Posts

Showing posts from September, 2011

Adam Alif

Image
Bersawang sungguh blog Mama Fina. Diam tak diam, dah berakhir pun bulan Syawal 1432H. Saya masih memenuhi undangan open house sana sini. N3 terbaru saya kongsikan gambar anak buah terbaru saya ~ ADAM ALIF . Fina, mama, baby dalam perut yang berusia 6 bulan dan juga baby Adam yang sedang nyenyak tidur. Adam anak kawan baik saya ~ Kak Wa. Alhamdulillah, selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Putrajaya. Kata Kak Wa tidak boleh lahir secara normal kerana baby ke kiri dan uri bawah. Awal seminggu daripada due awal bulan depan. Dah masuk 4 tahun, akhirnya rezeki anugerah cahaya mata dikurniakan oleh-Nya untuk Kak Wa dan suami. Syukur. Baby Adam lahir 3.7 kg. Comel dan sihat. Lain kali auntie az jumpa Adam lagi ye.

26 Minggu

Image
Bayi Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan. Anda Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Mood berhari raya masih diteruskan. Tiap-tiap minggu memenuhi undangan rumah terbuka jika berkelapangan. Minggu lepas saya ke Klinik Desa Rinching untuk pemeriksaan kesihatan biasa. Alhamdulillah, baby dalam perut sihat. Dah boleh dengar degup jantungnya :) Cuma masalah pada mamanya pula. Berat badan berlebihan :(. Rasanya taklah naik banyak berat, tapi bila timbang naik dari 50kg masa last checkup ke 55kg minggu lepas. Naik 5 kg tu!!! Terbayang sama berat dengan beras paket kecil tu

Diari Mama

Bila dah berakhirnya Ramadhan dan memasuki Syawal yang telah hari ke 11, sudah tentu perkara yang harus dimasukkan dalam diari mama ialah memenuhi undangan Rumah Terbuka Aidilfitri. Semalam ~ Jamuan Raya Unit Hari ini ~ Jamuan Raya Jabatan Esok ~ Open house sana sini. Ahad ~ Kenduri Kahwin di Semenyih Minggu depan ~ Jemputan Kenduri Kahwin di Putrajaya dan Open House Insyaallah, jika kelapangan kami sekeluarga akan memenuhi undangan-undangan yang telah dihantar. Dan sanak saudara dan sahabat yang ingin bertandang ke rumah, mohon maklumkan lebih awal bagi mengelakkan kami tiada di rumah pada waktu tersebut.

Movies

Image
Zaman sekolah dulu, salah satu cerita yang saya suka sangat tengok ialah  The Cave of The Golden Rose kat TV2. Kalau tak silap, siarannya malam. Jalan cerita yang menarik mengenai kisah-kisah dongeng dan fantasi. Princess Fantaghiro tu mengembara dalam hutan jumpa dengan macam-macam makluk. Rasanya ditemani batu yang boleh bercakap. Semalam terlihat iklan kat TV9, mulai 11 Sept ini cerita ini akan ditayangkan semula jam 10 malam.Ini antara cerita yang saya ingat sampai sekarang selain daripada Ninja Turtle, Smurf, Suria Perkasa Hitam, Merro Attack, Gaban, Knigt Rider dan lain-lain yang menjadi kegilaan semasa zaman kecil. Bagi yang minat nak tengok, boleh juga tonton kat youtube. Mesti tak nyesal punya :) Watak Hero - Romaldo Heroin utama- Fantaghiro. Jenuh juga menunggu princess ni bertukar jadi cantik jelita sebab watak dia pada awalnya macam lelaki. Rambut pendek. dan Hero watak jahat yang handsome - Tarabas . Selamat menonton.

Minggu 24

Image
Minggu 24 Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu. Fina dah 2 Tahun 8 Bulan Baby dalam perut sudah 5 bulan Minggu ke 24 saya sudah mula makan Salindah untuk Set B2 Alhamdulillah, tahun ini dapat berpuasa penuh sebulan. Badan pun tak rasa letih sangat. Cuma bahagian kaki yang agak lenguh bila berjalan/berdiri lama. Tiap malam sapu minyak afiat dan minggu ini abang dan Fina tolong letakkan halia untuk elakkan kejang kaki dan simpul biawak. Selebihnya, diberi kesihatan yang baik. Nak tunggu daging rusa dari Sabah. Teringin pula makan daging payau baahh..

Fina di hari raya

Image
Mood nak menulis belum sampai lagi. Maklumlah hari Isnin. Baru nak start dengan jadual baru. Layan sahaja gambar2 Fina masa raya tempoh hari. ^ ^ ^ ^ Suasana riang di hari raya Gembira dirasa seluruh jiwa Fina beraya bertocang dua Berbaju kurung cantik bergaya Ketupat juadah di pagi raya Untuk santapan bersama keluarga Kak ya dan Dania teman sepermainan Antara sepupu yang dijadikan teman   Kuih raya pelbagai jenis Turut dirasa dodol dan wajik juga Abang Adief bergambar serius Bersama Fina di petang raya

Salam Aidilfitri

Image
Salam Aidilfitri 1432H Maaf Zahir dan Batin Daripada Az, Azhar & Fina. Lokasi : Kampung Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, N9 Sesi bergambar di pagi raya. Raya kali keempat bersama keluarga setelah bergelar seorang isteri. Insyaallah, tahun depan raya berempat pula bila adik Fina dah lahir.