Posts

Showing posts from January, 2011

Check up Fina

D ah 2 tahun pun ada checkup lagi ke? Sebenarnya memang ada pemeriksaan kesihatan biasa secara berkala di Klinik-klinik Kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan. Bila dah 2 tahun, Fina dah habis semua suntikan imunisasi. Khamis lepas, kami ke Klinik Kesihatan Kajang. Tempat tumpah darah Fina masa dalam hari - kene cucuk ambil darah sebab kuning. Kejap jer dah 2 tahun berlalu. So, kali ini datang untuk timbang, ukur tinggi dan jumpa nurse sahaja. Berat Fina turun dari 13kg ke 11 kg sekarang. Mungkin dah semakin tinggi dan aktif. Tapi masih dalam graf pertumbuhan pembesaran yang baik. So, tak risau sangat lah. Lagipun Fina sekarang kuat selera makan. Selainnya nurse nasihatkan untuk beri diet makanan yang seimbang. Dibekalkan juga dengan ubat elakkan cacing. Tak beri lagi, taulah kalau ubat memang payah Fina nak makan. Fina dah pandai cakap:- pe tu ma = ape itu mama? pe nye ni = siapa punya ini? nak tu = nak itu. nak num = nak minum nak akan = nak makan nak andi = nak mandi yeay lah = yea

Fina 2 tahun

Image
Fina hujung minggu ini dah nak masuk 2 tahun 1 bulan. Dah makin tinggi dan semakin slim jika dibandingkan zaman-zaman kegemilangannya 'membesar' setahun yang lalu seperti gambar dibawah ini:) ^ ^ ^ ^ ^ Masa Fina 10 bulan. Perkembangan Fina sekarang:- Bila cakap nak pergi sekolah, terus tangan tunjuk kat belakang badan sebut beg-beg. Maksudnya, pergi sekolah kena bawa beg. Padahal mama dia yang hari-hari bawakan beg dia. Pergi taska -hantar berdukung, balik berdukung. Tak nak jalan sendiri. Bila tengok iklan yang ada makanan/minuman seperti coklat ke, jajan, aiskrim cakap dengan saya - ma, nak tuu... diterjemahkan - mama nak itu. Dan mama dia akan beri jawapan standard - nanti kita beli ye! Tapi tak beli-beli pun. Kuat makan. Bila makan, selalunya habis. Bagus2..Mama pun suka fina kuat makan. Tidur awal sekarang. Jam 9 lebih paling lewat untuk tidur. Penat main-main kat taska waktu siang. Walaupun dah 2 tahun, masih mahukan susu ibu sahaja. Tak tahulah bila nak berhenti. Saya

azcupcakes.blogspot.com

Memandangkan blog ini tujuan asalnya sebagai perkongsian mengenai pengalaman saya semasa menjayakan BF dan perkembangan pembesaran Fina dari tahun ke tahun, jadi saya rasa lebih baik saya wujudkan satu blog khas yang ada kaitan dengan minat baru saya dalam bidang kek dan cupcakes. Secara rasminya saya 'melancarkan' blog AZCUPCAKES.BLOGSPOT.COM . Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan harga kek/cupcakes, sila emel ke azlizacakes@yahoo.com . Blog ini masih dalam pembinaan dan dalam proses penambahbaikan. Doakan saya maju jaya dalam bidang ini.

Pandan Sponge Kek

Image
B esday Kak Ya sebenarnya pada bulan depan, pada tarikh yang sama (maklang tersalah bulan daaa...), jadi semalam saya dah siapkan bahan-bahan untuk buat kek besday Kak Ya. Bila buka blog, baca komen kaklong, baru perasan yang tarikh lahir Kak Ya sebenarnya 22hb 2. Aiyakkk, maklang betul-betul tersalah tarikh. Tapi tak apalah, kira ucapan awal in advance sebulan ya:) Sebab dah plan nak buat kek besday pada awalnya, terus tukar plan buat kek pandan khas untuk baba pula. Abang ni memang tak layan sangat kek coklat. Jenis yang suka kek-kek perasa asli macam pandan, sesuai sangatlah dengan taste nya. Dah cukup semua bahan, saya sediakan kek sponge pandan 8" ini:) Dah tinggal separuh baru ingat nak tangkap gambar. Komen juri : Rasa kek sama macam yang beli kat kedai. Tu pasal kejap jer tinggal separuh kek saya!

22.1.2011

Image
HAPPY BESDAY TO YOU : NUR ASMADYANIE @ KAK YA YANG KE - 3 TAHUN Moga membesar menjadi seorang anak yang soleh, bijak cerdik dan berjasa terhadap mama & papa suatu hari nanti. Maklang sayangkan kak ya! Nak hadiah kek harijadi tak:)

Kelas Kek

Image
Agak lama tidak update blog. Minat dan hobi baru terhadap bidang bakeri telah membuka hati saya untuk hadir kelas basic buttercake dan basic fondant wedding cake di Bake and Deco @ Bangi pula. Kali ini saya diajar oleh Kak Ellie. Sejak jatuh hati ke bidang ini, saya agak teruja dan seronok untuk menghasilkan kek yang cantik dan sudah tentunya perlukan saya mencari ilmu dengan teknik-teknik yang betul. Secara asasnya saya mempelajari teknik membuat 2 jenis kek - kek sponge & kek butter, cara menggunakan peralatan dalam dekorasi kek, cara melepa kek dengan buttercream dan fondant, tips menggunakan nozzle, menghasilkan corak dengan nozzle, membuat ising buttercream dan homemade fondant dan banyak lagi sebenarnya. Memang berbaloi pergi ke kelas Kak Ellie. Terima kasih atas ilmunya:) Ini gambar kek yang dihasilkan dalam kelas Basic Buttercream Cake dan Basic Fondant Wedding Cake :) Kek sponge vanilla dengan basic deko menggunakan buttercream. dan ini pula kek butter yang dihias menggun

Mana Minyak

Pagi Sabtu yang mendung. Cuti-cuti seharusnya menjalan rutin wajib - mengemas rumah. Lepas settle sidai baju, terus keluar ke pekan Semenyih. Baba Fina pagi ini ada exam lagi. Jadi, keluar berdua bersama Fina. Hajat utama untuk mencari minyak masak. Kat rumah memang dah habis langsung. Bila orang sibuk beli minyak banyak-banyak untuk buat stok, saya tak ambil kisah pun. Tapi bila dah 2-3 hari bila minyak masak dah habis, cari kat pasaraya-pasaraya, memang susah nak jumpa. Barulah saya terasa tempiasnya, masalah ini memang membebani pengguna waktu sekarang. Kalau ke pasaraya besar dan kecil, banyak yang tinggal stok minyak jagung. Saya ke Mydin Mart Semenyih, tak ada stok minyak. Terus ke Econsave di sebelahnya. Ada minyak, tapi botol kecil 1kg dan minyak paket dalam plastik. Dah tiada pilihan, ambil jelah 2 botol minyak 1kg. Msj baba Fina, minta carikan minyak di Bangi. Nasib baik ada juga stok minyak Saji 5kg. Beli di kedai borong berhampiran perhentian bas Kajang, Jalan Reko. Itupun

10 batang

Image
Gambar terkini Fina dengan gigi-giginya..ha2.. Fina dah ada 10 batang gigi. 6 belah atas dan 4 belah bawah. Gambar ini diambil secara sukarela oleh tuan punya badan. Tak payah lagi baba tolong pegangkan mulut suruh nganga. Fina memang lewat tumbuh gigi. Tapi kalau tengok gigi yang tumbuh sekarang, semuanya saiz L. Terutamanya gigi 2 batang kat atas tuh. Dari jauh dah nampak giginya.

TQ Sarakids

Image
Masih ingat n3 mengenai Board Projek yang telah dianjurkan oleh Sarakids? Seperti yang dijanjikan oleh Puan Farah, setiap penyertaan akan diberikan saguhati sebagai tanda menghargai ibu-ibu yang masih dan telah berjaya BF anak mereka. dan saya telah menerima sepucuk sampul surat hari ini. Isi dalamnya ialah Calendar 2010 dari Sarakids . Terima kasih banyak-banyak. Perjuangan saya telah mencapai target yang saya tetapkan. Satu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Mudah-mudahan dengan pelbagai barangan kelengkapan penyusuan yang mudah didapati sekarang, akan menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya walaupun ibu bekerja. Semuanya kerana kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Hari kelima

Image
Hari ke-5 di Taska: Pagi tadi Fina bangun awal, jam 6.15 pagi dah bangun. Sementara saya bersiap-siap memakai tudung, Fina naik bantal peluk Hello Kitty yang maksu Fina hadiahkan masa Hari Jadi Fina yang lepas. Brooom......broom..... eh, belum sampai lagi... Sampai di ofis, saya punch kad dulu. Fina bersama babanya tunggu di kereta. Baba cuti exam lagi. Lepas salam dan bye2 baba, Fina saya dukung ke taska. Fina pagi-pagi memang selalu berdukung. Tak nak jalan sendiri. Ini kawasan dalam Taska. Ruang untuk belajar. dan ini lorong menuju kelas Fina. Kanak-kanak berusia 2 tahun - 4 tahun diletakkan di dalam 1 bilik. Manakala baby, diasingkan dalam bilik berhadapannya. Sampai jer dalam taska, Teacher tanya, Fina dah mandi? Belum lagi. Mama dia jawabkan. Tidak sempat nak mandikan, lagipun saya keluar rumah 6.50 pagi. Tak sampai hati pula nak mandikan time sejuk-sejuk itu. Kalau hantar ke rumah kaklong dulu, memang kaklong yang tolong mandikan Fina. Hari kelima, Fina tidak menangis lagi. Bi

Good luck

Image
Dear baba, Good luck for final exam. Moga dapat keputusan terbaik untuk Semesta ini. Dari Mama & Fina

Hari Ketiga

Image
Hari ketiga di taska. Pagi sampai, buka kasut sendiri. Susun di rak kasut. Bila dah sampai ke dalam taska, teacher zura ambil, terus menangis lagi. Nak ikut mama!!! Alahai anak. Nanti petang lepas habis kerja mama ambil Fina ye.

Hari Kedua

Image
Hari kedua di taska. Pagi hantar Fina menangis. Nak ikut saya. Ngam-ngam jer pukul 8 pagi saya punch kad. Hari ini, saya tekad tak nak datang melawat Fina masa waktu rehat. Kalau ikutkan hati, memang nak pergi. Tapi jika dibandingkan rasa tak sampai hati bila dengar dia menangis nak ikut saya, baik saya tidak pergi melawat langsung. Lagipun saya tak nak biasakan dia untuk tertunggu-tunggu saya datang masa rehat. Saya call teacher, dia cakap Fina ok. Pagi je menangis time hantar, lepas tu elok sahaja. Makan pun banyak. Hi2..laparlah tuh. Fina memang tidak dibekalkan dengan susu formula. Dia memang tak nak hisap botol. Makan dan minum disediakan oleh pihak taska. 3x sehari. Hari sebelumnya saya bekalkan Fina dengan air kotak & botol air berisi ribena. Dia tak minum pun. Ambil petang, Fina salam semua teacher sebelum balik. Hampir semua kawan-kawan yang dia jumpa di'bye2 nya. Balik ambil kasut sendiri di rak yang disediakan. Malamnya Fina tidur lagi awal, jam 8.20 malam. Keletihan

Hari Pertama di Taska

Image
Hari pertama Fina di taska: Pagi hantar ok. Dalam kereta pun Fina tak tidur. Tengahari saya datang melawat. Tanya teacher kat situ, cakap Fina tak ada masalah. Fina tengah tidur. Time tidur di taska pukul 12tgh hingga 3petang. Fina di rumah kaklong tidur guna buai. Kalau di taska, semua tidur di bawah. Risau juga kalau-kalau dia tak biasa. Saya tengok Fina di bilik. Memang dia tidur. Bersusun semua tidur macam dalam asrama. Fina tersedar, tak sampai hati nak biar. Saya pergi juga peluk dia. Terus cembeng muka tengok saya. Saya BF kan dia. Pujuk dia untuk tidur. Tapi dia tak nak. Ajak saya keluar. Mungkin Fina ingat saya dah habis kerja, datang nak ambil dia. Waktu rehat dah habis. Saya tinggalkan dia ke teacher yang ada disitu. Terus meraung gajah. Kat taska ini, seorang teacher akan menjaga 5 orang anak jagaan. Fina bawah teacher Zura. Petangnya pula, tepat jam 5 petang, cepat-cepat saya turun dari ofis ke taska. Ada beberapa ibu yang telah datang mengambil anaknya. Bila nampak jer sa

Tempahan pertama

Image
Tempahan dari first customer ~ pegawai unit di ofis. Cupcakes princess & Ben10 untuk anak-anaknya. Hopefully, mereka suka. TQ.

Majlis Hari Jadi Fina

Image
Alhamdulillah, majlis sambutan hari jadi Fina telah diadakan semalam. Juadah pun biasa-biasa sahaja. Saya masak bihun goreng, spageti, nuget&hotdog dan buah epal. Umi sponsor sandwich tuna. TQ! Lagipun, memang berhajat nak buat ringkas sahaja. Ini gambar kek Upin & Ipin yang telah siap sepenuhnya. Mama harap Fina suka:) Acara wajib, potong kek hari jadi bersama mama. dan ini besday girl Happy Birthday FINA. Juga ucapan terima kasih pada yang sudi hadir ke majlis Fina semalam. Kaklong & anak-anak buah saya~kak reen, haziq, kak ya, dania. Kak Ida dan keluarga. Ayahanda tercinta yang hadir bersama Umi dan Maksu Fina. Juga jiran-jiran terdekat yang sudi luangkan masa.

Kek Upin & Ipin for Fina:)

Image
Mama berjaya buat sendiri kek hari jadi UPIN&IPIN untuk Fina. Hampir 80% siap, tinggal nak touch-up sikit-sikit lagi. Nak letak lilin & tulis nama Fina. Inilah hasilnya :) Esok petang kami sekeluarga bercadang untuk meraikan Hari Jadi Fina. Buat makan sikit-sikit sahaja. Jemputan pun tak ramai. Ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja. Maaf tak dapat nak jemput semua. Memang pada awalnya, tak jadi buat. Tapi rasa tak seronok pula bila tiada majlis. Dah niat, buat je lah walaupun ringkas. Hobi baru saya ini memang tidak merugikan. Tak sangka boleh buat kek hari jadi untuk Fina. dan saya telah menerima tempahan cupcakes. Pelanggan pertama yang menempah setelah mencuba sendiri cupcakes yang pernah saya buat.

Selamat Hari Jadi FINA

Image
Nanti mama buatkan kek Hari Jadi Upin & Ipin untuk Fina.

Tercapai

Image
Jika di profil blog ini saya mengatakan masih ingin mencapai target BF Fina selama genap 2 tahun, dan alhamdulillah hari ini saya telah mencapai target itu. Macam tak percaya, tapi hakikatnya penyusuan susu ibu sekiranya dimulakan bersama ilmu dan niat yang ikhlas tidak mustahil semua ibu mampu untuk melakukannya. Bila dah genap 2 tahun, masa untuk check sisa-sisa bekalan stok EBM yang tidak digunakan lagi. Lagipun Fina dah tidak minum EBM ini. Sebagai perhiasan sahaja di dalam peti ais rumah saya. Nak dibuang sayang, tunggu je lah hingga betul-betul expired. Dan hari ini saya menjalankan sesi check stok EBM buat kali terakhir:( Stok EBM yang tinggal. Yang dalam 2 plastik tu, dari bulan 7:2010. Memang dah expired. Ini stok EBM yang perlu dibuang. Saya biarkan cair dulu, lepas tu baru buang sahaja di sinki. Lebih mudah dibandingkan jika dibuang terus ke tong sampah. dan ini stok yang tinggal dan masih belum expired. Menunggu masa untuk dibuang, pasti akan dibuang, tapi bukan hari ini. T