31 July 2012

BF di bulan puasa

Walaupun terdapat kelonggaran di dalam agama bagi wanita yang mengandung atau yang menyusukan anak untuk tidak berpuasa, namun selagi ada daya dan diberikan kekuatan seharusnya kita berusaha untuk menunaikan kewajipan dalam rukun Islam ini. Alhamdulillah, masuk hari ke 11 Ramadhan. Puasa diteruskan tanpa hadapi cabaran yang begitu besar. Cumanya malas nak peningkan kepala fikir pasal stok susu. Saya pam seperti biasa, dan dapatlah 3 botol sehari untuk bekalan Fiqah keesokkan harinya. Bila ada lebih yang tak habis, saya jadikan stok frozen EBM. Kalau tak ada lebih, saya guna sahaja mana yang ada untuk pastikan bekalan 4 hingga 5 botol sehari adalah mencukupi.

Hasil pam 2x di ofis.

Selalu saya ingatkan diri sendiri agar tetapkan dalam hati dan fikiran, bahawa tak kisahlah susu saya banyak ataupun sikit, kuantiti bukanlah perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika sedang berpuasa. Apa yang penting ialah susu mencukupi untuk menampung bekalan harian dan tentunya mengenyangkan perut si kecil. Allah akan menyalurkan rezeki itu jika itu adalah hak anak kita. Insyaallah, walaupun kita berpuasa, pengeluaran susu tidak akan terjejas. Biasalah kalau kurang sedikit hasilnya seperti selalu, cumanya bab ‘mencukupi’ itu yang membantu kita meneruskan penyusuan ketika berpuasa.


27 July 2012

Fiqah 7 bulan


Baru sahaja rasanya update n3 Fiqah berusia 6 bulan, sekarang dah genap usia Fiqah 7 bulan. Cepat betul masa berlalu. Cik Fiqah dah lulus part meniarap dan masuk gear reverse. Kejap-kejap masuk kaki bawah sofa. Sekarang dia tengah belajar angkat-angkat punggung dan tegakkan kepala. Tercaduk jer bak kata atuknya. Fiqah semakin kenal orang dan kuat menangis bila ditinggalkan sendiri. Nak orang selalu pegang dia dan layan dia. Bila dah pandai makan, saya dalam usaha mempelbagaikan makanan yang boleh diberikan pada Fiqah.

Gajet yang telah dibeli untuk memudahkan urusan menyimpanan makanan ialah bekas kiub ini.
Baby Cubes

Senang untuk isi  puri buah atau sayuran dalam saiz yang mencukupi untuk sekali makan. Inilah puri pertama yang berjaya saya hasilkan. Puri betik yang telah dibekalkan ke taska. Fiqah makan habis, dan hasilnya, pukul 3 pagi dia buat kek dalam tidur. Hi2. Cepat hadam agaknya bila makan buah. Dan usaha tergendala sebentar sebab mamanya belum merajinkan diri untuk buat puri yang lain. Tapi Fiqah dah boleh rasa apa yang saya makan. Kalau waktu berbuka puasa, apa yang boleh saya suapkan, saya bagi dia rasa sedikit. Elok sahaja dia makan.
Puri betik

Cerita bab puasa, dah masuk hari ke 7 Ramadhan tahun ini. Hari pertama, saya tertinggal sahur. Duk kunci jam 4.30 pagi, tetapi terjaga dah pkl 5.45 pagi.  Pagi ok lagi, bila dah masuk pukul 5 petang, rasa lemah seluruh anggota badan. Nasib baik masa tu berbuka puasa di kampung. Jadi, boleh rehat sementara tiba waktu berbuka. Fiqah pun saya minta babanya yang tolong jagakan. Alhamdulillah,selamat puasa untuk hari pertama dan moral of d story, makcik memang tak larat dan lemah longlai kalau terlepas sahur.
Tahun ini sempat menyambut puasa di kampung minggu lepas. 2 hari di rumah ayah dan sehari di kampung nenek. Begitulah setiap tahun, kalau beraya di Terengganu, sambutan awal puasa turn saya pula.
Moga Ramadhan tahun ini menambahkan ketakwaan dan keberkatan dalam hidup kita seharian kerana kita tidak tahu apakah sempat untuk berjumpa Ramadhan yang akan datang.

19 July 2012

Fiqah 6 bulan

Fiqah dah melepasi 6 bulan terawal di zaman bayinya. Bila dah masuk 6 bulan, Fiqah dah diajar makan dan tidak bergantung sepenuhnya dengan susu ibu sahaja. Dibandingkan dengan Fina dahulu, Fiqah cepat belajar makan. Fina masuk 8 bulan baru pandai makan. Suaplah apa sahaja, di'ngap' sahaja dalam mulut.

Fiqah makan 2x sehari. Pagi dan petang. Kat taska memang dah disediakan bubur. Jadi kurang kerja saya untuk sediakan bekalan untuk Fiqah. Nak buat puri buah/sayuran masih tak sempat lagi. Kalau cuti hujung minggu, saya masakkan bubur untuk Fiqah. Kadang-kadang, saya beri buah untuk dia belajar rasa. Kesimpulannya, memang Fiqah kuat makan. Pengasuhnya kata, suap makan, habis semangkuk. Tengok saiz perutlah kan.

Sedapnya mama!!!! 

Bila dah start makan, bekalan susu yang dibekalkan ada extra lebih. Boleh simpan untuk buat stok EBM frozen. Fiqah hanya minum 3-4 botol sehari. Kalau dahulu Fiqah minum 5 botol sehari. Jadinya, kurang sikit kerisauan saya tentang bekalan stok EBM menjelang Ramadhan nanti. Stok frozen pun masih berada dalam tahap yang ‘mencukupi’. Sekarang dah guna stok bulan Mei. Bila ada lebih susu yang tak habis di taska, saya akan jadikan stok frozen.
Stok frozen EBM yang tinggal - MEI,JUN,JULAI
Perkembangan Fiqah sepanjang usianya 6 bulan:

Dah pandai menangis nak suruh pegang.
Rajin meniarap dan dah pass gear reverse.
Last checkup berat Fiqah dah 7.9 kg dan tinggi 63 cm.
Masih nyenyak tidur di waktu malam dari dulu.
Dah kenal orang.
Suka orang layan dia sahaja.
Tak suka tinggalkan dia sorang-sorang.

Tips yang saya amalkan ketika berpuasa untuk mantainkan pengeluaran susu;
  • Pam 2x sehari seperti biasa di waktu siang masa bekerja.
  • Beri direct BF sewaktu di rumah.
  • Banyakkan makan kurma.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Jangan skip sahur.
  • Amalkan sahur dengan milo+nestum+oat.
  • Lebihkan makan sup, buahan dan sayuran.
  • Berdoa dan tawakal setelah berusaha.

Salam Ramadhan dari Mama F&F.

18 July 2012

Masak-masak

Masak-memasak time tiba mood rajin. Antara resepi dan masakan yang terkumpul untuk bulan ini.
Strawberry Kek Sukaati Mama
Deko ikut citarasa dan untuk Fina yang sibuk nak potong kek. 
Letak juga nama Fiqah atas kek walaupun Fiqah tak pandai makan kek.

Fruit tart
 Hasil kelas di Sri Kembangan bersama Kak Nik.
Kelas ini saya hadir bersama Ita member ofis waktu rehat hari Jumaat.
Insyaallah, bila dah mahir akan dijadikan salah satu pilihan di AZCUPCAKES.

Blueberry dan Strawbery Cheese Tart
Juga belajar buat di Kelas Kak Nik.

Puding Triffle
First time buat, untuk dibawa ke Mesyuarat staff di ofis dan selingan acara makan-makan sempena sambut Ramadhan.

Bulan puasa bakal menjelma, target, memasak untuk berbuka dan bersahur setiap hari mengikut apa yang mampu. Harap-harap sempat kerana bulan puasa saya tukar waktu bekerja. Balik jam 4.30 petang dan hendaknya tidak terkandas dalam kesesakan lalulintas.

Kongsi

Mama F&F baru baik dari demam. Fina baru baik dari muntah-muntah dan sekarang turn baba F&F pula yang kena demam. Diuji sedikit oleh Allah dengan memberi sakit agar kita makin bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah diberi dengan izin-Nya.
Mood berblogging pun makin ke laut. Bila dah bertangguh taip n3, berlalu minggu-minggu tanpa n3 baru. Kehidupan masih diteruskan dengan rutin harian yang sama. Cumanya, sejak naik kerja selepas habis cuti pantang, bagai cepat masa berlalu. Bila tiba hari Isnin, sekejap je dah tiba hari Jumaat. Kalau hari minggu, kejap sahaja rasa dah habis cuti. Rasa baru lelapkan mata, sekejap jer dah sampai ke pagi.
Sebelum itu, tahniah kepada sahabat saya Ikien yang telah disahkan mengandung. Doakan moga kandungannya kali ini selamat dan tidak menghadapi apa-apa kompilasi yang diluarjangka. Moga Allah memudahkan rezeki cahaya mata yang telah lama dinanti-nantikan. Amin.
Sekadar berkongsi info yang saya dapat dari apa yang saya dengar di radio waktu balik kerja.
Jutawan fakir dari aspek islam.
Seorang yang kaya tetapi merasakan rezeki dan harta kekayaan yang tidak pernah cukup dan tidak cukup-cukup.

Boleh membeli jam yang mahal tetapi tidak boleh membeli masa yang diluangkan kepada keluarga. Kumpul harta yang banyak, tetapi tidak boleh digunakan atau tidak sempat dimanafaatkan oleh keluarga sendiri.

Boleh membeli makanan yang lazat, tetapi tidak semestinya yang berzat dan berkat.

Kadang-kadang bila Allah tarik nikmat ‘selera’, makanan yang sedap dan lazat pun tidak dapat dinikmati kelazatannya.
Tidur atas katil yang empuk, tetapi tidak dapat tidur yang lena.
Rezeki yang Allah berikan pada kita tidak semestinya semuanya hak kita. Kadang kala, kita adalah sebagai perantara untuk menyalurkan rezeki tersebut kepada orang lain.
Sibuk mencari harta dunia, tetapi lupa untuk cari bekalan menuju akhirat.
Itu antara sedikit cebisan ilmu yang saya pelajari. Jika kita fikirkan banyak benda yang tersirat dalam setiap isi yang saya kongsikan. Moga makin hari makin bertambah amalan dan perubahan hidup kita kearah yang diredhai oleh Allah.

06 July 2012

Update


Cik Fiqah baru baik dari deman hari Selasa lepas. Sepatutnya kena pergi temujanji ke klinik untuk checkup 6 bulan. Tapi saya minta tangguh minggu depan. Hantar hari Rabu, hanya sebotol sahaja EBM yang diminumnya. Bekal 4 botol EBM lagi tidak digunakan. Fiqah taknak menyusu di taska. Alhamdulillah, semalam dah ok. Dan Fiqah dah sihat sepenuhnya. Ini demam pertama sejak Fiqah lahir.
Akak Fina pula, apa yang adiknya ada. Dia mesti ada juga. Termasuklah duduk dalam babychair. Letakkan adiknya kat atas kerusi, diapun ambil rockychair nak duduk juga.
Tidak tergambar bagaimana rasanya kalau berpisah buat selama-lamanya dengan anak-anak tersayang. Tapi sebagai hamba-Nya saya akui, ini semua pinjaman Allah. Kita tidak punya apa. Semuanya Allah yang punya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails