15 February 2013

Update F&F


Akak Fina : (4 tahun 2 bulan)
  • Dah boleh baca Al-Fatihah, Iqra' 1, Doa ibu bapa.
  • Menulis tak berapa pandai lagi, tapi menconteng memang hobi dia kat rumah sekarang. Suka tulis kat kertas, apa-apa kertas, termasuklah surat khabar.
  • Pandai nyanyi lagu Negaraku.
  • Dah tak nangis bangun mandi pagi-pagi sebelum pergi sekolah.
  • Suka tiru cakap teacher - terutamanya perkataan ULANG LAGI (dengan nada tinggi)
  • Suka sangat character barbie. Siap suruh panggil dia Cikgu Barbie. Ada sekali tu, dalam tv ada keluar pembaca berita. Dia cakap mama, ada barbie lah dalam tv. Nak tengok cerita barbie. Rupanya pembaca berita tu muka ala-ala barbie. Tergelak saya. Bila berita habis, Fina cakap, laa, kami nak tengok cerita barbie. Sabar ajelah.
  • Suka bahasakan diri 'kami' sebagai ganti diri 'saya'. Sekarang ni kalau cakap, belakang ada perkataan 'ma'. Itu tiru mei mei dalam upin ipin. Contoh dia cakap :' kami tak tau ma'....Sabar je lah lagi mama dia.
  • Pandai dah apa yang kawan ada, dia nak juga. Contoh : kawan kami ada beg tarik (troli), kami nak juga beg macam tu.

Adik Fiqah : ( 1 tahun 2 bulan)
  • Pandai sebut -mama, baba.
  • Sangat manja dan suka dipeluk.
  • Belum berjalan lagi, baru cuba menapak sikit-sikit.
  • Masih mengekalkan hobi utama, tak boleh tengok orang makan. Dia mesti nak cuba juga.
  • Dah faham cakap saya sikit-sikit. Contoh, 'bagi mama, dia akan beri barang yang dia pegang'.
  • Lama dah Fiqah tak demam, last demam masa bulan 11, sehari dua ini Fiqah demam lagi. Mungkin gigi geraham nak tumbuh.
  • Serasi tinggalkan di taska. Tak menangis bila saya tinggalkan pagi-pagi.
  • Suka main air dengan akak Fina nya masa cuti.
  • Suka tengok azan dalam tv. Ngalit dia tengok.
 
Makin membesar puteri-puteri saya. Saya pernah mendengar, anak itu satu amanah Allah pada ibu bapa. Satu amanah yang besar, harta yang bernilai, pinjaman yang berharga semasa di dunia ini. Dan jauh dari dalam sudut hati saya, tentulah saya inginkan yang terbaik untuk kehidupan anak-anak saya. Doa saya, agar anak saya menjadi insan yang berguna. Sama seperti doa-doa ibu bapa yang lain. Amin.
     



EBM



Operasi mengepam masih berjalan seperti biasa di pejabat.
2x sehari, pagi sekali, petang sekali.
Waktu cuti, tentulah guna pam semulajadi. Direct bf dengan Fiqah.
Ini sahaja stok EBM yang tinggal. Tak kira dah sekarang, asalkan ada beberapa botol dalam peti ais, dah lega hati saya. Lagipun demand Fiqah tak tinggi. Dia hanya minum 3 botol di taska.
Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan. Mudahan berjaya mencapai ke target seterusnya.

 
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails