31 December 2010

Happy New Year & Happy Birthday


2 tahun yang lalu:)
Mama & baba menunggu dengan sabar selama setahun untuk dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. Mama mengandungkan Fina tanpa ada sebarang masalah yang teruk. Mabuk pun sikit-sikit sahaja. Bulan berganti bulan, akhirnya masa yang ditunggu hampir tiba. 3 hari 3 malam mama menahan sakit untuk melahirkan Fina. Biarpun ada tanda-tanda kontraksi, tapi Fina hanya ingin lahir ke dunia pada 1 Januari 2009. Hari ini, imbasan 2 tahun yang lalu, mama bersabung nyawa dari jam 8 malam hingga ke 5 pagi untuk melahirkan Fina. Sungguh, kesakitan itu rupanya satu keindahan bila mama dapat membelai raut wajah kecil Fina ketika itu.


Bagaikan cepat masa berlalu, Fina makin membesar tapi hingga kini peristiwa itu masih terpahat kemas dalam sanubari mama. Doa mama, moga Fina menjadi anak yang berguna serta berjaya di dunia dan akhirat. Selamat hari lahir sayang. Fina adalah harta yang paling berharga dalam hidup mama & baba.
1.1.2011
Selamat tahun baru
dan juga selamat ulangtahun kelahiran yang ke 2 untuk puteri kami
NUR AZWA SAFRINA BT. AZHAR

Naluri keibuan~rasa sayu dan terharu melihat anak makin hari makin membesar.

Mickey Mouse cupcakes

Cupcakes Mickey Mouse sebagai buah tangan untuk jiran sebelah rumah yang membuat Majlis Hari Jadi anaknya yang ke-2 tahun.


Happy Birthday:)

30 December 2010

1st homemade cupcakes


Moist chocolate cupcakes for Birthday Bos



Moist chocolate cupcakes with edible imej Mickey Mouse for Kak Ya & Dania.

29 December 2010

Terima kasih

Lama tak update blog.
Alhamdulillah, kami sekeluarga telah kembali sihat dari demam. Fina pun kembali aktif bermain dan tidur nyenyak pada malamnya. Kalau tidak, 3-4 malam bangun tengah malam menangis. Mungkin gusinya sudah boleh menerima gigi-gigi geraham yang tumbuh serentak itu. Bercerita tentang Fina, insyaallah, minggu ini adalah minggu terakhir saya menghantar Fina ke rumah kaklong aka pengasuh Fina. Genap 2 tahun kaklong menjaga Fina. Dari Fina berusia sehari, dengan kulit yang berkedut-kedut hinggalah Fina sudah pandai berlari sekarang. Masa saya dalam pantang, kaklonglah yang menjaga saya dan Fina. Memandikan Fina sehingga saya pandai menguruskannya sendiri. Dari guna besen biru kecil hingga ke besen kuning besar. Dan sekarang Fina sudah pandai mandi sendiri.
Memang banyak jasa kaklong terhadap saya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mengasuh Fina selama ini. Mohon halalkan semuanya. Ada yang terkurang dan terlebih, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

23 December 2010

Musim demam

Hari sebelumnya
Baba Fina demam


Semalam
Fina demam


Hari ini
Mama Fina pula yang rasa nak demam. Dah dapat selsema dan batuk.


Fina, demam panas dari semalam. Demam nak tumbuh gigi geraham. Sama ragamnya masa awal-awal nak tumbuh gigi gusi belah atas dahulu. Keluar serentak. Malam tadi merengek je tidur. Lagipun cuaca sekarang tidak menentu, memang ramai yang demam. Setiap hari hujan, kalau tak pagi, hujan petang, kalau tak petang, malam pula hujan. Harap-harap kami bertiga cepat sembuh.

22 December 2010

Saya suka

Hobi baru minggu ini :)
  • Mencari blog hiasan cupcakes.

  • Mencari resepi cupcakes.

  • Mencari buku dekorasi cupcakes.

  • Mencari peralatan yang sesuai untuk membuat cupcakes.

  • Mencuci mata di kedai-kedai bahan bakeri.

Pendek cerita, memang hari-hari nak search pasal cupcakes. Buatnya tidak lagi. Minggu ini saya nak cari bahan-bahannya dulu. Ini gambar pelanggan tetap saya:

^
^
^
^

Nyum..nyum..sedap.

21 December 2010

Time to say goodbye


Bila adanya pertemuan, pasti ada jua perpisahan. Kali ini giliran Cik Shida pula yang akan meninggalkan pejabat saya. Cik Shida ni pegawai Unit saya sejak dia mula masuk servis. Seorang yang kreatif dalam seni tangan. Kalau nak buat kad, pamplet ke, memang inilah orang yang menjadi pilihan yang tepat.
Sebab berhenti - nak jaga ibu yang sakit, dan insyaallah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2011 dan ingin menetap di luar negara kerana bakal hubbynya kerja di sana.

Selamat maju jaya dan moga bahagia selalu. Panjang umur kita jumpa lagi ya:)

20 December 2010

Dekorasi Cupcakes

8 Dekorasi cupcakes yang dihasilkan
oleh saya sendiri.
^
^
^
^
Cantik kan:)


19 December 2010

Kelas Cupcakes


Gambar di Kelas Cupcakes hari ini.
Terima kasih kepada Kak Liana yang sudi berkongsi ilmu.
Hasil cupcakes yang diajar, dalam n3 berikutnya.
Ada 8 patern cupcakes yang dihasilkan.
Pesanan Kak Liana, jika mahu mahir, kena rajin-rajin practise.

18 December 2010

Persediaan Kelas Cupcakes

Barang-barang yang perlu dibawa untuk kelas cupcakes :


  • Apron
  • Piping beg
  • Kotak kek
  • Kain lap

Semuanya telah tersedia, cari di kedai jual bahan kek di Semenyih tengahari tadi. First time pergi kedai jual bahan kek, banyak barang-barang keperluan dari yang kecil hingga yang besar terdapat di sana. Nak cari piping beg pun, tanya pada SA di kedai. Manalah saya pernah beli. Bahan dan barang yang lain akan disediakan semasa di kelas. Kelas ini sesuai untuk mereka yang tiada basic dalam penghasilan cupcakes. Selepas ini harap-harap saya berjaya menghasilkan cupcakes yang cantik seperti ini:


^

^

^

^


Gambar dari Loveliana Cakes

16 December 2010

Ikutan

Mama : Adik, mama nak nenen..

Fina : Nen..nah..nah..(sambil angkat baju)

Mama : Nak nen..mmmm, sedap..

Fina : Dap eh..(sambil usap-usap kepala saya macam yang saya buat pada Fina sewaktu BF)



Moralnya : apa yang kita lakukan setiap hari samaada sedar atau tidak, lama kelamaan akan menjadi ikutan anak-anak secara tidak langsung.

15 December 2010

Idea baru

Idea dan keinginan yang hadir secara tiba-tiba. Setelah mencari-cari kek Upin & Ipin , akhirnya saya telah mendapat idea ini. Mengapa saya tidak mencuba untuk membuat sendiri kek tersebut. Lebih bermakna dan lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan saya menempah dengan orang lain. Malahan, lebih menjimatkan dan menyerlahkan daya kreativiti saya. Manalah tau, jika lebih usaha sikit, saya boleh menambahkan pendapatan sampingan. Bukankah tu satu bonus untuk diri saya sendiri.
Berdasarkan niat tersebut, saya mengambil keputusan untuk menghadiri kelas cupcake bersama kak liana pada Ahad ini. Tidak rugi kalau kita menimba ilmu walau dalam apa bidang sekalipun. Yang penting ada minat dan kesungguhan. Jadi, tunggu hasilnya Ahad ini. Harap-harap tangan saya boleh menghasilkan cupcakes yang cantik dan tidak lupa cupcakes upin dan ipin khas untuk Fina.

14 December 2010

Board Projek

Saya suka membaca catatan pengalaman dan perkongsian ilmu di blog Farah@Sarakids. Banyak ilmu yang boleh dijadikan panduan terutamanya berkaitan penyusuan susu ibu. Sejak dari awal belajar mengenai ilmu BF, banyak ilmu yang saya perolehi daripada blog beliau. Gaya penulisannya juga bagi saya amat menarik dan mudah difahami.

N3 mengenai Favor-Board Projek oleh Puan Farah membuatkan saya tertarik hati untuk berkongsi gambar Fina dan juga gambar stok EBM saya. Caranya pun mudah sahaja. Emailkan sahaja gambar anda sedang menyusukan anak, atau gambar anak sahaja, gambar ibu dengan anak dan juga gambar stok susu anda kepada admin@sarakids.com. Untuk lebih jelas, sila klik ke tajuk Favor-Board Projek di atas.

Puan Farah masih mengemaskini Board Projek yang terletak di Sarakids seperti di n3 ini. Bila saya singgah ke blog beliau, saya jumpa gambar yang saya emelkan di board Sarakids.

Gambar Fina yang bergaun merah & sebelahnya gambar stok susu saya.

Terima kasih kepada Puan Farah atas usaha murni beliau dalam memberikan inspirasi dan sokongan terhadap ibu-ibu yang BF, terutamanya buat ibu-ibu yang berkerjaya.Mungkin dengan cara ini boleh meningkatkan semangat dan keyakinan dalam merealisasikan sepenuhnya penyusuan susu ibu terhadap masyarakat kita amnya.


13 December 2010

Salam hari lahir


HAPPY BESDAY TO YOU, HAPPY BESDAY TO YOU, HAPPY BESDAY TO ACIK WA..
HAPPY BESDAY TO YOU...
~11 DISEMBER~

MOGA ACIK WA DIPANJANGKAN UMUR, DIBERI KESIHATAN DAN KEBAHAGIAAN BERSAMA ACIK HALIM UNTUK SEPANJANG HAYAT. TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABAT BAIK MAMA DISAAT SUSAH DAN SENANG.

SALAM PENUH KASIH SAYANG
DARI FINA:)

[psst, cik wa, mama kirim salam! dengan pesanan bila nak blanja burger king..hi..hi..]


08 December 2010

Dinner

Salah satu hasil tangkapan di MAHA tempoh hari.
Mee Bandung Muar

Sedap:)

06 December 2010

Perlaburan AHB

Menonton rancangan 'Nasi Lemak Kopi O' pada Sabtu lepas, membuatkan saya tertarik dengan topik yang dibincangkan iaitu mengenai - Pelaburan Amanah Hartanah Berhad (AHB). Pada pandangan saya ia merupakan salah satu alternatif terbaik selain daripada membuat simpanan tetap dan pelaburan seperti ASB. Cara mudah untuk menabung demi masa depan. Cuma tiada diberi buku simpanan ataupun sijil seperti pelaburan-pelaburan yang lain. Pelaburan akan dibuktikan melalui "Borang Pendaftaran" yang disahkan dan data peribadi akan disimpan melalui 'Maybank Automatik Retails System'. Tapi jangan risau, penyata pelaburan akan diberi dalam setiap 6 bulan dan sekiranya kita mahukan penyata, hanya gunakan kad pengenalan dan minta pihak Maybank untuk cetakkan.
Secara ringkasnya perkara-perkara ini yang perlu diketahui sekiranya kita minat melabur:
  • Pelaburan permulaan minumum adalah sebanyak RM500 dengan harga tetap RM1 per unit.
  • Pelaburan maksimum sebanyak RM200,000.
  • Pelaburan minimun untuk tambahan sebanyak RM100.
  • Terbuka kepada rakyat Bumiputera Malaysia seawal usia 3 bulan ke atas (nama penjaga) dan berusia 18 tahun ke atas bagi Akaun Dewasa.
  • Pengagihan pendapatan sekiranya ada, akan dibuat 2x setahun (6bulan sekali)
  • Cara untuk melabur - melalui cawangan-cawangan Maybank di seluruh negara. Guna kad pengenalan dan perlu isi borang permohonan.

Untuk maklumat yang lebih jelas, sila ke website PHB atau hubungi kaunter-kaunter Maybank yang berhampiran. Melabur untuk masa depan, adalah satu tindakan yang bijak dan amat menguntungkan. Sikit-sikit dahulu,mudahan lama-lama menjadi bukit.

05 December 2010

Karya

Hasil karya Fina


Itu salah satu hasil karyanya di atas kertas, belum lagi yang di atas kaki, tangan dan juga dinding rumah.

Dah penat berkarya, minta makan leatt, mmmm, dap fina cakap..

Perkataan Fina pandai sebut:-
leatt = coklat
dap = sedap
di = mandi
eikim = aiskrim
pen pent = upin & ipin
mous = mickey mouse
pon bob = spounge bob
otor = motor
kit = sakit
num = minum
cak = masak
apu = sapu
tatam = masam
atik = cantik
dak = bedak

ada banyak lagi sebutan yang simple2

dan yang paling clear disebutnya ialah = ma, ape tu?

Stok baru

Ini bukan gambar stok frozen EBM ya [acik dah lamo pencen kumpul2 stok ni], ini gambar dessert yang paling senang nak buat.

Dadih perisa Mangga


Mula-mula didihkan 1 liter air. Selepas itu masukkan serbuk dadih dan kacau lebih kurang 2 minit.

Bila dah masak, masukkan terus ke bekas kecil dan disimpan ke dalam peti sejuk sehingga beku.


Dah siap. Memang tak mencabar kaedah pembuatannya kan. Daripada beli kat luar sebekas rm1.00-RM1.50, baik cuba buat sendiri dan dapat 10 bekas dengan harga hanya rm3.75 sahaja.
Ini yang saya beli dari Tesco. Ada beberapa perisa lain yang boleh dipilih.

Mudah-cepat-ringkas-sedap!!!!
Selamat mencuba.

04 December 2010

MAHA 2010

Projek pagi yang tergendala, diteruskan juga dengan permintaan khas untuk abang bawa kami ke MAHA 2010 pada petangnya. Ramai juga orang, nasib baik parking tidak jauh sangat. Kami ikut Pintu 1. Kalau Pintu 2, terus ke tempat haiwan ternakan. Ingatkan nak naik bas yang disediakan ke Pintu 2, tapi panjang sangat beratur. Jadi kami jalan-jalan di bahagian Pintu 1 sahaja.


Di Pintu 1 terdapat tempat jualan bunga, pokok-pokok, buah-buahan dan pelbagai gerai makanan. Kami tak pergi pun ke gerai buah-buahan, hanya sempat melihat pokok bunga. Paling cantik pokok orkid lah!!!


Fina awal-awal dah minta upah ikut. Ramai yang jual belon kat sana. Semuanya RM5. Harga sama dengan pasar malam. Macam-macam karton ada, Fina saya yang tolong pilihkan belon Sponge Bob. Seterusnya kami melawat ke beberapa dewan yang terdapat pameran dan jualan pelbagai produk tempatan. Kami sempat menyaksikan persembahan tarian 'Tongkat Ali'. Mula-mula tak tahu pun ada tema tarian tu, last persembahan semua penari junjung sebatang Tongkat Ali. Nak gelak pun ada juga. Tapi memang kreatif dan berstamina persembahan mereka. Bukan senang nak tengok live.


Tarian Tongkat Ali.

Tidak dapat tengok haiwan ternakan kambing dan lembu, kali ini kami dapat tengok Kerapu Batu dan Lobster. Ada juga gamat asli yang basah dan kering.

Kerapu Batu

Lobster sekilo RM110

Dewan terakhir, barulah memilih dan shoping apa yang berkenan di hati. Kebanyakan produk tempatan seperti minuman kesihatan, ubatan herba, makanan segera dan frozen, kek, jus buah dan macam-macam ada. Trend sekarang, lebih kepada produk minuman susu kambing yang dicampur dengan kurma, madu dan ada juga yang saya jumpa campuran susu kambing dengan jagung. Kalau dulu susu lembu dijadikan pilihan, kali ini susu kambing pula yang mengambil tempat di pasaran tempatan. [Kak wa, cukup ke stok yang beli tu?]

Inilah hasil yang diperolehi di MAHA semalam


Mayonis, sos pasta, rempah segera nasi beriani-set lauk ayam&daging, perencah mee bandung muar, roselle teh, kopi Hang Tuah, dan minyak wangi Aromatherapy set couple - 2 untuk saya dan 2 botol lagi untuk abang.

Dekat pukul 9.30 malam kami keluar dari tapak MAHA. Lenguh juga kaki berjalan, tapi seronok sebab dapat melihat sendiri kemeriahan MAHA 2010.

For the rest of my life - Maher Zain

Tiba masanya

Masalah yang datang tepat pada waktunya.
Macam tau-tau je duit untuk Bajet 2011 dah masuk 1 haribulan.
Setelah 5 tahun kereta saya berkhidmat,
ini kali pertama saya menghadapi kerosakan kereta di TENGAH jalan raya!
Tergendala projek join rombongan cik wawa ke MAHA pagi semalam.

Saya dan Fina keluar dari rumah jam 8 pagi. Abang dah pergi kerja naik motor.
Sampai je kat simpang trafic light tengah-tengah pekan Semenyih, berhenti lampu merah. Bila lampu bertukar ke hijau, masuk gear 1, tak boleh masuk. Try mati enjin, masuk gear lain, tak boleh juga. Banyak kali juga mencuba. Dengan muka yang cemas dan berpeluh-peluh, cuba dan cuba lagi. Nasib baik Fina tak buat hal masa itu. Tak ada cara lain, call 'penyelamat tetap', abang yang baru sampai ofis akan datang selamatkan saya.

Lampu hijau telah 4 kali bertukar warna. Saya masih di tengah-tengah jalan. Masih berusaha keras untuk menggerakkan kereta. Sekurang-kurangnya boleh ke tepi dan tidak menghalang jalan. Percubaan berjaya, masuk gear 1, terus jalan. Tak berani masuk gear 2, saya gerak perlahan-lahan ke tepi jalan dan parking depan kedai.
Fuh, lega acik! Berjaya juga untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di pekan Semenyih tu[hanim, ingat tak peristiwa bersejarah kereta tiara akak kat jambatan putrajaya??hi2]. Tunggu abang datang untuk menyelesaikan masalah kereta dan saya pergi makan nasi lemak dengan Fina di warung berhampiran. Rasa lapar pula.

Saya ini, bab kereta memang tak pandai. Hanya tahu isi minyak, isi angin tayar dan bawa.
Selebihnya, tak tahu langsung.

Kereta saya dibaiki terus di Bengkel kereta semalam.

dan punca utama masalahnya ialah

benda ini
^
^
^
^
^
Clutch rosak. Kena ganti baru.
Campur dengan servis kira hanguslah duit pemberian gomen itu.
Lepas dibaiki, masa abang test drive kereta, baru tau rupa-rupanya foreman tu sekampung dengan saya. Kecilnya dunia. Sampai kat Semenyih pun jumpo orang kampung.

02 December 2010

Kek U&I

Pencarian kek bermula. Banyak blog yang jual kek on9 telah saya terjah, tapi cuma risau kalau beli kek yang hanya cantik 'luaran' sahaja tetapi rasanya tidaklah setanding dengan harganya.
Jika ada rezeki hajat dihati nak buat makan-makan untuk sambutan Hari Jadi Fina yang ke-2. Lagipun besday Fina kali ini jatuh pada hari Sabtu. Kalau jatuh hari biasa pun, confirm semua orang cuti. Sebab 1 Januari kan public holiday.

Tiada tema tertentu, sambutan yang biasa-biasa sahaja. Cuma nak pilih watak kartun yang sesuai untuk Fina. Fina memang suka tengok cerita kartun ini.

dan mamanya malas nak pening-pening cari watak kartun lain, so fokus sekarang kepada Upin &Ipin je la. Tengah mencari-cari kek Upin & Ipin yang menarik. Harap-harap jumpa yang berkenan.

01 December 2010

1 tahun 11 bulan


Hari ini genap saya BF Fina selama 1 tahun 11 bulan.
Makin tiba masanya untuk sampai ke penghujung target saya.
Alhamdulillah.
Masa yang berlalu tidak dapat diganti kembali, begitu juga moment yang wujud antara kami berdua selama tempoh penyusuan itu berlaku.
Kepuasan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Hanya yang melaluinya sahaja yang tahu erti pengorbanan itu.
Tinggal 30 hari lagi.
Doa yang tidak pernah putus dalam diri saya;
"Moga dipermudahkan-Nya"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails