Posts

Showing posts from February, 2011

Pesanan Penaja

Image
Mama sampaikan pesan, nanti bila free mama akan update blog Fina ni ye.

Cuti

Image
Fina, mama & baba nak balik kampung jumpa nenek dan tok ayah di Terengganu. Mama cakap, Fina cuti sekolah seminggu. Tak dapat nyanyi lagu watermelon:( Tapi Fina happy sangat, bolehlah jalan puas-puas dengan mama&baba nanti. Doakan Fina selamat sampai dan pulang ke sini semula ya:)

Iffat Nafiz

Image
Tamat sudah percutian di kampung. Saya balik ke Semenyih pada hari Sabtu. Nak sediakan tempahan azcupcakes untuk hari Isnin. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga. Minat dan hobi baru saya yang sedikit sebanyak dapat juga menambahkan pendapatan sampingan. Cuti kali ini, saya berkesempatan ke Serting 4 untuk menziarahi sahabat saya - Suzi. Ini gambar putera kedua nya:) IFFAT NAFIZ Baru berusia 2 minggu. Kalau kawan-kawan bersalin, mesti ada gambar wajib seperti ini. Bergambar bersama auntie az :) Rasa kekok pula bila pegang baby. dan ini gambar bersama ibunya. Raya tahun ini insyaallah, kita jumpa lagi. Turn seterusnya yang menunggu giliran - Ikien, Nazrah & Kak Wa. Sama-sama meramaikan umat Muhammad.

Tahniah!

Berita baik daripada 2 orang sahabat baik saya. Suzi - kawan saya ketika berusia 16tahun masa sekolah di Teknik Juasseh dan sekarang kami telah bersahabat lebih 10 tahun telahpun selamat melahirkan seorang putera pada 17 Januari 2011. Ini anak keduanya. Itupun saya baru tahu semalam semasa menelefon beliau masa nak tanya jalan ke cawangan Maxis Centre di Seremban. Ingatkan dia ada kat Seremban, bolehlah datang jumpa, rupanya dah berpantang di kampung. Sungguh, memang saya tak terima sms dari Suzi. Katanya dah dihantar pada semua. Mungkin tertinggal nama saya agaknya :( Yelah, msj satu, diforwardkan ramai-ramai. Tapi tak apalah, minggu ini saya bercadang nak melawat Suzi di kampung. Tak sabar nak tengok baby. Kak wa - ini pula kawan karib saya sejak makan gaji dengan gomen. Alhamdulillah, lebih kurang 3 tahun lebih menunggu, akhirnya kak wa telah disahkan pregnant anak pertama. Dah masuk 4-5 minggu usia kandungannya. Saya tumpang gembira. Bila kita berkahwin, soal zuriat memang diid