Posts

Showing posts from March, 2015

Nur Anisah Fittriah 1 tahun

Image
Alhamdulillah...Fittriah dah genap 1 tahun pada 27 Mac 2015 yang lalu. Mengikut perancangan awal nak sambut besday Fittriah pada 28 Mac, tetapi memandangkan kesihatan atuk(saya panggil abah) yang tidak mengizinkan, jadi kami batalkan majlis hari jadi tersebut dan pulang ke kampung untuk menziarahi abah.  Sekarang abah masih di ICU Hospital Melaka. Masih belum sedar. Mudahan abah sihat seperti sediakala. Allah berkuasa atas setiap apa perkara yang berlaku. Dan sudah pasti ada yang tersurat dan tersirat dalam  setiap takdir-Nya. Belum sempat lagi nak beli kek untuk Fittriah. Nanti ada masa, mama buatkan kek untuk Fittriah ye. Mama teringin nak buat kek Coklat Cheese Rugged ini.  Kek coklat dilapisi dengan limpahan krim keju dan dihiasi dengan strawberry dan kepingan coklat. Asyik buat kek cartoon jer, tukar kepada kek lain pula.   sumber : google Selain daripada cita-cita mama yang nak buatkan Kek Coklat Cheese Rugged untuk Fittriah, kek coklat dihiasi M&M ini pun

Sham wedding

Image
Alkisah cerita kenduri masih belum habis lagi. Minggu lepas kami pulang ke kampung saya untuk menghadiri kenduri kawin Sham, kawan baik saya dari sekolah rendah dan keluarga angkat saya. Bertemu jodoh dengan orang sekampung yang juga merupakan abang kepada kawan sekolah saya juga. Seronok dapat berjumpa kawan-kawan lama yang berbelas tahun tak jumpa. Faham-fahamlah bila dah bekeluarga memang tak ada masa nak berhubung dengan rakan sekolah. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Masa beginilah dapat berkumpul dan bertanya khabar. Selamat pengantin baru Sham. Selamat menempuh alam rumahtangga ;)

Kenduri @Kedah

Image
Bulan ini bulan penuh dengan aktiviti hujung minggu. Berderet-deret kenduri yang telah dihadiri. Awal cuti Tahun Baru Cina balik Terengganu, minggu seterusnya pergi ke Kedah menghantar rombongan sebelah pihak adik ipar yang suaminya orang Kedah. Minggu lepas balik ke Gemencheh pula kerana kawan baik saya melangsungkan perkahwinan. 3 minggu berturut-turut jadual penuh. Minggu ini dah free. Sambung bulan 4 pula nak pergi jalan-jalan. Rasanya ini kali pertama saya ke Kedah sejak berkahwin dengan abang. Last lalu Kedah masa pergi ke Perlis rumah Kak Lon (akak ofis) yang berpindah di sana masa saya bujang dahulu. Dekat 10 tahun dah. Jauh juga perjalanan ke sana. Dari sini kami sekeluarga dan akak ipar dengan anaknya ikut sekali. Dari Terengganu konvoi 3 buah kereta, adik-adik ipar dan abang ipar.  Disebabkan Fina sekolah hari Jumaat, jadi kami bertolak belah malam ke Kedah. Memang tuju rumah kenduri sahaja, tak planning nak pergi jalan-jalan ke tempat lain. Memandangkan time tu F

Annivesary ke 8

Image
Alhamdulillah....10 Mac 2015 genap 8 tahun usia pernikahan kami. Syukur Allah berikan saya jodoh dengan insan bergelar suami saya iaitu Azhar bin Haji Wi. Di usia 8 tahun perkahwinan ini dikurniakan 3 orang puteri penyeri rumah tangga kami. Nur Azwa Safrina Nur Irdhina Syafiqah Nur Anisah Fittriah Lumrah alam rumahtangga, sedangkan lidah lagi tergigit. Saya masih memperbaiki kekurangan diri, belajar saling lengkap melengkapi, saling bertolak ansur, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Moga Allah memberkati kami sekeluarga dan agar kasih sayang kami berkekalan hingga ke akhirat.  Amin.

Fittriah Demam

Rabu.... Kami ke Klinik Pakar Kanak-kanak Dr. Saiful di Kajang semula. Fittriah masih demam malam hari sebelumnya. Bila waktu siang, suhu badannya kadang-kadang normal, kadang-kadang panas. Jadi Dr. cakap jika demam masih berterusan 2 hari ini, Dr. minta pergi hospital dan check darah. Dr. check paru-paru ok, hanya tekak Fittriah sedikit merah kerana sering batuk. Bila dengar Dr. cakap macamtu saya rasa tak sedap hati. Belum pernah lagi anak saya sakit demam lama. Lebih-lebih lagi Dr. beritahu kemungkinan demam lama akan ditahan wad. Saya sangat susah hati! Dr. beri ubat antibiotik untuk dimakan selama 5 hari berturut-turut, ubat demam, ubat batuk/kahak dan juga satu ubat pil untuk kuatkan paru-paru. Malamnya saya beri semua ubat dan tentunya dengan bantuan baba. Fittriah susah nak makan ubat. Bila tengok saya pegang picagari, dia mesti dah nangis. Malam itu, dia tak muntah selepas makan ubat sebabnya on the way balik dari Klinik dia dah muntah sekali dalam kereta. Malamnya,

Fiqah

Image
S aya AKAK FIQAH! Saya dah berusia 3 tahun 3 bulan. Saya dah pandai cakap, dah pandai nyanyi. Saya seorang anak yang baik, tapi bila saya nak perhatian, saya suka ngada-ngada dengan baba. Saya suka cakap dengan suara yang lembut. Tiap hari di rumah saya akan bermain dengan Akak Fina. Akak Fina kadang-kadang suka buat saya. Jadi saya akan nangis bila gaduh dengan akak Fina. Saya tak minat sangat tengok tv. Saya lebih suka main barang-barang dalam rumah. Saya suka melawa. Bila mama jemput dari taska, dalam kereta saya akan pakai bedak dan gincu mama sebelum sampai rumah. Saya suka pakai tudung mama, bawa handbag mama, bawa beg kecil saya kat rumah. Satu jer mama selalu tanya saya, sampai bilalah saya nak pakai pampers..hi2..Saya pun tak tau. Ish, malu lah, dah besar pun nak pakai pampers....

Demam

Image
Hampir seminggu demam Fittriah berlarutan. Sekejap kebah demamnya, sekejap panas semula badannya. Tiap malam begitu, saya dan abang berjaga jam 2-3 pagi untuk menjaga Fittriah, kawal suhu panas badannya, bagi ubat dan jaram kepalanya dengan air. Bila bagi ubat, dia akan muntah. Pagi kalau sejuk sangat, dia akan menggigil hingga biru muka.Kaki dan tangan sejuk sangat. Adalah 2-3 kali berkeadaan begitu.  Semalam saya cadangkan pada abang, ikhtiar guna alternatif lain pula. Dah beberapa klinik kami bawa Fittriah, tapi demamnya masih sama. Saya ajak abang ke Darul Syifa' Semenyih. Tapi abang cadangkan bawa ke kawannya yang turut belajar ilmu perubatan Islam di Penjara Kajang. Petang semalam kami bawa Fittriah berubat. Ditawar dengan air mineral sebotol dan dibacakan ayat Al-Quran di seluruh badan Fittriah. Air penawar tersebut untuk bagi Fittriah minum dan juga untuk mandikan Fittriah.  Malam tadi Fittriah terjaga lebih kurang jam 4 pagi  dan masih demam. Cuma demamnya  ti