27 October 2011

Check up 31 minggu

25 Okt 2011 lepas, saya ke Klinik Desa Rinching untuk temujanji pemeriksaan kesihatan ibu dan kandungan selanjutnya. Seperti biasa, menunggu dekat 2 jam, barulah selesai semuanya. Checkup kali ini, berat naik extra 1kg, tapi under control lah. Kalau 2 minggu lepas berat saya 57kg, minggu ini telah naik 2kg ke 59kg.  Tekanan darah normal 110/70. Tinggi rahim sudah 30cm dan kadar deyutan jantung baby 146 perminit. Result air kencing masih Biru dan HB ok dari checkup sebelumnya 11.9.

Mulai semalam, dah start kira tanda Carta Pergerakan bayi untuk sehari. Bermula dari pukul 9 pagi hingga ke waktu akhir gerakan yang ke 10. Nurse pesan, kalau tidak merasa 10x pergerakan hingga jam 9 malam, terus ke hospital berdekatan. Ini untuk elakkan baby lemas dalam kandungan.

Masih ada 2 bulan untuk menantikan kehadiran adik Fina. Persiapan rasanya nak start bulan depan. Beli apa yang perlu dan diperlukan.

Roti Gulung Sosej


                                        Roti Gulung Sosej (sumber My Resepi)

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja)
  • 8 sosej ayam @ daging
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • secubit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Gelek roti hingga nipis/leper
  2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan
  3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
  4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
  5. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
  6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan

***********************************************************

Resepi yang mudah dan senang untuk disediakan. Anggaran roti dan sosej boleh ditambah mengikut jumlah yang ingin disediakan. Saya buat untuk dibawa ke taska Fina minggu lepas. Ada jamuan untuk sambutan birthday bulan Okt. Kalau untuk kanak-kanak, lebih baik jika roti gulung tersebut dipotong kepada 4 bahagian kecil selepas digoreng. Saiz kecil sikit, dan mudah anak-anak nak makan.

Selamat mencuba;) 

25 October 2011

Medela FS


Semalam saya terima 1 bungkusan. Bungkusan yang saya tunggu-tunggu selama ini. Impian ibu-ibu yang BF, kebanyakannya mengidamkan memiliki barangan ini. Bukannya sebab gadjet lain tidak bagus sepertinya, tetapi 'perasaan kepuasan' yang sukar ditafsirkan.
Siapa yang 'teringin' sahaja yang tahu bagaimana menggambarkan perasaan gembira bila berjaya memilikinya.

Saya pernah ceritakan di n3 terdahulu mengenai persediaan BF untuk 2nd baby kali ini. Saya telah menempah Medela FS daripada Pn Ruziah melalui AnakIbu Shop.
Dalam set ini terdapat Set Pam Medela FS disertakan dengan beg pam, cooler beg, botol susu medela 4pcs dan part pam yang lain seperti tiub, corong dan lain-lain

Juga barangan FOC botol susu Bumble Bee 10pcs serta Buku Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya.

Apa yang saya paling suka tentang pam ini ialah saiznya yang kecil hanya sebesar tapak tangan tetapi boleh digunakan untuk mengepam susu di mana sahaja tanpa masalah.
Memang hati gembira berbunga-bunga bila berjaya memiliki pam ini. Cuma diingatkan pam hanyalah sebagai alat bantuan untuk memudahkan ibu meneruskan BF. Apa yang penting ialah niat, komitmen dan disiplin dalam meneruskan penyusuan susu ibu. Pam susu yang mahal dan murah bukanlah menjamin kejayaan ibu-ibu dalam BF. Guna teknik marmet pun sebenarnya boleh berjaya. Terpulang pada kehendak dan kemahuan sendiri.
Moga saya berjaya untuk perjuangan seterusnya.

Minggu 30 ++

Minggu 30 dan 31

Bayi

Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.
******************************************************
Gambar geng-geng ibu mengandung di ofis.
Beratur ikut due, mula-mula Aishah (tunggu hari bersalin), Cik Ima (awal Dis), saya (akhir Dis), Ita (Januari 2012) dan Jaja pengantin baru (pregnant masuk 2 bulan).

Alhamdulillah, saya telah memasuki usia kandungan 7 bulan minggu ini. Tiada masalah, cuma last checkup HB turun sedikit. Selainnya, berat badan dan baby dalam keadaan baik. Kaki saya memang jenis urat timbul pada belah kiri, ada 2 kali kene kejang waktu malam. Sejak hariitu, hari-hari sapu pati halia dan pakai stokin tidur malam. Biar panas dan urat tak sejuk. Cuma 2-3 hari ini, tidur malam rasa panas sangat. Peluh banyak macam lepas berlari. Teringat masa mengandungkan Fina dahulu. Guna 2 kipas waktu tidur. Satu kipas siling, satu kipas bawah. Baru sejuk badan.

Hari ini ada checkup di Klinik Desa Rinching. Harap result checkup normal dan tiada masalah. Lepas tu boleh balik kampung sambut Deepavali. hi2..
Saya dapat berita daripada kakngah semalam, kene admit di Hospital KKB. Kakngah saya pun masuk club ibu mengandung tahun ini. Minggu ini dah masuk 8 bulan. Doakan beliau sihat kembali ya:) Dan baby tiada sebarang masalah hendaknya. Amin.

11 October 2011

29 Minggu

Minggu 29
Bayi
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya
terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Anda
Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.
******************************************************
Hari ini saya ada regular checkup di Klinik Desa Rinching. Last checkup bulan lepas jumpa doktor. Result ujian minum air gula di Klinik Kesihatan Beranang masa tu belum dapat lagi. Insyaallah, hari ini dapat result nya. Tapi saya rasa result tu ok lah. Cuma sekarang ini memang kat mana-mana Klinik Kerajaan, kalau ada pertambahan berat badan ataupun ujian air kencing result - green lebih 2x mesti kena minum air gula. Benda paling malas nak buat masa mengandung.
Dan insyaallah, malam ini kami sekeluarga akan pulang ke Setiu, Terengganu. Kali ini untuk menemui ayah dan mak mertua yang akan menunaikan haji dalam minggu ini. Tarikh berlepas Tabung Haji dah bagi samaada 14,15 atau 16  Oktober 2011. Memandangkan baba Fina dah start sem baru 15 dan 16 ini, jadi kami pulang awal ke kampung. Buat persediaan apa yang patut sebelum mereka berangkat ke Mekah. Alhamdulillah, impian mereka bakal tercapai tahun ini. Moga mendapat haji yang mabrur.

06 October 2011

Whopper


Teringin nak makan Whopper BK nih...Tak berkesempatan ke Alamanda. Kalau ajak baba Fina, confirm kene reject. Tunggu weekend yang free..Sempatlah tuh:)
Kenapa rasa mengandung 2nd baby ni perut lebih cepat membesar..Hongeh..Tapi itu yang dikatakan 'nikmat' seorang ibu. Boleh membawa kandungan selama 9 bulan 9 hari. Menghadapi sakit-sakit yang tidak memberi keselesaan ketika tidur. Mengah bila berjalan dan membuat kerja. Rasa letih dan cepat penat. Sakit pinggang, sakit kaki, sakit urat dan macam-macam sakit lain. Belum lagi yang dapat alahan yang teruk. Semua itu dugaan ketika mengandung. Tapi bagi saya yang paling seronok ialah ~ boleh makan apa sahaja yang teringin dimakan dan sedap ditekak ketika mengandung:) dengan alasan 'baby dalam perut nak makan'....Boleh?

Fina ~ bila saya tanya baby dalam perut Fina makan apa?
~ makan nasi, air milo, mee.
~ jawapan yang jujur daripada seorang kanak-kanak. Apa yang difikirkan di kepala, itulah jawapan yang keluar di mulut nya.

03 October 2011

28 Minggu

Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Matanya akan terbuka dan kepalanya akan berpaling jika cahaya diarahkan padanya. Saat ini berinteraksi dengan bayi dalam rahim sama ada membaca atau menyanyi sangat bagus.
Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.
*********************************************************************
Baby dalam perut banyak bergerak dan kadang-kadang suka 'mengeras' terutamanya ketika saya berbaring. Masuk trimester ketiga ini, saya tidak kuat makan. Hanya makan ketika lapar dan cepat berasa letih bila terlalu aktif. Suka makan chakueh, apam balik, buah epal, pear, oren, air laici dan aiskrim.
Saya tidak berhajat untuk scan baby dalam perut ini. Kami suami isteri tidak kisah samaada anugerah kali kedua ini baby perempuan ataupun lelaki, asalkan cukup sifatnya dan sihat. Cuma kalau yang first anak perempuan, tentu kali ini teringin anak lelaki. Keinginan itu tetap ada untuk dapatkan sepasang. Bergantung pada rezeki-Nya. Mohon dipermudahkan urusan bersalin kali ini. Saya belum membuat persediaan. Insyaallah, masuk 8 bulan nanti baru menyediakan kelengkapan apa yang patut. Yang mana boleh guna barang-barang Fina dahulu, saya akan guna semula.
Dari segi BF, saya bertekad untuk meneruskan BF baby kedua ini dengan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dan diteruskan penyusuan susu ibu penuh hingga baby berusia genap 2 tahun. Barangan BF dah diorder seperti pam medela FS daripada AnakIbu Shop, botol BPA, liner dan pek ais dari Enjoybreasfeed dan insyaallah saya akan uruskan hospital untuk tempat bersalin yang telah dipilih.

Menyambut kelahiran anak kedua, tidaklah begitu 'kekok dan kalut' jika dibandingkan dengan anak pertama. Semuanya bergantung pada pengalaman anak terdahulu. Sekurang-kurangnya ibu bapa boleh menggunakan pengalaman yang pernah dilalui untuk dijadikan panduan menguruskan anak-anak yang seterusnya. Kata orang, belajar pada orang yang dulu makan garam daripada kita, dan banyakkan pembacaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang pengendalian bayi, ibu dan keluarga. 

2 Tahun 9 bulan


Fina sudah memasuki usia 2 Tahun 9 bulan. Perkembangan fizikal dan mentalnya yang berubah mengikut perkembangan kanak-kanak normal yang seusianya.
  • Boleh bertutur dan bercakap lebih 1 ayat yang ringkas.
  • Jangan tak percaya, gusi Fina tak penuh-penuh lagi. Ada 4 tempat kosong gigi yang belum tumbuh lagi.
  • Suka menyanyi.
  • Mandi dan pakai baju sendiri.
  • Suka makan aiskrim dan coklat.
  • Minum susu formula yang dipanggil 'air lo' = air milo.
  • Suka tengok cerita ultraman.
  • Asyik pasang CD lagu kanak-kanak yang sama bila dalam kereta.
  • Tengok iklan kat tv, mainan, makanan, semua dia cakap nak. Dan jawapan standard yang saya  dan baba nya beri ialah 'Nanti kita beli ye'. Baru dia senyap, kalau tak, asyik cakap 'nak tu ma'..
  • Kuat merajuk, sejak nak dapat adik ni, sangat rapat dan manja dengan saya.
Fina baru baik daripada serangan ulser dalam mulut minggu lepas. Saya cuti 2 hari menjaga Fina di rumah. Mula-mula ingatkan Fina kena jangkitan virus kaki, tangan dan mulut sebab kat Taska dah ada kanak-kanak yang kena. Bila check doktor, doktor cakap kena ulser biasa. Besar juga ulser tepi lidahnya, sampai tak nak makan apa-apa. Bila nak makan, cakap 'sakit mulut'. Lepas 3 hari, baru Fina makan dan minum susu macam biasa. Alhamdulillah, Fina dah sihat sepenuhnya.
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails