Posts

Showing posts from December, 2013

Bercuti

Image
 Fiqah 2 tahun lah! Sempena Birthday saya yang ke 2 tahun, mama dan baba bawa saya bercuti di Goald Coast Morib.  Saya dan akak Fina suka betul dapat main air puas-puas. 2 hari kami berendam bermain dalam air. Seronok. Kakak Fina main tak berhenti, naik gelongsor air, berenang sampai penat. Lain kali mama bawa kami bercuti ke sini ye, itu pesanan akak Fina. Saya dah kesejukan ni... Dah  habis bercuti di Morib, kami pulang ke kampung mama di Negeri Sembilan. Kat kampung saya main-main dengan akak-akak lain pula ~ kak anya&kak ya. Nenek beri kami main dengan rabbit. Nenek bela banyak rabbit kat kampung. Saya makan banyak buah rambutan kat kampung. Baba balik ke Jelebu untuk kerja, saya tinggal dengan akak Fina dan mama di kampung. Hujung minggu baba balik untuk jemput kami. Hari Jumaat saya balik ke kampung nenek mama di Selandar. Ada sepupu mama kawin. Saya tengok pengantin di Masjid. Mama kata ada Majlis Akad Nikah. Esoknya baba bawa kami balik ke kampung lagi, te

Birthday F&F

Image
Cuti hujung tahun saya habiskan bersama keluarga di kampung, di samping membawa anak-anak berjalan makan angin. Kebetulan Along&family pun turut bercuti jadi saya sambut Birthday Fina dan Fiqah di kampung pada tarikh hari jadi Fiqah 25 Disember yang lalu. Combine sekali dengan akak Fina nya yang akan sambut Birthday pada New Year. Mama tak larat nak buat kek besday FF tahun ini, jadi kita order sahaja dari kedai kek di Bahau ye.Ini kek pilihan mama untuk puteri-puteri tersayang :- Kek Aiskrim perisa vanila &coklat..sedap!!!!!!! Fiqah dah genap 2 tahun..Happy Birthday sayang ;) Acara memotong kek..yeay!!!!   Bersama kak ya & anya. Happy Birthday untuk anak-anak mama & baba. Moga anak-anak mama sentiasa dirahmati oleh Allah, membesar sebagai orang yang berguna, menjadi anak yang solehah dan anak yang bijak. Mama dan baba sayangkan kamu berdua kerana Allah. Mama doakan yang baik-baik sahaja untuk kehidupan anak-anak mama dunia akhirat.

3rd Baby ~ 24 minggu

Image
Alhamdulillah, usia 3rd baby memasuki ke 24 minggu. Lebih kurang sudah 6 bulan dalam rahim saya. Cepat kan. Saya pun rasa bagai cepat masa berlalu. Menjalani rutin harian seperti biasa, pergi kerja, balik kerja, uruskan keluarga, kerja-kerja rumah, dah besar pun perut. Saya dah start makan remedi Set Salindah B2. Setakat ini tiada apa-apa masalah kandungan, cuma berlebihan berat badan yang agak normal. Sebab tak lah terlebih berat banyak sangat. Keletihan ikut keadaan, bila buat banyak kerja sangat rasa letih sikit dan akan pulih bila dapat cukup rehat. Selainnya, masalah kejang urat. Yang ini memang dari zaman mengandung Fina&Fiqah agak susah untuk saya elakkan. Bila tidur dalam keadaan sejuk, tak letak minyak panas, agak senang diserang kejang kaki. Saya part yang ini memang surrender. Confirm meraung tengah-tengah malam bila kena. Sakit yang tak boleh tahan. Mungkin faktor utama sebab urat kaki saya akan timbul bila mengandung. Bila lepas bersalin, tak lah timbul sangat. Tak

Lukisan

Image
Ini lukisan Fina malam tadi. Lepas lukis, siap color lagi. Nak gelak pun ada, tapi dari segi lain, lukisan ini berdasarkan apa yang Fina fikirkan. Fina ada Baba, Mama dan Fiqah dalam kehidupannya. Mama, Fiqah, Fina & Baba Lukisan dari hati. Cuma di tahap usianya memasuki 5 tahun, Fina kadang-kadang tidak boleh beralah dengan adiknya. Mungkin kerana merasakan dirinya kurang perhatian dan akan cuba memberontak sekiranya tidak dapat apa yang dia mahu lebih-lebih lagi bila adiknya didahulukan. Kemahiran keibubapaan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Pendekatan ibu bapa sekarang amat berbeza dengan pendekatan zaman saya dahulu. Saya masih ingat masa kecil-kecil, ayah yang garang, rotan salah satu alat yang digunakan untuk umpan bagi saya adik beradik menjadi baik. Bila dengar motor ayah dari jauh dah berlari duduk diam-diam. Begitu disiplin yang tegas diterapkan semasa kecil. Saya tidak salahkan ayah, mungkin begitu cara pendekatan ibu bapa kita yang terdahulu.  

Hobi

Image
Selain daripada hobi bershopping apa yang patut, cerita pasal breast feeding, ada lagi hobi yang saya suka di usia 30an.   1st hobi - baking dan bisnes part time jual cupcakes online. Seronok dapat deco cupcakes yang comel-comel, lebih-lebih lagi untuk memeriahkan majlis hari jadi ataupun majlis pertunangan/perkahwinan.  Azcupcakes masih beroperasi seperti biasa, cuma saya terima tempahan untuk cupcakes mengikut kelapangan masa yang bersesuaian. Almaklumlah, part time bakers. Buat bila ada masa terluang.   Next, saya sangat suka mengumpul koleksi periuk - corning ware/giacomo/dll yang seangkatan dengan nya. Juga koleksi bekas-bekas lutsinar yang multi function. Boleh guna untuk kukus, hidang, masuk dalam oven. Bagai satu terapi tengok koleksi tu tersusun dalam almari. Almari dah penuh pun, jadinya hobi kena diberhentikan dahulu. Tunggu nak melancong ke Langkawi tahun-tahun akan datang, baru boleh fikir nak tambah apa yang patut. Set terbaru yang  menambat hati. Tq hajja