Posts

Showing posts from August, 2012

8 bulan

Image
Demam Raya masih berlarutan. Tak habis lagi berhari raya. Selepas ini bersiap sedia untuk open house sana sini. Diam tak diam dah masuk hari ke 11 Syawal. Cerita berhari raya di Terengganu akan dikarang dalam n3 lain. Kali ini nak cerita pasal Cik Fiqah yang dah genap berusia 8 bulan.   Fiqah dah lulus lesen meniarap, sekarang tengah belajar nak merangkak. Beginilah aksi-aksinya setiap hari.    1. Luruskan tangan, angkat kepala pandang hadapan. 2. Luruskan kaki, angkat badan,betulkan posisi di keadaan selesa. 3. Dah angkat satu badan, boleh pandang hadapan. Goyang-goyang-goyang. Masih lesen L lagi. Tapi memang bila letak atas toto, kejap jer dah menjalar atas lantai. Fiqah makin kenal orang dan perkara paling kerap dilakukan sekarang ialah MENANGIS. Kalau masa 6 bulan pertama susah dengar suaranya menangis, sekarang ini tak boleh kena tinggal seorang. Terus menangis nak dukung. Susah mama nak bergerak dalam rumah. Kalau boleh dia nak mama nya duk melayan dia.

Salam Aidilfitri

Image
Bergema takbir di subuh yang hening Tandanya Syawal menjelang lagi Aidilfitri hari bahagia Bersyukur kerana dipanjangkan usia Tua dan muda miskin dan kaya Tak kira apa jua bangsanya Hulurkan tangan mari bermaafan Rapatkan ukhwah ikatan iman Dalam riang menyambut hari raya Jangan dilupa pada mereka yang tiada Hulurkan bantuan sertakan doa Agar bahagia hati mereka Jangan dicerca jangan dihina Itu bukan budaya kita Ingatlah kita hanya hambaNya Banyakkan syukur pada yang Kuasa Dunia ini tak kekal lama Akhirat jua kekal abadi

F&F

Image
Peace :) bibi iikaaah, engok mama.. bibi, bibi, engok sane..  Tengok tu, Fiqah memang suka ikut cakap akak Fina dia. Fiqah minggu ini dah angkat-angkat muntut nak merangkak. Tergelak-gelak Fina bila tengok adik dia buat gitu. Asyik gear reverse jer. Letak kat atas toto, kejap jer dah sampai ke lantai. Tidur pun lasak. Beralih jer, kejap melintang, kejap ke bawah, bila saya tersedar, cari Fiqah tengok dah tak ada kat sebelah. Pandai sebut ma-ma-ma..Wah, terharu saya, pandai sebut mama dulu. Lepas ni, belajar sebut ba-ba-ba pula. Suka geleng-gelengkan kepala dan bengkokkan kaki nak bertimang. List baju raya untuk F&F dah selesai. Cuma nak carikan kasut pula. Minggu depan dah start cuti raya hari Jumaat. Khamis malam kami bergerak pulang ke Setiu.

Perkongsian

Salam 21 Ramadhan , Perkongsian dari apa yang saya pernah dengar. Peringatan untuk diri sendiri. Sebelum tidur, maafkan semua orang. Tidak rugi kita maafkan orang lain walaupun ia amat sukar. Tetapi percayalah, kita akan rasa lebih gembira dan bahagia apabila memaafkan orang lain. Belajar mengawal kemarahan. Kemarahan diibaratkan dinding yang dipaku setiap hari yang meninggalkan kesan walaupun paku tersebut telah dicabut. Sebanyak mana kita paku, sebanyak itulah kesan yang tinggal di dinding. Maknanya, jika kita marah pada orang, sedikit banyak kesan marah itu akan terkesan dalam hati orang lain walaupun kita sudah melupakannya. Belajarlah bersabar dan mengawal amarah. Banyakkan bersedekah. Kita tidak akan membawa walau satu sen pun wang yang kita kumpulkan ketika hidup. Semuanya akan ditinggalkan. Tetapi kita akan membawa ganjaran pahala yang kita dapat ketika kita bersedekah.  Duit akan terasa sangat besar nilainya jika disedahkan, tetapi terasa kecil nilainya apa

Berbuka Puasa

Image
20 Ramadhan 1433 Hijrah Telah sampai ke penghujung 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini. Makin kurang sedikit lemak-lemak di badan saya. Dan harapnya makin bertambah amalan sebagai bekalan menghadap-Nya nanti. Minggu lepas seperti dirancangkan, hari Sabtu ahli keluarga saya berkumpul di rumah saya. Cuma kakngah yang tak dapat join sebab ada Majlis berbuka puasa di tempat kerjanya. Ayah dan umi datang seawal jam 2.30 petang. Sekali dengan maksu. Along sekeluarga datang sebelah petangnya. Umi bawa laksam dan rendang rabbit. Kaklong pula bawa gulai daging rusa dan popia goreng. Tuan rumah masak ayam goreng, sup sayur, agar-agar dan kek pelangi. Rendang rabbit kurang mendapat sambutan. Hanya saya dan kaklong yang makan sedikit. Nampaknya, umi sahaja yang gemar makan masakan eksotiknya. Raya ini harapnya menu rendang rabbit tidak disenaraikan dalam juadah di pagi raya. Hi2.   Apapun, terima kasih pada kaklong dan umi yang bawa juadah untuk berbuka bersama. Fina-Kak Ya-Anya

Fina bercakap

Image
Akak Fina dah berusia 3 tahun 7 bulan. Dah semakin membesar anak dara sulung saya ini. Lebih-lebih lagi bila dah dapat adik, terserlah 'kebesaran'nya. Kali ini nak cerita pasal akak Fina yang  masih pelat bercakap. Kadang-kadang dah bunyi macam siam campur slang Perak pun ada. Antara perkataan dan ayat yang dia selalu gunakan: Mana - mane Ada - ade Punya - punye Bunga - bunge Tak boleh - takbolee Aiskrim - akim Coklat - let Sedap - tam Air - yeyer Main - amean Taman - aman Basikal - ikal Apple - eper Telur - lolo Gula - gule Cantik - atik Siapa - siape Kepompong - pompompom Rama-rama - rame-rame Lompat - ompat Pusing - using Bila nak masuk rumah dia cakap " akumsalam mama". Orang bagi salam, dia jawab salam. Suka cakap "mama buat ape tu mama" bila tengok saya kat dapur. Panggil Fiqah - "bibi iqah", kalau suh panggil Syafiqah dia panggil "aapikah" Banyak lagi perkataan yang dia sebut jadi bunyi lain. Tapi y

Memasak

Image
Masuk hari ke 13 Ramadhan, dah pertengahan bulan baru nak cerita bab masak memasak. Taulah bila dah balik rumah, terus masuk dapur buat apa yang patut. Mana nak sempat snap gambar masakan yang terhidang. Setakat ini target memasak di rumah masih diteruskan selagi terdaya. Baru sehari membungkus makanan di kedai. Itupun sebab abang nak belanja Nasi Beriani Anje. Selebihnya saya sedaya upaya untuk memasak sendiri juadah berbuka puasa. Walaupun kena kejar waktu memasak yang lebih kurang ada 1 jam setiap hari, dengan Fiqah yang tak mahu letak, namun saya sangat rasa puas hati dan gembira bila keluarga saya berbuka bersama dan makan masakan yang dimasak dengan air tangan saya sendiri. Lebih-lebih bernasib baik kerana saya ditemukan jodoh dengan abang yang tidak cerewet dengan makanan. Cumanya kena masak makanan yang dia makan, kalau ada makanan yang tidak dimakan, memang confirmlah tak disentuhnya sampai bila-bila. Bohonglah kalau saya kata saya tidak penat selepas balik bekerja mem