Posts

Showing posts from January, 2016

Majlis Kesyukuran dan Hari Lahir

Image
Tanggal 2 Jan 2016 yang lepas, saya dan abang telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan sambutan Hari Lahir untuk Fina, Fiqah dan Fittriah. Combine sekali semua sebab masa birthday Fittriah yang setahun lepas tak jadi buat. Fina 1 Jan dan Fiqah 25 Dis. Abang jemput orang surau di taman kami untuk membaca doa selamat selepas solat Zohor. Menu untuk hari tersebut :  nasi goreng cina, ayam goreng tepung, paprik campur, wedges, agar-agar, buah tembikai, bubur kacang hijau kuih seri muka (kaklong bagi), laksa (umi bagi), kek frozen dan cupcake. Semuanya dimasak sendiri dan saya minta kaklong tolong masakkan nasi goreng cina & goreng ayam. Kali ini abang sewa khemah depan rumah agar selesa tetamu yang hadir menjamu selera. Ramai juga yang hadir. Terima kasih pada nenek, ayah umi, adik beradik, ipar duai, sahabat andai dan jiran-jiran yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Mohon maaf jika ada kekurangan atau terlupa nak jemput. Tak menang tangan sebenarnya bila nak uruskan majlis s

Cuti Hujung Tahun

Image
Percutian keluarga untuk hujung tahun lepas saya pilih Port Dickson sebagai destinasi pilihan. Mulanya nak pergi Bukit Tinggi, tapi tak jadi. Mungkin ada masa yang sesuai kami akan ke sana. Kali ini saya sekeluarga melawat ke Muzium Tentera di Port Dickson sebelum menginap di Puteri Beach Resort. Ramai juga pengunjung sebab cuti sekolah. Melawat muzium sinonim dengan minat abang yang suka membaca sejarah dulukala. Besar juga Muzium tentera ini, kalau rajin membaca sejarah penubuhan dan perkembangan tentera memang banyak ilmu yang kita dapat di sini. Saya? setakat tengok gambar rajinlah :)  Muzium Tentera PD Petangnya check-in di hotel kemudian bawa anak-anak bermain di tepi pantai. Malam pula kami makan seafood di medan ikan bakar Pasir Panjang. Pagi bawa anak-anak berendam di kolam renang dan kemudian bertolak balik ke kampung saya untuk saya habiskan cuti seminggu di kampung pula. PD Hujung minggu di kampung, ayah ajak pergi kenduri kahwin di kampung saya dan satu di r

2016

Image
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah pada pembukaan tahun 2016. Banyak peristiwa yang tak terduga berlaku dalam pengakhiran penutup penghujung tahun 2015 lalu, namun saya yakin semua yang berlaku adalah perancangan terbaik Allah dan kita sebagai manusia perlu percaya pada takdir-Nya.  Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk permulaan tahun ini, moga Allah permudahkan segala urusan mendatang terutamanya dari segi kerjaya saya. Amin. Awal tahun ini Fina telah memasuki darjah 2 dan Fiqah telah bersekolah di Taska Qausar untuk kelas usia 5 tahun. Semalam telah bermula persekolahan Fina dan Fiqah. Syukur, anak-anak saya tidak meragam di hari pertama persekolahan. Fiqah seronok dapat sekolah dan Fittriah pula masih tinggal di taska lama. Lega Fittriah tak menangis nak ikut mama pergi kerja .  Saya telah bercuti 2 minggu sebelum masuk tahun baru, jadi lama meluangkan masa dengan anak-anak di rumah. Tu risau mereka meragam untuk mula jadual harian baru min