Posts

Showing posts from May, 2011

1 kali sahaja

Fina sudah tidak menyusu sepenuhnya ketika waktu siang dan malam. Cuma waktu sebelum subuh, jam 5.30pg ke atas, Fina akan BF sekali sahaja. Dah 4 hari saya berjaya mengurangkan demand BF Fina. Apa yang saya perasan, selepas BF Fina akan minta air. Rasanya susu saya yang semakin berkurangan dan rasanya yang berlainan, menyebabkan Fina berasa haus walaupun telah BF. Setakat hari ini, Fina saya beri susu soya, dutch lady strawberry/coklat, ribena, nutrigen, dan air kosong. Yang penting ialah mengenyangkan perutnya dengan nasi sebelum waktu tidur. Alhamdulillah, Fina tidur nyenyak bila dah kenyang.

Mother's&Teacher's Day

Image
2 minggu lepas, Taska Nasyrah mengadakan Sambutan Mother's Day, Teacher's Day dan juga Birthday untuk anak-anak di sana. Jom layan gambar:) Fina bersama kawan-kawan, tengah tunggu majlis start. Fina dan Syikin. Macam model ye Syikin possing. Mesti umi yang ngajar nih..hi2... Ini kad Mother's Day HAPPY MOTHER'S DAY MAMA I LOVE U -fina- warna merah tu, cop jari fina:) Terima kasih atas cenderahati daripada pihak Taska Nasyrah dan juga terima kasih kepada teacher-teacher yang telah menjaga & mendidik Fina selama ini. Fina hadiahkan teacher-teacher frame teddy bear sempena Teacher's Day kali ini. Harap teacher semua suka ya. Beza antara mama & teacher ~ Fina lagi patuh arahan teacher daripada mama. Rasanya, semua kanak-kanak gitu. Apa yang cikgu suruh, cepat jer dibuatnya, lebih berdikari dan lebih mendengar kata cikgu berbanding cakap ibu bapa. Penghujung Mei saya akhiri dengan ucapan Happy Mother's Day & Teacher

Bila cinta bertasbih

Bertuturlah cinta Mengucap satu nama Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku Cinta yang bertasbih Mengutus Hati ini Kusandarkan hidup dan matiku padaMu Bisikkan doaku Dalam butiran tasbih Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud sukur padaMu atas segala cinta

Lembik

Image
Semalam teacher Fina msj. Fina demam, taknak makan langsung. Tidur jer. Tak tahu kenapa, sejak 2-3 minggu ni Fina kerap demam. Kejap-kejap elok, kejap-kejap demam semula. Nasib baik kali ini senang nak makan ubat. Kalau tidak, memang berkejar satu rumah dulu. Tengahari saya ke taska, Fina tidur lena. Tak sedar pun saya datang. Time rehat, saya pergi bawa bubur. Fina makan separuh, lepas tu nak ikut balik. Dia dah set dah, kalau tengok muka mamanya, mesti jemput dia balik. Saya half day, bawa Fina ke klinik. Petangnya Fina tidur hingga ke pukul 7 malam. Tak ada selera lagi, tak nak makan nasi. Makan ubat dan tidur semula. Hari ini, Fina ok sikit. Tapi masih 'lembik'. Harap-harap Fina cepat sembuh.

Hisap botol

Image
Ini minggu lepas, beria-ia Fina menghisap susu daripada botol. Dah letih cubaan membeli susu formula, saya beli pula soya. Susu soya kotak sahaja yang diterimanya. Susu tepung, memang dia taknak. Itu perkembangan minggu lepas, lepas jer minum 3-4 hari dari botol susu, Fina jatuh demam pula. 3 hari Fina demam panas. Merengek semula minta nem (bf). Mama yang sangat kasihan, beri fina nem. Tak sampai hati bila dengar dia merayu. Fina masih menyusu, tapi tidaklah sekuat dahulu. Cuma waktu malam 1-2x dan waktu siang, saya banyak beri Fina makan & minum apa yang dia suka, jadi dia tidak bf waktu tersebut. Dan bila dipujuk, dia tidak akan menyusu jika saya tidak beri. Cuma belum berhenti 100%. Insyaallah, akan tiba masanya. 5 tips menyusu ketika hamil dari Puan Sue @ diyaluna.com

Doa

Sabda Rasulullah SAW, " Apabila seseorang anak Adam( manusia) meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari 3 perkara iaitu: 1. Sedekah yang mengalir ( jariah ) 2. Ilmu yang bermanafa'at, dan 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya. Diriwayatkan oleh Muslim. Moga doa hambaMu yang hina ini diterima olehMu Tuhan yang Maha Agung. Hanya doa yang mampu dilakukan untuk membalas jasa dan pengorbanan mak selama ini. Al-Fatihah untuk Allahyarham Check Yam. Ibu saya dunia akhirat.

Aktiviti di hujung minggu

Image
Hujung minggu lalu, Fina tak kemana-mana. Duduk rumah sahaja. Baba sibuk sikit. Mama pun malas nak keluar. Fina 'beraktiviti bebas' sahaja. Fina main susun-susun lego. Tolong mama buat biskut badam & apam polka dot. Main masak-masak dengan kuali mama. Bila boring, Fina main make-up pula. Pakai bedak banyak2 kat muka. Putih sikit kan:) Tolong sidai baju sendiri. dan, bila dah letih seharian 'beraktiviti bebas', Fina tertidur dikelilingi nasi-nasi masa makan. Ngantuk sangatlah, sampai tak boleh buka mata. Kita tidur dulu ye:)
Image
Sempena Teacher's Day hari ini, Fina ada sesuatu untuk teacher2 di Taska. ^ ^ ^ ^ ^^ ^ ^ ^ HAPPY TEACHER'S DAY FROM FINA TQ Teacher!!!!!!!!! Best tak apam polka dot Fina ni? Fina buat dengan mama semalam.

Masak-masak

Image
Menu Sabtu 2 minggu lepas, Laksa Kedah Sabtu baru-baru ini, Biskut Badam dan Ahadnya pula Apam Polka Dot

Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. 2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. 3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melal