23 August 2011

MEKNE

 Ini nugget MEKNE ke nugget 1 M'sia..

Kentang goreng banyak sampai melimpah-limpah keluar dari bekas. Habis sebekas, kenyang terus.

Dah makan, baru nak baca doa ye..

Semalam, baba Fina berbuka puasa di Hulu Langat. Ada program berbuka puasa dengan penduduk orang asli di sana. So, saya dengan Fina ke McD Semenyih. Sebenarnya dah banyak kali lalu di depan McD dan Fina ajak pi McD yang dipanggilnya MEKNE. Tak sempat nak pergi, lagipun baba Fina bukan penggemar fastfood.
Order set nugget untuk Fina dan saya makan Mc Chicken. Air pula, tak nak minum air gas, order milo dan ribena. Seronok Fina makan. Habis 4 ketul nugget dimakannya. Lepastu saya beri dia main di playground dalam McD.
Ini kali kedua saya berbuka puasa di luar tahun ini. Kali pertama makan nasi beriani di Semenyih. Selebihnya berjaya memasak di rumah. Tapi bila dah minggu-minggu terakhir ni, nak beli stok lauk pun malas. Gunakan stok mana yang ada untuk dihabiskan sebelum cuti raya. Ada 3 hari lagi bekerja, lepastu boleh balik kampung raya!



22 August 2011

Demam

Jumaat petang balik dari Taska, sampai rumah Fina demam panas. Tidur kat sofa. Bagi ubat demam, bila dah panas sangat saya masukkan ubat air. Lepas tu cakap, "mama, kit lut" - mama sakit mulut. Check dalam mulutnya, ada gigi belah atas baru tumbuh. Itu yang sakit mulut agaknya. Fina ni dah besar, gigi tak penuh-penuh lagi kat gusi. Ada lagi 4 kosong.

Malamnya, kejap panas, kejap ok. Sabtu demam juga. Tapi demam, makan tetap  makan. Masa berbuka puasa rumah kaklong Sabtu lepas, banyak Fina makan. Baliknya tidur sampai ke pagi.

Alhamdulilllah, semalam bangun pagi Fina dah sembuh. Tak panas lagi badan. Boleh nyanyi lagu Happy Besday dan Balik Kampung dah:)

Pencen


Minggu lepas Kak Noor last day kerja. Dah mula cuti untuk pencen 1 Oktober 2011 nanti.
Saya kenal Kak Noor dari dia masuk ke ofis ini tahun 2006. Dia PA Ketua Bahagian. Seronok pula bila tiba saat pencen kan. Saya ada berpuluh tahun untuk habiskan servis kalau umur panjang, sempatlah rasa duit pencen bila dah tua. Panjang lagi perjalanan.

Buat Kak Noor,
Selamat menjalani kehidupan aman damai tanpa perlu ke ofis selepas ini. Moga sentiasa ceria bersama keluarga tercinta. Jaga kesihatan, rehat puas-puas, pi melancong, jalan-jalan cuci mata. Ada masa, panjang umur kita jumpa lagi ya.



18 August 2011

Juadah

Ini antara kuih muih juadah berbuka puasa di Terengganu tempoh hari.
Ada yang mak mertua saya buat dan ada yang dibeli.

Pulut durian ~ hari pertama abang dah request kat mak buat pulut durian. Teringin benar abang nak makan. Pulut dikukus, santan mentah dan makan dengan durian. Boleh juga durian tersebut dimasak dengan santan, kuahnya makan dengan pulut. Kat sini panggil santan durian rasanya.
 Netbat ~ kuih ni rasanya macam bahulu tapi sira dengan air gula. Bagi saya kuih ini manis sangat. Memang meresap air gula hingga ke dalam kuih.
 Onde-onde ~ salah satu kuih tradisional kegemaran baba Fina. Guna tepung pulut, air daun pandan dan gula yang dipanggil nise'. Kat sini guna gula melaka pun boleh. Lepas tu salut dengan kelapa yang sesuai untuk buat kuih. Jangan guna kelapa tua pula. Tak cukup 'lemak' rasanya nanti.
 Ketupat palas ~ menu wajib kalau berhari raya di Terengganu. Kalau kat sini kita makan dengan serunding atau rendang. Kat kampung abang, makan gitu aje. Mak mertua saya pakar dalam menyediakan ketupat palas. Tapai dan nasi dagang antara menu favourite kalau balik berhari raya ke sana.
Cempedak goreng ~ kat sini kalau tak ada musim, memang susah nak dapat. Harga pun boleh tahan mahal. 4-5 biji RM2.00. Kalau kat kampung, cempedak selalu berbuah. Bila-bila masa boleh dapat, terutamanya area Sungai Bari dan Sungai Tong memang ramai yang jual cempedak di tepi-tepi jalan. Goreng makan panas-panas. Memang sedap.

akhir sekali, ulam yang mendapat tempat teratas di hati baba Fina.

Petai fresh ~ ambil dari kebun ayah mertua. Untuk bersahur dan berbuka puasa. Tapi saya tak pandai makan petai. Entah, dari kecil tak pernah makan petai. Tak terasa pun nak cuba. Bagi penggemarnya, memang sanggup beli petai yang dijual dengan harga yang semakin tinggi di pasaran.
Cicah dengan budu makan dengan nasi panas.Terbuka selera. Saya, mampu tengok je lah. Tak terliur pun.

Nak makan ini

pic from google

Bulan puasa ni, saya teringin nak makan buah beluluk/kabung yang telah dicampur dengan gula dan sirap. Kalau dalam gambar tu, buahnya sahaja. Kalau campur sirap, merah menyala, terbuka selera nak makan. Ala-ala dessert lah juga. Manis dan kenyal-kenyal rasanya. Cari-cari kat Semenyih, tak jumpa. Tanya ayah lah kalau kat kampung ada jual. Tapi minggu depan balik raya entah dapat beli ke tidak. Selalunya bulan puasa senang nak cari, tapi dah penghujung Ramadhan, peniaga pun dah agak malas nak berniaga. Minta-minta tercapai lah hajat nak makan dessert kampung ni. 


Kuih Raya

Saya tak pernah buat biskut raya sendiri. Time kecil-kecil zaman dahulu kala, suka sangat dapat tolong arwah mak buat biskut raya. Biskut paling saya ingat ialah biskut roda. Arwah mak lapiskan biskut 2 color, kemudian gulung dan potong bulat-bulat. Color krim dan pink. Sedap.
Kalau arwah mak buat kuih bahulu, pukul telur dalam pasu besar. Guna pemukul telur saiz besar juga. Bergema 1 rumah bunyi pukulan telur. Berjam juga nak bagi gula dan telur tu kembang. Bakar dalam acuan, beraroma wangi menusuk kalbu.
Muruku, kerepek pisang, kuih bijan, cakar ayam, tart nenas,  semperit/dahlia antara kuih yang mak sediakan di Hari Raya.
Berbelas tahun rupanya kenangan itu berlalu :(

Tahun ini saya teringin nak buat biskut sendiri. Tapi nak tunggu mood sampai dulu. Bahan-bahan dah ada. Kalau sampai ke minggu depan tak  'terhasil' biskut saya, jawabnya tunjuk kat kedai je lah.
Setakat nak buat makan sendiri. Kudrat je lah perlu rajin sikit. Tengoklah macamana.

17 August 2011

Shopping

Jumaatnya minta izin abang nak berjalan-jalan ke area Jalan TAR, KL. Lama sangat tak datang ke sini. Memandangkan adik saya nak datang dari Lembah Beringin, saya ajak dia temankan ke KL. Jumpa di komuter Bank Negara. Fina, tak larat lah nak bawa dia ke KL. Minta jasa baik kaklong untuk jagakan. TQ kaklong:)

10 pagi saya naik komuter. Dah berzaman tak naik komuter, rupanya naik di koc wanita. Dalam tu semua penumpang wanita. Bagus juga diasingkan begini, taklah bersesak dengan penumpang lelaki terutamanya kalau orang asing. Ramai sungguh kalau time hari cuti.


Saya naik komuter dari Kajang ke Bank Negara, tambangnya rm3.20 sahaja. Kalau masa bujang dulu, memang hobi saya keluar berjalan-jalan ke area Jalan TAR dan Masjid India. Dari pagi sampai ke petang, semua kedai saya masuk untuk cuci mata. Bila dah bekeluarga ini, kuranglah sikit. Kalau nak pergi pun, ajak abang pergi sama. Cuma mesti bosan menunggu bila orang perempuan bershopping. Faham-faham lah situasi bershopping macamana kan. Beli nya sikit sahaja, tapi jalan dan cuci mata lama sungguh.

Walaupun hari Jumaat hari bekerja, tapi ramai sungguh orang di SOGO dan kawasan sekitar Jalan TAR. Memang lubuk emas peniaga tempat ini.

Sementara tunggu adik saya sampai, saya berjalan-jalan di dalam SOGO. Rasa sakit pinggang dan lenguh kaki pula bila berjalan lama-lama. Dapatlah juga beberapa barang habuan untuk raya nanti. 12 lebih baru adik saya sampai, terus ke Jalan TAR untuk cari baju kurung Fina. Tak beli pun, harganya macam tak berpatutan pula. Mahal sangat bagi saya. Pi tengok tudung kat Muaz Trading. Mencari jubah raya, akhirnya jumpa 1 gerai yang jual jubah. Dah beli, masa untuk balik rumah. Masak pula juadah berbuka untuk malamnya. Selesai bershopping di KL.

Ahadnya pula sebelum menghantar adik saya naik bas untuk balik ke Melaka, kami ke Presint 2, Putrajaya untuk tengok barangan Jualan Terus dari Kilang yang dianjurkan oleh KPDN HEP. Ok juga harga yang ditawarkan.

Tak habis lagi acara bershopping. Ada persiapan yang belum disediakan lagi. Minggu ini minggu terakhir sebelum balik ke kampung minggu depan. Nak cari apa yang patut.

Ada Metrojaya Sales di PICC Putrajaya. Macam berpotensi je tempat ini untuk dilawati...

Kampung Sungai Bari

Salam 17 Ramadhan.

Patutlah jalan raya lengang pagi ini. Tak teringat pun yang Negeri Selangor cuti Nuzul Al-Quran. Bersungguh lah saya keluar seawal 6.30 pagi. Ada 7 hari lagi hari bekerja sebelum cuti raya, selepas itu keluar pergi kerja tak lah awal macam bulan Ramadhan.
Alhamdulillah, saya sekeluarga telah selamat pergi dan balik kampung abang di Kg Sungai Bari, Setiu, Terengganu. Dalam perjalanan balik ke Terengganu, kami singgah sekejap di Kuantan untuk ambil adik ipar yang bekerja di sana. Lepas bersahur, kami gerak semula ke kampung. Sampai lebih kurang jam 10 pagi hari Sabtunya.
  
Balik kampung di bulan puasa, tak berjalan ke mana-mana tempat tertentu. Jalan dekat-dekat sahaja. Tapi seronok berbuka puasa dengan keluarga mertua. Merasai masakan mak mertua dan membeli kuih muih/makanan orang pantai Timur yang susah ditemui di sini. Sempat juga kami pergi menziarahi anak buah yang belajar di Kampus UITM Chendering.  

Kak Nadia, belajar rajin-rajin ye:)
Hari Rabu nya ke Bandar Terengganu untuk menghantar adik ipar menaiki bas balik ke Kuantan. Singgah pula ke Pasar Payang membeli pesanan kawan-kawan. Tak rasa nak shopping sangat sebab bulan puasa. Keropok lekor pun tak ramai yang berniaga. Asyik balik kampung beli keropok jer, kali ini saya beli serunding daging untuk dibawa balik ke Semenyih.
Fina dan nenek di Stesen bas Terengganu.
Berkesempatan singgah ke pasar Batu Enam di Terengganu. Kali ini rambang mata tengok juadah berbuka puasa yang banyak dijual. Banyak pilihan dan harganya memang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan tempat kita di sini. Kuih RM1 - 4 biji. Paling mahal RM2 sebungkus. Macam-macam kuih, acar, kerabu, dan lain-lain. Kos di kampung jauh lebih murah. Sampai saya fikir, boleh untung ke bisnes mereka.

5 hari di kampung abang, Rabu malam kami bergerak balik ke Semenyih. Sampai Khamis pagi memandangkan hari Jumaat abang dah mula bekerja. Insyaallah, kami akan pulang pada Hari Raya Haji tahun ini.

Giliran balik ke kampung dari sejak awal kahwin, kalau raya di sini, sambut puasa di sana, dan Raya Haji di sana. Begitulah sebaliknya. Rasa lagi senang ikut giliran begini, adil dan sepakat. Jangan raya bergaduh nak balik kampung masing-masing, tak elok tau! Pakatlah untuk keserasian keluarga sendiri.
 Ini gambar budak tak pose di kampung:) 

21 minggu

Minggu 21
Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
Anda
Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.


Adik Fina dalam perut ni dah terasa kadang-kala 'mengeras' , terutamanya waktu mama dia baring merehatkan diri. Alhamdulillah, saya menjalani ibadat puasa tanpa sebarang masalah. Tak rasa lapar atau penat. Walaupun hari-hari drive pergi dan balik ke tempat kerja. Cuma tak boleh shopping lama-lama, terasa sakit pinggang dan sakit kaki. Lama tak exercise lah tu.

05 August 2011

Cuti

Malam ini saya sekeluarga akan pulang ke Setiu, Terengganu. Mudahan perjalanan kami selamat. Tak target pun sampai jam berapa. Terpulang pada driver punya ketahanan dari mengantuk dan juga berapa perhentian yang akan kami singgah untuk makan, ke tandas dan sebagainya. Yang penting tiba ke kampung dengan selamat. Saya, peneman yang sering tidur kalau balik ke Terengganu. Bila sedar-sedar hari dah terang. Cuma bila sesekali tersedar, saya akan tanya abang samaada dia masih bertahan atau tidak. Yelah, malang tidak berbau kan. Dalam kita berhati-hati di jalan raya, kalau pihak lain yang cuai, kita juga yang akan terima tempiasnya.

Fina malam tadi dah nyanyi lagu Balik Kampung...la..la..la...Dia tengok dalam tv masa iklan lagu caller ringtone raya. Kelakar pula bila dengar dia nyanyi.

Blog saya tidak bersiaran selama seminggu. Berukband sudah lama tidak dilanggan. Selamat menjalani ibadah puasa. Doakan kami selamat pergi dan balik.

Pagi ini

Petang semalam saya dan Fina sampai ke rumah jam 5.15 petang. Mengikut target sebab jalan tak sesak sangat. Suko hati den:)
Pagi ini, tempuh kesesakan kat depan simpang Bangi hinggalah susur masuk ke Putrajaya selepas Hospital Serdang. Kalau dah sesak begini, memang ada lah apa-apa yang berlaku kat jalan depan tu.


Bulan puasa adalah bulan beralihnya hobi baru saya dengan menangkap gambar kenderaan ketika sesak. Dah kereta slow, bolehlah tangkap gambar dengan selamat. Tersangkut yang bergerak tak apa, jangan tersangkut yang tak gerak langsung. Memang letih. Tapi tak sempat tangkap gambar accident yang menjadi penyebab utama jalan sesak pagi tadi. Betul-betul accident kat depan susur masuk ke Putrajaya. 3 buah kereta langgar berderet, mungkin sebab tak sempat break.

Dalam kesesakan saya tersengih-sengih dengar berita dalam radio Cuepacs Minta Bonus 2 Bulan untuk orang gomen. Berani dan selambanya meminta bonus dengan PM. Bagus-bagus, siapa lagi yang layak mintak kalau bukan dengan saluran Cuepacs sebagai perantaranya kan. Kalau tak dapat bagi 2 bulan gaji pun, bagilah apa yang termampu. Asalkan merasa duit rayo tahun ini.
Lepas itu, terdengar pula khabar berita Ally Iskandar putus tunang. Tak apa, belum nikah lagi. Statusnya lebih selamat daripada setelah berumah tangga dan bercerai berai. Mungkin tiada jodoh atau itu bukannya pasangan yang ditakdirkan untuk En Ally kita.  Teruskan mencari. Eh, dah jadi penasihat tak berbayar pula.   

Ini gambar buah hati saya pagi tadi yang tak tidur pun dalam kereta. Duk sit depan main gunting-gunting tisu. Melayan mama nya berborak. Paling best bila saya marah orang dalam kereta, dia pun ikut sama. Orang perempuan, kalau pegang stereng, secara automatik mulut ngomel kalau ada pemandu lain yang makan jalan kita. Mentang-mentang kita orang perempuan, kadang-kadang selamba je nak potong dan cucuk secara tak berhemah. Tapi kalau dah ada anak yang duk sebelah, baik nyanyi lagu sama-sama daripada terkeluar perkataan yang tidak sesuai untuk anak kita dengari.

Salam 5 Ramadhan. Moga amalan kita diberkati oleh-Nya.

04 August 2011

Kenduri

Sempena menyambut Ramadhan, Sabtu lepas ayah dan umi saya mengadakan kenduri di kampung. Turut diadakan majlis tahlil untuk ahli keluarga kami yang telah pergi. Al-Fatihah untuk arwah mak. Ayah dengan umi buat majlis makan tengahari. Hujan turun lebat semasa bacaan tahlil diadakan.


Tak sempat nak tangkap gambar banyak. Sibuk nak menolong apa yang patut. Cerita lebih lanjut di blog kaklong. Gambarnya pun lebih kurang sama sebab Kak Reen anak buah sulung yang tolong ambilkan gambar.


Lauk pauk yang disediakan secara gotong royong dengan jiran-jiran. Menunya bertukar dari menu asal sebab ikut 'citarasa' ayahanda. Umi layan....
Tak banyak lebih makanan yang tinggal, dah dibungkus untuk bekalan jiran-jiran dan sedara mara yang datang.
dan gambar pipi gemuks saya dengan kakak ipar tersayang. Gambar tangkap sendiri, tak sempat nak possing comel2:) Tuan rumah busy la katakan.

Duduk kampung 2 hari makan jer..Berselera pula bila tengok makanan-makanan yang ada. Terlepas hajat nak makan lauk pengantin~ hati lembu masak kicap. TQ Umi. 
Lepas makan lauk kenduri, makan pula buah-buahan tempatan.
Durian-rambutan-manggis.
Selesai semuanya lepas Zohor dan acara mengemas pula.

Halangan

Perjalanan balik yang pada mulanya lancar dari Putrajaya ke Semenyih, terganggu pula bila betul-betul sampai di Pekan Semenyih. Petang semalam hujan lebat, saya sampai Pekan Semenyih jam 5.00 petang. Sepatutnya dari pekan ke Taman Pelangi Semenyih hanya 10-15 minit jer. Bajet sampai rumah 5.15 petang, tapi tambah 15-20 minit sebab adanya masalah ini:

Lori ni rosak masa nak keluar di jalan raya. Kepala lori dah masuk sebahagian jalan. Kereta jadi sesak sebab laluan sempit. Inilah punca sebenarnya. Padahal jalan ke taman saya hanya sebelah je dari tempat kejadian. Dugaan. Nasib baik balik awal, kalau balik lewat, memang sampai ke rumah malamlah jawabnya.
Baba Fina sampai lebih kurang jam 6 petang. Katanya jalan dah jamme dari Semenyih ke Kajang. Dengan hujan lebat, lagi teruklah kesesakan di Pekan Semenyih petang semalam.
Macamnilah nak harung perjalanan pergi balik hari-hari ke tempat kerja. Dapat-dapat lagi kalau bulan puasa. Semuanya nak sampai awal ke rumah. Ada 2 minggu lebih saya nak hadapi sebarang kemungkinan. Sebab tinggal di rumah sendiri, walaupun agak jauh, alah bisa tegal biasa. Lagipun memang dari lepas kahwin saya dah duduk luar Putrajaya. Kalau rasa diri sendiri duduk jauh, sebenarnya ada orang lagi jauh ulang alik ke tempat kerja. Tanyalah kat mana-mana ofis, mesti ada. Kecuali pada yang duk kuarters lah. Memang disediakan kemudahan tempat tinggal berhampiran tempat kerja.

Masuk hari ke-4 berpuasa, pagi-pagi Fina tidur di tempat duduk belakang kereta. Bila dah sampai ofis, baru saya kejutkan dia untuk hantar ke Taska. Pagi ini je dia meragam sikit. Merengek-rengek sebab terjaga awal masa kami lepas sahur. Selalunya angkat dia, masih tidur. Mengantuk agaknya. Inilah peneman saya pergi dan balik hari-hari. Pagi-pagi tidur, time balik petang jadi teman berborak dalam kereta.

Misi hari ke -3 berjaya :)
Masak simple-simple jer. Yang penting 'air tangan' dan perut kenyang.
Salam 4 Ramadhan. Moga segala amalan kita diberkati.


03 August 2011

Pemeriksaan Antenatal ke3 dan hari ke2 puasa

Semalam checkup kandungan yang masuk 19 minggu. Timbang berat, tekanan darah dan air kencing. Tak ada ujian darah sebab puasa agaknya. Nurse ukur diameter perut. Dibuatnya ultrasound untuk dengar jantung baby. Tapi cari tak jumpa, sampai naik senak perut acik ni ditekannya dengan alat tuh..Alhamdulillah, kesihatan saya dan baby dalam keadaan baik. Tiada masalah-masalah yang kronik. Minta dijauhkan lah.
Hampir 2 jam jugalah menunggu giliran. Kesian peneman setia saya yang menunggu di luar. Mula-mula nak pergi seorang, tapi Baba Fina nak tolong hantarkan. Fina sibuk bermain, lari sana sini, bila terhantuk kepala kat kerusi luar, meraung satu klinik tu dengar. Saya balik ke rumah dekat-dekat pukul 5. Keletihan, tidur kejap sampai 5.30 petang.  Bila dah agak-agak hilang letih, start jadi chef kat dapur.

Menu semalam ~ Sup pasta, sawi goreng, asam pedas ikan kembung dan ikan masin goreng.  Pencuci mulut yang dibeli ~ tembikai, apam dan agar-agar.
Untuk Fina, babanya beli laksam sebungkus. Habis licin dimakannya. Tinggal kuah jer..hi2..

Baru 2 hari berjaya mencapai azam untuk memasak sepenuhnya di bulan ramadhan. Memang ada satu  kepuasan dihati bila dapat memasak sendiri di bulan yang mulia. Dan para isteri dan ibu-ibu, jangan lupa untuk berdoa ketika masuk waktu berbuka puasa, masa tersebut adalah masa mustajab untuk kita panjatkan doa kepada Allah SWT.  Takdelah doa yang panjang-panjang, contohnya doa-doa yang ringkas seperti diberi kebahagian keluarga, moga anak yang makan masakan kita jadi anak yang soleh, suami bertambah sayang dengan isteri, diberi keberkatan dalam hidup dan dimurahkan rezeki. Doa-doa yang simple dan diniatkan dalam hati, mana tau, insyaallah, salah satu doa kita tersebut dimakbulkan. Sekadar perkongsian ilmu yang saya dengar dari ceramah sebelum puasa haritu. Tapi masa-masa kemuncak nilah kita insan yang paling sibuk, mana nak hidang makanan, nak sediakan air lah, anak merengek dan macam-macam ada.. Kira sambil-sambil buat kerja tu, dengar azan kita terus doa dalam hati. Pastu boleh layan cerita drama Kasih Alia kat TV3. hi2..

Salam Ramadhan untuk semua. Dah masuk 3 hari rupanya kita berpuasa. Moga diterima segala amalan kita di bulan mulia ini. Amin.

02 August 2011

Juadah apa

Petang semalam saya sampai di rumah seawal jam 5.15 petang. Suka betul bila dapat balik awal. Tercapai hajat nak masak memasak. Sempat buat kuih keria lagi.
Fina berbuka puasa dengan laksam. Habis semangkuk dia makan. Babanya beli kat depan rumah.

Hari ni ada checkup kat Klinik Kesihatan Rinching. So, boleh balik awal sikit. Lepas lunch ambil Fina. Juadah berbuka, balik rumah baru fikir. Kena tengok stok bahan yang sedia ada. Rasa-rasa nak buat Sup pasta, sesuai untuk selera saya & Fina malam ini. Tengok resepi dalam majalah Pa&Ma tadi, bahan-bahan semuanya ada dalam kabinet dapur. Dah print  untuk dicuba. Nasi???? Menu wajib baba Fina. Tentulah kena masak hari-hari.  

01 August 2011

Minggu ke 19

Minggu 19
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Tahun lepas saya puasa penuh kerana masih menyusukan Fina. Tahun ini harap-harap puasa penuh juga semasa mengandung. Cuma saya amalkan pengambilan kurma dan air horliks campur oat dan nestum setiap hari. Selainnya makanan macam biasa, nasi dan lauk, serta lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin Salindah saya masih ambil setiap hari, pagi dan malam.
Kerja di pejabat, jika dibandingkan dengan orang yang bekerja dalam panas terik, apalah sangat kan. Yang penting keikhlasan dan kesihatan tubuh badan yang patut diutamakan dalam menjalani ibadat puasa. Cuma jika ada kemudaratan terhadap kandungan dan diri sendiri, dibolehkan berbuka puasa mengikut syariat yang telah ditetapkan di dalam agama Islam. Ibadat itu bukanlah untuk menyusahkan kita, tetapi memudahkan kita sekiranya kita mendalami dan memahami kelebihan setiap ibadat yang diwajibkan. Selamat berpuasa buat ibu-ibu yang sedang mengandung. Moga diberi kita kekuatan untuk meneruskan ibadat puasa tanpa halangan-halangan yang tidak mampu kita atasi.

AJAIBNYA TANGAN IBU

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
 
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah)
 
 
 
Bila telah menjadi seorang IBU, baru kita mengerti dari dalam sanubari erti kasih sayang yang sejati.
 

Salam Ramadhan 1432H

Alhamdulillah, diberikan kesempatan dan peluang dari-Nya untuk bertemu di Ramadhan kali ini. Moga amalan dan ibadat yang dilakukan diberkati oleh-Nya di bulan yang mulia.

Saya hari ini keluar seawal 6.40 pagi. Tukar waktu kerja dari masuk jam 8.00 pagi ke jam 7.30 pagi.  Boleh balik awal sikit jam 4.30 petang. Nak jayakan misi masak memasak untuk keluarga tersayang sempena Ramadhan kali ini. Kebiasaannya saya naik kereta sekali dengan baba Fina. Bulan ini bawa kereta asing. Saya drive ditemani Fina, dan baba Fina naik motor. Bukannya apa, nak jimat masa semasa waktu pulang nanti. Takut kene hadapi kesesakan lalulintas yang melampau masa bulan puasa. Kalau pergi sekali, lewat sikit baba Fina datang jemput ke ofis saya.

Pagi ini lalulintas dari Semenyih ke Putrajaya lancar, cuma kereta agak banyak. Rasanya ramai yang keluar awal dan tukar waktu bekerja sempena bulan puasa ini. Fina, tidur sepanjang perjalanan pagi ini. Tidur kat tempat duduk belakang. Minum susu sebotol, sampai ofis saya baru saya kejut untuk ke Taska. Fina ok je pagi ini, sebelum tidur saya dah pesan harini naik kereta dengan saya, duduk diam-diam. Cuma 3 minggu jer nak hadapi waktu pergi kerja dan balik kerja yang 'mencabar'. Minggu depan dah seminggu cuti balik ke Terengganu. Hujung bulan, insyaallah sambut Hari Raya Aidilfitri pula. Bila tengok kalendar, rasa cepat sungguh masa berlalu. Bagai baru bertemu Ramadhan lalu, dan Ramadhan kali ni muncul kembali tanpa kita sedari.

Selamat menjalani ibadat puasa. Terbitnya rasa rindu pada insan-insan yang telah 'tiada' bila tiba bulan mulia ini. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails