Posts

Showing posts from September, 2014

Fina & Fiqah

Image
Ini kisah kami berdua - Akak Fina & adik Fiqah.. Kami sudah menjadi teman bermain sejak kecil. Kadang-kadang kami sangat mesra, kadang-kadang kami suka bergaduh. Mama dan baba kerap berpesan, Akak Fina tak mau buat adik...Tapi saya suka main-main dan gaduh-gaduh. Tak sah sehari kalau tak menyakat adik Fiqah, barulah hubungan kami mesra. Mama dan baba tahu, Akak Fina mahukan perhatian yang lebih. Begitu juga adik-adik yang lain.  Adik Fiqah pula ~ suka meniru apa yang Akak Fina buat. Bagi Fiqah, Fina adalah idola terdekatnya. Dialah kakak, dialah kawan, dialah mentor bagi Fiqah. Setiap perlakuan dan percakapan Akak Fina, Fiqah yang paling memahami dan mengikuti. Tapi Fiqah cakap tak sepelat Akak Fina. Butir kata Fiqah mudah difahami dan jelas tutur katanya.  Ditambah dengan ahli baru geng 3 F, baby Fittriah pula sudah makin kenal dengan akak-akaknya. Bila diagah, pandai ketawa besar dan suka melihat gelagat akak-akaknya. Tahun lagi sekali bila Fittriah dah be

6 bulan

Image
Alhamdulillah - minggu ini Fittriah genap 6 bulan. Ooooo...ini budak banyak mengada sejak dah dapat meniarap. Tak boleh kena tinggal langsung. Menangis kuat bila tak ambil dia. Mesti nak kena dukung atau pegang dia kecualilah dia boleh berguling-guling dengan mama, baru dia senyap.  Update 6 bulan : Pass lesen meniarap. Siap angkat dua belah tangan ke belakang macam nak terbang. Dah angkat-angkat buntut nak merangkak. Fully bf. Insyaallah minggu ini nak kenalkan Fittri dengan solid food. Pandai tergelak besar terutamanya bila kakak Fina layan dia. Pandai dah mengigit. Suka cubit mama. Pandai main mainan yang diberi. Kuat menangis sebab nak orang pegang dia. Dah kenal orang terutamanya keluarga terdekat- mama, baba, kakak fina, kakak fiqah. Perjalanan bf. Stage 6 bulan pertama dapat dicapai. So, next target mama nak bf Fitti hingga Fitti usia 1 tahun. Setakat ini bekal EBM di taska sebanyak 5 botol sehari. Bila dah start makan nanti, mungkin Fittri kurang

Darjah 1

Image
Fina tahun depan sudah masuk sekolah darjah 1. Mulanya ingat dia intake tahun 2016 sebab Fina lahir tahun 2009, jadi memang tak ambil kisah tentang pendaftaran online yang dibuka awal tahun haritu. Bila semak semula, rupanya kanak-kanak yang lahir bulan Januari - 1 hingga 15 Januari kena daftar sekolah darjah 1 untuk tahun sebelumnya. Jadi tak ikut usia. Dikira usia 7 tahun untuk tahun 2015.  Nasib baik sempat daftar lagi. Insyaallah Fina akan bersekolah sama dengan sepupunya Kak Ya di Kajang. Excited dia nak pi sekolah. Hari-hari tanya bila kita nak pi sekolah baru ni mama. Sekarang pengambilan memang melalui sistem, bagi Selangor dan Putrajaya memang daftar online. Jadi kena alert ibu bapa yang ada anak usia 4-5-6. Dua tahun sebelum sekolah dah boleh daftar. Mmmm...kenapa mama rasa Fina cepat besar ni. Macam tak percaya aje Fina nak sekolah rendah.

Fittri ~ HFMD

Image
Budak mulut muncung ni baru sihat dari jangkitan virus HFMD - penyakit kaki tangan mulut. Minggu lepas Fittri demam. Teacher taska hantar gambar ada tumbuh bintik-bintik kat tangan dia. Seharian asyik menangis kat taska. Balik dari kerja terus bawa Fittri ke Klinik Dinamik. Doktor check, ada bintik-bintik kat kaki, tangan, lengan, dan juga beberapa ulser dalam mulut. Sah kena HFMD sebabnya kalau campak bintik-bintik merah tu melarat satu badan. Doktor cakap, kena pantau sahaja baby sebab virus ini tak ada ubat khusus. Yang penting baby mahu menyusu sebab usia baby yang masih kecil. Kalau dia refuse menyusu, baru kena refer hospital sebab takut kurang air dalam badan. Dalam hati, risau juga. Tapi lega sebab Fittri nak menyusu direct. Cuma di taska dia tak selesa sebab kena guna botol susu untuk minum. Mungkin pedih mulut kena puting susu. Dan boleh berjangkit dengan kanak-kanak lain. Fiqah ~ nasib baik tak kena sebab dia suka cium & pegang Fittri kat rumah. Lega! Esoknya k