Posts

Showing posts from April, 2013

DIY Aiskrim

Image
Memenuhi tempahan cupcakes pelanggan, sempat lagi bershopping acuan aiskrim untuk Fina dan Fiqah di Yummie Bangi. Keluar di waktu rehat hari Jumaat, memang agak semput untuk bershopping. Lebih-lebih lagi, bila bos ada. So, tak boleh balik lewat. Kalau bos tak ada pun sebenarnya kene balik awal juga, cuma tidaklah terlalu mengejar masa yang tepat . Bekas aiskrim potong ini berharga RM3.50 sahaja. Ada 4 acuan sekali dengan batang aiskrim. Cuti hujung minggu saya buatkan aiskrim strawberry bandung untuk Fina dan Fiqah. Suka diaorg dapat aiskrim mama nya buat. Ayat Fina ~ hebatnya mama..ha2..Kagum anak-anak bila mama boleh buat aiskrim sendiri .   Aiskrim strawberry yang sudah siap **Tips untuk keluarkan aiskrim daripada bekas : lalukan dulu bekas aiskrim di air paip dan kemudian baru tarik keluar .   Satu untuk akak Fina Satu untuk baby Fiqah F&F tengah menikmati aiskrim..yumm-yumm   Fiqah, tersenget-senget kepala makan aiskrim Fina - rambut dah

Masak-memasak

Image
Minggu-minggu berlalu tanpa n3 terbaru. Perlukan sedikit masa untuk menjalani perubahan dan peralihan dalam kerjaya. Tetapi walau apapun kerjaya kita, kerjaya yang ini masih menjadi keutamaan. Kerjaya TUKANG MASAK di rumah, tugas utama demi mengenyangkan perut-perut di rumah.   Berderet-deret masakan simple , cuma ini yang dapat dikongsikan -   Sup Gear-box Baba Sup ikan merah F&F Pasta Mama FF Terasa kalau makan di luar, kurang nikmatnya jika dibandingkan di rumah. Sesekali tak salah bertukar selera dengan masakan di kedai. Cumanya, mungkin 'nikmat' itu kurang sebab apa yang kita makan, kita boleh beli atau dapat dengan mudah. Kalau waktu kecil, jarang-jarang makan di luar, bila dapat nasi ayam atau ABC, itulah yang paling sedap dinikmati.  Saya lah tu . Tetapi apa yang mahal dan tiada gantinya ialah SELERA. Bila tiada atau hilang selera, makanan yang paling sedap pun jadi tidak sedap.   Menjadi seorang ibu, mesti multi-tasking. Boleh buat banyak

Pemakanan ketika BF

Image
Lama tak cerita pasal susu. Saya masih fully BF Fiqah hingga kini. Alhamdulillah, telah menjangkau usia Fiqah 1 tahun 3 bulan. Masih tinggal 9 bulan lagi nak capai target. Moga Allah permudahkan. Fiqah dibekalkan sebanyak 3 botol stok EBM setiap hari. Tiada pengurangan dan tiada penambahan. Stok frozen tidak terusik sekiranya tidak perlu digunakan. Saya simpan untuk kes-kes kecemasan sahaja seperti bila pam susu tak keluar banyak dan bercuti lama balik kampung. Selebihnya, stok harian hanya gunakan susu yang dipam pada hari sebelumnya. Contoh, pam di ofis hariini, itulah sebagai bekalan Fiqah ke taska keesokan harinya. Diperhatikan, terdapat pengurangan kuantiti susu yang agak ketara apabila terdapat pengabaikan pemakanan yang dapat mengekalkan pengeluaran susu. Sebagai contoh, saya tidak boleh makan nenas. Kalau makan nenas, susu akan kurang dengan kadar yang agak tinggi. Kalau selalu pam di ofis dapat 3 botol, kalau lepas makan nenas, tinggal 1 botol sahaja. Masalah inilah yang a

Sanah Helwah

Image
Esok ulangtahun kelahiran baba yang ke - tut....Jadi saya gigih mencari apa yang lain dari yang lain untuk dijadikan hadiah. Mula-mula nak cari kad pop-up, tapi bila fikir, tak sesuai dengan baba. Timbullah idea untuk mencari karikatur. Sesuatu hadiah yang simple tetapi menarik. Sebenarnya apa yang penting bukanlah pada bentuk hadiahnya, tetapi niat dan usaha untuk meraikan hari istimewa dengan insan tersayang itu tercapai maksudnya.   Telah selamat diposkan ke ofis abang oleh pelukis karikator nya. TQ.   SANAH HELWAH BABA 25 Jamadilawal 1434H Daripada : Mama, Fina & Fiqah   Selamat Ulangtahun Kelahiran abang;) Moga Allah merahmati dan memberkati kehidupan abang, memberikan kesihatan, memudahkan urusan dan agar memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.     Yang berminat untuk lihat hasil karikatur bolehlah lawat ke blog ini .  

Kenduri Makteh Ira

Image
Minggu lepas kami pulang ke Terengganu untuk meraikan perkahwinan adik ipar. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Membantu apa yang patut, meraikan para tetamu dan bertemu saudara mara. Kenduri kendara secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara sesama kami. Tempoh yang agak lama tiada kenduri kahwin di rumah mertua saya di Terengganu. Last sekali kenduri pada perkahwinan adik ipar saya pada tahun 2007. Dah hampir 6 tahun berlalu, seusia perkahwinan saya. Insyaallah, ada lagi beberapa kenduri yang akan menyusul memandangkan adik beradik abang memang ramai. 13 orang semuanya, ada 4 lagi yang masih belum berkahwin.   Tahniah kepada adik ipar saya - Azira dan pasangannya Faizal. Selamat Pengantin Baru. Moga perkahwinan mereka sentiasa diredhai oleh Allah dan berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat. Jom layan gambar;) Sehari sebelum kenduri, time ni nak pergi kenduri kahwin rumah jiran seberang jalan. Rasmikan pelamin.   Di hari kejadian, nampakny