28 February 2014

Persediaan 3rd Baby

Cuti hujung minggu lepas saya dah cuci baju-baju 3rd baby. Keluar untuk shopping barang-barang keperluan  baby. Cuma yang belum ada ialah pampers baby. Itu nak tunggu seminggu dua lagi baru beli. Selainnya list yang perlu disediakan ialah :

Barangan baby
  • Rasanya barangan untuk baby dah hampir lengkap semua. 
  • Lampin pakai buang newborn. Ini kena beli untuk buat stok. Beli satu jer, kemudian stok yang lain kena beli saiz s. Sebab mengikut pengalaman saya, anak-anak saya ini membesar di luar dengan cepat. Kalau lahir 2kg lebih jer, bila dah sebulan dua akan naik berkilo-kilo. Jadi beli saiz besar sikit agar tidak membazir.
Barangan mama
  • Mandian herba TYT
  • Pati halia untuk sapu kat perut time guna bengkung.
  • Stok biskut, minuman dan makanan yang boleh dimakan masa berpantang.
  • Manjakani - untuk direbus bersama daun sirih dan buat basuhan untuk bagi luka epi cepat sembuh.
  • Selainnya dah lengkap dah, cuma nak sediakan beg untuk ke hospital dan letak dalam kereta untuk standby kalau-kalau nak bersalin. Ini rasanya boleh buat minggu depan.
Rutin harian masih diteruskan seperti biasa. Saya tidak merancang untuk cuti awal sebelum bersalin. Bila dah sampai masa bersalin, baru saya ambil cuti 3 bulan terus. Sebab rasa penat pula menunggu di rumah, buatnya tiada tanda-tanda 3rd baby nak keluar awal, rugi cuti awal. Tapi risau pula kalau tiba-tiba 3rd baby nak keluar time tengah kerja. Entahlah, harapnya dipermudahkan semua urusan kali ini. Seperti pengalaman F&F, memang ikut dekat-dekat tarikh due & time tengah cuti duduk kat rumah. Mengandung 3rd baby, rasa agak letih sebab kena travel pergi dan balik kerja.Uruskan F&F di rumah tentunya dengan bantuan baba banyak meringankan tugas saya. 

Masuk timester ketiga, keletihan agak ketara bila buat banyak kerja rumah. Berat jer badan rasanya, daripada berat asal 49kg, sekarang saya telah menjangkau ke 64kg. Mmmm...boleh kurus ke semula????..Insyallah, tapi saya jenis yang tak kurus terus lepas bersalin, bila dah berbulan-bulan baru susut, pastu jadi kurus kering pula. Macam-macam..Nak kurus kena bagi 3rd baby minum susu banyak, biar dia yg gemukz bukan mamanya.
Lebih kurang lagi 4 minggu waktu menunggu. Debaran tetap ada, setiap anak tak sama pengalaman bersalin dan tidak boleh dijangka apa yang akan berlaku nanti. Dalam masa yang sama, tak sabar nak lihat 3rd baby lahir ke dunia. Ya Allah, permudahkan lah semuanya. Amin.

24 February 2014

Cameron Highlands

Percutian terakhir keluarga sebelum mama F&F melahirkan 3rd baby. Nasib baik perancangan ngam-ngam sahaja sebelum due date. Kalau tak, tak laratlah nak cuti-cuti Malaysia. Saya mohon rumah RPP di Cameron Highlands setahun yang lalu. Kemudahan dan bilik amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. RM25 sahaja semalaman. Bilik besar dan selesa. Selebihnya tak duduk sangat dalam bilik sebab pergi bercuti tentunya keluar berjalan-jalan. Tapi sendiri ingatlah, memang kena booking awal berebut-rebut sebab berjuta yang mohon.

Ini kali pertama saya dan abang pergi ke Cameron.Jauh juga rasanya. Pergi kami ikut jalan Tapah, balik pula lalu ke Simpang Pulai. Perjalanan pergi, jalan memang bengkang bengkok. Pening lah juga rasa. Orang kata, dah tak banyak kereta lalu jalan ini sebab jalan baru di Simpang Pulai tu lagi elok. Tapi tak apalah, bila lagi nak lalu jalan ini. Jadi abang plan, pergi lalu jalan Tapah, balik baru lalu Simpang Pulai. Dalam perjalanan pergi, ternampak air terjun di tepi jalan. Tanya orang kat sana, nama tempat tersebut ialah Latar Iskandar. F&F dah sibuk nak mandi manda kat sana. Tapi sorry, mama tak bawa baju & tak larat nak jaga awak, Kita berhenti makan sahaja dan try durian bukit yang dijual oleh org asli di tepi jalan. 

Latar Iskandar - Fina makan durian- Kat depan kawasan rumah RPP CH.

Perjalanan diteruskan, lebih kurang jam 2.30 petang check-in di Rumah RPP. Nak cari rumah ini, tengok sahaja signboard yang ada. Ke dalam sikit dan atas bukit. Petangnya sementara baba F&F nak berehat-rehat penat memandu, saya bawa F&F main di taman permainan bawah bilik RPP. Sejuk juga bila duk atas tu. Lebih kurang jam 6 petang, kami turun ke pekan Brinchang untuk ke Pasar Malam. Agak sesak jalan kat sini. Ramai sangat pengunjung. Kat sini macam-macam boleh tengok & beli. Strawberry memang senang didapati dengan harga yang berpatutan. Selebihnya, patung, bantal, sayur, buah-buahan, bunga-bungaan, cenderahati, pendek kata kalau nak cari barang yang istimewa mengenai Cameron Highlands, di sini lah tempat yang sesuai. Next, makan malam di restoran berdekatan. Baliknya, rehat di bilik. 



Keesokan harinya, selepas sarapan tengok ladang strawberry dan ladang teh. Kemudian berangkat balik ke rumah. Banyak tempat yang tak sempat nak pergi. Insyaallah, panjang umur boleh buat rombongan semula ke Cameron ini. Tak puas berjalan.

Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus Mama F&F baru siap dikukus.
Tekak tiba-tiba teringin sangat nak makan kek gula hangus. Google resepi, balik rumah, godek2 apa yang patut jadilah kek gula hangus -1st time buat. Dah berbulan buat, baru sempat sharing n3. Hasilnya tidaklah mengecewakan kalau kita buat ikut resepi yang diberi. Cuma yang kecewa nya suami dan anak-anak tidak minat dengan kek gula hangus ini. Mungkin rasanya yang agak padat, ataupun sebenarnya family saya tu dah tak larat nak telan kek yang dibuat oleh saya. Ha2..tau dah. Better buat cekodok ke, jemput-jemput ke, laju jer diaorang habiskan.

Dah boleh potong-potong untuk makan!
Ini kek terakhir dihasilkan time sarat-sarat mengandung 3rd baby. Haritu ada buat apam mekar, yang tu kalau buat kat rumah memang laku sebab anak-anak suka makan. Sekarang mood nak masak pun ke laut dah. Masak yang simple-simple jer untuk makan malam. Kalau tak larat sangat, mintak cuti ihsan masak daripada baba F&F.

21 February 2014

34 minggu

Rasa macam baru 4 minggu mengandung, rupa-rupanya dah masuk tahap ketiga timester terakhir kehamilan 3rd baby. Sorry dear 3rd baby, mama tak banyak cerita pasal 3rd baby dalam blog. Kurang masa dan banyak pula masalah teknikal bila nak update blog.

Alhamdulillah, kandungan 3rd baby baik-baik sahaja dalam perut mama. Cumanya, sekarang dah kerap sakit-sakit badan. Terutama masa nak tidur. Waktu siang kalau tengah kerja, tak terasa sakit sangat. Tapi bila dah baring, nak pusing mengiring badan memang rasa sakit di bahagian punggung dan kaki. Adakah disebabkan peredaran usia saya? ha2..dah semakin tua agaknya. So, kurang stamina dan mungkin disebabkan baby yang semakin membesar dalam perut.
 
34 minggu
Tak tahu kenapa, naluri saya kali ini mengatakan bahawa 3rd baby akan lahir awal dari tempoh due date nya. Due date 3rd baby pada 2 April 2014. Rasanya macam bulan 3 sahaja. Wallahualam..Dia yang lebih mengetahui yang terbaik buat saya. Mudahan saya selamat melahirkan 3rd baby dengan harapan dan doa makin mudah bersalin kali ini. Tapi pengalaman bersalin anak semua tidak sama. Mustahil boleh lari dari kesakitan. Ada ke orang bersalin tak rasa sakit...Ya Allah, permudahkan urusan ku untuk melahirkan Mujahid kecil-Mu ini. Amin.

Dari segi persediaan, baju-baju baby semua dah dibeli. Shopping sikit-sikit jer, sebab romper/baju Fiqah dulu banyak. Boleh guna semula untuk 3rd baby. Sarung tangan & kaki pun dah ada stok. Barut, kain bedung, set tilam dan bantal dah disiapkan oleh makngah. Cuma barang kelengkapan mandian, ubatan, pampers, losyen dan barangan mama semasa berpantang belum dibeli. Insyaallah akan diusahakan hujung bulan ini. Baju-baju tak sempat cuci lagi. Itupun kena ikut list perkara yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Barulah lega kalau-kalau 3rd baby nak keluar awal ke dunia.

Bab barangan bf, itu dah lama settle. So, dalam pantang boleh buat stok susu dengan aman damai. 

Selebihnya, persediaan dari segi fizikal dan mental. Yang ni tengah bersedia..Bila-bila masa kena standby sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.  Jantina???? Sehingga hari ini 3rd baby bila scan tak nampak pula jantina nya. Tunggu esok lah, ada appoitment di KPMC, kalau-kalau 3rd baby dah mahu tonjolkan rahsia jantinanya kepada mama & baba.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails