Posts

Showing posts from December, 2014

Fiqah 3 Tahun

Image
Kek Birthday Fiqah Alhamdulillah, puteri kedua kami telah genap berusia 3 tahun pada 25 Disember 2014. Fiqah seorang yang mudah untuk dijaga dari sejak awal kelahirannya. Tidak banyak ragam, tidak pandai meminta mengikut kehendaknya seperti permainan atau apa sahaja. Seorang yang lembut bila bercakap. Pandai berdikari. Cepat belajar bercakap tapi masih pakai pampers lagi. Potty training mama tak sempat nak ajar sebab baru sehari mama ajar, dia dah keluarkan poo poo tepi kepala mama masa mama baring. Masa akak Fina dulu, potty training masa saya dalam pantang. Jadi ada banyak masa untuk Fina belajar sendiri. Potong kek LOVE Sepatutnya kalau ikut tahun, tahun depan Fiqah boleh bersekolah di Taska di usianya memasuki 4 tahun. Namun saya rasa Fiqah masih kecil untuk bersekolah. Jadi saya rancang untuk Fiqah sekolah pada 2016 ketika usianya memasuki 5 tahun . Doa mama dan baba, semoga Fiqah membesar dengan sihat. Dikurniakan kecerdikan akal fikiran. Dilindungi oleh Al

Family Day

Image
14 Disember 2014 (Ahad) berlangsung Kecoh1AGC di IOI Palm Garden Hotel. Saya dah lama tidak berkesempatan untuk turut serta dalam family day ofis. Ada sahaja halangan untuk turut hadir. Kali ini dapat hadir dan kiranya kali pertama dapat bawa anak-anak join sekali. Antara acara yang Fina & Fiqah join: Poney Ride Drawing Face Main gelongsor Main pasir warna Fina main rebut gula-gula Poney Ride Fittriah nak belon.  

Hobi

Image
Minggu lepas dah kurang menangis dan pandai main sorang-sorang. Minggu ini start Isnin menangis bila nampak saya bangun ;( Nak mama dia terbaring jer tengok dia main-main. Kat Taska pun sama. Nak teacher layan dia. Pagi-pagi bila nampak mama dah siap pakai baju kerja, mula tarik-tarik baju mama suruh dukung dia. Bila bagi ke baba, menangis nak ikut mama. Fittriah - memang perangai lain daripada yang lain antara tiga adik beradik ini. Keluar daripada perut yang sama, perangai belum tentu sama kan.   Fittriah dah pandai tepuk tangan bila mama nyanyikan lagu Tepuk Amai-Amai..Bila tengok akak Fina dan akak Fiqah main, dia pun nak join sekali. Bulan ini Fittriah memasuki usia 9 bulan. Baru belajar berdiri sendiri. Dan menangis adalah salah satu hobi dia sehingga kini. Bukannya menangis 24 jam sehari, menangis tak nak berpisah dan berkepit dengan mama. Alahai anak..Nanti dah besar baru tau perangai awak zaman baby macamana. Mama pasti rindukan suara tangisan awak bila awak dah belajar

Solid Food Fittriah

Image
Alhamdulillah, Fittriah telah memasuki usia 8 bulan lebih. Dah pandai makan dan tak boleh tengok orang lain makan, dia terkulat-kulat nak juga. Setakat ini berikut makanan pejal yang saya pernah buat dan beri Fittriah makan. Berdasarkan percubaan try&error kajian sebelum ini, senarai ini yang terpakai untuk tahap pembelajaran Fittriah tentang makanan baby : Puri Epal ~ Sangat suka Puri Pisang ~ Sangat suka Puri Mangga ~ Suka Puri Betik ~ Suka Puri Pir ~ Suka Puri Keledek merah ~ Suka Puri Kentang ~ Sederhana suka Puri Kentang + Carrot ~ Kurang suka Puri Pir + Mangga ~ Sangat suka Bubur nasi + Carrot + Kentang ~ Kurang suka Bubur nasi kosong ~ Kurang suka Nestum perisa Madu ~ Suka Roti putih + Kurma ~ Tak suka Itu antara solid food Fittriah yang pernah saya cuba. Tak tau kenapa, Fittriah kurang gemar bubur yang saya masak. Mungkin kerana saya tak letak sebarang perasa, ikan bilis atau ayam belum cuba lagi. Kalau suapkan nasi yang campur dengan ikan atau kuah masa

Langit Langi Hotel Port Dickson

Image
Kesempatan cuti hujung minggu saya dan abang plan bawa anak ke Port Dickson. Sejak kawin, ini kali pertama pergi ke Port Dickson bersama keluarga. Sebelumnya zaman muda-muda masa jadi budak poli, memang satu Port Dickson dah pergi. Yang tak pernah pergi ialah Muzium Tentera..Masa remaja, manalah ada agenda pergi melawat Muzium dengan kawan-kawan kan. Baik shopping kat Seremban ataupun paling dekat pergi Billion & The Store Port Dickson. Lorr..pejam celik, dah bertahun-tahun tua rupanya. Saya tempah hotel menggunakan Booking.com. Ada satu hotel baru di Port Dickson dan review pelanggan-pelanggannya pun agak ok. Yang penting ada swimming pool untuk 3F berenang. Harga pun berpatutan ikut jenis bilik yang kita nak dan yang menarik harga termasuk sekali dengan sarapan pagi. Jadi, tak perlu risau untuk keluar cari sarapan. Terletak di Jalan Pantai, lokasi hotel yang berada di tepi jalan besar, amat mudah untuk dijumpai. Hotel di area end lot kedai-kedai .Tak lah luas sangat kawasan

Konvo Fina

Image
Sabtu lepas telah berlangsung Konvokesyen Fina di Auditorium JPA Putrajaya. Disebabkan Fina dah start darjah 1 tahun hadapan, jadi Fina konvo sekali dengan kawan-kawan yang masuk kelas 6 tahun. Sedih pula bila tengok persembahan video kenangan Fina dengan Teacher dan kawan-kawannya di Taska Nasyrah. Macam tak percaya Fina telah hampir mengakhiri zaman taskanya. Fina masuk Taska Nasyrah sejak usianya 2 tahun lagi. Selesai konvo, ada acara persembahan dari wakil Nasyrah di Bangi, KPDNKK, SPA dan JPN. Fina buat persembahan tarian - lagu Nirmala. Fina semasa persembahan tarian. Possing selepas habis konvo Possing dengan Fiqah dan Fittriah Berakhirnya sesi persekolahan Fina selama 4 tahun di Taska Nasyrah Jabatan Peguam Negara. Moga kenangan di zaman kecil ini menjadi kenangan terindah Fina sepanjang hayatnya. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah mendidik Fina. Hanya Allah yang mampu membalas jasa Teacher-teacher.