Posts

Showing posts from October, 2014

7 Bulan

Image
Update Fittriah 7 bulan. Kurang menangis dan pandai main sendiri. Dah tegap duduk. Dah belajar merangkak. Dah pandai belajar makan solid food, makin naik sikit tengok badan dia. Suka sangat main dengan akak-akaknya. Suka masuk benda dalam mulut. Ada merah-merah kat leher sebab alahan mamanya makan kerang. So, lepas ini mama tak   boleh makan kerang. Fully bf - sehari bekal 4 botol EBM dan 1 bekas kecil puri buah di taska.

Konvo

Image
Ini Ciksu kami. Dia adik baba kami. Kalau adik belah mama pula, kami panggil Maksu. Ciksu datang rumah kami minggu lepas dengan Cikja dan nenek. Mama cakap Ciksu nak pergi konvo kat sekolah dia. Tapi kami tak dapat datang ikut pergi konvo. Jadi kami tangkap gambar pre-konvo dulu dengan Ciksu kat rumah. Tahniah Ciksu sebab dah habis belajar.  Mari tengok gambar kami beraksi ala powerpuffgirl dengan Ciksu..Sabar ajelah Ciksu ye.hi2..

Menangis

Image
Hari pertama kelahiran Fittriah, malamnya dia menangis kuat. Suara yang nyaring dan susah nak reda tangisannya walau telah diberi susu. Mama dan baba panik sekejap kerana pengalaman menjaga akak Fina dan akak Fiqah, tak pernah lagi menangis sebegitu. Dalam pantang pula,awal-awal kelahiran Fittri susah tidur. Kadang-kadang tidur awal selepas itu berjaga hingga pukul 1 pagi. Hari-hari berlalu pergi, Fittri makin membesar dan mengekalkan suara tangisannya yang kuat. Masuk bulan keenam, Fittri tak mahu ditinggalkan seorang. Nak berdukung dan selalu menangis bila diletakkan. Bila nampak mama lagi kuat suaranya sebab nak mama ambil dia. Kalau mama baring dan duduk dengan dia, elok sahaja dia main-main tak menangis. Baba cakap gejala ini akan berkurangan bila Fittri dah merangkak nanti.Harap-harapnya! Setiap pagi saya akan menyusukan dia hingga kenyang. Sebelum masuk kereta baba akan dukung dia kalau dia tak tidur. Sebab Fittri akan menangis bila kena letak. Samalah rut

Fittri 6 bulan

Image
Saya telah pun berusia 6 bulan. Mama dah ajar saya makan. Saya suka makan puri buah daripada bubur. Sebab rasa puri buah tu manis-manis. Kalau makan bubur, saya rasa tersekat kat tekak. Saya sembur-sembur ke muka mama sebab saya rasa ada benda biji-biji masuk mulut saya. Hobi saya sekarang, saya tidak suka tinggal seorang. Kalau boleh saya nak mama baring-baring, layan dan pegang saya setiap masa. Saya suka menangis bila tak nampak mama depan saya. Selagi tak ada orang ambil saya, saya akan menangis dan menangis. Mama cakap volume suara saya kuat. Barulah ada orang nak layan saya kalau saya nangis kuat kan. Saya suka bila tengok akak Fina. Riang gembira saya gelak ketawa bila dengar suara akak Fina. Tak tahulah kenapa, mungkin saya rasa akak Fina punya suara macam Raja Lawak. Dan akak Fina suka nyanyikan saya lagu. Memang geli hati saya dengar lagu akak Fina tu. Lagu Frozen dan lagu Papaku Pulang Dari Kota versi pelat. Ha2. Owh, saya dah pandai duduk tau. Seminggu saya be

Makanan Fittri 6 bulan

Image
Mama tengah rajin buat makanan untuk Fittri.Untung perut Fittri kan. Kalau mama malas, nampak gayanya Fittri kena makan bubur sahaja kat Taska. So, Fittri doakan mama rajin & yang penting Fittri jangan suka menangis bila mama tak pegang atau duduk dekat awak. Baru senang mama nak masak ;) Menu : Bubur Nasi  Cara-caranya :  Cuci 2-3 pot beras dan toskan airnya. Jemur hingga kering. Selepas kering kisar hingga halus menggunakan blender bahagian kering. Simpan dalam bekas. Bila nak masak, cuma ambil 2-3 sudu campurkan dengan air kosong dan masak hingga kembang. Jangan letak sebarang bahan perasa kerana usus baby masih belum bersedia untuk menerima perisa tambahan. Kalau nak ada rasa sedikit, letakkan air susu ibu. Fittri dah makan bubur minggu lepas, masih terkulat-kulat dia nak menelan bubur. Baru belajar makan, dah tak nak telan, disembur-sembur pula bubur tu. Menu : Puri Epal Merah Cara-caranya :  Buangkan kulit epal, potong kecil-kecil dan kukus hingga lembut. Bia