Posts

Showing posts from April, 2014

Berpantang 3rd baby

Berpantang adalah waktu yang agak membosankan oleh wanita kan! Walaupun diberi cuti lama, tak payah kerja, tak wajib solat, tak payah buat banyak kerja rumah tapi masuk minggu ketiga terasa juga boring nya. Cuma yang seronok, tak terikat dengan masa. Sepenuh masa di rumah bersama anak-anak. Boleh berehat-rehat, boleh tidur bila penat, boleh tengok tv, layan internet cuma yang kena jaga ialah kesihatan badan dan fikiran ketika berpantang. Dan lagi satu, jaga makan time pantang. Tak boleh makan sebarangan. Keluar rumah pun no-no-no..Tak digalakkan sebab bila dah keluar tu tentu nak pi shopping kan! Sabar lah sikit, tunggu 44 hari. Lepas tu nak pergi mana, pergilah..Pesanan untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, saya dan Fitri makin sihat. Fitri dah memasuki 21 hari. Awal haritu kena sakit kuning. 4 kali berulang alik ambil darah. Masuk hari kelima pusat dia tanggal. Dan awal minggu kelahiran dia kena ruam pada dahi dan badan. Melepuh ada air dalam ruam tu. Saya tanya doktor, doktor c

Bersalin 3rd Baby

Image
Part 2 27 Mac 2014 (Khamis) Lepas daftar kat lobi, staff KPMC bawa saya ke tingkat 1. Ingatkan dapat bilik dulu, rupanya terus ke labor room. Abang, Fina dan Fiqah turun semula ke lobi. Bising budak 2 orang tu bermain berdua. Sampai tingkat 1 dengar suara mereka. Abang uruskan pasal bilik sementara saya memang dah kena tahan dalam labor room. Mungkin tiada pesakit lain agaknya. Sebab kalau macam Fiqah dulu, saya duk dalam bilik. Tanpa tukar uniform, saya baring kat katil. Pengalaman bersalin yang dulu membuatkan saya lebih bersedia untuk bersalin. Pakai stokin siap-siap kerana bila nak bersalin badan saya jadi seram sejuk. Bawa air/kurma dan pil Salindah yang kena makan setiap 15 minit. CTG dipasang kat perut. Kontraksi datang kerap, bukaan baru 2 cm. Saya memang lemah bab bukaan ni. Sebab saya ni jenis yang lambat bukaan serviks. Kali ini tak tau berapa jam baru leh capai 10cm. Dalam hati macam-macam ayat Quran saya baca. Nurse tanya nak ubat tahan sakit tak. Saya pun c

Next F

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang lagi puteri untuk keluarga kecil kami. Dan next F dinamakan oleh babanya :- NUR ANISAH FITRIAH BT. AZHAR. Hari ini baru genap 2 minggu usia Fitri. Maksud nama Fitri ialah penghibur semulajadi keluarga. Lebih kurang gitulah baba nya cakap. Fitri lahir pada 27 Mac 2014 pada jam 7.06 pagi di KPMC Kajang. Fitri lahir seberat 2.8 kg sahaja. Anak saya dalam perut makin lama makin kecil kan. Tak apalah, biar sihat dan besar di luar perut. Awal seminggu daripada tarikh due. Dan tak sempat mama nya habiskan kerja untuk Khamis dan Jumaat sebelum start bercuti seperti yang dirancangkan pada 31 Mac. Fitri nak lahir awal dan tak sempat juga mama nya nak masuk keje lepas bulan Ramadan. Banyak betul perancangan mama tapi perancangan Allah itu lagi indah untuk temukan mama dengan Fitri pada waktu yang telah Dia tetapkan. Syukur. Cerita bab bersalin pula :) 26 Mac 2014 (Rabu) Saya kerja seperti biasa. Hari ini rasa perut memulas kecil.