juadah hari raya pertama di Terengganu ~ Nasi Dagang, Gulai Ikan Aya, Acar timun, Ketupat palas dan Tapai. Balik kali ini memang saya tak dapat menolong di dapur pun. Fina asyik nak berkepit je dengan saya. Kalau tak, berhajat juga nak buat rendang ayam untuk raya. Tapi tak kesampaian hajat saya. Lain kali lah. Raya kedua pula, kami ke Pasir Putih. Konvoi 4 kereta. Ada kenduri rumah mak saudara belah ayah mert

Demam raya

Image
Muka Fina masa raya. Muncung Tak puas hati Letih tak bermaya Lepas seminggu raya, Fina dah pulih seperti biasa. Dah boleh gelak, membebel, makan, main-main. Sekarang giliran mama Fina pula yang kena demam lepas raya.. Sakit kepala, sakit-sakit badan, selsema, tak da selera, letih. Rasa nak baring je kat rumah, tidur!

Lagi 3 bulan

Image
Penyusuan susu ibu masih saya teruskan hingga ke hari ini. Cuma tinggal lebih kurang 3 bulan setengah lagi untuk capai target fully BF Fina selama 2 tahun. Macam tak percaya pula, saya telah sampai ke tahap ini. Syukur atas rezeki-Nya. Awal bulan puasa, saya agak risau dengan pengeluaran susu. Tapi alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh pada bulan Ramadhan lepas dan yang penting saya tidak menghadapi masalah-masalah besar yang menimbulkan rasa susah hati terhadap pengeluaran susu walaupun berpuasa. Jadi, berpuasa tidak akan MENJEJASKAN penyusuan susu ibu cuma pastikan ibu mengambil makanan dan minuman yang mencukupi untuk bekalan tubuh ketika di siang hari. Sejak bulan puasa, saya hanya pam sekali sahaja di ofis. Masa waktu rehat tengahari. Balik kerja dan waktu cuti, saya masih direct BF Fina. Stok susu pun, tak banyak mana yang tinggal. Adalah beberapa ketul lagi. Cukup-cukup sebagai backup bila diperlukan. Susu yang dipam waktu rehat tadi. Bila saya fikir-fikir semula, Maha Besar

Raya

Image
Raya Pertama Fina masih demam. Asyik menangis dan merengek. Tak dapat pegi jalan mana-mana pun. Muka pun tak ceria. Kejap-kejap nak masuk buai tidur. Nak dengan saya jer, dengan orang lain semua tak nak. Sampai saya tak boleh buat kerja lain. Berkepit jer dengan Fina. Ini gambar Fina bergaya dengan baju raya. Tema keluarga kami tahun ini ~ PINK ~ Mama & Baba Gambar 1 keluarga pula. Tengok Fina, mukanya gitulah 4-5 hari masa beraya. Setelah beberapa kajian saya buat, barulah saya tau punca sebenar Fina asyik merengek :( Fina dah tumbuh 2 batang gigi lagi belah atas. Patutlah demam teruk. Kalau raya tahun lepas Fina pandai duduk masa raya, tahun ni pula Fina hadiahkan mama 2 batang gigi. Sabar ajelah mama..

1 Syawal

"Di pagi satu Syawal..hati sayu mengenang dirimu..."pagi raya yang beremosi. Sedih kerana tak dapat beraya bersama keluarga tercinta, terutamanya ayahanda tersayang. Nasib baik tak meleleh air mata ni masa telefon ayah pagi tadi. Jauh sudut hati saya ada rasa sedih, bukannya tidak gembira beraya di kampung mertua. Kat sini, keluarga saya juga. Cuma dah dari kecil beraya di kampung sendiri, bila dah bekeluarga, raya rumah mertua, mana tak sedih. Tak pe, dah lama-lama nanti biasalah tuh. Saya memang ber'emo' sikit bila tiba pagi raya. Teringat pada insan-insan tersayang. Pagi jelah, bila dah tengahari, emosi dah sedikit stabil dan saya akan kembali OK! Buat ayahanda tersayang, Selamat Hari Raya Aidilfitri, ampunkan salah dan silap saya selama ini. Halalkan makan minum dan segala pengorbanan sepanjang membesarkan saya. Moga ayahanda diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk kita bersama-sama meraikan Aildilfitri pada tahun hadapan. Al-fatihah untuk arwah ibunda terc

Lintas langsung dari Terengganu

Perjalanan ke Setiu, Terengganu berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Kami sekeluarga sampai ke kampung jam 10 pagi semalam. Dari Semenyih jam 10 malam. Masa lebih kurang 12 jam untuk sampai ke kampung. Berhenti di beberapa R&R dan singgah bersahur abang bungkus nasi ayam dan kami makan dalam kereta. Tak kisahlah lewat sampai, asalkan kami tiba dengan selamat. Cuaca tak begitu baik semalam. Hujan sepanjang perjalanan. Abang pun bawa tak laju. Kat kampung pun mendung dan hujan seharian. Bagi perjalanan mengikut Lebuhraya Pantai Timur pada jam 12tgh malam hingga 6 pagi, tol adalah PERCUMA. Jimatlah sikit duit tol. Kereta banyak juga, tapi taklah begitu sesak. Rasanya ramai yang dah balik ke kampung secara berperingkat. Ada yang anak-anak cuti sekolah, dah balik awal. Ada juga yang balik malam raya. Tahun ini raya jatuh pada hari Jumaat. Mengikut kalendar. Lagipun mesti anak bulan tak kelihatan dengan keadaan cuaca semalam. Fina pula, masih tak sihat sepenuhnya. Masa dalam kere

Salam Aidilfitri

Image
Pada kesempatan yang ada, saya memohon ampun dan maaf kepada saudara mara, rakan taulan, sahabat baik dan rakan-rakan blogger kiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa dan perlakuan yang mengguris perasaan. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin seikhlas hati. Tahun ini kami sekeluarga akan beraya di Terengganu. Malam esok kami akan bertolak pulang ke kampung. Bagi saya, ini tahun kedua saya beraya di kampung halaman abang. Tahun pertama, saya tengah mengandungkan Fina. Fina pula, ini kali pertama dapat beraya di sana. Gambar pada tahun pertama Fina beraya di kampung saya di Negeri Sembilan. Masa ni Fina baru 9 bulan. Dah merangkak dan raya pertama Fina pandai duduk untuk pertama kalinya. Bila tengok gambar ini, terasa hairan bin ajaib kerana saya berjaya 'membesarkan' badan Fina dengan susu ibu sahaja. Rindunya saat-saat Fina tembam dahulu. Pesanan untuk ibu-ibu yang BF, raya-raya juga, tapi jangan lupa direct BF untuk kekalkan pengeluaran susu. Tau-taulah, bila dah pi jal

Doa seorang anak

Image
Selalunya Fina ikut mama solat. Kali ini Fina nak buat style baba lah. Mula-mula Fina kena pakai kopiah. Letak kopiah atas kepala, masukkan hingga tertutup hidung kecik Fina. Dah agak-agak selesa, bolehlah mula baca doa. Kenapa mata Fina tak boleh nampak dengan jelas nih. Patutlah, sebelah mata lagi tertutup dengan kopiah baba. Testing semula, senget belah kanan pula kopiah nih. Tapi dah boleh nampak jelas. Sambung baca doa. "Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi penyeri dan permata berharga buat mama dan baba ku. Kau peliharalah mereka berdua sepertimana mereka melimpahkan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada aku. Moga aku menjadi seorang anak yang baik dan berjasa terhadap mereka apabila aku dewasa kelak. Amin. Ya Rabbal Alamin." Mama sangat sayangkan Fina. Fina adalah anugerah dan amanah dari-Nya. Moga mama dapat mendidik dan membesarkan Fina menjadi seorang insan yang berguna. Finalah penyeri hidup mama dan baba sejak hari perta

Siapa nak jaga?

Selsema saya semakin pulih. Sempat lah sihat sepenuhnya masa Raya nanti. Tapi virusnya menyerang Fina pula. Semalam baba dah belikan Fina ubat selsema. Nak bagi Fina ubat, mama kena kejar Fina satu rumah dulu. Memang perangai dari kecil, susah sangat nak makan ubat. Hari ini Fina dihantar ke rumah pengasuh baru. Kaklong dah cuti rayo. Dah selamat sampai ke kampung pun. Lagipun anak-anak buah dah mula cuti sekolah. Balik awal sikit. Mula-mula nak hantar Fina ke taska dekat ofis, tapi dah penuh. Tanya pada ibu Fina Kak Ida (pengasuh Fina masa kaklong cuti pantang), tak dapat nak jaga sebab dia jaga baby. Akhirnya, hantar Fina ke Penjara Kajang. Suh banduan yang jaga. Biar Fina jadi anak tirai besi. Hi2.. Tak delah, memang hantar ke sana, tapi kat rumah akak ipar belah abang. Kak Ana - Mak uda Fina. Pagi tadi hantar, Fina ok jer. Tak pula menangis. Serah diri dengan tenang. Harap-harap Fina tak buat hal. Esok pula, Kak Ana tak boleh tolong jaga. Nak balik kampung pagi. Harapan terakhir, d

Gigi

Image
Mama kata dah lama mama nak 'abadikan' gambar gigi pertama Fina dalam blog Mama Fina nih. Tapi tak berkesempatan. Akhirnya, mama berjaya tangkap gambar gigi Fina semalam. Gigi Fina baru tumbuh sebatang saja. Gigi-gigi lain, nampaknya masih dalam gusi Fina kot. Mama kata lagi, jadilah tumbuh sebatang pun nak dekat-dekat raya nih. Boleh Fina makan banyak time raya nanti. Ini gigi sulung Fina. Tumbuh belah gusi bawah. Aaaa..kena nganga besar sikit, mama nak ambil gambar. Walaupun baru tumbuh sebatang, Fina boleh gelak besar-besar macam mama juga. Ha3x.. Ini pula mama tangkap gambar gigi dari jarak dekat. Takut orang tak percaya yang Fina dah ada gigi. Gusi-gusi yang masih clear tu, mama cakap sangat-sangat comel. Macam Fina masih baby lagi. Mulut pun tak ada bau. Bila Fina dah ada gigi banyak sikit, mama cakap mama nak belikan Fina berus gigi. Biar gigi Fina putih, bersih dan tidak rosak. Gigi Fina nan sebatang ni, masih belum tumbuh sepenuhnya. Baru tumbuh separuh. Mama cakap la

Baju raya fina

Image
Mama cakap tahun ni tema raya pertama kami warna pink. Mama dah tempah baju kurung kedah untuk Fina pakai di pagi raya. Mama pilih kain cotton agar Fina tak rasa panas. Maklumlah, Fina ni kuat berpeluh. Sepasang je baju kurung Fina, selainnya mama belikan baju-baju ini:) Ada baju pooh, ada baju bunga-bunga, ada baju seksi, ada baju tak seksi, ada skirt, ada gaun kembang, ada seluar jeans, baju tidur, pendek kata mama pilih baju Fina ambik saiz baby 3 tahun. Mama takut Fina tak muat pakai kalau ambil saiz sebenar Fina. Maklumlah, Fina kan banyak isi. Mama kata, walaupun Fina tak puasa, Fina lagi banyak baju raya dari mama & baba. Memang betul-betul-betul. Fina kan puteri sulung mama & baba. Semua persediaan tertumpu pada Fina seorang, jadi Fina dapat raya sakan la tahun ini.

Hari lahir

4 September, ulangtahun kelahiran saya yang ke-28tahun. Tahun kedua bergelar sebagai seorang ibu dan tahun ketiga menjadi seorang isteri. Syukur kerana diberi peluang oleh-Nya dipinjamkan nafas dan nyawa hingga ke hari ini. Andainya ibu saya masih ada, ingin saya nyatakan yang saya amat menghargai dan berterima kasih atas kasih sayang dan kesusahannya melahirkan saya. Tanpa ayah dan mak, saya tidak ada di dunia ini. Terima kasih juga atas ucapan-ucapan hari lahir dari sahabat andai dan saudara mara. Sambutan hari lahir? Disambut dengan jangkitan virus selsema. Dah 3 hari saya tak sihat badan. Dalam pada tak sihat ni, ada hati nak sambung shopping raya yang masih belum selesai. Untuk Fina, semua dah beli. Cuma nak cari sepit rambut yang sesuai untuk rambut kerinting dia. Abang pula, nak cari baju melayu dan kasut. List untuk saya, nak cari tudung dan kasut. Baju raya saya dah habis shopping, ada yang beli ready made, ada juga yang saya tempah last minit. Handbag, guna yang lama je. Mas

N3 macam-macam

Image
Bekerja di hari Rabu, bagaikan mood bekerja pada hari Isnin. Lemau je. Saya sakit tekak dari malam tadi. Mana taknya, selalu saya jarang-jarang minum ais. Balik kampung hari tu, 3 hari saya lantak ais. Dah ada depan mata, mana boleh tahan nak tengok jer. Ayah beli air tebu 2 hari berturut-turut. Mula-mula beli sebungkus, hari keduanya beli 2 bungkus lak. Maklumlah, ayah tengok laju je kitaorang minum air tebu. Menu umi sepanjang 3 hari kami berbuka puasa di kampung. Kira yang mana saya ingatlah :) Mee goreng, bihun goreng, mee kari, popia basah, ikan asam pedas, ikan masak lemak cili api, sup ikan, kuih badak berendam dan lain-lain lagi. Tak sempat tangkap gambar sebab skrin h/fon saya rosak. Nasib baik boleh repair dan boleh gunakan lagi. Kalau tak, kena beli h/fon raya la jawabnya. Fina pula, seronok balik kampung kali ini. Semua orang layan dia. Bila atuk agah dia, dia ajuk atuk balik. Bila nenek batuk tutup mulut, dia pun buat sama. Bila atuk balik dari solat terawih, cepat-cepat

1 tahun 8 bulan

Image
Fina baru balik dari kampung mama. Fina sangat gembira dapat jumpa atuk, nenek dan maksu. Hari-hari atuk & maksu bawa Fina round kampung naik motor. Fina suka sangat melayan atuk nyanyi lagu 'keropok moni!'. Fina suka mandi banyak kali kat air kolam besar rumah atuk. Fina suka bergurau dengan atuk, nenek & maksu sampai Fina tak nak tidur siang. Fina suka jalan-jalan dan main kat laman rumah atuk. Fina suka pakai selipar atuk, tapi bila mama tegur, Fina buat muka ni. ^ ^ ^ ^ ^ ^ Hari ini Fina dah 1 tahun 8 bulan. Yeay! Fina dah makin besar dan cerdik. Mama cakap Fina dah pandai :- Kuat membebel dan berleter. Suka ajuk orang cakap. Nak belajar bercakap sikit-sikit. Pandai merajuk bila kena marah. Buat muka macam kat gambar bila merajuk. Makan nak suap sendiri. Lepas makan, Fina hantar ke sinki dapur. Gigi baru tumbuh sebatang. Suka pakai bedak, losyen, gincu. Suka tolong mama mengemas rumah. Fina makin faham cakap orang.