Posts

Showing posts from November, 2011

Baby baru

Image
Alhamdulillah, kakngah saya telah selamat melahirkan puteri yang pertama dan anak yang keempat pada malam 26 November 2011 yang lalu. Baby girl seberat 3.58kg di Hospital Sungai Buloh. Saya datang melawat petang kerana tunggu ayah dan umi yang datang dari kampung. Kaklong & family telah berkumpul lebih awal memandangkan waktu melawat hospital tidak sama dengan waktu melawat hospital yang lain. Selalunya public holiday, boleh melawat hingga ke malam. Cerita lebih lanjut di blog kaklong . Sementara saya pergi melawat kakngah, Fina tunggu di luar bersama kaklong & family. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Kalau ikutkan perancangan, kami ingin bermalam di rumah kakngah. Tapi memandangkan kakngah masih belum boleh keluar hospital dan masih dipantau, jadi kami balik semula ke Semenyih dekat-dekat Magrib. Ayah dan umi pun balik ke kampung terus malamnya. Ayah dah lama tak masuk ofis, tu yang tak bermalam di rumah kami. Takpe, lain kali maklang datang melawat baby

Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul

Image
Sabtu lepas, kami sekeluarga memenuhi jemputan ke Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul adik Adam Alif, putera sulung kepada kawan baik saya Pn Salwa & En Halim di Taman Sungai Besi Indah. Majlis diadakan lepas Zohor. Lepas Asarnya pula diadakan Majlis Pernikahan adik Kak Wa . Adam tengah tidur, lagipun Majlis agak lewat diadakan. Sudah berubah wajah Adam ni bila dah besar sikit. Dah macam muka abang Halim lah. Apapun, acik az doakan Adam sihat, membesar dengan baik dan jadi anak yang soleh ye. Terima kasih atas jemputan Kak Wa sekeluarga, sorry tak dapat datang ke Majlis Perkahwinan adik Kak Wa pada hari Ahadnya pula. Nak pergi Hospital Sungai Buloh. Tengok anak buah baru :)

Metrojaya Sale @ PICC

Image
Jom SHOPPING time rehat ni..Cari apa yang menarik. Mentang-mentang orang gomen dah gaji semalam. Bolehlah cuci mata ;) Maklumat lanjut di http://www.shoppingnsales.com/2010/12/15/22-26-december-2010-metrojaya-carnival-sale-putrajaya/

Minggu ke 35

Image
Bayi Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga. Anda Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang. ***************************************** Telah memasuki minggu-minggu akhir sebelum due. Lebih kurang 5 minggu sahaja yang tinggal. Berat badan semakin bertambah. Daripada 49 kg semasa  mengandung 12 minggu, sekarang telah menjangkau 62 kg.  Naik 13 kg. Berat sangat ke perut ni? Kadang-kadang bila mengandung pelik bila berat bertambah berganda-ganda. Tak tahu apa yang berat. Minta-minta lepas bersalin nanti, boleh slim semula. Dah tentunya dengan cara semulajadi ~ beri susu ibu kepada bayi. Biar baby sedut lemak-lemak yang tak sepatu

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall

Image
Tertunai hajat untuk melawati dan bershopping di Maternity & Children Expo yang diadakan pada 18-20 November 2011 yang lalu. Awal pagi dah bergerak ke sana. Sampai di Mid Valley lebih kurang jam 10.30 pagi. Tak tahu pun tapak expo di mana, tapi ingat-ingat lupa rasanya di aras atas sekali. Sebab selalunya expo diadakan di situ. Macam expo hartanah & perumahan yang saya datang 4 tahun lepas. Manalah nak ingat, dah lama tak pegi Mid Valley. Betul jangkaan saya, tapak expo yang sama. Dekat dengan panggung wayang dan food court. Sebab sampai awal pagi, walaupun ramai pengunjung, tapi masih boleh berjalan dengan aman. Bila je waktu tengahari, terus jalan sesak. Ramai sangat orang. Nak shopping pun berpeluh-peluh. Maklumlah, badan dah membesar. Pintu masuk utama expo, dipenuhi belon2.   Mama & Fina sebelum masuk ke tapak expo. Bila dah penat tunggu mama shopping, Fina duduk dengan Baba je kat depan pentas. Ada kerusi untuk pengunjung yang melihat acara yang berlangsung di pe

Agar-agar Rose Bersantan

Image
Cuti hujung minggu lalu, berhajat nak buat puding roti. Tapi tengok bahan, tak cukup pula. Stok butter dah habis. Lagipun memang tak beli stok baru untuk bahan2 kek bulan ini, dah berehat ambil order. Tengok resepi dalam majalah RASA, ada resepi agar-agar ini. Bahan semua cukup. Ini resepinya:) 1 liter air 15 g agar-agar 130 g gula kastor 130 ml santan pekat 1 sudu makan sirap rose 1 biji putih telur Cara-caranya: Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula, santan dan sirap rose. Kacau seketika. Telur putih dipukul hingga kembang dalam bekas lain. Masukkan 1/3 adunan agar-agar yang sedang dimasak. Campurkan dengan putih telur, kacau hingga rata. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam periuk berisi agar-agar yang telah dipadamkan apinya. Kacau lagi dan sejukkan di dalam peti. Agar-agar yang baru siap dimasak.1 adunan, dapat 1 bekas ini.  Dan ini hasilnya, setelah disejukkan di dalam peti ais. Sedia untuk dihidangkan. Senang dan tidak mengambil masa yang lama. Selamat

