Posts

Showing posts from May, 2015

Hari Ibu

Image
Selamat Hari Ibu. Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu. Hidup akan sepi tanpa kehadiran seorang ibu. Betapa banyak jasa dan pengorbanan ibu dari kita kecil hingga dewasa. Beruntunglah kawan-kawan yang masih mempunyai ibu kerana berpeluang mencurahkan kasih sayang di dunia ini. Dalam satu perkongsian ilmu yang saya pernah dengar, Allah memberi sifat lupa terhadap manusia. Contohnya ketika kita kehilangan orang yang dikasihi, rasa kesedihan di hari kejadian adalah tidak sama dengan rasa sedih yang dihadapi pada sebulan selepasnya. Hari berganti bulan, berganti tahun dan akhirnya rasa sedih itu akan hilang sedikit demi sedikit. Begitulah insan, Allah beri kekuatan untuk 'melupakan' sesuatu dengan cara-Nya yang tersendiri. Arwah mak pergi meninggalkan saya ketika saya berusia 12 tahun. Masa itu adik saya berusia 8 bulan. Mak baru berusia 38 tahun ketika meninggalkan kami semua. Telah hampir 22 tahun berlalu, dan dengan wujudnya rasa lupa itu menjadikan saya tabah menerusk