29 November 2010

+ 1

Kalau sebelum ini gigi Fina ada 5 batang, sekarang sudah bertambah ke 6 batang. Semalam saya check mulut Fina, rupanya gigi geraham belah gusi atasnya sudah tumbuh. Patutlah, merengek setiap malam.
Jadi gigi Fina belah gusi bawah ada 2 batang
dan
belah gusi atas sudah ada 4 batang.
Masih banyak tempat kosong yang perlu diisi.
Macam kotak teka silang kata.

27 November 2010

5 batang


Fina baru baik dari demam dan selsema. Minggu ini hampir setiap malam Fina akan bangun 2-3 kali dan menangis. Tak tahulah menggigau atau apa. Semua tak kena, bila dipujuk, lagi kuat tangisannya. Saya rasa Fina sakit gusi nak tumbuh gigi lain agaknya. Gigi Fina sekarang telah ada 5 batang. Tambah lagi sebatang di gusi atas belah tengah.
Ntah umur berapa baru penuh semua gigi Fina tu kan.


26 November 2010

Mother Room's


Bulan Disember akan datang merupakan bulan terakhir untuk merealisasikan target saya untuk BF Fina selama tempoh genap 2 tahun. Tiada rutin yang berbeza dari bulan-bulan sebelumnya. Fina hanya direct BF selepas saya habis waktu kerja dan cuti. Masa BF, bila-bila masa yang dia rasa haus. Fina akan minta "maa...nenen mama.." Dah besar rupanya anak saya!

Pandangan peribadi saya, ibu-ibu di Malaysia sudah mula peka dengan kelebihan susu ibu. Malahan ramai yang telah buktikan bahawa mereka mampu menyusukan anak mereka walaupun mereka bekerja. Bukan sahaja peranan ibu yang menjadi kunci utamanya, malahan peranan pihak-pihak lain juga turut membantu dalam menjayakan niat ibu tersebut.

Salah satu contohnya :-

Bilik Khas yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai salah satu kemudahan yang dapat digunakan bagi ibu-ibu yang BF.


Mother Room's @ Mahkota Parade Melaka
Kali pertama saya jumpa Bilik Khas seumpama ini di Pasaraya. Mungkin ada lagi banyak tempat yang diwujudkan bilik khas ini.
Selalunya, saya nampak di klinik & hospital Kerajaan sahaja.
Mungkin dengan wujudnya bilik-bilik seperti ini, secara tidak langsung akan turut membantu perjalanan ibu-ibu yang BF.

Update

Minggu yang sangat sibuk dengan persiapan Audit Dalaman di ofis. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Nasib baik sempat nak update kerja-kerja tertangguh tu. Start Isnin hingga Khamis balik lewat. Dah seminggu baru sempat update n3. Banyak benda nak cerita, tapi tak berkesempatan. Kali ini nak share apa yang terlintas di kepala sahaja.


Isi penting no. 1-

Terima kasih kepada Abang yang telah membantu menjaga Fina pada hari Isnin dan Selasa lepas. Kaklong aka pengasuh Fina cuti 2 hari balik kampung. Ada majlis berkhatan satu-satunya anak terunanya - Haziq. Lagipun baki cuti abang masih banyak, senang sikit nak minta cuti.


Isi penting no. 2-

Tahniah kepada sahabat saya IKIEN yang telah pregnant anak ke-3. N3 mengenai arwah anak nya yang ke-2 di sini. Buat ikien, jaga kesihatan baik-baik, moga proses mengandung dan melahirkan kali ini dipermudahkan oleh-Nya.


Isi penting no. 3-

Selamat menjalani peperiksaan SPM untuk maksu Fina. Adik saya Yana, sedang menduduki peperiksaan SPM di Sek. Men. Kebangsaan Selandar, Melaka. Buat yang terbaik untuk masa depan ye! Moga dapat keputusan cemerlang. Lepas tu boleh ambil 'jenazah', ha2..Jangan tak tau, dulu2, masa saya konvo di Poli, adik saya ini cakap saya ambil 'jenazah' yang sama maksudnya dengan 'ijazah'. Masa itu dia sekolah rendah lagi. Sekarang dah habis sekolah pun.


