26 December 2012

Fiqah 1 tahun

Alhamdulillah, syukur atas anugerah dan kesempatan melihat anak yang semakin membesar. Fiqah dah genap 1 tahun pada 25 Disember 2012. Selamat Hari Lahir anak kesayangan mama dan baba. Moga Fiqah menjadi anak yang solehah, insan yang sempurna, tinggi akhlak dan budi pekerti . Insyaallah, Mama sentiasa mendoakan segala yang baik untuk perjalanan masa depanmu.
Dan saya telah berjaya menyusukan Fiqah selama setahun dengan susu ibu sepenuhnya. Moga dipermudahkan untuk tempoh setahun yang akan datang. Amin.
Fiqah tunggu potong kek besday dengan akak Fina minggu ini ya.

19 December 2012

A'Famosa Resort

Minggu lepas kami ke A'Famosa Resort untuk Family Day ofis baba F&F. Tak ada acara rasmi, cuma malamnya ada dinner bersama staff PPA yang lain dan keesokan harinya ke A'Famosa Waterworld bersama keluarga masing-masing.

Fina lah orang yang paling seronok. Dia cakap 'kami main taman kolam'. Maksudnya, ada taman permainan atas kolam. Awal pagi kami ke sini, lepas keluar dari apartment, sarapan dulu dan terus ke waterworld. Jadi parking masih banyak di awal pagi. Waterworld buka jam 9 pagi. Masa Fina mandi, tak ramai lagi pengunjung. Bila dah masuk tengahari, penuh dah orang.

Layan jelah anak dara ni sibuk main air.





Cik Fiqah mandi sikit-sikit jer. Bila dia ngantuk, terus dia tidur. Tak ada respond lagi bila bawa dia berendam dalam air. Nak melekat dengan mama dia sahaja.

 
Acara yang paling mama suka...naik pelampung beramai-ramai. hi2..Merentasi air keliling waterworld. Ini lepas habis main kat pantai berirama. Baba buat pakej boat penambang haritu. Setia menolak pelampung mudik ke air demi keluarga tercinta. 
  
 
Tengahari, terus siap-siap balik kampung. Singgah makan dulu kat Tampin. Saya rasa seronok berlibur bersama keluarga. Itu juga satu kenikmatan yang tidak dapat dijual beli bila dapat mengisi masa bersama keluarga.
 

Fiqah 11 dan 12 bulan

Aura mengupdate blog makin kelaut kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi selepas cuti-cuti Malaysia yang lalu. Baru pulih dari demam berterusan dan first time dalam hidup saya hilang suara. Tinggalkan dulu cerita ketidakpuasan yang tersirat dalam hati, sebelum masa beredar, lebih baik cerita pasal cik Fiqah saya yang semakin membesar.

Diam tak diam, minggu hadapan genap Fiqah setahun. Memang agak cepat proses tumbesarannya. Sungguh, saya rindukan zaman Fiqah baby. Saya rindukan untuk menjaga Fiqah selama 24 jam di rumah. Tak puas jumpa Fiqah dari jam 6 petang hingga 6.50 pagi setiap hari waktu bekerja. Rasa tak sampai hati tinggalkan Fiqah di taska setiap pagi. Tapi begitulah kehidupan, selalu rasa tidak PUAS HATI itu sepatutnya diambil dari segi positif agar kehidupan seterusnya dilalui dengan lancar.

 
Fiqah dah pandai apa ya;)
  • Masih merangkak dan belum berjalan lagi. Baru belajar berdiri, panjat-panjat tepi sofa.
  • Fully bf hingga sekarang. Fiqah dah tak reject EBM lagi. Sehari bekalan ke taska sebanyak 3 botol.
  • Ada 3 batang gigi.
  • Makin kenal orang, nak orang layan dia. Bila tengok saya dah siap pakai tudung, suruh dukung dia.
  • Dah pandai tak nak pergi taska pagi-pagi. Bila hantar, tak menyerah diri seperti zaman dia baby.
  • Malam tidur nyenyak. Rasanya sejak Fiqah kecil tak pernah lagi saya overtime jaga Fiqah malam-malam. Walaupun bila demam, dia tak banyak meragam.
  • Sangat lah suka melayan akak Fina nya. Bila akak Fina buat lawak, gelak besar Fiqah. Pandai main sama-sama.
Insyaallah, dalam perancangan nak buat Majlis Hari Jadi Fina dan Fiqah. Combine sekali. Berhajat nak buat kek Pengantin (Princess) atas permintaan akak Fina. Harapnya menjadilah air tangan mama F&F ini.
     

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails