Posts

Showing posts from January, 2012

Cuci gambar

Dah duduk je kat rumah, saya penuhi masa dalam pantang untuk cuci gambar di EOE . Jadi sedikit sebanyak, ada kerja nak dibuat. Tangkap gambar anak-anak dan cuci. Lagipun harga print di sini lebih murah daripada cuci di kedai. Saiz 4R hanya 30 sen sekeping sahaja. Kalau lebih pembelian dengan harga RM35 penghantaran percuma. Jimat bukan. Dulu-dulu ada cuci, tapi dah lama tak terusik gambar-gambar yang disimpan dalam komputer. Lagipun nak kumpul banyak dulu, baru senang sekali cuci. Rasa puas kalau tengok gambar dicetak dan diletak dalam album. Dan setiap gambar mempunyai nilai 'kenangan' serta ada cerita di sebaliknya. Lagipun kalau tidak dicuci, lama-lama hilang softcopy, hilang juga gambar-gambar lama. Lebih-lebih lagi gambar anak-anak membesar.

F&F

Image
Ini siapa? Kakak Fina Ini siapa? Baby Fiqah lah!

Countdown

44 tolak 34 Yeay!!! Tinggal 10 hari lagi habis pantang!!! Countdown time.. Kenapa bila kita dalam pantang rasa lama nak habiskan hari berpantang, tapi bila tengok orang lain pantang, kejap jer rasa dia dah habis... Saya mama ber anak dua. Sedang dalam usaha menguruskan badan. Dari berat akhir semasa mengandung 62 kg. Selepas sebulan bersalin sudah 56 kg. Target berat badan asal 48 kg. Pati halia telah habis 2 botol.

Testimoni Salindah

Image
B1 Mulai minggu ke 12 hamil Memberikan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk - sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain - lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu. B2 Mulai minggu ke 24 hamil Memberikan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis. B3 Mulai minggu ke 28 hamil Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin. B4 Mulai 4 minggu sebelum bersalin Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat se

Bersalin Part III

Image
25 Disember 2011 (Ahad) Melepasi jam 10 pagi, tiada tanda-tanda yang menunjukkan saya ingin bersalin lagi. Jadi Doktor ambil keputusan untuk masukkan ubat induce. Doktor cakap, masuk 1 biji dahulu, sekiranya tiada gesaan, akan dimasukkan sebiji lagi dan seterusnya. Air dimasukkan melalui tangan saya memandangkan air ketuban saya telah pecah malam sebelumnya. Saya hanya berehat dan sampai tengahari, saya menikmati makan tengahari yang disediakan oleh hospital. Nak kumpul tenaga di dewan bersalin nanti, kena makan walaupun sedikit. Itu yang saya pelajari melalui pengalaman melahirkan Fina dahulu. Keletihan kerana tiada selera makan disebabkan sakit yang lama sebelum ke hospital. Jadi kali ini, saya pastikan saya alas perut secukupnya. Abang dan Fina berada di sini menemani saya. Tepat jam 1 petang, kontraksi bermula. Sakit selang 30 minit dan makin lama makin cepat. Saya panggil nurse untuk check bukaan jalan. Katanya baru 2 cm. Abang duduk disisi saya, menenangkan saya ketika sakit

Bersalin Part II

Image
25 Disember 2011 (Ahad) Disebabkan sampai ke hospital 12 tgh malam hari sebelumnya, jadi kira masuk tarikh 25 Disember 2011. Hari Krismas. Nurse serahkan Buku Kesihatan Ibu dan juga borang untuk saya tandatangan supaya bersetuju dengan prosedur Hospital yang akan dilakukan. Nurse check tekanan darah dan bukaan jalan diperiksa. Baru 1 cm sahaja. Lagipun saya tak terasa sakit langsung.   Bacaan CTG diambil bagi memantau jantung baby dan tahap kontraksi. Setelah itu saya diminta untuk berehat. Doktor Anita datang memeriksa keadaan saya. Doktor tidak check jalan lagi, kerana nurse sudah check sebelum ini. Jadi sudah memadai. Katanya, lepas Subuh jika tiada bukaan, ubat induce akan dimasukkan. 😓👰👰👰😓 Nampaknya bermalam kami di hospital hari ini. 2nd baby belum ada tanda-tanda ingin keluar lagi. Baba dan Fina tidur di sofa, manakala saya hanya tidur-tidur sekejap dan tidak lena kerana fikirkan macam-macam. Ye lah, nak tunggu saat bersalin, manalah boleh tidur lena.

1 bulan

Image
25 Jan 2012 ~ Telah genap sebulan usia Fiqah. Seorang baby yang sihat, kuat tidur, kuat menyusu, kuat poo poo, tak pernah nangis kuat-kuat, suka mandi dan tidak banyak kerenah dalam menjaganya. Tidur malam dengan lena dan bangun 2 jam sekali untuk menyusu. Cuma ada 1 malam yang Fiqah tidak mahu tidur dan merengek. Mungkin perut kembung. Selebihnya, Fiqah mudah untuk dijaga. Hari ketiga kelahirannya, Fiqah kena sakit kuning. Ambil darah hingga 4 hari yang berlainan tarikh. Syukur kuningnya tidak tinggi. Dari bacaan 11 turun ke 10, ke 8 dan seterusnya terus turun 5 semasa pemeriksaan terakhir. Sekarang ini, Fiqah cepat muak dan muntah selepas menyusu. Penuh muatan perut agaknya. Selalu muntah keluar di mulut dan hidung. Sama macam Fina masa kecil, kuat muntah! Hari ini temujanji check-up yang pertama di Klinik Desa Rinching. Fiqah diberi suntikan Hepatitis B. Beratnya sudah naik ke 4 kg dan tinggi  52 cm . Fina pula sayangkan Fiqah. Sejak awal Fiqah dalam kandungan, saya telah pesa

Bersalin Part 1

Image
24 Disember 2011(Sabtu) Berehat sepenuhnya di rumah. Waktu pagi dipenuhi dengan membuat kerja-kerja rumah seperti biasa. Lagipun baba Fina ada kelas hari itu. Tinggal berdua dengan Fina. Ingatkan petang nak keluar berjalan-jalan, tapi rasa malas pula. Masih ada esok. Bolehlah shopping apa yang patut sebelum melahirkan 2nd baby. Dah hobi mama bershopping, tak membeli tak apa asalkan boleh window shopping sahaja. Tengah sarat pun nak berjalan. Malamnya, setelah kekenyangan menjamu selera makan malam, menonton tv di ruang tamu. Entah kenapa, kerap sangat buang air kecil malam itu. Rasanya 15-20 minit sekali saya ke bilik air. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Waktu itu Fina sedang berbaring dan mahu tidur di atas riba saya. Rasa nak ke bilik air lagi. Saya berdiri dan melangkahkan kaki untuk memenuhi hajat. Baru 2 langkah berjalan, tiba-tiba meluncur air turun membasahi lantai di tepi sofa. Petanda air ketuban dah pecah. Apa lagi, panggil abang yang berada di dapur. Terus abang dengan

Medela FS

Image
Telah hampir 4 minggu saya menggunakan pam Medela FS. Sangat-sangat PUAS HATI dengan pam ini. Kalau dulu saya gunakan Spectra 3. Jika dibandingkan kedua-dua pam ini, Medela FS banyak kelebihannya. Tapi ikut kesesuaian masing-masing. Diingatkan jenis pam yang dibeli tidak akan menentukan kuantiti susu yang dikeluarkan. Jika tidak mahu gunakan pam, guna tangan pun boleh. Cuma pam adalah salah satu pilihan alat untuk memudahkan ibu-ibu BF terutamanya yang bekerja. Jika ada bajet, tidak salah memiliki pam yang bagus dan berkualiti. Daripada melaburkan duit dengan membeli susu formula yang mahal, lebih baik melabur dengan membeli pam. Percayalah, ia amat berbaloi! Alhamdulillah, rezeki Fiqah. Stok frozen EBM yang telah saya buat seawal 2 minggu berpantang. Selepas ini, nak start guna liner. Untuk jimat ruang dalam peti ais. Kelebihan dan keistimewaan pam Medela FS pada pandangan saya :- Saiz yang kecil, ringan dan mudah untuk bawa ke mana-mana. Hanya perlu caj bateri macam guna handfo

Tahnik dan bercukur

Image
Hari ke-7 kelahiran Fiqah, Baba mentahnik dan mencukur rambut nya. Mentahnik adalah menggosok mulut bagian atas/ langit-langit anak dengan menggunakan kurma yang telah dikunyah lumat lebih dahulu. Jika tidak ada kurma dapat diganti buah-buahan yang manis lain.Harapannya anak dapat menjadi orang soleh dan mendapatkan keberkatan. Beberapa dalil yang menjadi dasar disyariatkannya tahnik ini adalah: di dalam Sahihain dari Abu Burdah, bahwa Abu Musa r.a. berkata: “Aku telah dikurniai seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW lalu beliau menamakan Ibrahim, menggosok-gosok langit mulutnya dengan sebuah kurma dan mendoakannya dengan keberkahan. Setelah itu beliau menyerahkan kembali kepadaku”. Hikmah yang terkandung dalam perbuatan mentahnik ini adalah untuk menguatkan saraf-sarat mulut dan  gerakan lidah dan dua tulang rahang bawah dengan jilatan, sehingga anak pandai menghisap susu secara kuat dan alami. Mencukur Rambut Kepala Bayi yang baru lahir disunahkan untuk dicukur

Shopping

Gaji gomen dapat awal bulan ini. Sangat seronok cuti duk rumah, tapi gaji tetap jalan ikut jadual. Cuma yang tak best nya tak dapat berjalan sana-sini lah. Dah pantang gamaknya. Berkurung di rumah 24 jam. Cuti bersalin 3 bulan saya dah lulus. Insyaallah, 26 Mac 2012 start kerja semula. Lama lagi tu! Bila dah duduk terperap kat rumah, rasa nak bershopping. Nak cari baju nursing lagi. Baru ada sehelai. Kenalah tambah sikit-sikit. Disebabkan masih dalam tempoh kuarantin, jadi gunakan teknologi untuk shopping secara online sahaja. Saya kongsikan 2 website yang sesuai dengan harga yang berpatutan. onebabyworld.com e-mumshop.com Boleh shopping on9 barangan penyusuan, barangan bayi dan juga barangan mama. Dah pilih beberapa barang yang berkenan untuk dibeli. Sebab minggu ini cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, jadi lepas cuti baru boleh order. Senang sikit tuan kedai nak proses. Tips untuk shopping on9:- Pastikan barangan apa yang hendak dicari. Search beberapa website yang berkaitan

Penyusuan Awal di Hospital

Image
Bagi memastikan target BF berjalan lancar untuk 2nd baby, perkara-perkara yang saya PERLU lakukan sebelum dan selepas waktu awal kelahiran Fiqah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya. Perkara dari segi awal kelahiran di hospital. Maklumkan doktor atau nurse yang bertugas ketika itu, bahawa kita ingin menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja. Perkara ini perlu dilakukan terutamanya di hospital swasta. Sekiranya kita memilih hospital kerajaan, kebanyakannya merupakan Hospital Rakan Bayi iaitu yang menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jadi, tidak perlu risau kerana ibu akan disuruh menyusukan bayinya sejurus selepas kelahiran selesai. Susukan bayi pada tempoh 1 jam awal kelahirannya. Pengalaman saya, setelah bersalin, nurse mengelap Fiqah dan meletakkan Fiqah di atas badan saya. Secara alami, Fiqah mencari-cari puting dan pandai menghisap dengan sendirinya. 'Moment' yang sangat indah bagi ibu yang menyusukan bayi ialah pada saat-saat ini. Pengalaman yang bernilai dan ber

Mandi Selepas Bersalin

Kalau dah mood orang berpantang, ceritanya masih berkaitan hal-hal dalam pantanglah. Kali ini saya nak kongsi info berkaitan mandi selepas bersalin yang saya baca dari sebuah majalah. Perkara wajib yang perlu dilakukan oleh wanita beragama Islam dalam tempoh berpantang.  Ada 2 mandi wajib yang perlu kita lakukan iaitu : Mandi hadas besar selepas bersalin (wiladah) iaitu sebaik sahaja bayi dilahirkan. Hanya perlu berniat untuk mandi wiladah dan mandilah dengan air suam. Bagi yang bersalin cesarean, tutup bahagian jahitan dengan plastik bagi mengelakkan jahitan terkena air mandian. Mandi hadas besar selepas kering darah nifas . Selepas kering darah nifas, anda dalam keadaan suci dan boleh melaksanakan ibadah yang diwajibkan. Selalunya, kita hanya titik beratkan mandi hadas besar selepas darah nifas kering. Mandi wiladah, ada yang buat ada yang tidak. Mungkin ramai yang tidak tahu, ataupun tidak ingat. Ada juga amalan berpantang yang melarang kita mandi sejurus selepas bersalin yang

Terima kasih Nenek Jamilah

Image
Semasa saya berusia 1 hari, nenek telah datang membantu menjaga saya dan mama. Nenek naik bas dari Terengganu ke Kajang dan sampai pagi 26 Disember 2011. Baba dan akak Fina jemput nenek di rumah pakda yang tinggal di Kuarters Penjara Kajang. Nenek tolong uruskan uri saya dan baba telah tanamkan uri saya bersebelahan dengan uri akak Fina di kawasan kuarters tersebut. Seterusnya, nenek datang melawat saya dan mama di KPMC. Doktor kata, mama boleh keluar hospital selepas tengahari. Nenek dukung saya dan peluk saya erat sehingga saya selamat sampai ke rumah mama dan baba. Nenek tinggal dengan kami selama seminggu. Nenek tolong mandikan saya. Nenek tuamkan perut saya.  Nenek cucikan pusat saya yang masih basah.  Nenek pakaikan saya baju dan bedung saya kemas-kemas agar saya dapat tidur nyenyak. dan setelah 5 hari tali pusat saya tanggal. Nenek ingin pulang semula ke kampung selepas lihat saya dan mama semakin sihat. Terima kasih nenek. Terima kasih kerana menjaga saya dan mama.

Berpantang

Image
Melepasi minggu ketiga berpantang. Alahai orang berpantang, apa lagi yang boleh dilakukan di rumah. Berehat, makan, minum, mengulit anak, tengok tv, layan internet dan selebihnya tidur kejap bangun sebab baby dah menganga kiri kanan untuk cari susu mama nya dan masa untuk mengganti diapers yang baru. Sunyi juga bila Fina tidak ada di rumah waktu siang. Nasib baik Fina nak pergi Taska sejak babanya start bekerja minggu lepas. Kalau ada kat rumah, saya pula yang tak larat nak melayan kerenahnya. Tunggu lepas pantang, bolehlah Fina ponteng sikit-sikit, lagipun Taska Nasyrah kat ofis saya tu, tetap kenakan bayaran yuran walaupun tak hantar anak di sana. Lebih baik hantar, dapat juga Fina belajar dan bermain dengan kawan-kawannya. Sejak berpantang ini, ada perkara rutin yang saya lakukan setiap hari:- 6.20 pagi ~ Mandi dan siapkan Fina kalau dia dah bangun tidur awal pagi untuk ke Taska. 7 pagi ~ Sarapan milo/horlicks campur nestum/oat dengan biskut. Sebelum itu makan pil salindah. Lep

Perjuangan Bermula

Image
Hampir 1 tahun meninggalkan dunia BF dan dunia Pumping, kini perjuangan bermula semula. Kena tetapkan target untuk BF Fiqah pula. Fiqah telah menyusu seawal 1 jam selepas kelahirannya. Tips penting untuk ibu-ibu yang ingin menjayakan BF. Pastikan baby disusukan dalam masa 1 jam pertama selepas kelahirannya. Dengan fitrah yang dikurniakan Allah, bayi akan pandai mencari puting dan menghisap susu ibunya tanpa perlu diajar. Suatu keajaiban dan keindahan ciptaan dari yang Maha Esa. Saya telah mengepam seawal 3 hari usia Fiqah. Pada awalnya susu tidaklah melimpah ruah seperti tempoh selepas 5-6 harinya. Kerana dalam tempoh 1-3 hari selepas kelahiran bayi, ibu akan mengeluarkan cecair yang dikenali sebagai :-  Kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Mah

2nd Baby

Image
Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya. Saya telah selamat melahirkan seorang puteri pada 25 Disember 2011, jam 6.30 petang di KPMC Kajang. Berat : 2.7 kg Tinggi : 49 cm 2nd baby telah diberi nama NUR IRDHINA SYAFIQAH BT. AZHAR Terima kasih pada keluarga, saudara mara, sahabat handai dan jiran-jiran yang datang menziarah dan bertanya khabar. Serta terima kasih atas hadiah dan sumbangan yang telah diberikan pada baby Fiqah.

Happy 3rd Birthday

Image
Walaupun telah 2 minggu berlalu, masih tidak terlewat untuk mama ucapkan Happy Birthday kepada Fina yang telah berusia 3 tahun pada 1 Januari 2012. Fina dah makin besar, semakin petah bercakap, semakin kuat merajuk, sudah pandai melawa, suka menyanyi, suka makan aiskrim, suka naik basikal, suka tengok ultraman dan suka bertanya itu ini.  Mama tak sempat nak buat besday party untuk Fina kali ini, cuma mama dah beri goodies bag untuk kawan-kawan Fina di taska sempena meraikan besday Fina. Insyaallah, bila mama dah sihat nanti kita sambut besday Fina sekeluarga ya. Mama doakan Fina menjadi anak yang baik, kakak yang penyayang dan kanak-kanak yang sihat serta cerdik. Mama dan Baba sayangkan Fina dengan sepenuh hati kami. Moga kami berjaya mendidik dan membesarkan Fina menjadi insan yang berguna dan beriman dunia akhirat.