13 March 2014

3rd baby ~ 38 Minggu

Alhamdulillah, 3rd baby dah memasuki ke 38 minggu. Lebih kurang 3 minggu lagi menghampiri tarikh due. Sekarang ni pun kalau diikutkan, saya boleh bersalin bila-bila masa. Pasang mood standby sebarang kemungkinan. Mudahan 3rd baby keluar time mama nya sedang berehat2 di rumah. Manalah tau, kalau tiba-tiba nak keluar time kerja, mau haru juga nak adjust macamana. Beg mama & barang baby dah ada dalam kereta. Cuma beg untuk isi makanan untuk dibawa ke hospital - kurma, biskut, 3in1, air kosong, itu belum sediakan lagi.

Checkup di Klinik Rinching bulan ini start seminggu sekali. KPMC pula, last checkup insyaallah pada 22 Mac 2014 ini. Setakat ini 3rd baby baik-baik sahaja dalam perut mama. Cuma mama rasa letih bila buat kerja banyak, biasalah tu, dah minggu-minggu akhir. Jalan banyak pun hongeh. Start 31 Mac 2014 ini saya nak cuti terus, tak larat dah nak kerja, lebih-lebih lagi kena harung jem pagi-pagi. Balik clear pula sekarang, jalan ke Semenyih memang agak pelik tahap jem nya. Dah banyak taman baru. Keluar awal jam 6.40 pagi pun, boleh lepas dari pekan Semenyih jam 7 pagi. 20  minit tersumbat..Sib baik anak dara kat belakang tu tidur aje. Fiqah pula tak ada masalah hantar pagi-pagi ke taska, dia dah tau timing dia & alhamdulillah, dalam 2 tahun ini, tak pernah pun Fiqah menangis bila saya hantar ke taska.

Last scan di KPMC dengan Dr Anita, kaki 3rd baby di mukanya. Punya cantik possing, dulu-dulu dia possing tak bagi nampak tut dia..Kali ini possing kaki parking kat muka. hi2..Dan naluri saya selama ini adalah benar, bakal adik F&F sama leh tolong mama dia masuk dapur. Kesian baba, tak ada geng nak berkebun lagi..


3rd baby ;)



Wahai mujahid kecil mama & baba, moga hadir mu ke dunia, menambah rasa syukurnya kami atas amanah ini. Menambah rasa kasih sayang antara kita sekeluarga, menambah seri dalam kehidupan ini, menanamkan rasa tanggungjawab mama & baba dalam menjalankan amanah semasa membesarkan mu dan akak-akak mu. Mudahan kamu menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Kamu adalah pinjaman daripada-Nya, dan rezeki Allah pada kami.  Syukur Alhamdulillah.


10 March 2014

7 Tahun


10 Mac 2007 ~ 10 Mac 2014
 
Suamiku tersayang,

Selamat ulangtahun pernikahan kita yang ke-7. Saya sentiasa bersyukur dikurniakan suami yang baik, menjadi pemimpin kepada keluarga kita, menjadi baba yang bertanggungjawab kepada anak-anak kita, menjadi rakan sembang saya, menjadi peneman hidup saya, menjadi penjaga dan pendengar setia saya, teman di kala suka dan duka, susah dan senang, dari zaman muda, dulu dan kini, Insyaallah hingga ke akhir hayat.

Moga ikatan suci ini berkekalan dan sentiasa diredhai oleh Allah. 
Amin


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails