Posts

Showing posts from August, 2014

Perjalanan BF Fitri

Image
Stok EBM dalam pantang Alhamdulillah, rezeki untuk 3rd baby dipermudahkan urusan penyusuannya. Fitri masih fully breastfeed tanpa topup dengan susu formula. Stok susu nak kata banyak, tak banyak, nak kata sikit tak sikit. So, kira cukup-cukup untuk rotate penggunaan Fitri selama seminggu. Jadual pam di ofis masih sama : Sesi pertama -  jam 10.30 pagi ke atas. Sesi kedua -  jam 1.30 petang (waktu rehat) Sesi ketiga - jam 4.30 ataupun pukul 5 petang (time balik dalam kereta) Sehari bekalan Fitri sebanyak 4 botol di taska. 1 botol lebih kurang 3oz-4oz. Selalunya habis 4 botol. Jadi untuk penggunaan harian, bekalan susu Fitri saya akan bekalkan 2 botol susu fresh dan 2 botol lagi guna stok frozen EBM. Susu yang pam kat ofis, kalau ada lebih saya jadikan stok EBM. Cuma semasa bulan Ramadhan tempoh hari, pengeluaran susu agak terjejas. Lagipun baru masuk kerja dan badan belum sesuai lagi dengan jadual pengepaman. Jadi saya banyak guna stok EBM untuk topup bekalan ke taska. Fi

Demam

Image
Lama kelamaan, muka Fitri dah semakin iras kakak Fina & kakak Fiqah nya. Kalau tengok masa dia baru-baru lahir, muka macam baby boy. Yelah, dulukala mamanya memang yakin yang dalam perut tu adalah baby boy. Hi2. Sekali scan masa usia kandungan 8 bulan lebih, baby gegirl lagi. Alhamdulillah, itukan rezeki Allah. Fitri dapat demam pertama masa sebelum raya haritu. Masa itu usia dia 4 bulan. Malam tadi demam kedua - di usianya memasuki 5 bulan minggu depan. Mungkin demam nak tukar bulan agaknya. Fitri tak merengek malam tadi, tidur lena cuma bahagian kepala yang agak panas. Sejak cuti raya tempoh hari, batuk tak hilang-hilang lagi. Meniarap pun dah pass, sekarang tengah berlatih masuk gear mengundur. Bila letak atas tilam, kejap jer dah sampai hujung tilam. Harap demamnya tidak berpanjangan. Bayi memang kerap demam kerana sistem imunisasi badannya belum kuat sepenuhnya. Selagi dia nak menyusu, jadi saya kurang risau sangat. Cepat sembuh Nur Anisah Fittriah:) N

Kakak Fina & Kakak Fiqah

Image
Ini kisah si kakak sulung : FINA Sudah berusia 5 tahun 7 bulan. Masih bersekolah di Taska Nasyrah di ofis saya. Boleh berdikari tetapi masih mengekalkan tahap kemanjaan nya. Cakap masih pelat. Boleh jadi kawan berbual saya. Rajin menolong ikut mood dia, kalau malas, tak buatlah jawabnya. Suka main games, tengok cerita Frozen, cerita power rangers. Pandai nyanyi lagu Frozen versi bahasa Fina. Kisah si kakak tengah : FIQAH Sudah  berusia 2 tahun 7 bulan. Saya hantar taska yang sama dengan Fitri - dekat dengan rumah. Lebih lancar dan jelas percakapannya. Tidak pelat sangat. Start bulan ini suka menangis tanda protes dan kuat merajuk. Pagi-pagi nak babanya hantar ke taska. Lebih suka main peralatan dapur seperti senduk, kuali,  periuk daripada main mainan dia.

Fitri 4 bulan ke bawah

Image
Anak ketiga rasa semuanya cepat! Mungkin kerana mama nya tidak lagi mengira hari-hari berlalu, bila anak nak besar bulan ke bulan. Tidak seperti zaman mendapat anak sulung. Setiap perkembangan dicatatkan, setiap perubahan diamati dan setiap tindak tanduk diawasi sepanjang masa. Pendek kata, sepenuh perhatian dicurahkan kepada anak pertama. Cuba tengok dari segi tangkap gambar ajerlah, Fina punya gambar beralbum-album, Fiqah punya dah kurang sikit, Fitri pula langsung tak ada album gambarnya lagi. Alahai...Tapi apa yang mama nak anak-anak mama tau, mama sayangkan semua anak-anak mama sepenuh hati. Fitri di usia 3 bulan dah pandai meniarap. Cepat kan. Sekarang usia dia nak masuk 5 bulan, dah meniarap ke belakang pula. Rambut tumbuh kat depan sahaja sejak baba nya cukur dan tahnik pada usia dia dalam hari. Sekarang rambut tengah cukur bantal. Belakang licin, depan sahaja tumbuh. Ini perkembangan Fitri di sekitar usianya 4 bulan ke bawah : Pass lesen meniarap. Suka mandi dari

Nur Anisah Fittriah

Image
Pantas sungguh masa berlalu. Minggu depan genap 5 bulan Fitri menjadi penyeri keluarga kecil kami. Mama tak sempat nak update blog. 24 jam sehari dengan dikurniakan 3 orang anak, siang bekerja, kat rumah pun bekerja memang rasa tak cukup masa nak buat banyak benda. Alhamdulillah, Fitri membesar dengan sihat.  Mama abadikan dulu gambar Fitri masa kecil dalam blog 3F ni;) Usia dalam pantang Umur Fitri sebulan hingga 3 bulan Kakak Fina & Kakak Fiqah yang rajin jaga Fitri (ikut mood diorg lah) Fitri 4 bulan Makin bambam sebab Fitri juga fully breastfeed macam akak-akaknya dulu. Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan saya untuk capai 1st stage fully bf hingga 6 bulan.