Posts

Showing posts from September, 2013

Hari Sukan

Image
Beberapa minggu lepas, Fina ada Hari Sukan di Bangi, Selangor. Gabung dengan beberapa taska di bawah cawangan Nasyrah. Seronok sangat dia dapat pergi. Walaupun panas, tapi dia tak letih pun. Kanak-kanak tengah membesar, mana tau letih. Ikut jer cakap teacher nya. Saya teman masa perbarisan sahaja pagi tu, lepas tu bagi je teacher-teacher uruskan acara mereka. Lagipun Fina lebih berdikari bila tak nampak muka saya dengan abang. Saya duduk jer kat tempat duduk atas stadium. Mula-mula sampai, daftar nama. Berkumpul di bawah khemah dan selepas itu beratur untuk perbarisan antara taska. Ada bacaan doa, bacaan ikrar, nyanyian lagu Negaraku, Lagu Merdeka dan Lagu Hari Raya. Fina dah pandai nyanyi lagu " berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasa...la..la..la..." dah habis raya pun masih nak nyanyi lagu raya. Tengah ready untuk acara perbarisan keliling padang. Beratur-beratur semua. Acara sukan diasingkan ikut usia kanak-kanak. Fina masuk 3 acara - musical

Gambar Raya F&F

Image
Sebelum Hari Raya Haji berkunjung tiba, saya kongsikan dulu dua keping gambar F&F di pagi Raya Aidilfitri tahun ini. Abang Kudip, Fiqah, Kak Ya, Anya, Raissa & Fina Tengah cari-cari  gambar raya, terjumpa pula gambar Fiqah masa dia kecil-kecil. Bambam juga walaupun tak semontel Fina. Ini masa dia 5 bulan. Sekarang dah berlari dah. Serius nya muka Fiqah....