Posts

Showing posts from August, 2013

Susu

Fiqah dah masuk 1 tahun 8 bulan. Target untuk fully bf Fiqah masih diteruskan. Cumanya dah tak dinamakan fully bf lah sebab waktu siang Fiqah minum susu formula. Bila saya dah balik kerja ataupun cuti hujung minggu, Fiqah direct bf. Cerita bab susu formula, Fiqah tak nak jenis perisa asli. Dia minum yang perasa coklat sahaja. Selepas dia reject EBM saya 2 bulan yang lalu, saya beli susu perisa asli, itupun suruh teachernya campur dengan vico, baru dia nak minum. Kalau tak, dia tak nak minum. Selainnya saya bekalkan dia dgn air kotak, vitagen, nutrigen. Cuma sekarang bila dia dah boleh minum susu formula, saya tak bekalkan air-air sampingan tu.   Fiqah sejak-sejak sebelum raya dia bila nak bf dia nyanyi - HE" HE" HE"HE". Ada irama dia. Lembut je minta. Fiqah malam bf dalam 3 kali. Tapi sekejap je lah. Bila saya dah cakap, 'sudah', dia terus lepas dan tidur semula. Makan memang dia minat, semua dia nak cuba makan. Latest dia suka makan pisang emas. Ada se

Cerita Raya 2013

Salam Syawal. Lor, baru jer seronok cuti lama-lama tak payah keja , dah sampai ke pertengahan Syawal. Raya tahun ini kegilaan mengambil gambar sudah berkurangan. Hingga gambar di Hari Raya Pertama keluarga, tunggu ihsan makngah untuk emelkan gambar tu. Ada dalam kamera makngah jer. Jadi n3 kali ini tiada gambar dilampirkan .Tahun ini kami bertema rona jingga. Seperti kebiasaan, pagi-pagi yang lelaki ke Masjid untuk solat Aidilfitri, yang wanita menyiapkan keperluan anak-anak di pagi Syawal. Usai makan pagi, kami sekeluarga bersalam-salaman. Tahun ini cukup korum kami empat beradik -along-kakngah-saya-yana. Tahun depan, raya berduaan lah umi dengan ayah di kampung jika dah turn semua di tempat lain. Menu : Rendang ayam pencen Lemang Kari Kambing Nasi Impit Kuah Kacang Lepas settle bersalam-salaman, kami pulang ke kampung ayah dan arwah mak di Selandar. Raya belah sana pula. Tempat pertama : ke rumah nenek Sarah, kemudian, ke rumah Maklang Ina, next rumah Paklong

Ramadhan

Masuk ke hari-hari terakhir Ramadhan. Sudah 23 Ramadhan. Begitu pantas masa berlalu. Macam lagu Raihan dan Mambai .......                 Masa yang pantas berlalu                 Hingga tak terasa ku berada                 Di bulan Ramadhan semula Rupanya sudah di penghujung. Alahai, sebak pula di hati. Minggu lepas kami sekeluarga balik berbuka puasa di belah mertua saya di Setiu Terengganu. Balik 4 hari. Sepatutnya kami balik awal Ramadhan, tapi kesibukan masing-masing terutamanya baba F&F membuatkan kami mengubah perancangan balik ke pertengahan Ramadhan. Alhamdulillah, sempat berbuka puasa dengan keluarga belah suami. Dan tahun ini turn berhari raya di Negeri Sembilan saya suka!. Sudah ada jemputan  perjumpaan kawan-kawan sekolah yang berbelas tahun tak jumpa di FB pada Raya Ketiga. Dan mungkin Raya Keempat nak pi berendam di Melaka Wonderland yang kuponnya expired hujung bulan ini. Entahlah, begitulah beberapa perancangan yang sebenarnya tidaklah ditetapkan jadi

Exam

Image
Sebelum al-kisah akak Fina tidak direkodkan, sebelum mamanya makin mengurangkan aktiviti mengemaskini n3 blog, eloklah saya mengambil sedikit masa untuk update cerita result exam Fina. Dah lama dapat result, lebih kurang 2 bulan. Mula-mula dia nampak patung pengantin di pasar malam. Dia nak sangat patung tu, saya cakap, kalau Fina nak, kena masa periksa kat sekolah dapat nombor 1. Sebab sebelum ini dia nombor 10, jadi saya tak kisah dia dapat ke tak. Alhamdulillah, bila dapat result, dia dapat nombor 2. Terkejut mama dia..hi2..Macamtulah anak-anak, bila dapat keputusan baik, kita pun tumpang gembira. Tahniah Fina. Walaupun Fina dapat nombor apa pun, mama tetap sayangkan Fina. Fina kat rumah rajin mewarna. Tapi hobi yang masih dikekalkan ialah tengok kartun lawan-lawan. Terutamanya Power Rangers. Berulang-ulang VCD tu dia tengok. Dah 4 tahun 8 bulan Fina. Makin besar anak mama. Macam-macam ragam, macam-macam kerenah, begitu menguji kesabaran kami baba dan mamanya, tapi itula