Posts

Showing posts from March, 2011

Ibu mertua ku

Image
Sabtu lepas mak mertua saya datang ke rumah. Jumaat sebelumnya, mak hantar adik ipar saya lapor diri di Jab Laut Port Klang. Minggu itu, abang ada program kursus di ILIM. So, tinggal saya dengan Fina je di rumah. Lepas siap-siap kerja rumah, saya jemput mak di rumah abang ipar di Penjara Kajang. Baliknya, singgah ke Tesco Semenyih. Bawa mak bershopping. Biras saya, Mak Uda Fina pun ikut sekali. Fina dan nenek. Nenek lah yang jaga Fina masa Fina baru lahir dulu tau:) Petangnya pula, akak ipar dan adik ipar dari Setapak datang untuk jemput mak. Mak mertua saya, kalau datang dari kampung memang akan pergi ke rumah anak-anaknya di sekitar Kajang dan KL. Kalau datang lama sikit, tidur satu - dua malam di rumah anak-anaknya. Yelah, anak ramai, so tak perlu risau tentang pengangkutan dan penginapan. Bisa diatur:) Akak ipar-Kak Tie , adik ipar-Fida, haziq dan Fina Mak balik semula ke kampung pada hari Ahadnya. Apa yang saya suka tentang mak mertua saya, ialah layanannya yang sama rata terhadap

N6288 to C3

Image
Usianya telah menjangkau lebih kurang sama dengan usia perkahwinan saya. 4 tahun berkhidmat dengan penuh setia. Cuma sekali pernah di'rawat' kerana skrin pecah dijatuhkan oleh Fina. Nasib baik boleh repair, kalau tak, acik dah rembat tepon baru dah. Nokia 6288 Dari zaman muda remaja saya minat guna telefon bimbit jenis nokia. Tahan lasak dan aplikasinya mudah difahami. Cuma sekali saya pernah guna Sony Ericsson T10. Masa mula-mula kerja cashier di Seremban. Dan kali ini tiba giliran telefon baba Fina telah tamat tempoh hayatnya. Jenis modelnya, biarlah saya seorang je yang tahu..hi2..Nanti terkujat pula tengok sebab canggih sangat. Bila baba fina nak shopping telefon baru, mama fina pula yang sibuk-sibuk nak tukar telefon. Kesudahannya baba fina mewarisi telefon kesayangan mama fina seperti gambar di atas. (abang jaga telefon ini elok2 ye, jgn hilangkan tau..) dan telefon ini telah menjadi milik mama fina sekarang. Nokia C3 Warna pink gitu.. Ngah , memang feminine warno tepon

Short update

Image
Mama Fina tak sempat nak update blog. Sibuk sangat dan tak sihat. Mama kene selsema. Kali ini Meh tengok dulu gambar Fina bersuka ria:) Hidup mesti HAPPY !!!

Tengok belon panas

Image
Memandangkan dah 'teringin' sangat nak melihat sendiri belon panas, lepas kerja saya sekeluarga ke tapak pesta tersebut di Putrajaya. Keadaan cuaca yang agak tidak menentu, tawakal ajelah, kalau bernasib baik, boleh tengok belon panas. Kalau tidak, saya bercadang nak pergi Sabtu pagi. Alhamdulillah, sedang elok kami sampai, pesta belon panas bermula jam 6.00 petang. Kalau tak silap saya, sebanyak 24 biji belon panas yang akan di'lancarkan' penerbangannya. Ini gambar diantara belon panas yang sempat saya ambil: Macam-macam corak. Dan yang paling menarik bentuk kucing, badut dan doremon. Fina seronok dapat tengok belon-belon tu. Mama dia pun sama. First time tengok. Jakun lah juga..hi2..

Bear Nem

Image
Bear nak nem (BF) ye..Meh Fina bagi :) Sayangnya bear ni. Nem kenyang-kenyang ye. Nak lagi.. Mama, pandai tak Fina nem kan bear ini? Mama tak yah ajar pun kan, Fina pandai sendiri dah...

Belon Panas Putrajaya

Image
Tahun ini masuk tahun ketiga penganjuran Belon Panas di Putrajaya. Semuanya saya tak pernah pergi. Kali ini, rasa macam nak pergi jer. Mesti Fina suka. Tapi bergantung kepada jadual baba Fina minggu ini. Dah start semesta baru. Kalau tak dapat pergi Sabtu Ahad, petang ini lepas balik kerja rasa nak singgah kejap. Confirm ramai orang hujung minggu. Lagipun masih dalam tempoh cuti sekolah. Kalau minat nak tau dengan lebih lanjut. Sila tengok ke website ini ye. Hot Air Balloon Fiesta Putrajaya

Muhasabah

Saya mulakan n3 di hari Jumaat dengan muhasabah diri dengan menghayati bait-bait lagu ini. Tangan kanan memberi Sorokkan tangan kiri Derma bukan tontonan Lakukan dalam sepi Sematkanlah keikhlasan Huraikanlah kebuntuan Kerana sesuatu Suratan kehidupan Mengharap dan dipinta bantuan Harta bukan milikmu Untukmu hanya rezeki Terkurang himpun lagi Terlebih memberilah Begitu lebih kurangnya Sedikit tulisan janji (Lirik lagu: Derma Bukan Tontonan - Herma Tino) Moga amalan kita seharian dipermudahkan, diberkati dan diterima oleh-Nya. Dunia ini pinjaman sementara. Beramallah selagi kita termampu.

Tepian pantai

Image
Ahad lepas ke pantai buatan area bersebelahan Pullman Putrajaya. First time datang sini, ajak kaklong & anak-anak buah join mandi manda. Memang sesuai dan selamat untuk anak-anak kecil berendam. Nun jauh disana, Kaklong duk atas batu bagi memantau anak-anaknya yang tengah swimming. Sampai keluar gak suara nada 'tinggi' ke tasik. Macam panggilan pulau..ha2.. Fina andi..(mandi), best:) Kak ya tengah cari 'emas', Fina 'cuci tangan', Dania pula swimming aksi bebas kesana sini. Fina & Dania sudah penat ber'swimming', duduklah pula. Seronok ke sini, ada masa kita datang lagi berpicnic ya.

Cembeng

Image
1-2 minggu ni, muka mulut 'cembeng' inilah yang selalu dibuat oleh Fina bila balik dari Taska. Ntah siapa yang ditirunya. Kadang-kadang, bangun tidur pun buat muka mcm ini. ^ ^ ^ ^ Fina, tak comellah buat muka gini!

Sugarflours

Image
Jumaat lepas, setelah mendapat info daripada rakan sepejabat, saya ke Alamanda. Ada pameran kek katanya. Ingatkan nak cari peralatan yang sesuai untuk deko kek. Tapi bila tengok harganya yang mencecah ratusan rm, terus tutup mata. Pameran ini dianjurkan oleh SUGARFLOURS Sangat cantik dan kreatif kek-kek yang dihasilkan. Kebanyakannya sesuai untuk Majlis Perkahwinan. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil. Rasa seronok kerana dapat melihat sendiri kek-kek disana. Terlalu cantik hingga timbul rasa sayang kalau nak potong kek tersebut.

CC Hantaran

Image
Dari pagi cuba update blog Azcupcake . Tak boleh nak buat n3 baru dan masukkan gambar. Tak tahu punca masalahnya. Naimi, sila bantu:) Nasib baik blog Mama Fina masih beroperasi dengan lancar. Sebelum bermula cuti hujung minggu dan hidup tanpa bekalan berukband yang telah diterminate, saya update gambar terbaru tempahan cupcakes dari member ofis. Cupcakes untuk hantaran tunang. Tema hijau & cream. First time buat cc untuk hantaran. Seronok pula bila tengok hasilnya. Cc ini nak dibawa balik ke Perak. Tahniah & Selamat Bertunang untuk Ayu & Faiz .

Cuba-cuba

Image
Saya seorang yang agak 'malas' untuk mengamalkan minuman/vitamin tambahan. Bukannya apa, selalunya pengambilan tersebut seharusnya diamalkan secara berterusan. Kalau setakat cuba kejap-kejap, memang tidak nampak keberkesanannya. Sejak memasuki usia penghujung 20 an ini, saya tergerak hati untuk mengambil minuman kesihatan. Saya memilih untuk mencuba CocoaCollagen. Antara kelebihannya terdapat di blog ini. Sesuai untuk wanita yang berumah tangga dan ingin kelihatan cantik, bertenaga dan banyak lagi khasiat yang lain. Harganya pun berpatutan. Saya beli terus di pasar tani Putrajaya - rm50 untuk 3 kotak. Bekalan untuk sebulan. 1 kotak mengandungi 10 paket. Baru cuba dari hari Sabtu lepas. Setakat ini terasa juga perubahannya. Cuma kalau serasi, saya nak jadikan sebagai amalan. Penjagaan dalaman dan luaran sebagai wanita. Penting juga kan, cuma rajin atau malas sahaja masalahnya. Tentang produk penjagaan wajah pula, saya telah menggunakan sabun Eumora. Setakat ini, saya telah men

10 Mac 2011 - 4 years:)

Image
Abang, Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-4. Terima kasih atas kasih sayang, perhatian dan tanggungjawab yang telah abang berikan. Moga ikatan perkahwinan kita berkekalan dan dikurniakan sebuah keluarga bahagia di dunia & akhirat. “ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan" ~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Menu

Image
Agak lama tak cerita bab menu makanan dari air tangan mama ni. Selalunya, tunggu bulan puasa, baru nak update cerita menu-menu terbaru. Kali ini saya sediakan 2 menu untuk cuti Sabtu dan Ahad yang lepas. Fruits Salad Bahan-bahannya: Buah epal, pear, tembikai, jambu batu (ataupun apa sahaja buah yang sesuai) Buah oren Krimer Cofeemate Garam Secubit kopi/nescafe (jika suka) Cara-caranya: Kupas buangkan kulit buah. Rendam sebentar dengan air garam. Potong dadu. Buah oren kupaskan kulit dan potong 2. Campurkan kesemua buah-buahan tersebut. Letakkan krimer cofeemate (ikut suka) Secubit garam dan serbuk kopi jika suka. Gaul semua hingga rata. Kalau nak sedap, masukkan dalam peti ais. Masak gulai 'corong' Bahan-bahannya: Tulang lembu Cili api Kunyit hidup Asam keping Serai Santan Garam secukup rasa. Cara-caranya: Tumbuk cili api dan kunyit. Satukan dengan tulang lembu. Masukkan serai dan asam keping. Masak sehingga daging sedikit empuk. Masukkan santan dan garam secukup ras

Mamam

Image
Minggu lepas ke Johnny's Restoran di Jusco Balakong. Baba Fina teringin nak makan steamboat. Dah agak lama kami tidak makan di sini. Rasanya masa last pergi, Fina kecil lagi. Sekarang dah pandai makan steamboat sendiri dah. Jom tengok Fina mamam:) Eh2, kat sini pun ada lolo (telur). Fina sukalah mama! Fina pandai makan sendiri sampai tertutup hidung Fina ni. Nyum..nyum... Nak yeyeh (air) lah, haus pula.. Dah habis makan, teman mama masuk ke Jusco pula ya. Sesekali layan mama shopping, boleh kan baba!

Sleeping beauty

Image
Minggu lepas, setelah keletihan mengemas rumah, saya tertidur di sofa. Rumah sunyi sepi. Cari-cari Fina tengok-tengok dah tertidur dalam bilik. Siap tidur atas bantal lagi. Baju-baju keliling dia tu, nak dilipatnya. Rajin sangat, mama dah lipat, dia nak lipat pula semula. Tapi belum habis buat kerja, dah culas tidur ye!!! Selalu terasa mengalirnya perasaan kasih sayang dan menyesal kalau 'termarah' kat anak bila tengok wajah tenang anak sewaktu tidur. Dapat-dapat lagi bila kucup pipinya yang gebu itu, bagai hilang segala kemarahan. Marah ibu tandanya sayang kan :)

Sambutan Maulidurrasul dan Hari Jadi

Image
Jumaat lepas diadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul dan Sambutan Hari Jadi untuk anak-anak di Taska. Ibu bapa turut dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Sebelum majlis, semua beratur untuk keluar kelas :) Letak tangan pada bahu kawan masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Angkat tangan berdoa anak-anak:) Dan selawat beramai-ramai. Sambutan hari jadi kali ini untuk yang lahir pada bulan Nov&Dis, Jan&Feb. Besday girl dan besday boy - pakai topi party. Seterusnya nyanyi lagu Happy Birthday untuk semua. Bergambar bersama Teacher-Teacher pula. Senyum:) dan acara seterusnya Kita makan dulu!!!! [Abaikan cara duduk Fina yang sangat sopan tu ye] dan terima kasih kepada baba Fina yang membantu saya mendeko kesemua cupcakes yang comel untuk anak-anak di Taska. Kejap jer dah habis:)

Kenduri kahwin

Image
Telah masuk minggu kedua setelah kami sekeluarga pulang ke Terengganu. Percutian sepenuhnya di kampung halaman baba Fina. Fina pun sangat mesra dengan nenek dan tok ayah di kampung. Cuma takut bila tengok ayah su- dik yi iaitu adik bongsu suami saya. Tak tahulah, apa yang ditakutkannya. Balik dari cuti, saya dan abang tidak sihat. Sakit perut sampai baba Fina demam dibuatnya. Gara-gara makan gulai kenduri kahwin anak buah saya ini :) Izzati - anak kepada abang ipar sulung saya di Pasir Tumbuh, Kelantan. Berkahwin di awal usianya memasuki 17 tahun. Selamat Pengantin Baru Izzati & pasangan. Moga bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat. Bergambar bersama adik ipar - ira & pengantin. Sangat sederhana kendurinya. Tidak seperti kenduri-kenduri kahwin yang pernah saya hadiri. Tiada kompang, pelamin, persandingan, pendek kata agak islamic majlisnya. Pengalaman baru untuk saya. Apa yang penting ialah menjalankan kewajipan agama - ijab dan kabul serta majlis walimatulurus sebagai tand

2 tahun 2 bulan

Image
Fina suka makan cupcakes mama kan:) Hari ini Fina genap 2 tahun 2 bulan. Fina masih BF tanpa topup dengan susu lain. Bila nak BF, fina cakap - ma, nem-nem-nem. Gigi 10 batang sahaja. Tak tumbuh yang baru lagi. Suka nyanyi lagu ANAJA..ANAJA..ANAJA ~ diterjemahkan bahasa - ANAK GAJAH BERKAKI EMPAT ...la..la..la... juga lagu watermelon2x, papaya2x, na..na..na..na... Makin faham arahan. Cakap yang senang2 seperti char ngai = besarnya sungai, pis ma = ofis mama, nak tu = nak itu, ik tor = naik motor, arie = lori, akim = aiskrim. Suka tiru apa mama & baba buat seperti, lipat kain, nyapu, basuh baju, masak kacau-kacau guna senduk, rasa aircond sejuk tak masa dalam kereta, nak pi siram sayur baba, lap dengan tuala kalau ada air tumpah. Baca doa bila nak makan. Kalau baba kacau, siap buat2 nangis dan ngadu pada mama. Bila tanya siapa buat, Fina tunjuk pada baba.