26 November 2013

Saya suka


Tajuk macam Mei Mei dalam siri kartun Upin dan Ipin.. Saya suka..saya suka..Sukalah mama F&F dapat pergi ke Maternity & Children Expo di Mid Valley Ahad lepas. Walaupun tau mesti ramai yang akan berkunjung, tapi saya tak mau lepaskan peluang yang ada. Lagipun kali terakhir datang ke sini masa Fiqah dalam perut, kali ini mestilah datang untuk turn adik Fiqah pula dalam perut.
 
Saya duk mencari barang-barang untuk persediaan BF 3rd baby. Walaupun barang besar seperti pam susu, cooler beg dan botol-botol susu dah ada dan masih boleh digunakan, tetapi kalau dah minat memang wajiblah terjah juga ke sana. Beli apa yang patut dan perlu sebagai tambahan, dan sudah tentunya dengan harga yang berpatutan serta menjimatkan. Saya suka lagi
 
Baba dan Fiqah ditugaskan untuk menunggu mama dan Fina masuk ke dewan pameran. Bukan apa, takutnya kepenatan pula kalau diorang tu ikut saya. Jadi tugasan yang mudah diserahkan kepada baba, untuk jaga Fiqah. Fina pula diberi tugasan untuk teman mama bershopping. So, hasilnya di Gerai Autumz, 10 biji botol susu, 2 kotak liner susu, simple cooler beg untuk ke taska dan nursing bra. Semuanya dengan harga discount! Haiyyaa..mau pengsan lorr..Sebab murah, saya suka. Next, Gerai Tommee Tippie, ada less 50% untuk semua botol susu, rembat 1 biji untuk 3rd baby. Nak merasa guna botol mahal. Padahal sebelum ini ok jer F&F guna botol susu biasa. Tak apa lah, mama yang nak kan. Kemudian, meneruskan shopping ke Butik Mumdreams - beli tuam baby, pilis dan tapel wangi untuk guna dalam tempoh berpantang nanti. Last ke Gerai Pureen, rembat lotion untuk strechmark. Ini boleh guna juga hingga lepas bersalin.
 
Lebih kurang 2 jam bershopping, mama pun balik. Settle dan time balik ternampak pula papan iklan kat luar jalan Mid Valley, ada Mom & Baby Expo awal tahun depan di PWTC. Ada hati nak pergi sebab boleh shopping baju baby pula time ni..Proposal dah hantar ke baba, harapnya tak kena reject.Ha2..Apa nak buat, dah isterinya minat saya suka bab-bab gini kan. Silalah layan ;)

25 November 2013

1 Tahun 11 Bulan



 
Hari ini genap Fiqah 1 tahun 11 bulan, menghampiri usia 2 tahun.
Insyaallah bulan depan nak sambut besday Fiqah dengan percutian keluarga sahaja. Tak larat mama nak buat open house.
 
Dah macam-macam Fiqah boleh buat :
Suka main dengan akak Fina, nyanyi dan ikut jer apa yang akak Fina nya suruh.
Kadang-kadang baik sangat, kadang-kadang suka buat akak Fina.
Suka mengadu -- " na buat...." (maksudnya : kak fina buat dia).
Semakin boleh bertutur perkataan-perkataan yang mudah, "makan,minum, main, mandi, baba, mama, ina, hello, milo, nak, saya, sayang" dan lain-lain perkataan.
 
dan Fiqah telah berhenti bf sepenuhnya.
 
Tamat sudah perjalanan bf saya untuk puteri kedua. Lebih kurang 2 minggu sebelum ini Fiqah dah berhenti menyusu. Mungkin perubahan hormon dan rasa susu ketika bersalin yang membuatkan Fiqah berhenti. Saya tak usahakan macam-macam, cuma saya cakap dengan Fiqah, Fiqah dah kena stop menyusu, perut mama ada baby. Lagipun ketika mengandung, nipple kita akan rasa kering dan pedih bila baby menyusu. Saya masih teruskan penyusuan dari bulan pertama mengandung hingga 3 bulan lebih. Ia, Allah jadikan ibu itu seorang yang kuat, tetap boleh menyusukan anak yang lain walaupun ketika mengandung. Kecualilah ada kompilasi ke atas kandungan dan atas nasihat doktor tidak boleh menyusukan anak, ibu kena akur dan ikut nasihat tersebut demi kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
 
Tips mudah untuk hentikan BF ialah dengan tidak menawarkan. Beri bila diminta sahaja. Bila anak dah besar, mereka akan makan dan minum pelbagai jenis makanan. Jadi tidak bergantung lagi sepenuhnya dengan susu ibu. Tetapi terpulang pada ibu-ibu, sekiranya terdapat persediaan dan kesanggupan (willing) antara dua belah pihak, penceraian susu ibu insyaallah akan dapat dilakukan dengan mudah.
Alhamdulillah, Fiqah boleh tidur dengan nyenyak hingga ke pagi walaupun telah bercerai susu. Tak bangun malam untuk minta susu formula. Mungkin sudah lupa dengan 'hee..hee.." dia dan dengan rasa seikhlas hati, mama halalkan setiap titisan susu yang telah mengenyangkan Fiqah dari hari pertama Fiqah lahir ke muka bumi Allah ini. Moga Fiqah menjadi anak yang baik, mengingati mama dan baba apabila Fiqah dewasa kelak. Walaupun Fiqah nak dapat adik, kasih sayang mama dan baba terhadap Akak Fina dan Fiqah masih sama.
 
Alhamdulillah..perjalanan bf saya berhenti setakat ini. Tahun depan akan dimulakan dengan perjalanan bf untuk 3rd baby kami. Moga dipermudahkan juga urusan yang akan datang.
 

07 November 2013

Anak Itik

Cuba teka siapa saya...
hi2...

 
Anak Itik Tok Wi
Mandi Dalam Kolam
Buat Apa Tok Wi
Ubat Limau Lelam

Sakit Apa Tok Wi?
Sakit Sendi Tulang
Ubat Apa Tok Wi
Ubat Sengal Tulang

v
v
v
v
v
v
Fina jadi si itik dalam kolam masa Hari Graduasi Taska Nasyrah Sabtu lepas.
 
 

01 November 2013

Muzium Kesenian Islam

1st time juga ke Muzium Kesenian Islam. Bayaran masuk sebanyak RM12 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 6 tahun masuk percuma. Sama juga seperti di Muzium TUDM, ramai rombongan budak sekolah yang datang. Ada 3 tingkat kalau tak silap. Tingkat bawah sekali ada pameran sempena 50 tahun Jubli Emas Tabung Haji Malaysia. Jadi pameran berkisar tentang pengalaman Haji di Makkah dan juga perjalanan rombongan haji sepanjang musim haji.

Tingkat satu Galeri Al-Quran dan manuskrip, galeri dunia Melayu dan galeri senibina. Tingkat dua pula galeri barang kemas, galeri senjata, galeri tekstil, galeri kerja kayu, galerai seramik dan galeri matawang dan cap mohor. Punya banyak galeri kan, macamlah boleh ingat semua, jangan risau, sebelum masuk ke tempat pameran, pelawat dibekalkan dengan pamplet/buku panduan Muzium. Jadi boleh refer kat situ untuk melawat kawasan muzium. Nak katanya, nampak mcm kecik jer muzium ini tapi bila dah berjalan, besar juga kawasannya. Dan yang paling penting, memang banyak info serta maklumat yang kita boleh pelajari bila tengok pameran kat sana.
 
Fina & Fiqah, orang sibuk tengok apa ada dalam muzium, diorang main kejar-kejar dua beradik. Almaklumlah, tak pandai lagi nak hargai seni kan. Masih kecil, jadi kalau masa akan datang ada rombongan sekolah ke sini, memang saya setuju sangat tempat ini menjadi salah satu tempat rombongan.





Paling saya suka ialah melawat di pameran Tabung Haji. Rasa teringin sangat sampai ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah bila tengok dan belajar pengalaman para jemaah Haji ketika di sana. Insyaallah, suatu hari nanti, bila dah berkemampuan kami akan sampai dengan izin-Nya. Amin.
 
Tamat kisah muzium. Lepas ni ada cadangan daripada Baba untuk ke Muzium Tentera di Port Dickson. Ntah bilalah tu agaknya.

Muzium TUDM


Bangun pagi-pagi di hujung minggu, tiba-tiba abang bagi idea. Jom kita pi Muzium TUDM nak? Sebab tak ada plan dan tak pernah sampai pun ke Muzium TUDM, kami anak beranak pun pergi. Lebih kurang pukul 10 pagi sampai ke sana. (dah macam karangan sekolah lah pulak) Punya banyak bas sekolah yang ada, so, ramai lah budak-budak sekolah yang turut melawat muzium. Masuk percuma sahaja.





 
Muzium ni dah lama dibuka, dari tahun 1980an lagi. Cuma sekarang tempatnya macam kurang dijaga. Kalau masuk dikenakan sedikit bayaran, mungkin kawasan muzium dapat diselenggara dengan baik. Pendapat saya lah. Tapi budak-budak happy jer dapat tengok macam-macam jenis kapal terbang dan helikopter yang ada.
 
Next station :
 
MUZIUM KESENIAN ISLAM.
 
Lawatan sambil belajar untuk family F&F di hujung minggu. hi2.
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails