Posts

Showing posts from April, 2011

Cartoon @ taska

Image
Fina macam tak ceria jer pakai baju ini. Muka seperti 'confuse'. Maklumlah tak pernah lagi pakai baju seperti ini. Tapi saya suka tengok. Kalau di'make-up' wajah-wajah mereka, letak misai, blusher merah kat pipi, lagi sangat comel kan. Bergambar bersama kawan-kawan. Muka-muka cartoon yang 'confuse'. Tangan macam nak nasyid la pulak..Awat tak pakai sarung tangan tu Fina..

Apam Pisang

Image
pic from Google Tiba-tiba rasa nak makan apam pisang yang arwah mak buat masa kecik2 dulu..Apam yang gebu dan pisangnya berubah warna seperti letak coklat rice.. sedapnya.. Dapat merasai air tangan seorang ibu, seolah-olah menikmati makanan tersebut untuk selama-lamanya. Makanan yang disediakan dengan penuh rasa keikhlasan dan kasih sayang. Memanglah begitu kan. Saya yang ber'emo' di petang hari kerana rindukan masakan seorang ibu....

Tips Mendidik Anak

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. 2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya). 5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. 6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. 7. Di dalam memb

Rendang ayam & satey minang

Image
Sabtu lepas, pagi-pagi ke Pasar Tani Semenyih. Lepas sarapan nasi lemak kat kedai, saya ke pasar. Dekat jer dengan area pasar tani tuh. Dah lama tak makan rendang ayam pencen. Lagipun, baba Fina kurang suka makan rendang. So, jarang-jaranglah saya masak rendang. Tapi sebab dah teringin sangat, saya buat gak rendang sekuali. 2 hari 2 malam baru habis. Senang jer sekarang, santan dan kerisik beli yang dah siap. Cuma bahan kisar yang perlu disediakan. Kalau makan dengan nasi impit, lagi sedap. Tapi tak sempat nak buat nasi impit. Makan dengan nasi je lah. Dari minggu lepas saya teringin makan ini ^ ^ ^ ^ Satey minang. Hari ini nak singgah pasar malam Bangi. Makan satey minang. Lagipun dah lama tak berjalan-jalan ke pasar malam bangi.. Gambar sumber dari en google. Kabel c3 tak beli lagi.

Update Fina

Agak lama saya menyepi dengan n3 baru. Mood menaip yang malas dan idea yang tidak kunjung tiba sebab malas nak fikir. Kalau macamtu, faham-fahamlah. Memang sakit M dah menyerang. Rutin harian saya dijalankan seperti biasa. Isnin hingga Jumaat pergi kerja, hantar Fina pagi-pagi ke Taska, buat kerja ofis, cukup time, pi rehat. Pukul 5 lebih balik rumah. Tiada banyak perubahan dalam hidup seharian. Cuma seronok melihat perkembangan anak yang semakin 'membesar' dan bermacam ragam. Fina sekarang ???? Hari-hari dalam kereta suruh saya nyanyi lagu. Lagu kegemarannya " Papaku pulang dari ko ta , papaku beli kan kere ta , kereta kecil warna me rah , boleh ku bawa ke seko lah , pon-pon-pon-pon-pon, kereta kecil ku berbu nyi , marilah adik mari na ik , boleh ku bawa jumpa ne nek " . Yang bertanda dakwat merah, akan dinyanyikan oleh Fina sendiri. Selebihnya mama Finalah yang kena nyanyi. Kalau nyanyi lagu lain yang dia tak tak suka, selamba dia cakap "ma, na ma..." dite

Iklan

Image
Warna warni cupcakes untuk sambutan majlis istimewa. 100% halal dan homemade. Berminat untuk tempahan. Sila lawati azcupcakes untuk maklumat lanjut.

Sepohon kayu

Image
Sepohon kayu daunnya rimbun Lebat bunganya serta buahnya Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang apa gunanya Kami berkerja sehari-hari Untuk belanja rumah sendiri Supaya Allah menjadi sayang Kami berkerja hatilah riang Supaya Allah menjadi sayang Kami berkerja hatilah riang Kami sembahyang fardhu sembahyang Sunat pun ada bukan sebarang Hidup di kubur yatim piatu Tinggallah seorang dipukul dipalu Hidup di kubur yatim piatu Tinggallah seorang dipukul dipalu Dipukul dipalu sehari-hari Barulah ia sedarkan diri Hidup di dunia tiada bererti Akhirat di sana sangatlah rugi Hidup di dunia tiada bererti Akhirat di sana sangatlah rugi Sejak kecil saya mendengar lagu ini. Lirik yang sangat mudah difahami dan dihayati. Tapi ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah kan. Begitulah juga amalan solat kita seharian, tidak semestinya solat kita itu telah diterima 100% oleh-Nya. Pertambahkanlah keimanan dan ketakwaan kita kepada maha

Cake 2 u

Image
For My Dear husband, From, Mama Fina. 6 April 2011

1 cha 1 pau

Image
Ma, aatu cha.... diterjemahkan Mama, satu MALAYSIA.... Ma, atu papau. diterjemahkan Mama, satu pau. 2 minggu ni, kalau baba Fina punch kad pagi-pagi sebelum hantar kami ke AG, mesti singgah beli pau untuk sarapan Fina. Jual dekat luar ofis baba Fina jer. Habis sebiji pau Fina makan sebelum sampai di taska. Tapi Fina tak makan intinya. Makan bahagian luar aje. Besar juga, dijual dengan harga 60sen sebiji. Hari-hari beli kalau akak tu berniaga, sure Fina kekenyangan pagi-pagi bersarapan dengan sebiji pau terus menerus selama 2 minggu:)

Cari jalan

Image
Salam hari Jumaat. Kita telah berada di bulan April dan Fina telah genap 2 tahun 3 bulan. Kalau sebelum Fina berusia 2 tahun, saya sangat teruja bila menunggu masa peralihan bulan-ke bulan. Nak capai target BF. Tapi sekarang, cuma menghitung hari ke hari untuk bercerai susu yang entah bila. Fina masih BF hingga sekarang. Cuma semasa di taska, Fina tidak minum susu. Bukan tak pernah saya ajarkan susu formula, tapi Fina reject terang-terangan. Kekerapan Fina BF, masih sama. Tiada yang berubah. BF sewaktu tidur malam 3-4x semalam. Siangnya kalau saya cuti, BF ikut permintaannya. Dah besar pun nak nem lagi :) Perasaan, kadang-kadang saat terindah ketika BF telah bertukar kepada perasaan agak 'malas' untuk melayan Fina BF. Nak pangku pun tak muat lagi. Fina dah semakin besar. Mungkin sudah tiba masanya saya memikirkan cara-cara yang sewajarnya untuk menghentikan penyusuan. Lagipun, saya telah 'letih'. Rasanya cukuplah rezeki saya sampai sejauh ini. Mama Fina tengah mencari j