31 March 2012

Fiqah 3 bulan

Rabu lepas ke Klinik Desa Rinching untuk temujanji checkup Fiqah. Fiqah dah genap 3 bulan. Tak ramai orang, lebih kurang 1 jam dah selesai urusan di Klinik. Fiqah sudah naik berat badannya ke 6.2 kg dan tinggi 60 cm. Cantik graf kenaikan nya.


3 bulan Fiqah dah pandai apa ya.
  • Pandai beri respond bila agah dia.
  • Pandai gelak dan suka.
  • Hisap jari.
  • Mengiring sedikit.
  • Masih kuat tidur dan bf setiap 2 jam hingga 3 jam sekali.
  • Tidur lasak, bila letakkan kepalanya atas bantal, kejap dah ketepi.
  • Kuat buang angin. Ini hobi Fiqah dari dulu. Bagus untuk elak kembung perut.
  • Start malam, nak suruh orang layan, pegang dia sebelum masuk tidur. Siang tak dapat jumpa agaknya, itu yang malam nak kasih sayang banyak.

Tidur malam tiada masalah. Masuk 3 bulan, Fiqah nyusu sampai kenyang sebelum tidur, dan dia tidak bangun malam langsung. Dekat Subuh baru bangun menyusu. Satu tabiat yang agak bagus untuk mamanya agar dapat tidur lena di malam hari. Cuma dari segi penyusuan, saya rasa  agak risau kerana apabila Fiqah kurang bf di waktu malam, demand susu akan kurang dan memberikan kesan terhadap pengeluaran susu pada jangka masa panjang. Lagipun memang tak larat dan agak psiko nak bangun tengah malam pam susu. Harap-harap ini tabiat sementara Fiqah. Kalau tak, macamana nak capai target 2 tahun.

Selebihnya, Fiqah mudah untuk dijaga dan diuruskan. Kurang meragam, kurang menangis, mudah untuk saya buat kerja rumah walaupun ada baby kecil. Ini perkembangan baby Salindah untuk 3 bulan pertama. Ada yang pernah guna Salindah, testimoninya mengatakan anak Salindah akan membesar menjadi lebih aktif dan agresif. Nanti saya kongi perkembangan Fiqah seterusnya samaada terdapat persamaan atau perbezaan kesan dari penggunaan Salindah ketika saya mengandung dahulu.

30 March 2012

Hari Pertama Bekerja

Mama F&F memulakan hari pertama bekerja dengan bangun seawal jam 5.30 pagi. Sediakan beg untuk Fina dan Fiqah ke Taska. Pam susu untuk Fiqah. Bangunkan dan mandikan Fina. BF Fiqah kenyang-kenyang sebelum hantarnya ke taska. Abang tolong masukkan barang-barang dalam kereta dan keluarkan kereta dahulu.
Kemudian saya hantar Fiqah ke Taska dengan beri pesanan wajib ~ Fiqah, mama pergi kerja tau, nanti Fiqah hisap susu, tak mau nangis, nanti petang mama balik, mama jemput Fiqah. Tinggalkan Fiqah dengan ciuman kasih sayang sejati seorang mama. Terus drive menuju ke ofis dengan harapan sempat sampai untuk hantar Fina dahulu sebelum masuk ofis.
Nak lepas dari Pekan Semenyih, ambil masa 20 minit. Lepas Tol Bukit Kajang, pecut kereta dengan lalulintas yang lancar. Bila jer sampai Tol Sungai Ramal, dari jauh dah tengok banyak kereta. Macam tipis harapan nak sampai awal di ofis seperti yang dirancangkan.


Lagi 11 minit pukul 8 pagi, masih berada di hadapan plaza tol Sungai Ramal. Tak bergerak langsung. Terus hancur harapan nak sampai awal. Masuk laluan Sungai Ramal dalam, lalu Bangi ke Gate 1 untuk masuk ke Putrajaya. Pukul 9  baru sampai ofis. Hampir 2 jam lebih berada di dalam kereta untuk sampai ke ofis. Alahai...Menguji kesabaran sungguh.

Memang tak seronok, 1st day mulakan kerja, dah tersasar dari perancangan yang sepatutnya. Itulah namanya kita hanya merancang, Dia yang tentukan segalanya. Nasib baik ada peneman setia saya di sebelah. Ada juga kawan berbual dalam kereta walau tengah tension. Isi masa dengan berpossing dalam kereta. Mama ambil gambar Fina, Fina ambil gambar mama, pastu possing 2 beranak.

Jika paginya keadaan tidak berjalan seperti yang diharapkan, alhamdulillah, petangnya lalulintas lancar. Pukul 5 petang tepat terus balik. Fina tiada masalah di Taska. Lagipun dia dah lama tak jumpa kawan-kawan. Seronok dia dapat bermain. Waktu balik, tak sabar nak jumpa Fiqah. Fiqah pun ok di Taska. Mahu menyusu, tidur dan main bila berjaga. Pengasuhnya kata, pandai gelak dah. Hilang sedikit penat bila tengok muka Fiqah bambam ini. 

Minggu yang sedikit kelam kabut dan masih dalam usaha menyesuaikan diri. Lebih-lebih lagi, segalanya digalaskan ke bahu saya untuk menguruskan anak-anak di pagi hari selepas abang berpindah ofis. Kalau dahulu, jadi mem kat belakang, jaga Fina. Tunggu abang masa balik kerja. Sekarang, kena drive sendiri. Agak rasa letih dan memenatkan, tapi kena teruskan juga rutin harian ini.  

27 March 2012

EBM Stok

Buat pertama kalinya saya buat sesi check stok EBM Fiqah Ahad lepas. Asingkan ikut bulan agar mudah untuk menggunakan stok yang sedia ada. Ini sahaja stok EBM yang dikumpulkan dari awal berpantang hingga ke hari ini. Ada lebih kurang 50pcs 3-4oz setiap botol atau liner.

Sebelum check stok
v
v
v

 Selepas
v
v
v

Masukkan dalam plastik besar dah buat label bulan di atasnya. Alhamdulillah, ini sahaja rezeki yang ada untuk mengenyangkan perut Fiqah bila saya start bekerja semula.

Bekalan EBM Fiqah setiap hari saya bekalkan sebanyak 5 botol. 3 botol EBM yang diperah pada hari sebelumnya, 1 frozen EBM dan juga 1 botol EBM yang saya perah pagi-pagi sebelum Subuh. Semalam, Fiqah hanya minum 4 botol. Pada minggu ini, saya masih adjust berapa bekalan EBM yang sesuai untuk Fiqah. Bila dah tau jumlah berapa banyak yang Fiqah minum sewaktu tinggal di Taska, saya akan bekalkan ikut keperluannya yang sebenar.

Waktu mengepam semalam 2 kali di ofis, jam 11 pagi dan 1.30 petang. Petangnya pula, nak balik cepat-cepat ontime, jadi saya pam dalam kereta jam 5.15 petang.

Saya masih perlu ruang untuk menyesuaikan diri dengan rutin harian selepas bercuti selama 3 bulan.  

22 March 2012

Hari kedua ketiga

Hari kedua di taska. Fiqah semakin ok. Boleh sesuaikan diri. Dah nak menyusu. Habis bekalan EBM. Itu yang penting. Perutnya sentiasa kenyang. Lega sikit hati mamanya;) Masuk hari ketiga. Harapan tinggi menggunung agar Fiqah akan lebih sesuaikan diri. Dan Fiqah tidak ada masalah seharian di Taska. Nyusu bila lapar, bangun main-main sekejap dan kemudian tidur.
Sesi latihan berjalan lancar seperti yang dirancang. Harap-harap minggu depan Fiqah akan terus sesuaikan diri dengan suasana di sana sementara mamanya bekerja.
Disebabkan 2 hari dah ok, jadi hari ini dan esok mamanya bagi Fiqah cuti. Tak tahan rindu tinggalkan Fiqah di taska lama-lama. Cuma akan diselang seli dengan beri EBM guna botol dan direct BF di rumah.
Fiqah dah pandai senyum dan gelak bila diagah.
Ni Aaakaak Ena...ni baabyyy ikaahh..(versi suara akak fina)

 

20 March 2012

Puding Roti

Hilangkan stress dengan memasak;) Dah lama nak cuba buat puding roti. Last makan puding roti, masa jamuan makan-makan kat unit di ofis. Puan Norizan bawa sebekas puding roti untuk santapan unit. Yummy, memang sedap rasanya. Kalau makan orang punya memang sedap berganda-ganda kan. Bahan semua dah cukup, jadi mulakan operasi di dapur.

Bakar dalam oven gunakan mangkuk giaccomo yang paling laris di ofis.

Bahan-bahan

Untuk puding:
250 ml susu segar
4 keping roti
2 sudu makan gula halus*
1 sudu makan mentega*
1 biji telur*
1 sudu teh esen vanilla*
1 sudu kecil tepung jagung*
1 sudu besar kismis hitam*
bahan * gaul rata dan kacau

Untuk sos kastad:
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
2 sudu makan gula

Caranya:-
Rendamkan roti yang dipotong 4 bersama susu segara selama 1/2 jam di dalam loyang.
Tuang bahan yang telah digaul rata *.
Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah selama 1/2 jam atau hingga masak.

Untuk sos kastad, gaul rata kesemua bahan dan didihkan sebentar atas api.
Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.


Ini puding roti yang telah siap. Dah selamat pun masuk perut dinikmati .


Tunggu dah sejuk baru sedap untuk dimakan.
Selamat mencuba.



Training Taska

Minggu ini saya dalam mood sedih ;(  Makan tidak lalu, tidur tak lena. Mandi tetap basah lah. Lagi beberapa hari cuti bersalin 3 bulan akan sampai ke noktahnya. Dengar 3 bulan cuti ~ macam terlalu lama bagi yang tidak memperolehinya. Bagi tuan punya badan, rasa bagai sekejap sahaja. Hari-hari berlalu, mengulit F&F sedar-sedar dah habis cuti;( Mulalah rasa nak berhenti kerja. Kalaulah itu, kalaulah ini. Sudah! Betulkan semula mindset dan jalani kehidupan seterusnya dengan lebih aura-aura positif.

Isnin depan jadual akan disusunatur. Memandangkan abang dah pindah ke Jelebu, kenalah saya drive sendiri ke Putrajaya pergi dan balik kerja. Fina masih di Taska Nasyrah di ofis saya. Fiqah pula akan dihantar di Taska berhampiran rumah saya. Semalam start hantar Fiqah ke Taska untuk training 3-4 hari agar Fiqah biasa dengan suasana baru. Bukan mudah nak tinggalkan anak rupanya. Sedih sangat bila Fiqah tiada di rumah. Tiap masa teringat kat Fiqah. Lena tak tidurnya, nak minum susu tak, menangis ke tidak dan macam-macam berlegar di fikiran. Bagaikan rindu tak tertahan.


Untuk permulaan minggu ini, saya hantar Fiqah jam 8.30 pagi dan ambil jam 4 petang. Cukuplah sekadar nak ajar dia kenal dengan tempat baru. Nanti Isnin depan bila dah start kerja, saya kena keluar seawal 6.50 pagi untuk  hantar Fiqah, seterusnya ke ofis hantar Fina pula. Kenapa tidak minta tolong baba F&F untuk hantarkan Fiqah. Belum masanya lagi.Tunggulah tiba masa yang saya rasakan sesuai untuk serahkan tugas ini. Buat masa sekarang saya nak tengok sendiri muka Fiqah tiap pagi, nak peluk cium Fiqah puas-puas, nak pesan macam-macam kat Fiqah agar dia tahu bahawa mama nya pergi kerja. Mamanya sayangkan dia, mamanya tak sanggup berpisah dengan dia, mamanya rindukan dia tiap masa, mamanya suka bau baby pada Fiqah dan semua pesanan dari hati seorang ibu pada anak. Tengok, mamanya yang lebih-lebih susah hati anak ok jer. Serius, saya sangat sedih nak berpisah dengan anak walaupun hanya kerana nak pergi kerja. Insyaallah, bila dah biasa dengan rutin harian, mungkin keadaan akan pulih seperti sediakala. Inilah perang psikologi namanya.


Fiqah semalam, pengasuhnya kata menyusu sedikit sahaja. Pagi nak hisap botol, tengahari tak nak. Bila saya ambil petang, terus laju bf. Lepas segala keresahan Fiqah bila dapat bf. Selepas itu, tidur lena hingga ke jam 8 malam. Saya bekalkan 4 botol EBM untuk Fiqah. 1 botol 3oz. Tak gunakan frozen EBM lagi. Semuanya fresh EBM yang saya pam hari sebelumnya. Bila dah start kerja nanti, baru gunakan stok frozen yang ada dan ganti dengan stok baru.



Hari ini hantar Fiqah lagi. Harap-harap Fiqah ok. Biarlah saya belajar bersabar banyak minggu ini tanpa Fiqah di siang hari walaupun rasa kenapa lambat masa berlalu nak tunggu jam 4 petang ambil Fiqah.  Nanti minggu depan kalau dah mula bekerja, kalau-kalau Fiqah tak biasa, lagi susah nak adjust. Jadi, kena berkorban rasa susah hati 3-4 hari. Itupun Jumaat nanti saya dah cutikan Fiqah. Biarlah dia duk puas-puas dengan mamanya sebelum saya masuk kerja hari Isnin.


Muka ceria Fiqah masa dalam kereta nak pergi Taska pagi tadi.
Hari ini Fiqah minum susu tau! Nanti lapar, mama risau....


19 March 2012

Jalan TAR Jalan MI

Apa lagi list yang belum ditunaikan sebelum start kerja selain daripada shopping baju kerja. Tentunya baju ready made menjadi pilihan. Nak beli kain, tempah baju memang dah lama tak jumpa tailor yang sesuai. Lagipun upah tailor sekarang makin mahal. Kadang-kadang upah tempah lagi mahal daripada harga kain. 
 
 
Tempat paling seronok dan riang ria bershopping baju dan tudung kerja, mana lagi kalau tidak Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Tak terasa letih bila tengok BANYAK pilihan yang ada. Dah hobi dari zaman muda remaja hingga sekarang 'bershopping'. Pagi ke petang duk cuci mata pun tak apa. Nasib baik baba F&F sudi bawa saya ke sini dan terlebih lah nasib baiknya sebab F&F tak meragam langsung.
 
 
Meh tangkap gambar dulu sebelum mama bz shopping;)

Set apa yang nak dibeli, tuju terus, cuba sesuai ke tak dan beli tanpa rasa was-was. Tak boleh pilih lama-lama, nanti kesian kat baba dan F&F yang setia menunggu. Lagipun saya pergi hari Sabtu, ada pasar malam kat Jalan TAR. Susah sikit nak berjalan sebab ramai orang dan kiri kanan jalan dipenuhi dengan gerai-gerai peniaga.

Tempat wajib pergi ialah kedai Muaz Trading~ jual tudung dan baju dengan harga borong. Kat dalam ini, tudung memang dilambakkan sahaja dalam bin yang ada. Pilih sahaja, harga dijual dengan harga borong untuk sehelai. Tak perlu beli sekodi untuk dapat harga borong.
Fina kat dalam kedai Muaz. Penuh dengan lambakan tudung sana sini.


Lepas pergi Muaz dan beli tudung ropol tepi, terus cari baju ready made. Lega kerana saiz S masih muat. Lagipun baju ready made saiznya agak standard. Kalau try baju ok, kain tak perlu risau kerana bahagian pinggang dijahit dengan getah kiri dan kanan. Jadi, jarang terjadi kain tidak boleh dikancing sepenuhnya. Sekarang musim baju jenis kain cotton. Harga pun berpatutan dan rata-rata harga bawah rm60 sepasang. Ada juga serendah rm39 dijual di area Jalan TAR bergantung pada kualiti dan jenis kain.
Dah habis beli apa dalam list, terus makan tengahari dahulu dan menziarahi keluarga akak ipar di Setapak, KL.

15 March 2012

Romper

Sejak dapat hadiah romper masa lepas bersalin Fiqah, saya jatuh cinta dengan romper. Rasa selesa tengok Fiqah pakai romper. Tak panas, senang dipakai, kemas dan yang penting sesuai dengan badannya yang makin hari makin bambam tuh. Kalau rasa nak keluar berjalan-jalan, hanya sarungkan legging untuk tutup lapisan peha tebal Fiqah. Baru sejuk sikit mata baba nya kan.

Nak share koleksi gambar-gambar Fiqah dengan romper-rompernya. Kebanyakannya hadiah daripada teman-teman. Koleksi sendiri adalah 5 pasang. Tapi beli online di onebabyworld, saiz besar sikit - 12 bulan. Cutting romper ini berlainan jenis ikut brand. Ada cutting besar, ada cutting kecil. Jadi yang saya beli tu jenis cutting besar. Masih tersimpan baik untuk tunggu waktu yang sesuai dipakaikan ke badan Fiqah. Kalau longgar, tak comel dan tak fit romper tu nanti. Tunggu otot-otot Fiqah berisi dahulu lah.



Tengok tu gambar paling atas, slim betul Fiqah. Rasanya masa Fiqah berusia seminggu lebih. Baru lepas kena cukur kepala. Romper belang-belang ungu biru tu pun dah tak muat lagi.  Lepas ini mama nak borong romper untuk Fiqah lagi. Projek mega dengan makngah. Nasib baik makngah dapat si Dak epal. Boleh jadi geng shopping barang girl-girl dengan maklang.

Bila hati sudah jatuh cinta, macamni lah. Baju anak no 1, baju mama jatuh no 2.

14 March 2012

Soalan

  • Tak bagi air kosong kat baby ke?
  • Dah bagi susu tepung? Tak ajar lagi, esok nak kerja macamana.
  • Dah bagi makan nestum lum?
  • Kenyang ke baby minum susu badan sahaja? Tak campur susu?
  • Cukup ke susu badan tu.
  • Pam susu, tak rasa sakit ke?
  • Nyusu budak, tak boleh makan itu..tak boleh makan ini. Nanti sakit perut budak tu.
Antara soalan-soalan biasa yang selalu didengar oleh ibu bf. Lebih-lebih lagi jika saiz baby kecil, terus dinasihatkan agar beri makan dengan segera. Nak bagi baby besar cepat. Sebenarnya, susu ibu cukup untuk bayi dari usia bayi sehari hingga ke usianya 6 bulan. Hanya susu ibu sahaja yang masuk ke perut bayi dan sudah tentu ia mengenyangkan bayi. Ia dipanggil penyusuan secara eksklusif. Jangan risau atau terburu-buru untuk memberi bayi makanan, kerana usus bayi masih kecil untuk bekerja keras menghadamkan makanan pejal yang dimakannya. Bila sampai masanya nanti. selepas 6 bulan, bayi akan makan hingga ke akhir usianya. Jadi, bersabarlah. Hanya untuk tempoh 6 bulan sahaja.

Pandangan saya, jika tak suka dengan pandangan atau nasihat orang lain yang tidak memahami konsep penyusuan eksklusif ini, apa yang saya buat hanyalah mendiamkan diri. Tidak perlu bertingkah dan menegakkan pendirian kita pada orang yang tidak menyokong apa yang kita lakukan. Tidak memberi apa-apa faedah. Cukuplah sekadar kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita. Tapi zaman sekarang, sudah ramai ibu-ibu moden yang telah peka tentang penyusuan ini. Ramai geng-geng pam di pejabat malahan pelbagai support group yang wujud untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan. Kita tidak bersendirian, tidak perlu gundah gulana dengan nasihat yang tidak positif itu. Rujuk pada orang yang betul. Di situ terdapatnya kunci jawapan pada setiap persoalan kita.

Siapa kata penyusuan susu ibu adalah mudah. Cuba rasai sendiri, dan harungi sendiri, baru tahu bagaimana rasa susah atau senangnya. Ia bukan sekadar selak baju, dan memberi susu. Tapi ia lebih kepada suatu pengorbanan yang dilakukan untuk darah daging sendiri. Jadi, tidak perlu ambil berat dengan soalan-soalan dan pendapat yang tidak membantu usaha kita. Biar ia berlalu bagaikan angin lalu, kerana suatu hari kita akan tersenyum sendiri apabila orang lain menghargai apa yang telah kita lakukan. Percaya pada kebolehan diri dan rajin berusaha untuk merealisasikannya.   

Mama ada 1 tahun 10 bulan lagi untuk mencapai impian mama menyusukan Fiqah genap 2 tahun. 

13 March 2012

Percutian 5 hari

Balik ke Terengganu kali ini, tidak sempat berjalan ke mana-mana. Pasar Payang pun tak sempat nak jengah. Ingatkan nak pergi ke Kelantan rumah adik ipar di pondok, pun cancel juga pada saat-saat akhir. Kalau ke Kelantan, boleh melawat ke Pangkalan Kubur sambil cuci-cuci mata. Tak apalah, lain kali ada kesempatan, boleh pergi. Lagipun tak rancang nak shopping apa-apa pun.

Sampai ke kampung abang, pagi Selasa sebelum Subuh. Petangnya ke Kampung akak ipar di Pelong. Menziarah adiknya yang baru 2 minggu melahirkan baby.

 Fina dan nenek kat rumah Makda di Pelong.
Rabu, duduk kat rumah sahaja. Abang dan mak ke Kampung Buloh untuk membeli keperluan kenduri keesokan harinya. Khamis, kenduri akikah Fiqah.

Jumaat jalan-jalan ke Pantai Penarik sambil minum air nyior, makan sotong dan udang salut tepung di kedai tepi laut. Jalan-jalan dengan adik ipar dan anak buah. Fina ada, tinggal dalam kereta tidur. Dia yang sibuk nak tengok laut, bila kejut tak nak bangun.


 Fiqah dan Cik Su - Fida adik ipar kedua last dalam adik beradik abang. Tengah study kat UIA.


Sabtu pagi ke pasar tani Kampung Buluh. Petangnya pula, bertolak balik jam 6 petang dan singgah ke Bukit Besi rumah abang ipar yang baru berpindah dari bertugas di Penjara Kajang ke Penjara Bukit Besi. Makan malam di sana dan bertolak balik jam 9 malam. Sampai ke KL jam 4 pagi dan hantar Fida ke UIA. Lebih kurang jam 5 pagi selamat sampai ke Semenyih. F&F tidur sahaja dalam kereta, termasuklah mamanya. Ngantuk seh..


Sekian sahaja laporan percutian singkat selama 5 hari untuk melepaskan rindu pada tok ayah dan nenek di Kampung Sungai Bari, Setiu, Terengganu Darul Iman.

12 March 2012

Kenduri Akikah

8 Mac 2012, telah sempurna niat kami untuk mengadakan kenduri Akikah Fiqah di kampung abang.  Majlis yang diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh saudara mara serta jiran-jiran sekitar kampung.

Paginya, seekor kambing jantan disembelih sebagai Akikah Fiqah. Anak perempuan, seekorlah kena akikahkan. Kalau anak lelaki, 2 ekor kambing. 


dan seterusnya masak memasak di dapur rumah. Daging kambing dimasak gulai di dalam kawah. Ada lebih kurang 5-6 orang yang sibuk di dapur. Menu lauk pauk - Kari kambing, ayam masak merah, kobis goreng, ikan masin dan sambal merah.



serta sebagai pencuci mulut - sira labu yang menjadi kegemaran saya. Rasa macam pengat labu, tetapi kering kerana kuahnya dimasak agar meresap ke dalam labu. Saiz labu pun dipotong besar-besar agar labu tidak mudah hancur apabila dimasak.

Kenduri diadakan selepas Isyak. Mak mertua saya tengah sibuk masa menghidang lauk pauk.


Bacaan doa dilakukan. Lebih kurang 30 orang yang datang pada malam itu. Ini antara tetamu yang makan di dalam rumah. Ada juga yang duduk di beranda luar depan rumah.





Mama dan Fiqah. Fina tengah tidur depan tv dari sebelum majlis bermula hingga majlis selesai. Dah petang baru nak tidur. Ribuan terima kasih pada yang sudi hadir dan yang telah banyak membantu menjayakan majlis kami ini. Kenduri belah pantai timur sangat simple dan ringkas. Tetamu datang tidak mengira had waktu. Apa yang ada, itulah yang dihidangkan dan dijamu bersama. Budaya yang saya pelajari sejak saya mempunyai keluarga mertua di belah pantai timur. Apa yang penting, niat sesuatu majlis itu tercapai dan tidak terlalu menjurus ke arah pembaziran pula.


5 Tahun

10 Mac 2012
Genap 5 tahun usia pernikahan kami.
Syukur Ya Allah.


Ya Allah,
Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
bertemu di atas ketaatan kepadaMu,
kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah.

Ya Allah, 
Maha Suci Engkau,
perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan

~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

07 March 2012

Cupcakes dan Kek Pelangi

Tengok bahan-bahan dari Kelas Azcupcakes Sabtu lepas ada lebih, jadi tiba-tiba mood rajin untuk buat cupcakes pula. Dah agak lama tak membakar cupcakes. Jadi masa untuk warm up enjin. Terhasillah 2 jenis cupcakes ini:


Bluebery Cupcakes



Cupcakes Pelangi

Tak banyak pun buat, adalah 20 pcs. Beri pada jiran sebelah rumah satu bekas.  Sebenarnya tak bancuh adunan lain-lain. Satu adunan yang sama dengan Kek Pelangi yang saya buat. Cuma bagi cupcakes bluebery, letakkan filing bluebery di dalamnya. Saya suka hasilkan cupcakes kerana masa membakar lebih sekejap jika dibandingkan dengan kek biasa, kena tunggu 1 jam baru masak. 15 minit dah siap bakar dan boleh dimakan dengan saiz yang kecil. Tak perlu potong-potong dan nak check dah masak ke belum-cucuk lagi-dah masak ke belum.

Serta ini

Kek Pelangi yang sedang dibakar untuk dibawa balik ke Terengganu.


Telah selamat sampai ke Terengganu jam 5.40 pagi semalam. Insyaallah, esok kami akan adakan Majlis Akikah untuk Fiqah di sini.

04 March 2012

Diari Mama Mac 2012

Esok malam insyaallah kami sekeluarga akan pulang ke Setiu, Terengganu. Sepatutnya rancang balik malam ini, tapi tak sempat servis NGL lagi, jadi abang tukar ke malam esok. Perjalanan jauh, kena pastikan kenderaan dalam keadaan baik agar selamat tiba.


Kenapa kami pilih perjalanan malam?
  1. Masa yang sesuai mengikut waktu tidur anak-anak. Jadi kuranglah waktu berjaganya, dan terbatas kerenah aktif di dalam kereta.
  2. Cuaca sejuk dan tidak panas.
  3. Kurang berhenti makan, kerana waktu malam tak rasa lapar sangat. Berhenti pergi bilik air sahaja.
  4. Kereta tidak banyak seperti waktu siang. Melancarkan perjalanan.
  5. Rasa tak lama sangat dalam kereta (walaupun lebih kurang 7-8 jam waktu perjalanan). Bangun pagi, dah sampai kampung.

Tapi setiap perjalanan jauh atau dekat, pasti ada risikonya. Pemandu haruslah sentiasa fokus dan berhenti seketika sekiranya rasa mengantuk. Sepanjang hampir 5 tahun saya berkahwin dengan abang, tidak pernah lagi kami bergilir-gilir memandu. Abang sudah biasa memandu jauh, cuma perlu bekalkan Ali Cafe untuk ubatnya dari mengantuk. Kalau dulu kami bertiga, sekarang balik kampung berempat. Doakan perjalanan kami selamat.

Nenek dan Tok Ayah, tunggu F&F balik ya!

Kek Marble

Resepi kek marble/kek mentega untuk oleh makngah.

250 gram mentega/marjerin
1 1/2 cawan gula pasir halus
5 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan susu full cream milk (wrn biru)


Cara-caranya:-

Pukul mentega+gula hingga kembang
Masukkan telur
Masukkan esen vanila
Masukkan tepung selang seli dengan susu. Kalau mula tepung, akhir pun tepung.
Pastu letakkan pewarna yang suka, nak buat rainbow kek boleh, nak belang-belang dengan warna coklat pun boleh, letakkan serbuk koko secukup rasa.
Siap untuk masuk dalam LLT makngah!

Selamat mencuba.

Nur Irdhina Syafiqah


Nur Irdhina Syafiqah
bermaksud
Cahaya keberkatan yang baik hati dan penyayang

Anugerah puteri kedua yang menjadi amanah besar untuk mama dan baba hingga ke akhir nyawa kami. Penyeri keluarga, pengikat kasih, penyambung warisan dan tempat curahan kasih sayang yang berpanjangan. Moga dengan hadirmu menambahkan sinar kebahagiaan dan nikmat keberkatan di hati kami.

****************************************************
 
seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna
tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna
tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia

hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia
Lirik Kias Cinta

02 March 2012

Santapan

Carbonara Pasta untuk santapan tengahari



dan teringin makan kek yang arwah mak buat dulu-dulu.

Kek Marble

Mentega + koko


untuk santapan minum petang.

Ngah, dah rasmi lum loyang ayan lubang tengah ko tu.


Klinik ~ 2 bulan

1 Mac 2012, temujanji checkup Fiqah untuk usia 2 bulan di Klinik Desa Rinching. Abang ambil cuti untuk temankan kami. Sekarang kalau buat temujanji, ikut pukul berapa. Kalau dahulu, tak kisah nak datang pagi atau petang. Mungkin nak pantau jumlah pelanggan di klinik yang semakin bertambah.

Kali ini, tidak ramai yang menunggu giliran. Datang jam 9 pagi, jam 10.15 pagi dah settle semua. Sempat untuk balik menonton Chinta Chanduri di TV3. Slot wajib saya hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 pagi. Cerita ulangan, tapi dulu tayang malam rasanya. Satu cerita ini je lah yang saya ikut secara tegar di rumah. Yang lain, tak nak ikut sebab bila dah start kerja nanti, confirm tak boleh tengok. Jadi taknak ambil risiko tak dapat tahu ending cerita secara berkesan!

Fiqah di usia 2 bulan sudah seberat 5.35kg dan tinggi 57cm. Naik 1 kg lebih daripada usia sebulan. Selebihnya, Fiqah normal perkembangannya seperti bayi lain.  Fiqah diberi suntikan DPT(1), Hib(1), OPV/IPV(1), kata nurse rangkum vaksin cegah 5 penyakit dalam satu suntikan.  Selalunya nurse nasihat terus bagi ubat bila balik dari Klinik, kali ini beri bila baby ada tanda-tanda demam. Sekiranya tiada, tak perlu beri. Saya tak beri, alhamdulillah, Fiqah nampak ok, cuma pagi tadi merengek sebelum mandi. Macam tak selesa badan. Lepas mandi, tidur nyenyak semula. Memandangkan Fiqah baru kena cucuk, jadi mamanya beri cuti semalam dengan hari ini untuk Fiqah dikecualikan daripada training hisap EBM dari botol susu. Biar dia bf direct. Ala-ala reward lah ni.

Susun anak bergambar di depan bagi menampakkan mamanya 'kecil' di belakang.

 
Geng mata sepet - F&F

Temujanji seterusnya pada hujung bulan Mac untuk suntikan di usia 3 bulan pula.

Mendarat

2-3 hari ini, cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap mendung, dan dan terus turun hujan. Berlari-lari acik nak keluar rumah pi angkat baju kat ampaian. Hujan turun tak bagi hint langsung. Bila angkat baju awal, tak jadi hujan pula. Camgitu lah jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Nak angkat baju pun on standby juga. Ngalahkan doktor.
Bila hujan, dah tentu ada angin. Baba F&F ke belakang rumah selepas makan malam tempoh hari. Rutin harian memberi makan kucing belaan secara tidak rasmi. Kucing ini memang duduk luar rumah. Saya tak bela pun, cuma abang rajin bagi makan. Bila malam jer, kucing tu menunggu kat pintu belakang rumah. Tapi bukan nak cerita pasal kucing.  Cerita terjumpa sesuatu di belakang rumah. Ekor memang panjang, ada mata dan hidung.

v
v
v
v
v

Layang-layang sesat. Suka betul Fina baba nya ambil dan bawa masuk layang-layang ini. Jadi mainan baru Fina dalam rumah. Besar saiznya, ekor satu sahaja. Mungkin putus talinya semasa angin kuat dan mendarat kecemasan di belakang rumah saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails