29 March 2013

Bersama

Akak Fina dengan Fiqah banyak meluangkan aktiviti bersama. Maklumlah, itu sahaja kawannya di rumah. Kadang-kadang baik sangat mereka berdua, kadang-kadang duduk dekat pun tak boleh. Fiqah pun dah makin faham apa orang cakap. Jadi bila akaknya marah dia, dia selamba je lawan balik. Dengan gaya bahasa baby lah. Comel dan terasa riuh rumah dengan suara anak-anak. Dan akak Fina masih mengekalkan reputasinya sebagai seorang yang manja daripada adik. Tak boleh adik lebih sikit.
 
Share gambar dua beradik ini tengah bermesra;) Hisap botol bersama. Fiqah tu, bila tengok akaknya hisap botol, dia pun nak. Padahal bukan dia minum sangat pun. Habis tumpah ke baju. Mamanya isilah air sedikit untuk melayan kerenahnya. Kalau tak, berebut dengan akak Fina.
 
Sama tak rupa kami????

Possing gedik-gedik pula.

Yeay! dah habis, possing gaya bebas..
 
Banyak lagi aktiviti bersama mereka berdua. Paling selalu ialah main air bersama. Dua-dua suka berendam dalam bilik air. Selain itu mereka selalunya :
  • Makan bersama
  • Main dan mewarna bersama
  • Tidur bersama
  • Gaduh bersama
Banyak acara bersama, waktu kecil adik beradiklah yang menjadi rakan dan sahabat kita yang paling rapat. Masalah cemburu tetap ada kerana cemburu itu adalah anugerah Allah kepada insan biasa, lebih-lebih lagi anak-anak yang masih kecil. Tidak pandai lagi menilai, hanya tahu mengekspresikan apa yang mereka rasa melalu perbuatan. Suka merajuk bila tidak dapat apa yang dikehendaki. Perlakuan mereka menjadi warna warni yang melengkapi kehidupan kita sebagai ibu bapa ketika membesarkan anak-anak. 
Tengok, Fiqah yang baru 1 tahun 3 bulan ini pun dah pandai mengamuk sekarang.........Aip, nak kene babab ni..hi2..
 

28 March 2013

Kidz Paradise Mines


Awal bulan ini saya sekeluarga berkunjung ke Kidz Paradise di The Mines Sri Kembangan. Memandangkan abang bekerja di sebelah paginya, jadi kami ke Mines waktu petang. Seronok Fina dan Fiqah bermain, cuma mungkin cuti hujung minggu memang ramai orang sangat. Sampai satu tempoh, kaunter tu tutup untuk kemasukan pengunjung yang lain. FULL HOUSE.  Lbih kurang 4 jam Fina dan Fiqah beriadah di Kidz Paradise. Sampai dalam kereta, dua-dua tidur keletihan.
 
Tiket kalau tak silap harganya RM30, kalau ada offer di GROUPON dapatlah RM10 untuk seorang kanak-kanak. Boleh ditemani seorang penjaga. Jadi mak ayah pun boleh join sekaki lah main-main dalam tu. Best tu, terutamanya bab main pasir moden. Memang tak jumpa masa zaman saya kecil-kecil dahulu. Cuma kalau datang ke sini, kena pakai stokin. Kalau tak bawa, boleh dibeli di kaunter dengan harga RM4.
 
Secara peribadi, kawasannya ok, tak luas sangat, anak-anak seronok main, cuma kalau boleh pergi masa tak pack sangat. Kalau ramai sangat, susah pula nak menjaga anak-anak sendiri nanti. Ibu bapa boleh tinggalkan anak bergilir-gilir untuk berwindow shopping atau ke surau, makan dan sebagainya. Dengan syarat gelang kertas di pergelangan tangan tidak ditanggalkan. So, boleh keluar masuk sesuka hati. Tempoh bermain pun tiada had. Main lah sampai puas untuk tarikh yang dipilih. Dibuka hingga ke malam. Terdapat juga kemudahan Wifi dan Bilik Penyusuan turut disediakan.
 
Oh ya, saya dapat tiket ini secara percuma sahaja. Ada officer ofis yang beri. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Beriadah bersama keluarga, selain tempat berenang, taman-taman yang dibina khas sebegini boleh dijadikan pilihan untuk membawa anak-anak bergembira.

Akak Fina sibuk main.

Suka tengok gambar Fiqah duduk atas beratus-ratus bola kecil.

F&F yang teruja sebab jumpa banyak mainan.

11 March 2013

Berjalan


Dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa adik saya, baby Fiqah dah pandai jalan..Fuiyooo...pecah rekod saya mama cakap. Saya dulu pandai jalan 1 tahun 1 bulan. Fiqah pandai jalan 1 tahun 2 bulan setengah. Saya rajin pimpin tangan Fiqah bila dia berjalan.
Syabas saya ucapkan. Lepas ini boleh kita jalan dan berkejaran sama-sama ya.

08 March 2013

Anniversary ke-6


 
Ye, saya dan abang memiliki dua perwatakan yang berbeza. Saling lengkap melengkapi, saling kenal mengenali, saling berusaha untuk membina sebuah rumah tangga yang barakah mawadah dan warrahmah.
Perbezaan itulah yang melengkapi bahtera rumahtangga kami satu sama lain. Menerima cinta daripada seorang suami yang ditakdirkan untuk saya. Menjadi bapa kepada anak-anak saya. Sudah tentu saya salah seorang insan bertuah yang memiliki nikmat keluarga yang dikurniakan oleh Allah.
Moga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga-Nya.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-ENAM.
10 Mac 2007 - 10 Mac 2013
 

04 March 2013

1 Tahun 2 bulan ++

Saya belum boleh berjalan sepenuhnya lagi. Bila rajin, saya jalan, bila malas saya merangkak sahaja. Saya rasa bila saya berjalan, badan saya bergoyang-goyang, terhoyong hayang. Bapp..jatuh terduduk. Sakit okay. Mama dengan akak Fina suka sorak di rumah bila saya cuba berdiri - TATIH..TATIH..TATIH..bersemangat saya bila dengar perkataan itu.

 
Seterusnya, saya memang suka makan. Itu memang hakikat yang tidak boleh dinafikan. Terpesona sungguh saya dengan makanan. Sekarang saya suka suap makanan sendiri. Kalau time makan, mesti mama sediakan satu pinggan/mangkuk/sudu untuk saya guna sendiri. Kadang-kadang habis bersepah, tapi saya suka belajar makan sendiri. Seronok;)

 
Akak Fina suka mewarna sejak dia sekolah. Saya pun apa  lagi, join sekaki. Bila akak Fina menulis dan mewarna, saya pun nak cuba. Tapi saya suka tulis di atas lantai rumah. Baru nampak cantik. Semalam saya tertulis tahi lalat di pipi. Tergelak mama tengok muka saya. Belum lagi tengok kat tapak tangan saya, penuh dengan corak saya buat tau.
 

Bila penat menulis saya buat magic pula dengan mama. Masukkan tutup color dalam mulut. Cepat-cepat mama babab mulut saya..hi2..Saje jer mama saya buat magic ini. Gusi gatallah..

 
Oh ye, gigi saya dah ada banyak dah. Kadang-kadang saya test drive untuk gigit mama. Menjerit mama bila saya gigit. Sorry mama..Saya memang manja sangat dengan mama. Tak boleh tengok mama takde, mesti saya cari mama. Bila mama masak, saya pun nak tengok. Mama pun dukung saya sebelah tangan.  Saya makin faham apa yang mama dan baba cakap. Saya sayangkan mama, baba dan akak Fina..umuaahhhh....(itu mama tak sempat nak tangkap gambar lagi).
 

Red Velvet

 
Cuti hujung minggu rasa tekak teringin sangat nak makan red velvet. Resepi dah lama simpan kat rumah, cuma percubaan nak membuatnya belum tertunai lagi. Sempena meraikan bulan Mac sebagai bulan ulangtahun perkahwinan saya yang ke-6, jadi saya buat kek red velvet ini. Versi kukus. Walaupun saya tahu abang bukan peminat kek, tetapi itu bukan penghalang untuk saya meneruskan misi. Fina pun tidak menggemari creamcheese yang dilepa atas kek. Kali ini saya dengan Fiqah yang menikmati kek tanpa persaingan.hi2..
Inilah hasilnya. Simpan di peti ais dulu untuk mengelakkan creamcheese cair.


Simple deco
 
Kepingan red velvet yang telah siap dipotong
Memasak ini sama juga dengan hobi yang lain. Tunggu mood datang baru tiba-tiba jadi rajin. Kalau tak sampai mood, sampai sudah terperap jer resepi dalam laci kabinet dapur.
 
Happy Anniversary abang.. Moga cinta kita sentiasa mekar berseri semerah red velvet yang abang makan sepotong sahaja itu..hi2.. Alhamdulillah, diciptakan Allah seorang insan bernama Azhar untuk menjadi pemimpin ke atas wanita bergelar Azliza dan bapa kepada mujahid kecil bernama Nur Azwa Safrina dan Nur Irdhina Syafiqah. Syukur pada-Mu.  

01 March 2013

30 an

Kegemaran saya di usia 30an, di samping sibuk menjalani rutin harian dari aspek kerjaya dan keluarga, saya cuba untuk memberi ruang kepada diri sendiri. Melakukan apa yang diminati, mencari apa yang diredhai dan tentunya melakukan sesuatu untuk kegembiraan sendiri.

Mukadimah punya guna ayat berbelit-belit, sebenarnya nak cerita kegemaran terkini;)

  • Mencari tempat-tempat yang sesuai untuk melancong. Kalau tak boleh pergi jauh, bawa anak-anak ke waterpark di hujung minggu boleh diambil kira. Untuk penjimatan cadangan saya boleh google di website groupon atau livingsocial untuk membeli kupon/vaucer dengan harga yang berpatutan. Tapi kena alert, percutian di hujung minggu lain syaratnya. Mungkin terpaksa menambah caj lain kerana selalunya harga promosi hotel adalah untuk hari-hari biasa sahaja.
     
  • Mencari tempat peranginan persekutuan (BPH) yang memang harganya amatlah memuaskan hati. Cuma masalah utama, booking di rumah kerajaan ini selalu penuh dan kena booking awal. Ibarat tiket murah di air asia, booking berbulan-bulan sebelum melancong. Kemudahan untuk orang keje Gomen. Memerlukan persaingan yang hebat untuk booking bilik yang tidak banyak. Tapi tidak salah untuk mencuba nasib. Mana tau, nasib menyebelahi, setahun akan datang pun akan ditunggu.
  • Periuk-periuk-periuk, entah kenapa sejak meningkat usia ini, suka sangat shopping periuk macam casserole, luminac, corning ware. Nak periuk jenis itu untuk kegunaan memasak. Sekarang beli untuk guna. Kalau simpan sahaja sebagai pameran di kabinet atau almari hiasan, entah bila lah boleh rasmi. Juga minat kepada mangkuk yang lutsinar yang serbaguna. Boleh kukus, masuk oven dan microwave. Ada juga set bekas yang kedap udara. Memang sangatlah comel di mata saya. Alahai…sangat sweet perasaan itu. Macam berbunga-bunga rasanya..boleh..
  • Mencari buku-buku berbentuk motivasi, mendengar radio yang mendidik nurani, menonton rancangan ilmiah dan membaca blog-blog yang bermanafaat untuk menambahkan ilmu. Ini bukannya disebabkan tempias artis yang telah ramai berhijrah, tetapi ini timbul dengan kesedaran diri. Doakan hidayah itu kekal hadir dalam diri saya agar saya sentiasa mengingati dan menginsafi diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails