Posts

Showing posts from April, 2012

Akak Fina

Image
Dah lama tak cerita pasal AhKAK EENA ni. Fina masih mengekalkan tahap 'manja' nya itu walaupun dah jadi seorang kakak. Jatuh sikit, menangis sekampung. Lepas baik dari HFMD bulan lepas, Fina dah kuat makan. Tapi badannya slim ler jika dibandingkan masa zamannya bambam dulu. Fiqah pula yang menyambung kemontelan akaknya  masa kecil. Cakap makin fasih, cuma versi pelat. Kadang-kadang hanya saya seorang yang faham apa yang Fina cakap. Bila balik kampung, jadi tukang terjemah apa yang dia cakapkan. Baru orang lain faham. Naluri keibuan memang begitu agaknya. Ibu sahaja yang faham apa yang anaknya luahkan dari segi kata-kata mahupun perbuatan. Fina suka pergi sekolah. Dapat jumpa ramai kawan. Bila tanya nak sekolah kat baby tak. Terus jawab tak nak. Nak sekolah kat ofis mama. Ada sahaja lagu yang dinyanyinya bila balik dari taska. ANAK GAJAH BERKAKI EMPAT KAKI EMPAT BADANNYA SANGAT BESAR TAPI GAJAH TAK MAKAN ORANG YAYAYA...YAYAYA... ************

4 bulan

Image
Waktu rehat yang lama. 12.15 tgh hingga 2.45 ptg. Tak jadi shopping di ALAMANDA. Confirm ramai orang sampai nak parking pun penuh. Almaklumlah, gaji baru  dah masuk. Jadi, penuhi waktu rehat dengan mengupdate blog! Esok baru bawak F&F berewang. Malamnya baba dah kena OT lagi.   Semalam checkup Fiqah di Klinik Desa Rinching. Untuk 4 bulan, tiada cucuk. Hanya timbang berat dan ukur tinggi.   Berat Fiqah telah naik ke 6.8kg . Tinggi 61 cm . Perkembangan terkini ~ Suka tergelak. Pandai ajak bersembang. Masih kuat tidur bila kenyang. Mengiring sedikit, belum berpotensi untuk meniarap. Tidur lasak. Bila letak atas bantal, bila sedar, bantal ntah kemana.  Bila mandi, ditolak-tolaknya kaki kat besen.   Asyik possing dengan mama jer kat klinik. Kali ni possing dengan baba pula. Setakat 4 bulan ini, keadaan kesihatan Fiqah amat baik. Cuma kena selsema 2x. Itupun cepat kebah bila dah bf. Antibodi dalam susu ibu, amat membantu menguatkan sistem

Mengendalikan EBM harian

Image
Bagaimana saya mengendalikan bekalan harian stok EBM Fiqah? Isikan susu ikut sukatan yang Fiqah minum. Fiqah minum 3oz -3.5 oz sebotol. Bekalan 5 botol sehari pagi hingga petang. Susu yang saya pam di tempat kerja pada hari ini, akan disimpan 3 botol untuk stok di taska keesokan harinya. Susu yang lebih, akan dibuat stok frozen EBM. So, tiada masalah jika stok frozen berkurangan sebab saya dah refill semula. Malamnya, ambil 2 stok frozen EBM dan rendam dalam air yang diletakkan dalam jag. Tujuannya agar susu akan cair untuk kegunaan keesokan harinya. 3 fresh EBM dan 2 stok frozen EBM letak dalam jug untuk dicairkan . Pagi esoknya, saya pindahkan frozen EBM yang telah cair ke dalam botol bagi memudahkan kerja pengasuh. Setiap hari bekalan 5 botol EBM akan diletakkan dalam bekas yang  bertutup untuk dipindahkan ke peti ais taska Fiqah. Selalunya, Fiqah tidak habis minum 5 botol tersebut. Kecuali pada hari-hari tertentu yang memerlukan bekalan yang banyak, memang

Kelapan

Lama tak update blog. Blogger.com dah ada format baru lah. Nasib tekan sana sini jumpa. Kalau tidak, bersawang lagilah blog Mama Fina & Fiqah ini. Minggu ini ulangtahun ke  8 saya bekerja dengan gomen. Dari usia 20an, sekarang telah menginjak ke usia 30an. Peredaran masa seiring dengan pertambahan usia. 8 tahun juga saya di Bahagian yang sama. Cuma unit dan bos yang berbeza. Malas nak buat surat tukar. Saya selesa berada di sini. Dan malas nak perkenalkan diri bila masuk ke ofis baru, boleh gitu! Biar di mana kita berada, atau apapun kerja kita, yang penting keikhlasan dan komitmen dalam apa yang kita lakukan.

Rutin

Image
Dah hampir 2 bulan baba F&F bertugas di tempat baru. Sejak di PPA, Jelebu , dalam 2 minggu sekali saya akan ditinggalkan bersama anak-anak. Mmmm..mulalah jadual pagi-pagi kucar kalau tiada abang. Kalau tak, saya hanya masuk kereta, terus hantar Fiqah dan menuju ofis. Selebihnya, abang yang tolong keluarkan kereta, masukkan barang, kunci semua pintu dan pintu pagar. Peranan yang kecil sahaja kan, tetapi sebenarnya banyak membantu meringankan tugas saya setiap pagi. Begitulah hidup suami isteri. Saling lengkap melengkapi. Beberapa minggu yang saya lalui selepas naik bekerja semula sudah semakin teratur jadualnya. Saya kembali terbiasa dengan rutin harian. Keluar dari rumah seawal jam 6.40 pagi, hantarkan Fiqah ke taska dan seterusnya hantar Fina di taska ofis. Kalau sampai awal, saya mandikan Fina dahulu di Taska. Jalan agak sesak di waktu pagi, tetapi tidaklah terlalu teruk. Dalam pukul 7.30 pagi paling awal boleh sampai di Putrajaya. Taklah semput nak mengejar waktu punch card. A

Fiqah

Image
Fiqah kena selsema semalam. Perkara biasa kalau tinggal di taska. Selsema, kejap baik, kejap kena balik. Dah duduk ramai-ramai. Saya tak bagi ubat sebab Fiqah kecil lagi. Hanya sapu vicks pada dada, belakang badan dan tapak kaki Fiqah. Masa tidur, tinggikan bantalnya agar senang Fiqah bernafas.  Fiqah masih mengekalkan reputasinya sebagai seorang baby yang mudah untuk dijaga. Tak pernah mengamuk, jarang menangis dan tidur nyenyak di waktu malam. Rasa senang dan seronok menguruskan Fiqah. Kadang-kadang, waktu malam Fina yang menangis mengigau. Fiqah ok jer, cuma bangun menyusu sahaja bila lapar. Cuma masalah sampingan Fiqah ialah kulitnya agak sensitif. Terutamanya di kawasan bawah leher dan kelopak telinga. Cepat merah bila tidak dilap kering atau berpeluh. Rabu lepas bawa Fiqah ke Klinik Dinamik untuk jumpa doktor. Cuping telinga Fiqah bernanah dan belakang kelopak telinganya merah. Doktor kata alahan. Diberi ubat sapu. Bukan apa, saya takut merebak dan bertambah teruk pula kulit

Apam Pelangi

Image
Asyik buat apam saiz comel2 jer..Sekali sekala, saya buat saiz besar. Isi adunan dalam satu loyang, senang kerja. Kukus sekali sahaja. Ini apam pelangi yang saya buat untuk minum petang semalam. Senang je buat apam ini.  Resepi saya ambil dari MyResepi . Bahan-bahan :  250 gula 200 ml susu segar 300 gm tepung gandum 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil ovallete Pewarna ikut suka Cara-caranya : Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar . Akhir sekali masukkan ovallete. Pukul hingga adunan menjadi ringan. Bahagikan adunan, dan warnakan ikut warna yang disukai. Kukus hingga masak. Boleh juga letak dalam cup kertas untuk saiz apam yang kecil-kecil.

Rainbow cake

Image
Gigih menyediakan rainbow cake Selasa malam. Dah lama nak cuba buat rainbow cake sendiri, cuma tunggu seru mood rajin datang. Baru boleh jadi berlapis-lapis warna rainbow cake ini. Saya buat ikut resepi vanilla butter cake yang selalu saya buat, cuma tambahkan warna berlainan dan timbang adunan untuk dibahagi sama rata sebelum dibakar. Percubaan lapisan pertama gagal. Time bakar ok, tapi bila nak keluarkan dari loyang, kek pecah pula. Kena keluarkan perlahan-lahan atau tunggu sejuk dahulu dalam loyang, baru boleh keluarkan. Lapisan pertama warna ungu. Tinggal separuh sebab dah masuk perut dulu, baru nak snap gambar. Ini semua lapisan yang telah siap dilapiskan dengan buttercream. Adunan warna ungu, bakar lain. Jadi 5 warna sahaja yang dapat. Kek akan tinggi bila guna acuan loyang yang kecil. Kek ini agak lama disediakan kerana proses membakar satu lapisan dan loyang pun ada satu sahaja. Nak tunggu kek sejuk, baru bakar lapisan lain. Kalau oven besar, boleh bakar sekali 2 loyang. Jima

Kuewtiaw - aiskrim

Image
Semalam baba Fina kena bertugas di PPA, Jelebu. Jadi menu malam tadi ringkas sahaja. Untuk makan malam saya dan Fina. Kuewtiaw Kung Fu Salah satu makanan kegemaran saya. Salut kuewtiaw dengan telur dahulu, dan sediakan kuahnya. Untuk pekatkan kuah, tambahkan sedikit dengan tepung jagung. dan ini aiskrim Malaysia. Kegemaran Fina. Aiskrim perisa milo. Cuma beli plastik aiskrim, bancuh air, masuk dalam plastik. Simpul atasnya dan siap untuk dibekukan. Semua orang tahu buat, cuma jarang-jarang nak buat. Saya buat pun kerana Fina sakit mulut, jadi bila dia nak makan aiskrim, boleh ambil dari peti ais di rumah sahaja. Tak payah nak beli aiskrim kat kedai.

Update

Image
Alhamdulillah, Fina sudah sembuh dan pulih sepenuhnya. Bergilir-gilir baba dan mama menjaganya di rumah. Khamis lepas dah pergi ke Taska semula. Betul cakap doktor, virus ini akan hilang dengan sendirinya. Tidak perlukan antibiotik ataupun ubat lain. Cuma masalahnya kanak-kanak hilang selera makan kerana sakit ulser yang tumbuh banyak dalam mulut. Selebihnya, penyakit akan pulih bila bintik-bintik keluar semua. Fina pun Jumaat lepas memang tak makan langsung. Menyusu pun tak nak. Lepas pergi Klinik, dia hanya makan aiskrim rainbow sebatang. Lepas sapu ubat ulser keesokkan harinya, baru boleh minum susu dan terus makan laksam kegemarannya sebungkus. Dan sangat bersyukur, Fiqah tidak berjangkit dari Fina. Si bambam saya itu terselamat kali ini. Ahad lepas atuk dengan neneknya datang. Pergi kenduri 'mengantar orang sebelah' yang diadakan di Rinching. Kebetulan rumah pengantin perempuan depan taman saya tinggal. Jadi ayah dan umi datang jemput kami 3 beranak dan bawa kami ke kend

HFMD

Image
Hari Rabu petang, cucuk Fiqah. Fiqah tak demam, yang demam Fina. Malam badannya panas sangat. Minta abang   belikan   ubat demam di Klinik Dinamik depan taman. Pagi kebah demam. Agak lama Fina tak kena demam. Selsema itu perkara biasa kalau tinggal ramai-ramai di Taska.   Hantar ke Taska pagi Khamis. Kebetulan ada Sambutan Hari Jadi bagi bulan Jan, Feb dan Mac di Taska Nasyrah. Tengok badan Fina, ada tumbuh bintik-bintik merah kat tepi leher. Tapi dah tak demam. Jumaat pagi, ada pula bintik-bintik pada mulut, kaki, badan dan tangan. Pesan pada teachernya kalau banyak sangat, beritahu saya. Time rehat teacher nya sms. Fina tak nak makan, minum dan nyusu. Tidur pun tak boleh. Bintik merah pun dah banyak keluar. Memandangkan dah   hari Jumaat, saya ambil Fina bawa naik ofis. Tunggu jam 5 petang, balik dan malamnya ke Klinik Dinamik. Dekat Taska Nasyrah ada kes HFMD minggu-minggu sebelum saya naik kerja. Minggu ini pun ada 2-3 orang yang kena. Mungkin Fina kena jangkitan tersebut di