Posts

Showing posts from April, 2015

Petrosains KLCC

Image
Petrosains adalah salah satu cadangan tempat yang sangat bagus untuk  berhujung minggu dengan anak-anak sambil menjelajahi dunia sains dan teknologi. Kali pertama ke Petrosains rasa amat seronok dan menjadi pengalaman yang menakjubkan. Tak rasa bosan langsung dan yang amat penting setiap masa dipenuhi dengan aktiviti yang boleh menambahkan pengetahuan. Fina pun bila balik dia minta kami bawa dia lagi ke Petrosains. Seronok sangat dia dapat pergi ke sana. Harga tiket adalah berpatutan. Kami beli tiket untuk pakej keluarga- dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM31.80. Maklumat lanjut boleh tengok di website Petrosains. Memang tak rugi beriadah di sana. Walaupun agak keletihan sebab perjalanan dalam kawasan Petrosains akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam, tapi percayalah semuanya amat berbaloi. Kawasan penerokaan yang luas dan semua tempat diisi dengan sesi pembelajaran dan pameran dunia sains yang memberi manafaat. Kami berkesempatan melawat ke Petrosains Sabtu lepas. Lagi

Fittriah 1 tahun

Image
Fittriah dah melepasi usia setahun. Gigi dah tumbuh 7 batang. 2 bawah dan 5 belah atas. Sangat manja. Tak boleh saya jauh daripada dia, asal nampak saya depan mata dia boleh main-main sendiri. Baru belajar berjalan setapak-dua tapak-tiga tapak. Lepas tu jatuh. Kalau tengok akak Fina & akak Fiqah masuk bilik air mandi, dia pun masuk join sekali. Pandai panggil, mama...baba..nene (nak bf). Pandai main-main dengan akak Fina dan akak Fiqah. Menangis dan merajuk bila tak dapat apa dia nak. Contoh, akak Fiqah ambil mainan dia. Dia menangis sebab dibuli. hi2. Kuat makan. Sekarang time makan malam dia nak makan sendiri. Tapi bukan kenyang masuk mulut, banyak yang bersepah. Suka makan buah-buahan. Kuat tidur. Siang tidur lama bila penat bermain. Malamnya lebih kurang jam 9.30 malam waktu Fittriah masuk bilik tidur.

Keputusan Peperiksaan Fina

Image
Diam tak diam, telah masuk bulan keempat Fina bersekolah darjah 1. Alhamdulillah, Fina sudah sesuaikan diri dengan jadual hariannya. Sudah boleh menerima proses pembelajaran sedikit demi sedikit. Jujur saya katakan, saya dan abang tak pernah paksa Fina untuk belajar di rumah. Kami biarkan sahaja dia bermain dan cuma waktu malam saya akan ajar dia mengaji Iqra' di rumah. Itupun kalau dia dengan sukarela nak mengaji. Saya tak mahu dia terbeban dengan pelajaran sebab dia masuk sekolah awal setahun.  Setakat ini, Fina tidak lagi mengeluh macam awal Januari dulu. Dia cakap, Fina tak nak sekolah sini, Fina nak sekolah Nasyrah..Susahlah sekolah ini mama.. Kesian saya dengarnya, tapi dengan izin Allah, lama-kelamaan Fina tidak lagi bercakap begitu atau merungut dengan sekolah barunya. Awal-awal persekolahan, pensil hari-hari hilang, duit hilang, beg duit tinggal kat kantin, botol air dah 3 botol hilang,  selalu shopping kat koperasi, kasut kotor, bermacam ragam. Bila saya hantar

Birthday Fittriah

Image
Happy Birthday Fittriah 1 year Fittriah nak potong kek Nampaknya mama belum pulihkan semangat 'rajin' untuk membaking . Kali ini mama ambil pendekatan beli kek di kedai sahaja untuk meraikan Harijadi Fittriah. Sebelum waktu pantas berlalu, kita sambut besday Fittriah dengan keluarga kecil kita. Insyaallah, ada rezeki hujung tahun kita combine terus besday Fittriah dengan akak Fina dan akak Fiqah.  Agak sukar untuk tangkap gambar Fittriah possing elok-elok. Sekejap nak berdiri, sekejap nak tepuk kek, sekejap nak main dengan kakak. Aduhai anak..Ini antara gambar di sambutan Harijadi Fittriah yang pertama pada minggu lepas. Kakak Fina yang potong kek Fittriah. Ini kek Fittriah lah..kenapa kakak potong! Fittriah nyanyi lagu happy besday to you...happy besday to you.. 3 puteri di hati mama dan baba Alhamdulillah, Fittriah membesar dengan sihat. Dah boleh berjalan setapak dua. Sekarang tengah berselera nak makan. Nak tinggalkan di taska pun rasa

Abah bertemu Maha Pencipta

Image
Tahun 2012 di catatan lama , saya mengabadikan cerita tentang abah yang diuji Allah dengan sakit. Alhamdulillah, abah kembali sihat sedikit demi sedikit, daripada tidak boleh berjalan, abah mampu berjalan dibantu dengan tongkat kiri dan kanan. Selepas itu, makin pulih dan menggunakan tongkat satu. Lama-kelamaan abah boleh berjalan sendiri tanpa sokongan sebarang tongkat pun. 3 tahun berlalu abah menunjukkan perkembangan yang positif dari segi kesihatan fizikalnya.  Namun, sekali lagi Allah menguji hamba-Nya, penghujung Mac 2015 abah tidak sihat dan dihantar ke Hospital Melaka. 10 hari abah tidak sedarkan diri. Kali ini,  sangat sedikit perubahan dan tanda-tanda positif abah akan sihat. Ramai sanak saudara yang sempat menziarahi abah di Hospital waktu abah koma. Saya dan keluarga menziarahi abah di Hospital Putra Melaka 2 minggu lepas. Mata abah hanya terpejam rapat...Badan dan mulutnya dipasang beberapa wayar dan penafasannya dibantu dengan mesin. Hari-hari berlalu dan kami dimakl

Bukit Fraser

Image
Percutian keluarga kali ini kami memanjat ke Bukit Fraser sempena meraikan besday baba dan Fittriah. Lama dah saya booking Rumah Peranginan Persekutuan untuk menginap di sana. Abang dan saya tak pernah sampai lagi ke Bukit Fraser, jadi ini kali pertama kami berkunjung ke tempat peranginan ini. Perjalanan dimulakan agak lewat sebab Fina ada Kem Solat pada Sabtu pagi hingga tengahari minggu lepas. Kami memilih laluan dari Rawang ke Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor untuk naik ke Bukit Fraser. Sekitar jam 6 petang baru sampai ke Bukit Fraser. Terus ke Rumah Peranginan Persekutuan untuk berehat. Perjalanan melalui jalan berbengkok-bengkok serta sempit. Kami bungkus makanan terus sebab dari pembacaan saya dari blogger lain, kat sana tak banyak tempat makan. Di RPP disediakan Lot Banglo ikut jenis. Yang saya tempah ini jenis bilik besar. Kiranya dalam satu banglo kita share dengan penghuni lain, Di bahagian bawah disediakan ruang tamu besar dan ruang makan, Kami punya bilik di belah

Besday Baba

Image
Selamat Ulangtahun Kelahiran Baba... Moga Allah panjangkan usia baba dalam keberkatan, dikurniakan kesihatan dan rezeki yang mencukupi, dipermudahkan segala urusan serta berbahagia di dunia mahupun akhirat.   Fina, Fiqah, Fittriah dan mama sangat sayangkan baba. Terima kasih kerana menjaga dan melindungi keluarga kecil kita. ****************************