Isi penting no. 4-

Teringin nak pergi MAHA 2010 yang bermula 25 Disember hingga 5 Disember 2010 bertempat di Serdang. Kali terakhir saya pergi masa saya mengandungkan Fina tahun 2008. Kalau tak sempat pergi minggu ini, minggu depan pun boleh ye abang!

20 November 2010

60th

19 November ~ ulangtahun kelahiran ayahanda kami yang ke-60 tahun.
Bulan kelahiran yang sama dengan abang sulung kami yang akan menyambut hari jadi pada 22 November akan datang. Happy Future Besday ALONG:)

Memandangkan saya sekeluarga bercuti lama di kampung, kami meraikan Hari Lahir ayah di Melaka. Kali terakhir kami ke Melaka pada April 2010.
Tiada tempat yang khusus untuk dituju, mula-mula nak pergi tengok Pameran Ekspo di MITC Melaka, tapi pameran bermula 20 November pula. Terus kami ke Bandar Hilir.

Berjalan-jalan di Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan.

Minum petang di Mahkota Parade.

Malamnya pula kami ke Medan Ikan Bakar di Umbai.

Menu Santapan yang memang Malatop!

Ikan Siakap bakar-Sotong goreng tepung-Ketam goreng-Kupang pedas-Udang masam manis-Ikan cencaru bakar

dimakan dengan nasi lemak 50sen.

Menu sampingan

Jelly kelapa & otak-otak

Sedap masakan kat sini, puas hati kalau makan, saya bagi 4 bintang ****

Untuk ayahanda tersayang:,

Selamat Hari Lahir. Moga dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan perlindungan daripada Allah SWT.
Amin.

19 November 2010

Raya Haji

Fina bergambar di pagi raya AidilAdha.

Dengan sepupu-sepupu ~ Kak Ya & Dania

Kak Ya & Fina

Hari Raya Haji disambut secara sederhana di sini. Tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri. Pagi raya saya dan maksu Fina menziarahi kubur arwah mak, selepas itu duduk di rumah sahaja.
Petangnya selepas baba Fina tiba ke kampung, kami balik ke Selandar, Melaka.

16 November 2010

Aidiladha

SALAM AIDILADHA.
Malam ini saya akan pulang ke kampung bersama Fina sahaja dan along 1 family.
Tahun ini baba Fina bertugas di pagi raya.
Petang esok baru kami beraya bersama.
Pada yang pulang ke kampung,
hati-hati di jalan raya.
Moga selamat tiba ke kampung halaman tercinta.

15 November 2010

Result Peraduan Dunia Susu Ibu

Keputusan Peraduan Dunia Susu Ibu telah diumumkan hari ini.
Tahniah kepada Momma Mia yang menjadi pemenangnya.
Perkongsian pengalaman yang amat padat & berguna untuk dijadikan panduan.
dan
Dunia Susu Ibu ingin memberi penghargaan terhadap semua peserta peraduan :)
"Untuk menghargai semua peserta peraduan ini, saya ingin memberi diskaun sebanyak 25% bagi produk Bumble Bee PP Breastmilk Storage Bottles (FREE 2 bottles) kepada semua peserta! Ini bermakna anda layak membeli produk berharga RM38.90 ini pada harga
RM 29.18 sahaja!"
terima kasih banyak2!!!
Boleh saya kumpul stok botol susu untuk second baby...

14 November 2010

Si Toncet

Rambut Fina dah makin panjang walaupun kerinting di bawah.
Kalau bangun tidur, memang kembang habis!!

Dah boleh buat rambut ikat toncet satu.
dan
toncet 2 pun boleh.


Kalau semalam sempat bertoncet, hari ini Fina tidur je.
Dari pagi muntah-muntah.
Badan panas sikit.
Makan pun tak nak.
Nak nyusu dan minum air kosong sahaja.

Sampai bawa cawan isi air kosong masuk buai.
Bila saya nak ambil, Fina tak bagi. Biarkan sahaja.

Muka pun tak ceria. Tak main-main dari pagi.
Terbaring jer.
Cepat sembuh ye!! Hari Selasa kita nak tumpang papa&mama balik kampung sambut raya haji.
Harap-harap tak jadi macam raya puasa tu lagi.


12 November 2010

Jawapan


Masalah anak yang tidak mahu minum susu??????
[Seperti kes saya - Fina tidak mahu minum EBM atau susu formula sejak usia 1 tahun 9 bulan dan hanya direct BF]

Tidak perlu bimbang dan risau.

Jawapan yang jelas boleh diperolehi di

dan
Blog BABY&ME

Sedikit kesimpulan daripada artikel berkenaan :-

"Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat."
Perkongsian ilmu daripada mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang penyusuan susu ibu. Selamat membaca dan mencari jawapan. Moga bermanafaat.

10 November 2010

Modal yang berbaloi

Ice Pack MLO ini baru saya cairkan untuk disimpan. Sebelum ini saya tumpang letak di peti ais ofis. Semua peralatan pam masih di ofis lagi. Botol-botol susu sahaja yang ada di rumah. Itupun masih belum disimpan. Tak rajin lagi nak mengemas. Setakat ini, set pam saya berada dalam keadaan baik walaupun saya tidak pernah langsung hantar servis.

Cuma ice pack ini satu dah bocor di hujungnya. Memang dah tamat tempoh perkhidmatan dan terpaksa dibuang.

Kalau diikutkan modal yang digunakan untuk membeli set pam Spectra 3 pada waktu itu (April 2009) ialah sebanyak RM500 ++. Tidak termasuk penambahan barangan lain yang harganya amat berpatutan seperti YHAB liner dan botol susu MLO.
Keuntungan yang diperolehi :
  • Jimatkan masa untuk mengepam - double pumping 15-20 minit 1 sesi.
  • Keselesaan dan tidak berasa sakit ketika mengepam.
  • Memudahkan urusan pengendalian susu ibu- dari segi buat stok EBM, penyimpanan ketika bekerja.
  • Penjimatan wang untuk kos membeli susu formula.

Jika dibandingkan dengan harganya, memang sangat berbaloi melaburkan duit untuk membeli pam kalau dibandingkan keuntungan yang telah saya perolehi selama tempoh 1 tahun 7 bulan saya menggunakan pam tersebut. Teringin juga membeli pam Medela FS, tapi tak berjaya memenuhi niat kerana bila fikir-fikir balik, kenapa nak membazir duit jika pam Specta 3 itu masih berkeadaan baik dan boleh digunakan. Tapi kalau ada rezeki anak no.2, berhajat juga untuk memiliki pam idaman kalbu. Cari geng main kutu pam la. Nak bayar semua RM1k ++ terasa pula. Nafsu ooo nafsu..

Dan saya tidak pernah sekali pun, membeli susu formula sehinggalah saya mengambil keputusan untuk membeli susu formula yang berharga RM15++ ini untuk Fina cuba.

Kali pertama membeli susu formula, agak memeningkan kepala. Memang banyak pilihan dan menarik packingnya seperti yang terdapat dalam iklan-iklan susu di televisyen. Harganya pula, dari yang belasan ringgit hinggalah menjangkau puluhan ringgit. Pendek kata, memang mahal harga susu formula, lebih-lebih lagi yang 'branded'.

Hakikatnya, misi untuk memberikan Fina susu formula masih GAGAL sehingga hari ini. Fina tidak mahu langsung cuba minum susu formula yang saya tinggalkan. Fina tunggu saya balik kerja untuk direct BF sahaja. Rasanya penyebab utama ialah Fina sudah tidak mahu hisap botol sejak dah tumbuh gigi.

09 November 2010

D'Muar

Malam tadi menikmati makan malam D'Muar. Bila dah sampai D'Muar mestilah menikmati menu istimewanya.

Mee Bandung Muar. Memang sedap. Pekat kuahnya, bila rasa ada sikit-sikit rasa macam mee rebus pula. Rasa manis keledek dalam kuahnya. Dari minggu lepas, tekak saya teringin benar makan mee bandung. Dalam minggu ini, dah 2 kali makan mee bandung. Tapi tak memenuhi citarasa langsung. Mana taknya, order mee bandung kat kedai makan Ala-Thai. Mana sama rasanya. Nak buat sendiri, tak cari-cari resepi. Sahabatku ~ Ikin, bilalah dapat merasa perencah mee bandung Mak Pon mu itu!



dan menu tambahan, Satay Kajang. Order 10 cucuk sahaja. Nanti tak habis pula. Satay ini kalau teringin aje sedap. Kalau tak, rasa muak pula. Maklumlah, dah bertahun duk Kajang. Faham-fahamlah penerimaannya. Satay D'Muar ini lagi sedap rasanya dari Satay Haji Samuri. Rasa daging fresh dan makan panas-panas. Kalau makan Satay Haji Samuri, rasa kejap je dah sejuk. Macam satay frozen pun ada, dipanaskan semula.


Dah kenyang perut, balik ke Pelangi Semenyih untuk layan cerita Ulik Mayang..Fina kalau cerita tu dah habis, dengar lagu terus menari ulik mayang dengan mamanya..Mama suka sangatlah, dapat berehat sepenuhnya sebab tak payah masak makan malam.

Hari ini, macam nak jalan-jalan cari makan di Pasar Malam Bangi. Tapi tak taulah, proposal diterima oleh abang ke tidak. Asyik tak berasap je dapur ni, kira masalah kritikal juga kalau dibiarkan.

07 November 2010

Mesti cuba

Sementara mama memasak asam pedas kegemaran baba,


kita pun sibuk nak memasak juga:)


Nanti baba balik dari kelas, baba rasa sedap tak kita masak ye!

Cari 'barang'

Semalam kita temankan mama ke Tesco [lagi dan lagi].
Mama cakap nak belikan kita 'sesuatu'.
Sampai berapa kali mama pusing-pusing kat tempat yang sama.
Kejap ambil 'barang' tu, kejap mama letak balik.
Entah apalah yang mama cari.
Pening kita tengok mama.

Selalu kalau ke Tesco tak pernah lagi mama bawa kita
ke tempat ini:-


Sudah tahu kan dimana tempatnya.
Rupanya mama pening nak pilih susu kita.

Mama cakap, mama nak kita minum susu waktu mama pergi kerja.

Lagipun tak lama lagi kita dah dekat 2 tahun.
Dah kena berhenti nen dengan mama.


Mama pilihkan kita susu perisa coklat.
Mama harap kita suka:)
Mmmm..kita NO KOMEN.
Mama tunggu dan lihat je lah.

04 November 2010

Tudung Lycra

Cinta beralih arah dari Tudung Syiria
ke Tudung Lycra pula.

Tapi tudung syiria masih tetap menambat hati.
Cuma nak tambah-tambah koleksi baru [borong sekodi],
dan penuhkan hanger bulat ini.

^

^

^

^

^
^

^
^



Bila hanger dah penuh senang nak padankan dengan baju.

Memudahkan urusan di pagi hari,

tak perlu gosok nak pergi kerja dan boleh dibawa berjalan-jalan di hujung minggu.

03 November 2010

Terkenang

Genap sebulan saya meninggalkan dunia 'mengepam'.

Perasaan?

Sedikit kurang bebanan ~ tidak perlu pam ikut waktu, tidak perlu bawa cooler beg ke ofis, tidak perlu simpan stok, tidak perlu cuci botol, tidak perlu bekukan ice pack, tidak perlu risau bila habis waktu rehat
tetapi
kadang-kadang timbul perasaan rindu pada rutin lama yang telah saya jalani selama 1 tahun 9 bulan.

Hajat di hati, nak bercerai susu setelah Fina genap 2 tahun.

Tapi masih tak terbayang lagi macamana caranya.

Fina masih dibesarkan dengan susu ibu sepenuhnya. Walaupun tidak mengepam lagi sewaktu bekerja, alhamdulillah, susu masih ada untuk Fina BF waktu malam dan waktu cuti. Mungkin kerana 'demand' yang mencukupi sebanyak 8x atau lebih setiap hari.

Perjalanan akan diteruskan ke 2 bulan terakhir. Kalau dulu untuk memulakan BF memerlukan pelbagai cara untuk menjayakannya begitulah juga halnya untuk menghentikan penyusuan tersebut.

Cat baru

Sempena menyambut Pesta Cahaya & Hari Raya AidilAdha yang bakal menjelma (1 M'sia lah konsepnya),


Dengan rasminya blog saya berwajah baru.

Dah lama tak tukar 'cat' rumah **^^Mama Fina^^**
Kali ini dengan warna kegemaran ~ PURPLE~

Saya dapatkan background di sini:-

Kalau nak konsep dan design lain, GOOGLE jer free blog background.

3 pagi

Sudah agak lama sejarah tidak berulang.
Menahan rasa mengantuk melayan anak yang tidak mahu tidur.


Fina resah gelisah, berpusing-pusing atas tilam.
Kejap-kejap panggil mama,
kejap-kejap panggil baba pula.

Mungkin disebabkan terlebih makan bedak

ataupun rasa tak sedap perut.

Siangnya, saya yang sakit perut. Salah makan agaknya.

Saya sapu minyak Yu Yee ke perut dan kakinya,

lepas tu Fina pun 'melepas'.

Baru dia rasa lega.

Lepas 4-5 kali BF

Pukul 3 pagi baru Fina tidur dengan lena.

01 November 2010

1 tahun 10 bulan



Minggu ini Fina memang tak boleh ditegur langsung, kalau tegur sikit, merajuk..Kejap-kejap buat muka seperti di atas :) Saya selalu cakap, tak boleh asyik-asyik merajuk, merajuk kena bertempat. Kalau selalu merajuk, dah tak ada value dah. Ini tidak, setiap masa Fina merajuk. Hobi baru agaknya.


Hari ini Fina dah berusia 1 tahun 10 bulan.

  • Ada 4 batang gigi.
  • Pandai cakap sikit-sikit.
  • Boleh tolong mama kat rumah.
  • Sangat manja dengan baba.
  • Suka makan aiskrim.
  • Suka main masak-masak bila sudah makan.
  • Suka main air. 1 jam berendam dalam bilik air bila weekend
  • Masih fully BF.

I city

Pertama kali menjejakkan kaki ke I-City Shah Alam. Bandar lampu digital. Kawasan riadah waktu malam yang sesuai untuk seisi keluarga. Bayaran masuk sebanyak RM10 dan kupon boleh digunakan untuk masuk ke Snow House ataupun Safari Park. Pilih salah satu sahaja. 1 kupon maksima 5 orang.
Jom layan gambar :)

Kebanyakan kawasan dipenuhi pelbagai pokok yang berwarna warni dan arca/replika haiwan-haiwan seperti burung, itik, rama-rama, burung merak, dan lain-lain. Malam minggu memang ramai orang yang datang berkunjung. Dibuka jam 7 malam hingga 10 malam.

Fina seronok sangat datang ke sini. Memang tak duduk diam. Awal-awal dah dapat 'lampu love' dari kedai berhampiran. Beli lah. Macam-macam jenis permainan lampu yang dijual. Tapi dinasihatkan agar makan dahulu sebelum berkunjung ke sini kerana makanan yang dijual berganda-ganda mahal harganya dari di luar. Lagipun, masih tidak banyak kedai yang telah dibuka.

Fina bergambar dengan baba pula. Abang lepas habis kelas semalam berhajat nak bawa kami berjalan-jalan ke sini. TQ abang! Mesti dah boring asyik pergi Tesco je..hi2..

dan
kami seterusnya masuk ke Safari Park kerana malas nak cari Snow House. Taman yang dipenuhi replika haiwan. Kira macam Zoo lah.

Fina main dengan harimau, gajah, panda dan spider. Ada lagi beberapa replika haiwan lain seperti zirafah, kuda, burung bangau dan dinasour pun ada. Kalau kat taman luar tu replika haiwan guna lampu digital, yang di Safari Park dibuat daripada konkrit je. Cuma pokok-pokok di sekitarnya dari lampu digital.
Dah habis round Safari Park, kami pun balik. Terjumpa Snow House, tapi memang beratur panjang nak masuk. Cantik juga pemandangan di dalamnya. Boleh lihat di Galeri I-City.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails