Posts

Showing posts from July, 2013

Ramadhan 2013

Sedar tak sedar telah menghampiri 7 Ramadhan. Begitu pantasnya masa berlalu. Ada yang diberi peluang untuk meneruskan Ramadhan tahun ini, dan tidak kurang juga ada yang telah dipanggil menyahut Pencipta sebelum pun sempat melangkah ke bulan yang mulia. Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi. Syukur kerana kita masih diberi kesempatan dan peluang tahun ini. Moga Ramadhan kali ini menambahkan lagi ketakwaan kita terhadap-Nya.   Saya meneruskan rutin harian seperti biasa, cuma waktu bulan puasa, saya menukar waktu kerja. Masuk awal, 7.30 pagi, jadi boleh balik awal 4.30 petang untuk elakkan kesesakan lalulintas. Dan tentunya seperti target setiap Ramadhan, saya ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga saya. Alhamdulillah, setakat 7  hari ini, saya berjaya memasak menggunakan air tangan sendiri. Dan kemeriahan berbuka puasa, ditambah dengan anggota kecil keluarga kami - Fina dan Fiqah. Start semalam kami berbuka puasa, bentang tikar di bawah. Susah nak makan bila d

Fiqah 1 Tahun 6 Bulan

Image
Fiqah dah 1 tahun 6 bulan ++.   Banyak yang dia dah pandai buat sekarang :   Pandai nak ikut baba bila tengok baba keluar dari pintu rumah. Buat-buat nangis. Suka ckp "akit"(sakit), tunjuk kat kaki, kat tangan. Bila cakap "cantiknya baju Fiqah", suka sangat dia, sambil goyang-goyangkan badan. Bila tanya "siapa buat baby?", dia tunjuk kat baba atau akak Fina. Nak ikut akak Fina main basikal kat luar. Tapi bila naik basikal, tak bergerak pun dia atas basikal tu. Boleh faham arahan ringkas - masuk baju kotor dalam bakul, hantar botol susu ke sinki, suruh cuci tangan. Bab ini akak Fina memanglah suka, dia yang arahkan adik dia ambil itu ini.   Dah reject EBM saya, hanya minum air susu kotak/milo/nutrigen/vitagen. Kes Fiqah sama dengan Fina dahulu. Dia hanya nak minum susu ibu direct dengan saya di rumah. Kalau di taska, kuat makan, tapi tak nak susu yang saya pam. Dengan itu, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya tela