Posts

Showing posts from November, 2012

Atuk

Image
SELAMAT HARI LAHIR ATUK MOGA ATUK DIKURNIAKAN KESIHATAN DIBERI KEBERKATAN DIBERI KEBAHAGIAAN DIBERI KESEJAHTERAAN DIBERI KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG BERTAQWA.  

Fiqah Demam

Image
Susah nak tangkap gambar F&F bersama. Masuk anak kedua, mamanya pula kurang obses untuk menangkap gambar. Kalau dahulu masa anak sulung, setiap bulan banyak gambar Fina memenuhi camera hfon. Masuk anak kedua, banyak juga, cuma tidak setanding masa anak pertama. Masuk anak ketiga-keempat-kelima- entah ke berapa - mungkinkah kebarangkalian menangkap gambar menjadi semakin berkurangan? Itu kena tunggulah. Bukannya apa, bila anak dah besar, rasa rindu zaman mereka kecil. Jadi biarlah gambar-gambar yang comel itu menjadi kenangan di sanubari selamanya. Nasib baik ada blog, bolehlah rakam sejarah anak-anak membesar.  Gambar malam tadi, akak Fina tengah sibuk tengok cerita barbie, Fiqah muka ngantuk. Sebenarnya nak cerita kisah demam. Fiqah demam sejak Rabu lepas. Panas badannya, kadang-kadang kaki sejuk, kepala panas. Bila masuk ubat punggung, tahan selama 8 jam kemudian panas semula. Bila makan ubat demam pun begitu. Habis tempoh ubat, demam semula. Lambat kebahnya. Rasanya ini

EBM dan Pasta

Image
Kalau minggu lepas Fiqah reject EBM, alhamdulillah, Isnin lalu bekalan 2 botol EBM telah diminumnya. Pengasuh Fiqah kata, berpangku baru dia minum. Dan saya gunakan botol tommee tippie yang diberikan oleh makngah F&F agak lama dahulu. Hati lega sebab letih nak fikirkan menu apa yang sesuai untuk dibuat dengan susu yang tidak diminum oleh Fiqah. Kalau dah lama, expired sudah tentu kena buang pula. Ada beberapa resepi baby yang telah saya salin untuk dicuba menggunakan susu ibu. Hari ini saya bekalkan 3 botol EBM. Tak tahu sama ada Fiqah reject ataupun minum.   Bila dah beberapa hari stok EBM tidak digunakan ikut cycle biasa, stok frozen bertambah dengan jayanya. Alhamdulillah. Masalah stok berkurangan telah dapat diatasi. Lebih kurang 8 botol telah dibekukan untuk stok frozen EBM minggu lepas. Macam Fiqah tau-tau sahaja mamanya nak buat stok frozen, itu yang tidak diminumnya stok susu minggu lepas. Memandai je mama kan, padahal risau Fiqah tak mahu minum susu lagi. Allah mempe

Mari mengemas

Image
Cik Fiqah ~ selain suka berdiri di tepi-tepi bahagian rumah, suka juga 'mengemas'. Lebih-lebih lagi kalau masa mama dan akak Fina sibuk lipat kain. Ha, akak Fina telah dilatih untuk membantu saya melipat kain di awal usianya 3 tahun. Jadi, sekarang kalau masa saya lipat kain, dia dah boleh lipat baju sendiri dan baju adiknya. Oklah, walaupun tak boleh lipat betul-betul, tapi sekurangnya dia ada daya usaha untuk membantu saya. Touching juga mama nya bila anak dara sulung dah boleh belajar membantu. Harapnya bila dah besar Fina rajin tolong mama ya;)   Berbalik kepada Cik Fiqah, ini antara aksi-aksinya tengah sibuk berkemas semalam. Ini baju akak fina, ini baju mama, ini baju baba, ini baju saya.....   Nak tolong kosongkan almari akak Fina lah. Iye mama, kejap, saya tak mahu nenemlah..saya nak tolong mama ni kan...   Kalau 'mengemas' kain baju, saya ok lagi, tapi bab main selipar tu, memang tak boleh tahan. Macam Fina masa kecil. Teruja tengok se

Light Cheese Cake

Image
Sempena cuti-cuti yang terselit, satu hari kerja-satu hari cuti-selang rehat-selang keje- Jadi saya mencuba resepi yang teringin nak buat. Menggodek kek ini jadi rajin kalau semua bahan tersenarai dalam resepi ada dah kat dapur. Jadi senang, tak yah nak beli bahan-bahan lain di kedai. Lepas bangun tidur di waktu hujan dan F&F sedap tidur, mama nya ke dapur dengan secepat mungkin untuk siapkan kek ini. Kek dah siap untuk dibakar Kek dah siap dibakar dan dipotong untuk dicuba.     Dah boleh masuk mulut!!!! Sedap dan mewah dengan rasa cheese. Di sini saya kongsikan resepi yang saya gunakan. Hasilnya memang tidak mengecewakan bila dicuba. Cuma part paling agak renyah bila nak menghasilkan merigue daripada putih telur. Pastikan tiada air yang masuk ke dalam adunan dan pastikan pengadun dan bekas yang digunakan adalah kering. Selainnya resepi ini mudah untuk disediakan jika mengikut langkah yang diberikan satu persatu.    Susu segar saya tukar kepada full cr

Anak Tidak Mahu Minum Susu

Dua minggu lagi Fiqah akan genap 11 bulan. Sekarang Fiqah dah makin kenal orang. Bila jumpa orang yang dia tak kenal, dia taknak ditinggalkan. Ie : Jumpa nek yang dan tok yang di kampung. Tak tentu arah dia nak saya dan abang pegang. Cembeng-cembeng mulut nak nangis bila kena tinggal kejap. Tidak merayap terlalu jauh jika bukan di rumah sendiri. Kalau rumah sendiri, sekejap je tangga tu dia naik sampai ke anak tangga ke empat. Sekejap je sampai dapur. Baru belajar berdiri, panjat-panjat tepi sofa, tepi meja, tepi kerusi, tepi kaki mama, semua bahagian tepi lah. Perubahan paling ketara ialah – REJECT EBM. Ingatkan hanya sehari dua sahaja, rupanya minggu lepas berterusan Fiqah tidak mahu minum susu di taska. Pengasuhnya hanya beri air kosong, dan bubur, memang banyak Fiqah makan. Saya cuba membuat ujikaji semasa cuti hujung minggu tempoh hari. Fiqah gigit-gigit puting botol tu, lepas tu terkebil-kebil tengok saya. Saya memang bagi masa dia baru bangun tidur. Bila tak berjaya, s

Cuti

Image
Saya suka cuti sekolah. Walaupun anak masih belum bersekolah, tetapi cuti sekolah amat membantu  perjalanan pagi saya yang lancar ke tempat kerja. Hari ini tidak perlu keluar seawal jam 6.45 pagi. Saya keluar jam 7.10 pagi, tetapi masih sempat tiba ke Putrajaya pada jam 7.45 pagi. Beza kan, lebih kurang setengah jam boleh sampai dari Semenyih ke Putrajaya jika jalan tidak sesak. Cuti tersepit telah bermula, tapi saya tidak mengambil cuti minggu ini memandangkan hujung bulan nak cuti lama.  Kat ofis ramai yang bercuti. Sunyi sedikit dari hari biasa.  Hari ini juga cuti peristiwa Taska Fina. Fina dijaga oleh babanya. Terima kasih abang. Dan Fiqah dihantar ke Taska seperti biasa. Ni ada cerita pasal cik Fiqah saya. Next n3 ya! Sebelum itu saya kongsikan gambar Fina bertelekong hasil buatan makngah nya. Kalau minat nak tempah silalah roger makngah Fina.   Fina tak mau nakal duduk dengan baba hari ini ye. Nanti tengok cerita omen (ultraman), ora (dora), onder pet(wonder

Mamam

Image
Fiqah nak makan buah, tapi mama suruh makan sendiri. Mama tak nak suap sebab mama sibuk nak masak untuk makan malam.   Takpelah, Fiqah cuba makan sendiri jer..Gigit-gigit-gigit guna 2 batang gigi bawah ini. Dapat rasa sikit. Eh, sedap pula.. Mama, Fiqah dah pandai makan sendiri lah. Cerita bab makan, semalam Fina hanya nak makan di taska. Dia tak nak menyusu pun. Ada sebotol lagi bekalan EBM yang tak habis. Yang lagi 3 botol, Fiqah tak nak juga. Itupun pengasuhnya buang sebab dah dipanaskan dan tak habis diminum oleh Fiqah. Bila bagi makan, ok je dia. Kali pertama Fiqah taknak minum susu di taska. Rasanya sakit gusi sebab nak tumbuh gigi. Bila balik dirumah, ok jer masa dia direct BF. Selalunya kalau sakit gusi, tak nak makan atau menyusu langsung. Hari ini nak tengok macamana. Fiqah nak diet ke Fiqah? Sibuk nak belajar makan sekarang, dah tak nak minum susu yang mama bekalkan.

Fiqah 10 bulan

Image
Sekejap jer blog bersawang. Tahap kerajinan makin berkurangan setelah hujung tahun. Entah bila rajin update pun tak tahu. Dah habis acara bercuti Hari Raya Haji di Terengganu. Tunggu hujung bulan pula untuk percutian keluarga di bumi kenyalang. Fiqah sudah berusia 10 bulan. Amboi, makin cerdik acik Fiqah saya ini. Dah macam-macam perangai dia pandai buat tau. Memang tak duduk diam kat rumah, celik mata jer, ada sahaja benda nak dibuatnya. Paling digemarinya ialah merangkak satu rumah. Bila tengok saya kat dapur, dia pun ada kat dapur. Sekarang dah pandai berdiri dan pegang kaki saya suruh ambil dia. Pernah sekali, dia bangun pukul 3 pagi main sorang-sorang. Kawasan tangga memang kawasan yang menjadi pilihan hatinya. Kadang-kadang rasa macam nak dia jadi baby semula, senang, terlentang baring jer kat tilam tu tak leh gerak jauh. Mmmm..boleh gitu. Anak dah melasak, mamanya lah yang boleh kurus. Kejar anak, pantau anak, tengok anak buat apa. Gitulah, kudrat seorang ibu, bagaimana leti