School Holiday

Walaupun saya seorang SETIAUSAHA PEJABAT gomen, dan bukannya CIKGU SEKOLAH, tapi saya sangat suka bila menjelang musim cuti sekolah. Alasannya ^ ^ ^ Jalan raya pergi dan balik SEMENYIH-PUTRAJAYA-PUTRAJAYA-SEMENYIH sangat lancar waktu pagi dan petang jika dibandingkan waktu sekolah. Hari ini hari terakhir menikmati kesesakan lalulintas, Isnin nanti dah kurang kereta kerana ibu bapa tidak perlu keluar awal pagi untuk menghantar anak ke sekolah. Damai sikit dihati sebulan lebih yang akan datang, kalau tidak, 1 jam baru sampai rumah setiap hari. LETIH :(  Dah 2-3 kali tertidur dalam kereta, masih tak sampai di rumah lagi. Tapi nak buat macamana, tahan jelah. Cuma bila dah sampai rumah sendiri, dekat atau jauh, hilang sikit penat. Sebabnya, dapat tinggal dan berehat di rumah sendiri;) Selamat bercuti untuk para pelajar & cikgu sekolah. Selamat mengisi masa lapang dengan bergembira di samping keluarga tercinta. MELANCONG ~ keinginan saya yang belum dapat direalisasikan. Mungkin suatu

8 bulan

Lebih kurang 5 minggu lagi menghampiri tarikh due bersalin ~ memasuki 8 bulan. Persiapan masih belum dilakukan. Mungkin start minggu ini nak beli barang keperluan baby. Nak kemas dan cuci baju-baju masa Fina baby, pilih yang masih elok untuk digunakan semula. Set tilam masih boleh digunakan, begitu juga stroller, dan rasanya tidak banyak barang keperluan yang perlu ditambah. Cuma tambahan beberapa pasang baju baru, sarung tangan, sarung kaki, barut dan barang penjagaan diri dan mandian. Selebihnya, boleh beli selepas habis pantang. Lagipun baby cepat membesar. Baju-baju pun sekejap jer dah kena tukar saiz. Untuk mama nya pula, tengah mencari bidan untuk mengurut. Hospital untuk bersalin, telah diuruskan. Nak shopping stok makanan dalam pantang sebelum due. Nak penuhkan kabinet dapur biar senang urusan mengenyangkan perut nanti. Taulah dalam pantang, lapar sahaja, tapi tak semua makanan boleh dimakan. Nama pun pantang, so paling penting ialah menjaga pantang makan. Kena beli yang berkh

2nd Maternity & Children Expo 18 - 20 Nov 2011

Image
Ekspo yang menarik untuk bakal-bakal ibu baru dan ibu lama :) Maklumat lanjut di website TCE Proposal telah dihantar kepada baba Fina, tak tahulah lulus ke tak. Nak pergi..Cari barang baby...

33 minggu

Image
Bayi Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Anda Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah. ********************************* Selasa lepas, saya ke Klinik Desa Rincing untuk pemeriksaan biasa. Rasa macam Hari Ini Dalam Sejarah, sebab tak ramai ibu-ibu yang menunggu. Ada lebih kurang 7 orang sahaja. Saya orang terakhir. Cuma, walaupun tak ramai, habis lebih kurang pukul 4 petang. Seperti biasa. Perkhidmatan yang memerlukan kesabaran tinggi untuk menunggu. Berat badan saya sudah menjangkau 60kg. Naik 1kg dari 2 minggu lepas. Kiranya tahap normal. Yang lain result ok, cuma HB turun sikit 10.9. Kene pen dakwat merah dalam buku report. Kadar deyutan jantung baby telah meningkat - 144. Mengikut kadar pembesaran yang sepatutny

Raya AidilAdha

Image
Telah 5 hari berakhir Hari Raya AidilAdha. Baru nak update n3. Komputer rosak. Tak tahulah kenapa. Naik dari cuti, tak boleh on, mati terus. Dapat komputer baru, tak sampai setahun dah rosak pula. Nak tunggu technician IT repair, entah berapa lama. Kami sekeluarga beraya di kampung saya memandangkan ayah dan mak mertua mengerjakan Haji tahun ini. Sepatutnya turn raya di Terengganu. Balik pagi Sabtu, singgah sekejap di pasar tani Beranang. Tengahari sampai ke kampung. Maksu Fina ikut sekali. Dia tinggal di rumah saya sebulan lebih. Kerja sementara di KFC Tesco Semenyih. Lepas dapat sambung belajar, terus resign. Kiranya, balik raya ni, balik teruslah. Tunggu bulan 12 sambung belajar semula. Pagi raya, ayah, umi dan abang ke masjid untuk solat sunat AidilAdha. Balik dari masjid makan juadah raya ~ nasi impit, rendang puyuh dan kuah kacang. Semuanya masakan umi. Saya tolong apa yang patut sahaja. Kali ini makanan disediakan secara sederhana memandangkan along & kakngah sekeluarga ti

32 minggu

Image
Bayi Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Anda Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. ******************************************** 2nd baby sekarang memang aktif bergerak dalam perut mama. Lebih-lebih lagi bila saya berehat sampai berbaring, dan waktu rasa lapar. Memang menendang jer. Kadang-kadang 'mengeras'. Tak tahulah bersilat dalam perut sambil mengeliat agaknya. Perut pun dah semakin membesar. Baju banyak yang dah tak muat. Tidur pun sakit badan sana sini. Belum kena kejang kaki. Mau meleleh air mata menahan sakit. Nikmat semua itu, nikmat untuk ibu mengandung. Ingat senang nak melahirkan mujahid kecil ke dunia. Ibu memang seorang yang kuat. Alhamdulillah, diberikan rezeki dan nikmat

Manis

Image
Cuaca hujan berterusan 1-2 minggu ini. Dengan perjalanan balik ke rumah jalan sesak teruk. Rasanya bagai agak bosan duduk dalam kereta lebih kurang 50 minit baru sampai ke rumah. Nak pergi kerja, ok lagi. 30 minit boleh sampai ke ofis kalau tiada apa-apa halangan. Saya rasa lalulintas Semenyih makin sibuk dan banyak dengan kenderaan. Bagai berganda jumlahnya daripada awal-awal saya menetap di Pelangi Semenyih dahulu. Tapi, nak buat macamana. Tiada laluan alternatif yang sesuai untuk dijadikan jalan singkat sampai ke rumah. Nak tak nak kene tempuh jugalah walaupun sesak setiap hari. Cuma bila cuti sekolah nanti, mungkin jalan akan lengang sedikit. Bolehlah menempuh jalanraya dengan aman sebulan lebih hingga tarikh due bersalin hujung bulan depan. Kurang sikit stress mama ni ;( Semalam, sampai ke rumah terus ke dapur. Masak stok yang ada. Lagipun nak balik kampung Raya Haji. Jadi tak banyaklah stok makanan yang tinggal dalam peti. Masak nasi, sambal sardin+kentang, telur dadar, ikan mas

2 tahun 10 bulan

Image
Saya telah berusia 2 tahun 10 bulan. Mama cakap, tak lama lagi saya akan dapat baby. Masa tu umur saya genap 3 tahun. Tapi kat dalam perut saya pun ada baby. Baby saya makan nasi, minum lolo dan makan mee. Bila mama tanya baby buat apa, saya cakap baby tidur. Mama selalu pesan, bila baby dalam perut mama keluar, saya kena jaga baby, sayang baby, main dengan baby. Tapi saya rasa, saya sangat manja dengan mama sekarang. Bila mama termarah saya, saya selalu cakap 'janganlah buat na mama', 'tak nak kawan mama'. Bila mama buat saya, saya mengadu ke baba, bila baba buat saya, saya mengadu ke mama. Kadang-kadang saya minta nenem kat mama. Walaupun saya dah lama berhenti nenem, tapi rindu nak berkepit dengan mama. Mama kata saya dah besar dah, tak boleh nenem lagi. Sekarang saya minum lolo dalam botol sahaja.

Suka

Image
Bulan-bulan terakhir menantikan kelahiran 2nd baby ni, saya sangat suka makan ini :-  Apam balik ~ kalau dapat makan panas-panas lagi sedap.  Kalau nak tukar perisa, tambah coklat rice. Makan 3 keping terus kenyang. Nak yang saiz biasa dan tebal, tak nak yang nipis tu. Tak suka sangat makan yang nipis tuh. Tak puas.   Aiskrim Magnum~ classic. Yang almond punye, kurang diterima tekak. Kalau tak dapat aiskrim magnum pun, dapat apa-apa jenis aiskrim batang vanila+coklat, memang sedap membelai anak tekak. Seterusnya, aiskrim juga - McD aiskrim. Vanilla + choco top. Lagi sedap daripada sundae yang dalam bekas tuh. Semua benda manis kan, tak sama macam pengalaman mengandungkan Fina dahulu. Suka sangat western food, chicken chop, pizza, kfc, spageti. Minggu ini rasa keletihan bila balik kerja. Rasa nak baring sahaja di tilam tidur. Tapi dah sampai rumah, tengok rumah, tengok dapur, ada sahaja kerja rumah yang perlu diselesaikan. Kalau tak, sakit pula mata memandang.Nasib baik ada suami